Anda di halaman 1dari 8

1

ASSIGNMENT
MAY 2014 SEMESTER


SUBJECT CODE

: ECD 122
SUBJECT TITLE

: CURRICULUM DESIGN, DEVELOPMENT &
IMPLEMENTATION

LEVEL : Graduate Diploma


STUDENTS NAME

: RIZUAN BIN ASMARAH
MATRIC NO.

: E30501140010
PROGRAMME

: GRADUATE DIPLOMA IN TEACHING
ACADEMIC FACILITATOR

: AHZAN @ IDRIS BIN BAKRIN
LEARNING CENTRE

: LABUAN INTERNATIONAL SCHOOL









2


SEJARAH tamadun dunia bermula dengan masyarakat pertanian yang bergantung
hidup dengan aktiviti bercucuk tanam dengan kehidupan yang ringkas dan mudah. Dalam
abad ke-19 tamadun dunia telah berubah kepada masyarakat industri yang mempunyai ciri-
ciri pengkhususan dan memberi keutamaan kepada hasil pengeluaran atau produksi
komoditi. Kini masyarakat dunia di abad ke-21 telah berubah kepada zaman baru yang
dikenali sebagai 'knowledge age' atau k-ekonomi. Keperluan baru ini menekankan
kepentingan maklumat, kreativiti dan inovasi dalam memberi perkhidmatan baru kepada
masyarakat.
Abad ke-21 ialah abad kini dalam kalendar-kalendar yang berdasarkan Zaman
Kristian ataupun Zaman Umum seperti kalendar Gregory, Tempohnya adalah dari 2001
hingga 2100 dan tempoh milenium ketiga adalah dari 2001 sehingga 3000. Ini disebabkan
pengiraan abad pertama bermula dengan tahun 1.Biasanya, penggunaan umum mengganggap
bahawa abad ke-21 berlangsung dari 2000 hingga 2099 dan milenium ketiga dari 2000
sehingga 2099. Pada 2000, ISO menyokong kegunaan umum dengan mentakrifkan kalendar
yang memulakan perhitungannya dari tahun sifar. Dari segi amalan, masalah ini telahpun
diselesaikan dengan penggunaan 1 Januari, 2000 yang meluas untuk menandakan permulaan
abad ke-21.
Pendidikan abad ke-21 merupakan satu transformasi yang dilakukan dalam
memperbaharui taraf pendidikan sedia ada yang mana sistem pendidikan abad ke-21 adalah
lebih fleksibel, kreatif, mencabar dan lebih kompleks. Dalam menangani dunia yang semakin
pesat membangun, pendidikan harus di struktur semula untuk memenuhi keperluan pelajar
dalam dunia abad ke-21. Sebagai contoh, setiap sekolah perlu didedahkan dengan kurikulum
berasaskan projek berkaitan kehidupan bertujuan untuk melibatkan pelajar dalam menangani
masalah dunia sebenar dan isu-isu semasa. Bagi mencapai hasrat tersebut pendidikan perlu
bersifat dinamik dan holistik yang sentiasa segar serta berubah mengikut keperluan masa dan
persekitarannya. Memandangkan ianya berkait rapat dengan perkembangan individu,
keperluan masyarakat dan proses pembinaan negara bangsa maka usaha penambahbaikan
dan perubahan dasar perlu dilakukan dengan cepat bagi memenuhi keperluan semasa. Ini
membolehkan pelajar sentiasa didedahkan dengan perkara-perkara yang berada di sekeliling
mereka.

