Anda di halaman 1dari 2

TEKS MAJLIS PELANCARAN

Terima kasih saudara pengerusi majlis.


Melayang serindit di atas permatang
Merbah berkicau di hujung muara
Pemanis kata selamat datang
Salam sejahtera pembuka bicara

Salam Satu Malaysia dan Salam Perak Aman Jaya,
Yang Berbahagia Tuan Haji Kamarulizham bin Hazizi,
Tuan Pengarah IPG Kampus Ipoh,
Yang Berusaha Tuan Haji Razali Bin Haji Abdul Manap,
Tuan Timbalan Pengarah IPG Kampus Ipoh,
Puan Suraya Binti Harun,
Ketua Jabatan Bahasa IPG Kampus Ipoh,
Ketua-ketua Jabatan,
Ketua-ketua unit,
Para Pensyarah Cemerlang,
barisan pensyarah serta hadirin yang dihormati sekalian.
Selamat bertemu dalam majlis pelancaran Jurnal Pendidikan Bahasa Tamil tahun
2013 dan Majalah Tahunan Unit Pengajian Tamil iaitu Tamil Caral 2013.
Hadirin yang dihormati sekalian,
Bagi pengetahuan tuan-tuan dan puan-puan, Jurnal Pendidikan Bahasa Tamil yang
dilancarkan pada hari ini adalah gabungan kajian tindakan mahasiswa guru unit H7 dan
artikel-artikel nukilan para pensyarah Unit Pengajian Tamil IPG Kampus Ipoh. Manakala
Tamil Caral pula merupakan majalah tahunan yang menggabungkan karya-karya para
mahasiwa guru dan pensyarah-pensyarah Unit Pengajian Tamil dalam esei, cerpen, sajak
dan seumpamanya.
Baiklah, tanpa melengahkan masa, majlis dengan penuh takzimnya menjemput Yang
Berusaha Puan Suraya binti Harun, Ketua Jabatan Bahasa, Dr.Segar Narayanan, Ketua
Unit Pengajian Tamil, En.C.Mohankumar, penyelaras Jurnal Pendidikan Bahasa Tamil, dan
Dr.V. Arulnathan selaku penyelaras Majalah Tahunan Unit Pengajian Tamil Caral 2013
untuk menjemput dan mengiringi Yang Berbahagia Tuan Haji Kamarulizham bin Hazizi,
Tuan Pengarah IPG Kampus Ipoh untuk naik ke pentas bagi menyempurnakan gimik
pelancaran.
Majlis dengan penuh takzimnya menjemput Tuan Haji Kamarulizham Bin Hazizi Tuan
Pengarah IPG Kampus Ipoh bagi melancarkan Jurnal Pendidikan Bahasa Tamil 2013 dan
Majalah Tahunan Unit Pengajian Tamil, Tamil Caral 2013.
Demikianlah tadi gimik pelancaran Jurnal Pendidikan Bahasa Tamil 2013 dan Majalah
Tahunan Unit Pengajian Tamil, Tamil Caral 2013.
Hadirin sekalian sekarang dijemput Ketua Unit J13 untuk menerima Jurnal Pendidikan
Bahasa Tamil dan Majalah tahunan Tamil Caral 2013.
*Seterusnya dijemput ketua Unit K5,L4, wakil mahasiswa guru Unit M, Wakil Mahasiswa
Guru Unit P
Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada Tuan Pengarah IPG Kampus Ipoh, Tuan
Haji Kamarulizham bin Hazizi atas kesudian beliau menyempurnakan pelancaran Jurnal
Pendidikan Bahasa Tamil 2013 dan Majalah Tahunan Unit Pengajian Tamil, Tamil Caral
2013. Terima kasih juga diucapkan kepada semua pihak yang telah menjayakan majlis kita
pada pagi ini.
Madah diungkap santun bitara
Pantun dilantun mengusik hati
Salah dan silap tutur bicara
Pohon diampun seikhlas hati
Sekian, terima kasih.