Anda di halaman 1dari 46

Guru kaunseling berperanan dalam membantu meningkatkan prestasi pelajar.

1. kaunselor bertanggungjawab untk membantu pelajar untuk mengetahui dan memahami


kemahiran belajar yang meliputi kemahiran membaca dan mengambil nota,pengurusan
masa,pengurusan diri,kemahiran mendengar, kemahiran mengingat,mengulangkaji,menjawab
soalan peperiksaan dan menghadapi peperiksaan.
2. .Oleh itu kaunselor amat memerlukan kerjasama dari rakan guru yang lain. Kursus-kursus
kesedaran diadakan untuk meningkatkan tahap kesedaran rasa kebertanggungjawapan pelajar
terhadap kejayaan mereka sendiri.Sebagai usaha untuk meningkatkan lagi kemahiran pelajar
maka mereka akan didedahkan dengan beberapa ujian personaliti yang bertujuan untuk
mengenali kekuatan dan kelemahan diri sendiri.Kemahiran lain yang diajar kepada pelajar adalah
mengurus diri,membina matlamat diri,mengenal pasti sumber belajar dan kemahiran belajar
sokongan.
Kemahiran belajar seperti kemahiran membaca,membuat rujukan ,pengurusan masa,mencatat
nota,memberikan konsentrasi,mendengar,mengingat,mengulang kaji,kumpulan belajar,dan teknik
menjawab soalan peperiksaan serta peluang untuk menyambung pelajaran ataupun latihan.
3. kaunselor untuk membantu murid dalam membuat pemilihan cita-cita terhadap kerjaya pilihan
secara pendedahan melalui pengumpulan maklumat kerjaya yang dilakukan oleh murid
.Beberapa pertandingan yang diadakan di peringkat sekolah,daerah,negeri dan kebangsaan
berkaitan kerjaya turut diadakan bagi membantu pelajar untuk mendapatkan maklumat berkaitan
kerjaya pilihan.Antara pertandingan yang melibatkan kerjaya adalah Eksplorsai Alam
Kerjaya,kain rentang kerjaya, dan poster kerjaya.Dengan dibimbing oleh kaunselor maka para
pelajar akan berusaha untuk mendapatkan bahan bagi kegunaan mereka.
4. Kaunselor bertanggung jawab untuk membantu pelajar bagi meningkatkan self esteem
,kerohanian,pengurusan tekanan, kemahiran komunikasi,kemahiran asertif yang boleh dilakukan
melalui bimbingan kerjaya,penyertaan pelajar dalam kem bina insan, kem motivasi,perkhemahan
ibadah dan kaunseling keluarga.Semua aktiviti yang dilakukan bertujuan untuk meningkatkan
psikososial pelajar serta meningkatkan tahap kesejahteraan mental pelajar agar para pelajar
dapat menyeimbangkan antara tuntutan kehidupan dan tuntutan untuk meneruskan
pembelajaran di sekolah mahupun di institusi pengajian tinggi kelak.
5. Tugasan ini memerlukan kaunselor untuk membantu ibu bapa dan keluarga dalam
menyelesaikan masalah ponteng,kenakalan anak melalui lawatan ke rumah serta bimbingan
individu.Melalui kaunseling keibubapaan ini kaunselor akan dapat mengetahui latar belakang
keluarga kliennya serta dapat menyelidiki masalah klien dengan lebih dekat dan menyeluruh.Ini
akan membantu kaunselor mendapatkan pandangan dan membantu ibu bapa untuk
menyelesaikan masalah yang bersangkutan dengan anak mereka yang bermasalah.

Tugas membantu pelajar yang bermasalah bukanlah suatu tugas yang mudah kerana
kebanyakan pelajar yang bermasalah datang dari keluarga yang bermasalah.Oleh itu,kaunselor
perlu berhati-hati ketika menjalankan kaunseling keibubapaan agar ia tidak menyentuh isu-isu
yang terlalu sensitif hingga boleh menimbulkan ketidakpuasan hati di kalangan ibu bapa.Justeru
itu,tugas sebagai kaunseling keibubapaan merupakan suatu tugas yang sangat mencabar kerana
kaunselor bukan sahaja berhadapan dengan pelajar tetapi ibu bapa dan seluruh ahli keluarga
yang bermasalah.