3
Menurut pembacaan saya terhadap artikel 21st Century Skills, Education &
Competitiveness , saya menganggap bahawa artikel ini banyak memberikan pengetahuan
tentang kemahiran yang perlu digarap dalam menghadapi cabaran abad ke-21, cabaran-
cabaran yang dihadapi dalam dunia pendidikan , serta keupayaan untuk mencetuskan
semangat berdaya saing dalam mengharungi abad ke-21 yang kian mencabar.
Artikel 21st Century Skills, Education & Competitiveness sarat dengan pelbagai
cadangan ke arah mengukuhkan kedudukan dalam menghadapi abad ke-21. Perkara utama
yang saya ingin jelaskan dan tekankan disini adalah mengenai kemahiran-kemahiran yang
perlu diimplementasikan dalam menghadapi abad ke-21 yang kian mencabar. Kemahiran-
kemahiran ini sangat penting kerana ianya mampu meningkatkan produktiviti serta
mengukuhkan kedudukan dalam ekonomi global serta meningkatkan daya saing dan
pencapaian . Kemahiran pertama yang perlu ada dalam menghadapi cabaran abad ke-21
adalah kemahiran berfikir secara kritis dan membuat pertimbangan.
Berfikir secara kritis merupakan proses kecekapan dan keupayaan menggunakan
minda untuk menilai kemunasabahan dan kewajaran sesuatu idea, meneliti kebernasan dan
kelemahan sesuatu hujah dan membuat pertimbangan dengan menggunakan alasan dan
bukti. Dalam meniti cabaran abad ke-21, kemahiran membuat pemerhatian dalam
mengumpul maklumat untuk menilai dan bertindak adalah sangat penting supaya tindakan
yang dibuat adalah berdasarkan penilaian yang dibuat terlebih dahulu. Saya rasa menjadi
satu keperluan untuk kita membuat refleksi yang memberikan fahaman baru berdasarkan
pentafsiran melalui pemerhatian dan penilaian. Jika kita melihat cabaran abad ke-21 dalam
dunia pendidikan amnya, keupayaan untuk mengumpul seberapa banyak maklumat
mengenai pembaikpulihan sistem pendidikan dan menilai sama ada idea yang diberikan itu
betul ataupun salah perlu dilaksanakan dari semasa ke semasa. Bagi membaikpulih sistem
pendidikan sedia ada, proses membuat perbandingan dan membezakan sesuatu idea ataupun
mekanisma tertentu adalah sangat penting supaya kita boleh memahami dan
mengklasifikasikan data, membuat generalisasi dan seterusnya mampu membuat keputusan
yang lebih bijak. Keupayaan membuat ramalan juga penting dalam sistem pendidikan di
abad ke-21 ini, saya percaya bahawa ramalan yang dibuat aberdasarkan bukti dan maklumat
yang telah dikaji mampu memberikan keputusan awal, persediaan dan jalan menyelesaikan
sesuatu masalah yang berlaku dan ini sememangnya sesuatu yang sangat diperlukan dalam
menghadapi era pendidikan dalam abad ke-21. Segala usaha yang dilaksanakan khususnya
dalam konteks pendidikan perlulah dipertimbangkan supaya dapat menghasilkan keputusan
4
yang betul-betul tepat agar permasalahan yang berlaku dapat diselesaikan dengan telus dan
signifikan.
Kemahiran yang seterusnya yang saya perolehi daripada artikel 21st Century Skills,
Education & Competitiveness ialah kemahiran berkomunikasi dan bekerjasama. Dalam
meniti era ke-21, banyak cabaran yang perlu dilalui demi meningkatkan mutu dan kualiti.
Dalam sistem pendidikan amnya, cabaran-cabaran yang dihadapi seharusnya dihadapi
dengan profesional dan bersiap sedia dengan risiko yang ditanggung. Komunikasi dan
kerjasama merupakan asas penting dalam menentukan sesuatu hala tuju. Sebahagian besar
dari kejayaan dalam kerjaya ataupun dalam bidang pendidikan khasnya bergantung kepada
keupayaan mendapatkan kerjasama dari orang lain, samada secara individu atau pun
berpaskan. Namun, kerjasama dan suasana kerja yang positif hanya akan berlaku apabila
wujudnya perhubungan yang positif hasil dari komunikasi yang berkesan. Dalam
