Anda di halaman 1dari 8

Minggu : 1

Tarikh : 4 - 8 Julai 2011



Masalah

Sepanjang minggu ini, saya mendapati beberapa orang murid yang dahulunya seorang
yang pasif telah berubah sikap ke arah tingkahlaku mengganggu.

Analisis

Pada jurnal sebelum ini, saya ada menyebut tentang tingkahlaku murid mengganggu.
Jika dahulu Hariz adalah murid yang paling menonjolkan sikap sedemikian semasa sesi
P&P, tapi pada kali ini, terdapat beberapa orang murid yang menunjukkan tingkahlaku
sepertinya. Dalam masalah tingkahlaku ini, murid tersebut mengganggu sesi P&P
seperti memadam apa yang ditulis oleh guru di papan putih, mengusik kawan, berborak
ketika guru menyampaikan pengajaran serta kerap mengadu. Masalah ini menjadi lebih
serius kerana murid tersebut terdiri dari kalangan murid yang dahulunya pasif di dalam
kelas. Murid yang berada di hadapan sekali kerap mengusik papan putih yang
digunakan oleh guru dan memadam apa yang ditulis semasa P&P. Ini menjadikan sesi
P&P tersebut terganggu. Selain itu, murid juga tidak mengendahkan teguran guru
walaupun perkara tersebut telah berulang kali terjadi.

Cadangan Untuk Memperbaiki

1. Bagi masalah tingkahlaku menggangu yang pertama iaitu memadam tulisan guru di
papan putih, saya akan:
menjarakkan murid di antara papan putih dan tempat duduk mereka
meletakkan pemadam papan putih di tempat lain
menggantikan / menukarkan tempat duduk murid yang kerap memadam
tulisan guru ke belakang
menggunakan jadual bertugas sebagai rujukan murid yang boleh memadam
papan putih

2. Bagi masalah kerap mengusik kawan, saya akan:
menetapkan peraturan dan dendaan yang setimpal seperti time-out
membuat perjanjian antara guru dengan murid dan menggunakan perjanjian
tersebut dalam mengingatkan murid tentang tingkahlaku mereka

3. Bagi masalah murid kerap berborak semasa guru mengajar, saya akan:
menukarkan tempat duduk murid tersebut
mendenda murid dengan cara menjadi pembantu guru seperti menjadi model
serta time-out

4. Bagi masalah murid yang kerap mengadu, saya akan:
mendengar aduan murid tetapi mengendahkan perkara yang remeh-temeh
menegur murid agar bersopan dan tidak kerap mengadu

Tempoh Masa

Saya akan cuba mengawal atau menangani masalah tersebut sepanjang minggu ini.
Setiap cadangan yang telah dinyatakan akan dilaksanakan serta-merta. Saya tidak
boleh bersikap bias terhadap muriddan tindakan perlu dilaksanakan segera agar murid
sedar akan kesilapan mereka.

Penilaian Kejayaan

Sehingga hujung minggu ini, segala cadangan telah dilaksanakan. Namun begitu,
kaedah tersebut perlu diteruskan pada minggu berikutnya agar guru dapat menetapkan
disiplin di dalam kelas dengan lebih berkesan. Murid-murid juga kelihatan berdisiplin
dari sebelumnya. Tingkahlaku sedemikian perlu sentiasa dipupuk agar murid dapat
mendengar arahan dengan baik dan membantu guru melancarkan sesi P&P.
Tindakan Susulan

Saya dan guru perlu sentiasa menerapkan nilai-nilai murni, menegur tingkahlaku negatif
dan peka terhadap tingkahlaku murid. Penggunaan token individu perlu dilaksanakan
dalam menangani masalah ini.


























Minggu : 2
Tarikh : 11 - 15 Julai 2011

Masalah

Pada minggu ini saya menghadapi masalah dalam mengawal emosi sendiri.
Terutamanya ketika sesi pengajaran dan pembelajaran selepas rehat berjalan. Masalah
ini kerap kali berulang terutamanya apabila murid tidak mendengar arahan serta
membuat bising.

Analisis

Masalah kawalan murid selepas rehat kerap terjadi kepada diri saya kerana murid
kembali cergas tetapi sukar mendengar arahan. Keadaan ini menjadi lebih teruk apabila
saya sendiri sudah keletihan yang telah menjadikan emosi saya kurang stabil dan
mudah marah. Saya telah cuba mengawal emosi ini, namun ia kerap terjadi kepada
beberapa orang murid yang bertingkahlaku mengganggu. Berbalik kepada kepenatan,
keadaan badan dan minda saya yang tidak mendapat rehat yang mencukupi juga
mengganggu kawalan emosi saya. Kadangkala saya berasa tertekan dan putus asa
untuk menyudahkan sesi P&P. Walau bagaimanapun, murid-murid yang tidak
bermasalah masih boleh menerima dendaan yang saya berikan kepada murid yang
bermasalah dan mereka memahami sebab dan akibatnya.

Cadangan Untuk Memperbaiki

1. Saya akan cuba menyesuaikan diri dengan keadaan sekeliling sebaik mungkin serta
cuba mengawal emosi saya agar lebih bersabar dalam menghadapi cabaran akan
datang.

2. Saya akan membahagikan masa sebaik-baiknya dalam menyelesaikan tugasan
seperti menyediakan rancangan mengajar, bahan bantu mengajar, hal-hal berkaitan
sekolah serta kajian tindakan yang perlu dilaksanakan serentak.

3. Dalam mengatasi masalah murid bertingkahlaku mengganggu, saya akan merujuk
kembali nota-nota Pengurusan Bilik Darjah dan Tingkahlaku Murid dalam
mendapatkan kaedah penyelesaian terbaik agar semua murid tidak berasa bahawa
saya bias terhadap mereka.

