Anda di halaman 1dari 2

[Type text]

Pada minggu hadapan, iaitu saya akan menjalani praktikum fasa kedua. Pada
kali ini, saya akan berada selama 8 minggu. Jadi, pada minggu terakhir ini, saya
mengambil peluang untuk mengemaskini dokumen-dokumen dan fail-fail yang
berkaitan. Saya juga mempersiapkan diri dari segi mental dan fizikal memandangkan
saya tidak mahu kelihatan lesu dan cepat letih sepanjang berpraktikum di bulan
Ramadhan.
Walaupun ini praktikum kali kedua, saya dan rakan-rakan masih perlu
menghadiri sesi taklimat bersama unit praktikum. Pada sesi ini, penekanan yang
diberikan ialah mengenai kehadiran guru pelatih disamping memberikan penekanan
terhadap pembentukan insan guru. Guru pelatih perlulah mendalami jiwa keguruan
serta bersedia untuk menghadapi cabaran. Taklimat yang diberikan juga memberi
penekanan terhadap tugas-tugas dan perkara yang perlu dilakukan oleh guru pelatih
sepanjang menjalani praktikum di sekolah nanti.
Harapan saya pada praktikum kali ini, saya dapat menghadirkan diri ke sekolah
pada awal waktu pada setiap hari sepanjang tempoh praktikum. Jarak antara tempat
tinggal saya dan sekolah tidak begitu jauh, oleh itu saya akan memastikan kehadiran
sepanjang tempoh praktikum adalah konsisten awal. Saya juga akan memastikan saya
berkesempatan untuk menghadirkan diri untuk setiap program yang dijalankan di
sekolah. Saya juga berharap saya dapat memberikan sumbangan dari segi tenaga
kepada pihak sekolah. Selain itu, saya juga akan memastikan saya sentiasa
mengemaskini portfolio praktikum pada setiap mingggu tanpa bertangguh. Saya juga
akan membuat persiapan dengan rapi terhadap pengajaran dan pembelajaran yang
bakal saya hadapi kelak.


[Type text]



Berdasarkan pengalaman saya pada praktikum fasa yang lalu, saya berharap
saya dapat mengatasi kelemahan diri seperti kelantangan suara, kawalan kelas dan
juga interaksi bersama murid. malah, saya juga akan mempelbagaikan aktiviti dan
sumber pengajaran agar pengajaran dan pembelajaran saya akan bertambah menarik
dan dapat menarik minat murid-murid. Saya juga berharap agar segala perancangan
pengajaran yang telah saya rancang dapat diterima dan bersesuaian dengan murid.
Saya perlu bersedia menerima kritikan dan teguran sepanjang menjalani
praktikum. Saya perlu menerima segala kritikan dan teguran sebagai kritikan yang
membina agar saya berpeluang untuk membetulkan kesalahan dan tidak
mengulanginya pada masa akan datang. Saya juga berharap dan akan memastikan
saya dapat menjalinkan hubungan baik dengan seluruh warga sepanjang berada di situ.
Semoga saya dapat memberikan yang terbaik sepanjang tempoh praktikum ini.