Anda di halaman 1dari 13

1

RANCANGAN BAHASA MALAYSIA TAHUN 1


Tarikh : 28 September 2014
Tahun : 1 Wira
Bilangan murid : 30 orang
Mata pelajaran : Bahasa Malaysia
Masa : 60 minit
Tema : Alam Sekitar dan Teknologi Hijau
Tajuk : Kebun Datuk Anas
Standard kandungan :
4.1 Menyebut dan memahami unsur seni dalam lagu melalui nyanyian secara didik hibur.

Standard pembelajaran :
4.1.1 Menyebut lirik lagu melalui nyanyian secara didik hibur.
Objektif : Pada akhir proses pengajaran dan pembelajaran ini, murid dapat :
i. menyebut seni kata lagu dengan sebutan yang betul dan jelas melalui nyanyian secara
didik hibur.

Sistem Bahasa :
Kosa kata : ayam, itik, lembu, kambing,ikan
Tatabahasa : Kata nama am
Pengisian Kurikulum :
Ilmu : Muzik, Pendidikan Seni Visual, Pendidikan Moral, Sains
Nilai Murni : Kasih-sayang, bekerjasama, keberanian, hormat-
menghormati

Kepelbagaian Kaedah dan Teknik (KKT) :
EMK : Didik hibur
Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) : Belajar melalui TMK
Kemahiran Berfikir (KB) : Kritis, menghubung kait dengan pengalaman
Kecerdasan Pelbagai (KP) : Muzik, kinestetik, verbal linguistik dan
naturalis.

2

Belajar Cara Belajar (BCB) : Mengumpul maklumat dan memproses
maklumat
Pembelajaran kontekstual : Menghubung kait dengan pengetahuan asas
tentang haiwan.
Pembelajaran konstruktivisme : Mengumpul idea untuk membentuk idea baru
Bahan bantu mengajar :
Bil. Jenis Bilangan
1. Komputer riba 1
2. LCD 1
3. Slaid lirik lagu 1
4. Kad perkataan 5
5. Kad gambar 5
6. Sagu 5 paket
7. Manik 5 paket
8. Kertas warna 1 rim
9. Lembaran kerja 1
10. Tali 1 gulung
11. Pensil warna

Pengetahuan Sedia Ada :
Murid mempunyai pengetahuan tentang haiwan.









3

Langkah
dan masa
Isi pelajaran Aktiviti pengajaran dan pembelajaran Catatan

Set induksi
(5 minit)

Audio bunyi-bunyi
haiwan :
- lembu
- kambing
- itik
- ayam
- kucing

1. Murid diperdengarkan bunyi-bunyi haiwan.
2. Murid bercerita dan melakonkan watak
haiwan berdasarkan bunyi haiwan yang
diperdengarkan.
3. Guru mengaitkan set induksi dengan tajuk
yang ingin diajar pada hari ini.

BBM :
Audio
KB :
Menghubung kait
BCB :
Memproses
maklumat
Ilmu :
Muzik
Nilai murni :
Keberanian

Langkah 1
(10 minit)

Seni kata lagu
Datuk Anas Ada
Kebun


Contoh haiwan :
- ayam
- itik
- lembu
- kucing

1. Guru mempamerkan seni kata lagu Datuk
Anas Ada Kebun dan membimbing murid
membaca dan menyebut seni kata lagu
tersebut.
2. Murid dibimbing oleh guru untuk
menyanyikan lagu dengan gaya yang
sesuai.
3. Murid menyanyikan lagu dengan gaya
secara berkumpulan.
4. Murid dikehendaki mengenal pasti haiwan-
haiwan yang terdapat dalam seni kata
lagu.

BBM :
Slaid lirik lagu
TMK :
Belajar melalui
TMK
KP :
Muzik dan
kinestetik
Nilai murni :
Kerjasama
Ilmu :
Muzik, Sains

Langkah 2
(15 minit)

Kad perkataan :












1.Murid ditunjukkan 5 keping kad perkataan
dan beberapa keping kad gambar haiwan.
2. Murid dikehendaki memadankan kad
perkataan tersebut pada kad gambar yang
sesuai secara berkumpulan.
3. Setiap kumpulan dikehendaki melakukan
teknik kolaj pada kad gambar yang
dipadankan.