mengharungi arus ledakan abad ke-21, saya berpendapat bahawa komunikasi dan kerjasama
itu perlu dipupuk secara berterusan contohnya hubungan kerjasama yang melibatkan
hubungan diplomatik dengan negara-negara antarabangsa yang terlibat dalam organisasi
anggota seperti PBB, ASEAN, negara Komanwel, OIC dan seumpamanya. Wujudnya
komunikasi dan kerjasama yang berterusan akan dapat membantu meningkatkan ekonomi
global serta mencanang perkembangan ekonomi disamping memelihara keamanan dan
kedaulatan negara. Komunikasi dan kerjasama yang berterusan membolehkan negara luar
tahu akan keunikan dan kepelbagaian budaya di negara ini seterusnya meletakkan nama
negara sebagai negara yang disegani.
Kreativiti dan inovasi adalah intipati keusahawanan. Keusahawanan pula memainkan
peranan yang penting dalam pertumbuhan ekonomi sesebuah negara. Seseorang yang ingin
menjadi usahawan akan menjadikan kreativiti dan inovasi sebagai perkara yang selalu
diutamakan dalam semua aspek perniagaannya. Apa yang perlu dilakukan dalam
mengharungi cabaran abad ke-21 ini, seorang usahawan perlu memikirkan idea untuk
mengimplementasi strategi baru. Idea yang dimaksudkan tersebut diperkembangkan dari
proses kreatif yang mana imaginasi individu akan membayangkan, memasukkan dan
memajukan dan seterusnya akan dilaksanakan dan sebagai pulangan usahawan dan
organisasi akan mendapat manfaatnya. Bagi perniagaan kecil dan sederhana, kreativiti dan
inovasi adalah penting bagi mengekalkan kelebihan kemampuan berdaya saing masing-
masing. Mengharungi cabaran abad ke-21, melalui kreativiti, usahawan boleh menghasilkan
produk yang mempunyai kelainan daripada produk yang dikeluarkan oleh pesaing. Justeru,
produk yang dihasilkan itu akan terus kekal di pasaran dan terus diminati oleh pelanggan
5
hasil daripada perubahan terhadap beberapa ciri produk . Saya berpendapat bahawa kreativiti
adalah sangat mustahak untuk bertindakbalas kepada masalah yang kompleks di dalam
persekitaran perniagaan yang selalunya penuh dengan permasalahan yang tidak tetap. Dalam
abad ke-21 kini, sebelum memulakan proses kreatif, seseorang perlu bersedia mengumpul
semua informasi dan melakukan penyelidikan yang berkaitan. Ini melibatkan akitiviti
membaca, perbincangan dengan rakan yang bekerja dalam bidang yang sama, menghadiri
seminar profesional atau bengkel dan sebagainya. Dengan pendedahan begini, ia dapat
memberikan pandangan yang luas mengenai masalah dan mempunyai asas yang kukuh
mengenai kreativiti demi untuk membangunkan produk baru, perkhidmatan atau pelaburan
perniagaan.
Dalam menghadapi abad ke-21 yang kian mencabar, sistem pendidikan amnya perlu
mengimplementasikan perkara-perkara yang signifikan sebagai memenuhi tuntutan di abad
yang mencabar ini. Justeru, kita perlu mengkaji secara mendalam apakah tindakan drastik
yang perlu diambil secara serius supaya globalisasi pendidikan dapat dicapai. Perkara
pertama yang perlu diambil dan dilaksanakan demi memenuhi tuntutan dalam menghadapi
cabaran abad ke-21 ini ialah mengadakan kurikulum dan sistem peperiksaan yang sama. Ini
dilakukan dengan menyelaraskan sukatan dan rancangan yang hendak diajar oleh guru
terhadap pelajar sekolah. Sukatan ini diselaraskan tanpa mengira jenis dan kategori sekolah.
Tujuan dilakukan penyelarasan ini ialah untuk menghasilkan pelajar yang mempunyai tahap
kemampuan dan kebolehan yang sama. Kurikulum Kebangsaan yang diselaraskan ini wajib
diguna oleh semua pihak. Perkara ini telahpun disentuh dalam Seksyen 18 ( 1) Akta
Pendidikan ( 1996 ). Apabila rancangan ini dilaksanakan, tidak akan ada wujud pelajar yang
