Anda di halaman 1dari 2

14

2.0 REFLEKSI
DISEDIAKAN OLEH : SITI AINIZAH BINTI SAMSURI
Assalamualaikum w.b.t dan Salam 1 Malaysia.
Alhamdulillah, saya panjatkan kesyukuran kepada-Nya kerana dengan limpah dan
kurnia-Nya, saya berjaya menyiapkan tugasan Seni Dalam Pendidikan ini tepat pada masa
yang telah ditetapkan. Walaupun banyak rintangan dan ketidakfahaman yang dihadapi
tentang tugasan, namun segala masalah itu dapat diatasi dengan baik. Tugasan bagi subjek
ini terbahagi kepada dua bahagian iaitu tugasan secara individu dan tugasan secara
berkumpulan. Tugasan secara individu menghendaki saya menyediakan satu rancangan
pengajaran harian yang mana ia mengandungi tiga aspek utama iaitu muzik, pergerakan
dan pendidikan seni visual. Manakala, dalam pendidikan seni visual pula ia berkehendak
tiga teknik yang berlainan diaplikasikan. Oleh yang demikian, saya telah memilih teknik
lukisan, mewarna dan kolaj. Berdasarkan kepada tugasan yang dihasilkan ini, banyak ilmu
yang telah dapat saya pelajari sama ada dari segi penulisan dan penghasilan bahan bantu
mengajar. Diharapkan segala pengetahuan ini dapat dicurahkan kepada anak didik saya di
sekolah dalam segala usaha bersesuaian dengan transformasi pendidikan masa kini.
Melalui tugasan ini, saya dapat menyegarkan semula memori saya terhadap teknik
serta kaedah pengajaran yang digunakan oleh guru saya terhadap saya pada waktu sekolah
dahulu. Sepanjang perancangan pembelajaran yang dibina ini antaranya yang dapat saya
pelajari adalah bagaimana untuk memastikan setiap langkah yang akan diajari itu
berhubung kait antara satu sama lain. Hal ini kerana, sehingga kini saya masih lemah dalam
pembinaan rancangan pengajaran harian, namun berkat hasil rujukan kepadaa pensyarah,
rakan-rakan dan juga buku, saya dapat memahami bagaimana untuk melaksanakan
rancangan pengajaran harian berdasarkan kepada standard kandungan dan objektif yang
ingin dicapai. Kelak, apabila menjadi guru, saya akan pastikan bahawa teknik dan kaedah
yang digunakan adalah menarik supaya murid saya seronok untuk belajar di samping
mencapai objektif pengajaran yang telah ditetapkan.
Selain itu, saya juga mempelajari tentang bagaimana untuk menggabungjalin antara
tiga aspek iaitu muzik, pergerakan dan pendidikan seni visual dalam satu sesi pengajaran
dan pembelajaran. Jikalau sebelum ini saya merasakan perkara ini adalah mustahil, namu
setelah melakukan rancangan pengajaran harian ini, saya dapat melihat kelarasan
bagaimana aktiviti akan dijalankan dengan ketepatan masa supaya tidak melebihi daripada
apa yang telah diperuntukkan. Secara tidak langsung, saya dapat mengetahui bahawa
teknik dalam pendidikan seni visual terbahagi kepada dua belas iaitu gosokan, catan,
15

percikan, tekapan dan lain-lain. Malahan, melalui tugasan ini saya dapat mendalami satu-
persatu teknik dalam pendidikan seni visual walaupun hanya tiga saya yang dapat
diaplikasikan dalam tugasan. Lantaran, bagi menjadikan sesi pengajaran saya lebih menarik
apabila saya menjadi guru kelak, saya akan cuba untuk menghasilkan satu sesi pengajaran
dan pembelajaran yang melibatkan penggabungjalinan sama ada dari aspek mata pelajaran
mahupun kaedah dan teknik.
Tambahan, melalui tugasan ini juga saya dapat pelajari untuk menghasilkan bahan
bantu mengajar yang mana ia menggunakan kos yang paling rendah tetapi masih lagi
menarik untuk diaplikasikan dalam aktiviti pengajaran seperti aktiviti kolaj, mewarna dan
lain-lain. Rancangan pengajaran yang dihasilkan pada kali ini membuka mata saya bahawa
perancangan yang saya lakukan bukan sahaja saya perlu fokuskan kepada kemahiran yang
ingin dicapai oleh murid malah juga bahan yang akan digunakan bersesuaian dengan tahap
murid, penggunaan masa dalam setiap langkah, teknik dan kaedah yang akan digunakan
dan lain-lain. Hal ini bermakna, saya perlu mengambil tahu dari pelbagai sudut supaya sesi
pengajaran dan pembelajaran yang berlangsung akan berjaya lantas mencapai objektif
pengajaran yang telah ditetapkan. Oleh itu, kemahiran baru yang dapat pelajari pada kali ini
akan saya cuba aplikasikan kelak dengan memastikan bahawa bahan bantu mengajar yang
saya sediakan menggunakan kos yang paling rendah tetapi masih banyak memberi manfaat
dan ilmu kepada murid saya.
Konklusinya, tugasan ini banyak memberi pendedahan kepada saya bagaimana
untuk menggabungjalinkan beberapa aspek dalam satu sesi pengajaran dan pembelajaran
dan menjadikan ia satu rancangan pengajaran yang terbaik dan berjaya apabila
diaplikasikan kepada murid kelak. Malahan, tugasan ini turut memberikan saya pendedahan
tentang dunia sebenar gurudi samping mendidik sahsiah saya dalam menjalankan tugasan
iaitu bersikap bertanggungjawab dalam melaksanakan tugasan yang telah diberikan. Sudah
tentu segala pengalaman dan pengetahuan ini akan saya bawa sehingga saya menjadi guru
kelak supaya saya dapat menjadi guru yang cemerlang, gemilang dan terbilang dalam
mendidik anak murid kelak.
SAYA BANGGA MENJADI GURU
Sekian, terima kasih.