MURID DENGAN KEPERLUAN KHAS
Pengenalan

Murid dengan keperluan khas adalah berbeza daripada murid biasa dari
segi kebolehan mental, keupayaan fizikal, deria, tingkah laku sosial dan
keupayaan emosi. Murid dengan keperluan khas perlu dirujuk kepada
pakar perubatan untuk
menentukan sama ada mereka sesuai dihantar ke sekolah khas atau ke
sekolah
biasa.

Murid dengan keperluan khas digalakkan belajar di kelas biasa. Murid ini
akan
belajar bersama-sama dengan murid biasa, dalam persekitaran yang
sama,
kurikulum yang sama dan diajar oleh guru yang sama. Suasana seperti
ini akan
membiasakan murid keperluan khas dengan keadaan dunia yang
sebenar.

Walaupun guru yang mengajar murid ini adalah guru biasa yang tidak
mempunyai
latihan khas untuk mengendalikan mereka, guru atau pelaksana perlu
tahu
mengenai murid keperluan khas ini supaya mereka boleh membuat
penyesuaian dari segi pengajaran dan pembelajaran yang perlu
disediakan.

Untuk membantu guru biasa ini, adalah disarankan supaya setiap tadika
yang ada
murid keperluan khas mempunyai guru sokongan (support teacher)
yang mempunyai pengetahuan dan kemahiran asas tentang murid
keperluan khas.

Kategori Murid Keperluan Khas

Murid keperluan khas boleh dilihat dari dua perspektif.
i. Murid yang bermasalah pembelajaran
ii. Murid yang pintar cerdas

i. Murid Bermasalah Pembelajaran


Murid yang bermasalah pembelajaran mempunyai ciri-ciri berikut;
Masalah kelewatan penguasaan bahasa, komunikasi dan literasi
seperti sukar memahami apa yang diperkatakan, pelat dan gagap
Masalah berkaitan dengan visual atau penglihatan seperti:
- Sukar melihat perbezaan dan persamaan saiz, bentuk,
warna dan kedudukan objek
- Tidak boleh membentuk huruf atau menulis huruf
secara terbalik
- Sukar mengingat sesuatu yang dilihatnya
- Mudah terganggu dan menukar tumpuan kerja
- Hiperaktif iaitu sentiasa bergerak, tidak boleh duduk
diam dan selalu resah

Masalah berkaitan dengan pendengaran

Cara Membantu Murid Bermasalah Pembelajaran

Setelah mengenal pasti murid yang bermasalah pembelajaran, guru dan
pelaksana
tadika harus merancang strategi untuk memenuhi keperluan
pembelajaran mereka.
Berikut adalah cadangan untuk membantu melaksanakan proses
pengajaran dan
pembelajaran bagi memenuhi keperluan yang berbeza-beza.

a. Bagi murid yang memerlukan bantuan dari segi komunikasi, bahasa
dan
literasi, guru perlu menggunakan:
Komunikasi bukan lisan seperti lambang dan isyarat
Bahan visual dan bertulis/bercetak dalam pelbagai saiz dan
format
Bahan komunikasi teknologi maklumat dan bahan teknologi
lain

b. Bagi membina kefahaman melalui pengalaman sebenar (hands-on
experience) dan deria, guru perlu menggunakan:
Bahan dan sumber yang murid gunakan melalui penglihatan,
pendengaran, sentuhan dan bau
Bahan komunikasi dan teknologi maklumat dan bahan
teknologi lain


c. Bagi melibatkan murid dalam aktiviti pembelajaran, aktiviti fizikal dan
praktikal, guru perlu :
Mempunyai sokongan dan bantuan daripada orang dewasa lain
Menyesuaikan aktiviti dan persekitaran
Mempunyai bahan dan peralatan khas
Menghargai dan memuji usaha murid
Membantu murid menghargai dan menghormati sumbangan
sendiri
dan orang lain
Memberi peluang kepada mereka meningkatkan kemahiran dan
pengetahuan

ii. Murid Pintar Cerdas


Murid pintar cerdas mempunyai ciri-ciri berikut:
Belajar dengan mudah, cepat dan mempunyai rasa ingin tahu
yang
tinggi
Mempunyai perbendaharaan kata yang banyak, tepat dan
mengekal/mengingat apa yang dibaca dan didengar dengan mudah
Peka dan menunjukkan reaksi segera kepada sesuatu tugasan
dan
berupaya menyelesaikan masalah
Penyesuaian sosial dan kawalan emosi yang baik
Berminat dalam pembelajaran dan pencapaian akademik yang
tinggi
Melebihi purata dari aspek ketinggian, berat badan, kekuatan
dan
kesihatan

