Anda di halaman 1dari 1

Teknik Plot Novel Azfa Hanani

PEMERIAN
Pengarang memerihalkan perasaan Azfa Hanani sewaktu mula-mula tiba di rumah Datin
Maziah.Contohnya , Begitu, aku terasa seperti berjalan di awang-awangan semasa mula-
mula tiba di situ. Banglo itu terlalu besar,berganda-ganda kalau mahu dibandingkan
dengan teratak buruk yang pernah kuhuni.
DIALOG
Dialog antara Azfa Hanani dengan Ekran.Contohnya, Saya nak Tanya satu pekara lagi.
Abang Mus datang ke mari ni ada kaitan dengan gerai burger Ran yang terbakar dulu
ke ? Saya tak perlu beritahu,sebenarnya. Setakat saya tahu dan Nani juga tahu,
cukuplah, jawab Ekran .
IMBAS KEMBALI
Afza Hanani teringat akan pak long, mak long, dan sepupu- sepupunya di
kampung.Contohnya Masakan mama memang sedap, Aku menokok bersahaja kerana
wajah Zahidin melintas di ruang mata.Dia akan kecur liur kalau sesekali mak long
menggoreng ayam.dia akan makan nasi dengan sayur sahaja dahulu agar dapat meratah
ayam goreng selepas itu.
SUSPENS
Ketika Syafinaz memberitahu Azfa Hanani bahawa Datin Maziah sudah sedar dan dia
mengajak Azfa Hanani turun menemui Datin Maziah. Azfa Hanani berdebar-debar
semasa menuruni anak tangga. Pembaca tertanya-tanya tentang apakah reaksi Datin
Maziah apabila melihat Azfa Hanani buat kali pertama.

Anda mungkin juga menyukai