Anda di halaman 1dari 4

Bahagian A

Membina Ayat

1. Beberapa orang pelanggan lelaki sedang minum di restoran itu sambil berbual-
bual.
2. Wanita yang berambut panjang itu sedang makan makanan yang dipesannya.
3. Pekerja restoran itu menebar roti canai yang dipesan oleh pelanggan dengan
cekap.
4. Encik Kamal sedang menyediakan minuman yang dipesan oleh pelanggan
5. Puan Salmah manatang dualng yang bersis minuman dengan berhati-hati.















Keluarga bahagia adalah impian setiap orang. Setiap individu sentiasa bersyukur
untuk mempunyai sebuah keluarga bahagia. Saya juga mempunyai sebuah keluarga
yang bahagia.
Saya mempunyai ibu bapa yang bersikap penyayang dan sentiasa memberikan
perhatian kepada anak-anak. Mereka prihatin dan bertanggungjawab untuk
menyediakan keperluan keluarga. Mereka menjaga semua anak-anak bagai menatang
minyak yang penuh.
Selain itu, saya mempunyai adik-beradik yang saling menyayangi. Kami hormat-
menghormati antara satu sama lain . Hubungan kami sentiasa akrab dan kami hidup
dalam suasana yang mesra dan harmoni.
Jika ada sebarang masalah yang timbul, kami akan selesaikan dengan cara yang
baik. Kami akan berbincang dan cuba mengatasi sebarang konflik dengan niat yang
baik. Tambahan pula, kami tidak mementingkan diri dan sentiasa mengutamakan
hubungan baik keluarga.
Pada masa yang sama, ibu bapa sentiasa memberi sokongan moral dan motivasi
untuk berjaya. Kami amat mementingkan pelajaran demi menjamin masa depan kami.
Maka, kami sentiasa bersama-sama meluangkan masa untuk belajar bersama-sama.
Tuntasnya, saya bersyukur kerana mempunyai keluarga bahagia. Saya
berharap kebahagian ini akan kekal selama-lamanya.







75, Lorong Kampung Pandan,
Kampung Pandan,
55100 Kuala Lumpur.
4 Ogos 2014

Menemui sahabatku Adila yang berada di Seremban , semoga gembira di samping keluarga
hendaknya.
Saudari,
Apa khabar saudari? Saya berharap saudara sihat bersama keluarga tersayang. Tujuan saya
menulis warkah ini adalah untuk menceritakan keadaan di sekolah baharu saya di sini. Walaupun pada
mulanya saya gementar untuk menghadiri sekolah baharu ini, namun kini saya tak sabar untuk
menceritakan keceriaan saya di sekolah baru ini.
Untuk pengetahuan saudari, sekolah saya terletak di sebuah lokasi yang terpencil. Kawasan
persekitarannya di tumbuhi pepohom yang menghijau. Di belakang sekolah saya terdapat sebuah
bukit yang indah. Setiap pagi. Kami di sini menghirup udara yang nyaman dan segar.
Selain itu, rakan-rakan baharu saya di sini juga mesra. Saya mudah bergaul dengan mereka.
Mereka juga hormat-menghormati dan suka membantu saya. Kini, saya mempunyai beberapa kawan
yang sangat akrab dengan saya.
Saudari,
Saya sangat bernasib baik kerana guru-guru di sini semuanya baik hati dan sentiasa memberi
sokongan dan motivasi. Mereka sentiasa memberi pelbagai nasihat kepada saya. Hal ini telah
menceriakan suasana pembelajaran di sini.
Namun begitu, saya amat menrindui rakan-rakan lama saya. Sila kirimkan salam saya kepada
mereka. Semoga kita dapat berjumpa pada cuti semester yang akan datang.
Sampai di sini sahaja coretan saya kali ini. Semoga persahabatan kita kekal selamanya dan
saya akan menulis surat tidak lama lagi.
Yang benar,
Pariya