BBM :
Sagu, manik,
kertas warna
Ilmu :
Pendidikan Seni
Visual dan Sains



Itik
Ayam
4

Kad gambar :


4. Murid diminta untuk menceritakan tentang
haiwan yang telah mereka padankan.


Nilai murni :
Bekerjasama,
hormat-
menghormati dan
kasih sayang
KB :
Kritis

Langkah 3
(15 minit)

Haiwan :
- kucing
- kambing
- itik
- ayam
- lembu

1. Murid dikehendaki melukis gambar haiwan
berdasarkan kepada jenis haiwan yang
telah ditentukan mengikut kumpulan.
2. Murid dikehendaki mewarnakan gambar
haiwan yang dilukis.
3. Murid dikehendaki membunyikan bunyi
haiwan yang dihasilkan sambil menjadikan
bahan ciptaan sebagai topeng muka.

BBM :
Kertas, tali, pensil
warna
Ilmu :
Pendidikan Seni
Visual dan Sains
Nilai murni :
Kerjasama dan
hormat-
menghormati
KP :
Naturalis
Pembelajaran
konstrukstivisme


Langkah 4
(10 minit)

Penilaian :
Guru membuat penilaian dan rumusan
hasil daripada penglibatan murid
sepanjang sesi pengajaran dan
pembelajaran.

Pemulihan :
Murid dikehendaki menamakan haiwan
berdasarkan kepada gambar yang
diberi.

BBM :
Lembaran kerja 1
5

Pengayaan :
Murid diminta menceritakan tentang
haiwan peliharaan mereka di rumah.

Penutup
(5 minit)

Kognitif :
Rumusan isi
pelajaran

Sosial :
Lagu Kebun
Datuk Anas

1. Dengan bimbingan guru, murid membuat
rumusan tentang keseluruhan isi pelajaran
pada hari ini.
2. Guru memberi pujian atas sikap murid yang
sayang akan haiwan.
3. Murid menyanyikan lagu Kebun Datuk
Anas bersama-sama guru.

BBM :
Lagu Kebun
Datuk Anas
KB :
Merumus
Ilmu :
Muzik
Nilai murni :
Bekerjasama
Kasih sayang

Refleksi :
Berdasarkan kepada rancangan pengajaran harian tahun 1 yang telah saya siapkan
dan laksanakan ini, terdapat beberapa kekuatan dan kelemahan yang dapat dikesan supaya
pada masa akan datang dapat ditambah baik lagi. Pada akhir pembelajaran, saya dapati
seramai 26 orang murid daripada 30 orang murid mencapai objektif yang telah ditetapkan.
Kaedah serta bahan bantu mengajar yang digunakan yang digunakan telah banyak
membantu saya untuk mencapai standard kandungan yang telah ditentukan. Kekuatan yang
saya dapati dalam pengajaran yang saya jalankan ini ialah sesi pengajaran dan
pembelajaran (PdP) yang saya rancangkan dapat menimbulkan minat murid dengan adanya
penggabungjalinan dalam mata pelajaranseperti Muzik, Pendidikan Seni Visual dan lain-lain.
Rata-rata murid lebih berminat kepada aktiviti yang melibatkan mereka untuk bergerak
bebas dan santai. Melalui kaedah serta teknik yang digunakan dalam sesi pengajaran dan
pembelajaran ini, murid dapat menyebut dan memahami unsur-unsur yang terdapat dalam
seni kata lagu secara didik hibur seperti ayam, kucing dan lain-lain bersesuaian dengan
tema yang telah ditetapkan. Seterusnya, murid dikehendaki memadankan kad perkataan
berserta kad gambar haiwan yang disediakan lantas melakukan aktiviti kolaj. Kebanyakan
murid dapat menguasai kemahiran yang cuba untuk diterapkan ini.
Kekuatan yang seterusnya ialah kejelasan saya dalam memberikan arahan dan
pengajaran. Kejelasan penyampaian memainkan peranan yang penting dalam sesi
pengajaran dan pembelajaran saya. Arahan yang jelas dan ringkas memudahkan murid
memahami kehendak saya dan bagaimana sesuatu aktiviti itu harus dijalankan Hal ini
6