ketinggalan jauh dibelakang pelajar-pelajar yang lebih pandai kerana kaedah dan
penyelarasan dibuat adalah sama untuk semua pelajar dan masalah keciciran pelajar akan
dapat diselesaikan. Abad ke-21 sememangnya memerlukan sistem pendidikan yang
seimbang dan mampu memperbaiki kelemahan pelajar itu sendiri. Oleh hal yang sedemikian,
kurikulum dan sistem peperiksaan yang sama akan mampu melahirkan pelajar yang
berkembang selaras dengan keperluan dan cabaran era ke-21.
Perkara seterusnya yang perlu dilaksanakan dalam sistem pendidikan demi
memenuhi tuntutan abad ke-21 yang kian mencabar ini adalah dengan cara
mendemokrasikan pendidikan. Usaha mendemokrasikan pendidikan telah dilakukan sekitar
tahun 1980-an. Matlamatnya adalah bagi memastikan mutu pendidikan dipertingkatkan dan
dengan mengagihkan peruntukan secara adil. Ini dilakukan dengan menambahkan
kemudahan fizikal dan infrastruktur terutama di luar bandar . Ini adalah selaras dengan Dasar
6
Ekonomi Baru yang ingin menyusun semula masyarakat dengan mengurangkan jurang
perbezaan peluang pendidikan antara golongan kaya dengan miskin, program sokongan
pendidikan seperti Skim Pinjaman Buku Teks ( SPBT ), Televisyen Pendidikan, Sekolah
Berasrama Penuh ( SBP ), asrama desa dan asrama harian, biasiswa, Rancangan Makanan
Tambahan ( RMT ) dan program kesihatan dipertingkatkan. Pendemokrasian pendidikan ini
adalah sangat penting supaya masyarakat dan pelajar yang jauh dipedalaman dan di luar
bandar mampu menikmati kemudahan secara sama rata. Jika kita lihat pelajar yang sekolah
dibandar, kemudahan yang mereka kecapi adalah sangat baik jika dibandingkan dengan
pelajar di luar bandar, apabila perkara ini berlaku, pelajar di luar bandar tidak akan dapat
menikmati peruntukan yang diberikan kerajaan dan pelajar dibandar sahaja yang mampu
mengukir senyuman. Pendemokrasian ini juga penting bagi mengelakkan pelajar ketinggalan
di dalam arus pemodenan. Peruntukan untuk pelajar di luar bandar dapat memberikan
harapan dan semangat baru untuk mereka memajukan diri dalam dunia pendidikan dan ini
secara tidak langsung akan dapat menzahirkan kecemerlangan tanpa diskriminasi . Oleh hal
yang demikian, tuntutan untuk membangunkan sistem pendidikan selaras dengan cabaran
abad ke-21 ini dapat ditunaikan dengan pendmokrasian pendidikan secara menyeluruh dan
saya berpendapat bahawa usaha ini perlu diteruskan dan ditambah baik untuk kepentingan
bersama.
Dalam sistem pendidikan, usaha yang perlu dilaksanakan demi memenuhi tuntutan
abad ke-21 yang kian mencabar adalah dengan menekankan terhadap penggunaan teknologi
maklumat dan komunikasi secara menyeluruh. Pada abad ke-21, negara menghadapi cabaran
baru kesan daripada globalisasi, liberalisasi, pengantarabangsaan dan perkembangan
Teknologi Maklumat dan Komunikasi ( ICT ). Negara juga menghadapi cabaran untuk
membangunkan ekonomi berasaskan pengetahuan atau K-ekonomi. Oleh itu, Kementerian
Pendidikan Malaysia menyediakan program pembangunan pendidikan yang dapat
melahirkan warganegara yang berilmu pengetahuan, celik ICT, berkemahiran dan berakhlak
mulia. KPM juga meneliti semula program dan projek yang dirancang bagi penyegaran,
pembaharuan, pengukuhan, penyusunan semula dan penggubalan baru. Semua ini adalah
hasil perancangan yang terkandung dalam dokumen Pembangunan Pendidikan ( 2001-2010 )
KPM. Dalam meniti arus pemodenan abad ke-21, kemahiran teknologi maklumat adalah
sangat penting kerana kemahiran seperti ini digunapakai secara globalisasi, dalam dunia
pendidikan , proses pengajaran berkesan yang menggunakan teknologi maklumat seperti
Flipped Classroom merupakan proses yang mampu mengembangkan tahap kognitif pelajar.