Tempoh Masa

Bagi menangani masalah emosi, saya akan cuba mengawal emosi dalam tempoh 2-3
hari dalam menarik semula minat murid untuk belajar dan menyediakan suasana yang
kondusif serta penuh dengan kasih sayang. Dalam menangani masalah murid
bertingkahlaku mengganggu pula, saya memerlukan lebih masa untuk mencari kaedah
penyelesaian yang terbaik dan mengaplikasikannya dalam kelas. Penyelesaian ini akan
bermula pada minggu hadapan.

Penilaian Kejayaan

Alhamdulillah, setakat ini, saya berjaya mengawal emosi dengan mengurangkan
kemarahan di dalam kelas Namun begitu, saya masih tegas dalam memberikan arahan.
Bagi mengatasi masalah tingkahlaku mengganggu murid, saya masih di dalam proses
mengkaji dan mengaplikasi kaedah yang disarankan oleh tokoh-tokoh pendidikan.

Tindakan Susulan

Saya akan meneruskan usaha dalam mengendalikan murid di dalam kelas dengan
baik. Saya akan sentiasa merujuk kepada buku atau sumber lain yang berkaitan
Pengurusan Bilik Darjah dan Tingkahlaku.

Minggu : 3
Tarikh : 18 - 22 Julai 2011

Masalah

Pada minggu ini, saya menghadapi masalah dengan seorang murid yang tidak mahu
menyertai apa sahaja aktiviti termasuk makan pada waktu pagi dan rehat.

Analisis

Sebelum ini, murid bernama Amirul tidak menunjukkan tingkahlaku seperti ini. Namun,
sepanjang minggu ini, dia menunjukkan tingkahlaku sedemikian, Setiap hari, dia
enggan masuk ke dalam kelas setelah ayahnya pulang selepas menghantarnya ke
sekolah. Pelbagai cara telah kami gunakan untuk memujuknya masuk ke dalam kelas.
Kadang kala, saya sendiri berasa putus asa dan meminta bantuan orang lain seperti
guru prasekolah itu sendiri atau pembantu pengurusan murid untuk memujuknya. Dia
juga tidak mahu makan semasa waktu pagi dan rehat. Saya tidak mahu terlalu
memaksanya, tetapi jika perkara ini berterusan, dia tentu akan keletihan kerana
kekurangan tenaga. Dia juga tidak mahu menyertai aktiviti P&P yang dijalankan.
Apabila ditanya kepada guru mengenai masalah Amirul, beliau menyatakan bahawa
Amirul merindui ibunya yang sedang menyambung pengajian di Kuantan dan dia juga
enggan berkongsi barang kerana sudah biasa hidup seorang di rumah sebagai anak
tunggal. Oleh yang demikian, dia enggan duduk bersama rakan di meja untuk
melaksanakan aktiviti.

Cadangan Untuk Memperbaiki

1. Bagi masalah enggan masuk ke dalam kelas, saya akan menggunakan ganjaran
berbentuk sticker untuk menarik perhatiannya. Jika tidak berjaya, saya akan
menggunakan alternatif lain seperti ugutan untuk menelefon polis supaya
menangkapnya.
2. Bagi masalah enggan makan, saya tidak akan memaksanya. Ada masa-masa yang
sesuai, saya akan memujuknya dan membawanya ke ruang makan. Layanan yang
diberikan tidak boleh terlalu banyak kerana ia akan membuatkan Amirul selesa
dengan keadaan layanan berlebihan dan menyebabkan murid lain berasa tersisih
atau bias.

3. Bagi masalah enggan menyertai aktiviti, saya akan cuba memanggilnya dahulu
untuk duduk bersama dalam kumpulan. Saya akan menggunakan murid lain untuk
memanggilnya bersama dalam mewujudkan kepercayaan dirinya terhadap rakan-
rakan. Selain itu, saya akan memastikan Amirul tetap berada berhampiran dengan
kawasan pembelajaran agar dia dapat mendengar walaupun tidak melibatkan diri
secara langsung dalam sesi P&P tersebut.

4. Saya akan memujuknya dengan memberikan kata-kata semangat seperti baik, rajin,
pandai dalam memastikan dia melaksanakan latihan pada lembaran kerja atau buku
yang disediakan. Saya akan memintanya melakukan kerja tersebut di tempat yang
disukainya agar dia tetap ingin melaksanakan tugasan tersebut.

Tempoh Masa

Saya akan cuba menangani masalah ini dengan segera secara serta merta
menggunakan cadangan yang sedia ada. Ini adalah untuk memastikan Amirul tetap
menerima pembelajaran walaupun dalam keadaan yang minimum disebabkan oleh
maslaah dalam dirinya. Saya tidak akan menggunakan paksaan agar dia dengan
sendirinya mengubah sikap apabila diberi ganjaran atau motivasi yang positif daripada
saya dan murid yang lain.

Penilaian Kejayaan

Pada mulanya, memang sukar untuk mengembalikan mud Amirul seperti sedia kala.
Namun, setelah beberapa hari, dia mula menunjukkan perubahan walaupun masih
memerlukan pujukan dalam memulakan sebarang aktiviti. Selain itu, aktiviti sepanjang
minggu yang menarik dan pelbagai juga dapat memberikan impak yang positif terhadap
penyertaannya di dalam kelas.

Tindakan Susulan

Saya perlu melihat perubahan tingkahlaku Amirul pada minggu seterusnya. Jika masih
dalam keadaan yang sama, saya perlu membincangkan hal ini bersama ibu dan
bapanya dalam mendapatkan pandangan atau cara terbaik dalam menangani masalah
anak mereka.