kerana, rancangan pengajaran saya banyak melibatkan kepada aktiviti pergerakan,
nyanyian dan kesenian. Lantaran, penyampaian yang jelas dapat membantu saya
menjalankan sesi pengajaran dan pembelajaran dengan lancar tanpa adanya sebarang
gangguan.
Di samping itu, kepelbagaian penggunaan bahan-bahan bantu mengajar yang saya
aplikasikan kali ini seperti audio, video, kad gambar dan kad perkataan membantu
meningkatkan keseronokan serta motivasi murid untuk meneruskan sesi pembelajaran
sehingga ke akhirnya. Hal ini kerana, warna dan gambar yang sesuai memainkan peranan
yang penting untuk menarik minat murid meneruskan pembelajaran. Tambahan, peneguhan
positif yang saya aplikasikan kepada murid-murid seperti baik, tahniah dan perlakuan
seperti menepuk tangan, secara tidak langsung dapat mengukuhkan keyakinan dalam diri
murid untuk mencuba lagi pada lain hari.
Walaupun terdapat kekuatan dalam perlaksanaan pengajaran dan pembelajaran ini,
tidak dapat dinafikan terdapat beberapa kelemahan yang telah berlaku sepanjang sesi
pengajaran dan pembelajaran ini berlangsung. Kelemahan yang telah saya kenalpasti dalam
pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran ini ialah ketepatan saya mengikut masa.
Ketepatan masa penting bagi memastikan sesi pengajarandan pembelajaran berjalan
dengan baik dan lancar. Berdasarkan kepada rancangan pengajaran harian (rph) yang telah
saya buat, didapati masa yang digunakan untuk menjalankan sesuatu langkah pengajaran
tidak seiring. Hal ini kerana, terdapatnya gangguan-gangguan dan hal-hal lain yang
menyebabkan masa yang lebih diambil untuk melakukan sesuatu langkah tidak seiring.
Walaubagaimanapun, masa keseluruhan pengajaran tidak terlalu terjejas dan dapat
dijalankan dengan baik.
Kelemahan atau kekurangan yang seterusnya ialah masalah dalam pemantauan
dalam kelas. Saya dapati bahawa saya hanya berada di hadapan kelas sahaja tanpa
memantau aktiviti murid di setiap penjuru kelas menyebabkan suasana menjadi agak huru-
hara sewaktu saya menjalankan aktiviti kolaj utamanya. Hal ini menyebabkan, murid
bermain-main dengan bahan kolaj yang telah disediakan lantas nilai kebersihan tidak
berjaya diterapkan dalam kalangan murid sewaktu aktiviti ini berlangsung.
Setiap kelemahan dan kekurangan yang dikesan memerlukan kepada
penambahbaikan bagi meningkatkan kualiti pengajaran pada masa akan datang.
Berdasarkan kepada kelemahan yang telah saya nyatakan di atas, penambahbaikan yang
perlu saya lakukan pada kelemahan yang pertama ialah ketepatan penggunaan masa
menyampaikan pelajaran serta pemantauan murid di dalam kelas. Maka, saya harus
sentiasa peka terhadap penggunaan masa sewaktu sesi pengajaran dan pembelajaran
7

berlangsung. Lantaran, saya perlu mengetahui tentang bahan bantu mengajar yang akan
digunakan, bahan pengajaran yang boleh digunakan dan sesuai atau tidak dengan tahap
keupayaan murid bagi melancarkan sesi pengajaran yang akan dilaksanakan. Saya perlu
membahagikan aktiviti selaras dengan masa yang diperuntukkan agar aktiviti yang
dijalankan tidak melebihi masa yang diperuntukkan.
Bagi mengatasi kekurangan saya yang kedua pula, saya seharusnya berjalan dan
memantau setiap aktiviti yang dijalankan oleh murid. Kaedah ini sangat membantu saya
dalam mengawal murid di dalam kelas, sama ada mengawal tingkah laku murid atau
membantu ketidakfahaman murid terhadap pelajaran secara serta-merta. Malahan, sewaktu
sesi pengajaran berlangsung, saya seharusnya menegaskan kepada murid tentang
kepentingan menjaga kebersihan sewaktu menjalankan aktiviti. Hal ini secara tidak
langsung, dapat melancarkan sesi pengajaran lantas murid lebih bersemangat untuk
menjalankan aktiviti dalam keadaan yang selesa.
Kaedah pengajaran adalah sesuatu yang boleh ditentukan oleh guru sendiri secara
fleksibel. Hal ini kerana, matlamat utama pengajaran adalah supaya murid dapat menimba
ilmu pengetahuan di samping guru dapat mencapai objektif pengajaran tajuk yang telah
ditetapkan. Justeru, guru haruslah bijak dalam merancang pengajaran dan pembelajaran
harian supaya murid dapat menguasai kemahiran dengan mudah dan cepat.
Kesimpulannya, pengajaran pada kali ini tidak berjaya walaupun 26 orang murid
berjaya mencapai objektif yang telah ditetapkan. Walaubagaimanapun, penambahbaikan
akan dilaksanakan serta aktiviti pemulihan dan pengayaan akan dilaksanakan supaya murid
yang tidak berjaya mencapai objektif tersebut dapat mengikuti sesi pengajaran yang akan
dilaksanakan pada seterusnya.








8

TEKNIK 1 : KOLAJ
























9


























10

TEKNIK 2 : LUKISAN
























11


























12

TEKNIK 3 : MEWARNA
























13