7
Oleh hal sedemikian, penekanan terhadap penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi
ternyata mampu memenuhi tuntutan dalam menghadapi cabaran abad ke-21.
Mengharungi abad ke-21 yang semakin mencabar, perkara seterusnya yang perlu
ditekankan demi untuk menunaikan tuntutan dan permintaan di abad ke-21 ini ialah dengan
memantapkan institusi pendidikan di negara ini. Bagi memastikan pelajar-pelajar di institusi
pengajian tinggi dapat mempertingkatkan ilmu pengetahuan dan kemahiran, kerajaan telah
mengambil beberapa langkah ke arah pencapaian matlamat tersebut, antaranya menubuhkan
sebuah Majlis untuk menentukan dasar dan menyelaras pembangunan pendidikan tinggi,
menyediakan peruntukan pinjaman pelajar dan skim tangungan bagi meningkatkan akses
kepada pendidikan tinggi, memperluas autonomi dalam pengurusan dan kewangan kepada
universiti awam bagi menentukan program ke arah kecemerlangan dalam pendidikan,
memastikan tahap akademik yang tinggi, jaminan kualiti tinggi dan kawalan mutu
pendidikan terpelihara dalam penyediaan pendidikan serta membenarkan pinjaman kepada
pelajar di institusi pengajian tinggi awam dan swasta. Umum sudah sedia maklum bahawa
institusi pengajian tinggi merupakan tempat untuk pelajar mendapatkan ijazah yang baik di
dalam akademik, oleh itu, institusi pengajian tinggi ini perlu diberi perhatian yang tinggi
kerana ruang dan peluang terdapat di sini.
Perkara yang terakhir yang perlu dilaksanakan dalam sistem pendidikan demi
memenuhi tuntutan abad ke-21 adalah dengan memeperluaskan pendidikan Vokasioanl dan
Teknik. Bagi memantapkan kemahiran di kalangan para pelajar, Dasar Pendidikan
Kebangsaan juga turut mengambil langkah memperluaskan pendidikan Vokasional dan
Teknik melalui penyusunan semula kurikulum Sekolah Vokasional pada tahun 1978.
Tumpuan terhadap pemantapan pendidikan teknik dan vokasional ini dapat dilihat melalui
penetapan Seksyen 35, Kurungan 1 dan 2 berkenaan Pendidikan teknik di sekolah menengah
kebangsaan dan institusi pendidikan lain. Beberapa strategi yang diambil termasuklah;
menyediakan latihan kemahiran; latihan khusus yang berhubungan dengan pekerjaan
tertentu; dan latihan bagi meningkatkan kemahiran yang sedia ada. Melalui langkah ini,
pelajar akan lebih berfikiran kreatif dan semangat keusahawanan dapat dipupuk dan secara
tidak langsung akan dapat memenuhi tuntutan abad ke-21.
Sebagai kesimpulannya, pendidikan dan daya saing dalam menghadapi cabaran abad
ke-21 perlulah diperkuat dengan kemahiran-kemahiran dalam memperkasakan sistem
pendidikan demi menghadapi cabaran abad ke-21 yang kian mencabar. Kemahiran-
kemahiran ini perlu diimplementasikan secara berkesan supaya matlamat dan hasrat sistem
pendidikan dapat dilaksanakan secara mapan dan menyeluruh. Secara literal dan
8
konseptualnya, semenjak merdeka Malaysia telah meletakkan matlamat dan landasan yang
jelas untuk negara ini. Malaysia bermatlamat menjadi sebuah negara yang bermasyarakat
majmuk yang bersatu padu, mengamalkan demokrasi berparlimen dan berjaya sebagai
sebuah negara yang makmur dan maju. Ini semua dapat dilakukan dengan menambah baik
sistem pendidikan di negara ini. Oleh itu, dalam proses mencapai semua matlamat tersebut,
Malaysia seperti negara-negara lain di dunia telah menyusun strategi dan perancangan yang
perlu bagi merealisasikan semua cita-cita tersebut sejajar dengan cabaran abad ke-21 .
Strategi dan perancangan ini disusun dengan rapi oleh kerajaan yang memerintah dan ini
dilakukan dengan membentuk dasar-dasar yang perlu supaya dilaksanakan demi memajukan
dan memakmurkan negara secara keseluruhan.

Anda mungkin juga menyukai