Anda di halaman 1dari 2

32

11.0 NYANYIAN RAKYAT INDUNG-INDUNG







Indung-indung lagu indung
Indung-indung lagu indung
Indung-indung lagu indung
Indung-indung

Anak dagang pergilah merantau
Membawa keris luk tujuh belas
Besi dititik besi ditinting
Diasap kemenyan tunggal
Dibasuh air belimbing buluh

Indung indung lagu indung
Indung indung

Bisanya keris tidaklah terkira
Sebulan
Sebulan dagang menggalas lalu
Jejak ditikam mati jua

Setitik
Setitik darah jatuhlah ke laut
Setahun ikan tidak bermain

Indung indung lagu indung
Indung indung

Setitik
Setitik darah jatuhlah ke darat
Semusim padi tidaklah menjadi

Indung indung lagu indung
Indung indung

(ARIPIN SAID, 2000)
33

12.1 Bentuk


12.2 Gaya Bahasa
ASPEK PENERANGAN CONTOH

Diksi
(Pemilihan
Kata)

Penggunaan perkataan yang
sukar difahami


Indung bermaksud ibu atau induk
(Kamus Dewan, 1998).



Anafora

Pengulangan perkataan di
awal baris

Sebulan
Sebulan dagang menggalas lalu
Jejak ditikam mati jua

Setitik
Setitik darah jatuhlah ke laut
Setahun ikan tidak bermain


Asonansi

Pengulangan vokal a.


Anak dagang pergilah merantau

Aliterasi

Pengulangan konsonan n

Setahun ikan tidak bermain




Hiperbola



Perbandingan yang
melampau dan bermaksud
berlebih-lebihan

Setitik darah jatuhlah ke laut
Setahun ikan tidak bermain

Kenyataan yang menyatakan bahawa
ikan tidak akan bermain di laut kerana
tumpahnya setitik darah agak
keterlaluan.

Hal ini kerana setitik darah tidak akan
memberikan apa-apa kesan pada
lautan yang luas itu.



Mempunyai 8 rangkap dan
setiap rangkap mempunyai
baris yang berbeza
Rima akhirnya bebas dan
tidak terikat