Penyediaan Pembelajaran Murid Pintar Cerdas

Guru boleh menyediakan pembelajaran murid pintar cerdas dengan
cara:
Menyediakan bahan dan aktiviti yang menarik dan mencabar
Menggalakkan kreativiti dan pembelajaran akses kendiri
Memberi peluang kepada murid membuat pilihan dan
keputusan
sendiri tentang bahan dan aktiviti yang ingin dilaksanakannya
Mengadakan program pengayaan

Mengesan Kecacatan
Secara Objektif
Saringan Pendengaran
Ujian rambang : mengetahui keupayaan pendengaran dengan peralatan audiologi
Secara Subjektif
Ujian Tingkahlaku (Pure Tone Audiometry PTA)
- Pemerhatian terhadap tindakbalas mereka pada bunyi
Ujian pertuturan
- Keupayaan memahami apa yang ditutur dan menunjukkan tindak balas
Pemerhatian
- Kurang memberi pemerhatian tahap kepekakan
- Tidak memahami arahan
- Kurang melibatkan diri dalam aktiviti yang melibatkan pertuturan
- Seringkali bertanya pada rakan-rakan
- Selalu berkhayal
- Lemah dalam akademik (Bahasa)
- Cara percakapan yang janggal
- Sering memandang ke arah penutur
Prosedur Penilaian
Menemubual ibu bapa untuk mendapatkan sejarah dan latarbelakang klien
Menjalankan pemeriksaan telinga luar
Menjalankan ujian telinga tengah
Menjalankan ujian-ujian pendengaran
Mendapatkan keputusan tentang tahap kehilangan pendengaran jenis kehilangan pendengaran


Strategi mengesan Masalah Pembelajaran Murid
21 Julai 2009cikguTinggalkan komenGo to comments
Salam sejahtera.
Semoga anda kekal sihat dan sentiasa ceria mengharungi liku-liku hidup. Alhamdulillah. Hari ini kita
bertuah kerana masih dapat bernafas di bumi yang indah ini.
Topik pada kali ini adalah Strategi Mengesan Masalah Pembelajaran Murid. Baru-baru ini, guru
Pemulihan di sekolah saya datang berjumpa dan ingin berbincang sesuatu bersama saya.
Masalah yang dihadapinya adalah bagaimana hendak mengesan masalah murid yang diajarnya. Saya
pun memberikan pandangan berikut ;
1. Pemerhatian
2. Pentafsiran rekod prestasi
3. Pentafsiran rekod profil
4. Ujian kertas dan pensel
5. Temu bual dengan guru darjah
6. Temu bual dengan ibu bapa / penjaga murid.
PEMERHATIAN ;
Guru boleh melakukan pemerhatian ini secara tidak langsung di bilik darjah masing. Melalui cara ini,
guru akan mengetahui perubahan yang mungkin jelas kelihatan misalnya dari aspek emosi,
ketegangan murid, kedudukan tubuh badan yang tidak semula jadi dan perubahan tingkah laku.
Dalam strategi ini ada beberapa teknik pemerhatian yang sesuai dilaksanakan. Antaranya :
1. Teknik pemerhatian dengan senarai semak
2. Pemerhatian di luar bilik darjah
3. Pemerhatian tingkah laku
PENTAFSIRAN REKOD PRESTASI
Rekod prestasi merupakan rekod yang menyimpan maklumat tentang pencapaian akademik murid
dan keterangan yang tepat dan lengkap tentang pencapaian murid dalam kelas.
Pentingnya rekod prestasi ini antaranya dapat membantu guru menilai secara jangka panjang dan
membolehkan guru sentiasa mempunyai pengetahuan tentang murid-murid mereka.
Bagi ibu bapa pula, rekod prestasi dapat membantu mereka memahami prestasi akademik,
perkembangan sosila, fizikal dan emosi anak-anak. Melalui sumber berkenaan, ibu bapa dapat
membantu pihak sekolah seperti menilai anak-anak, meningkatkan tanggungjawab sebagai penjaga
dengan menasihati dan memberi tunjuk ajar di rumah.
REKOD PROFIL
Rekod yang memberi maklumat tentang pencapaian murid dalam semua mata pelajaran yang diikuti
disekolah dan ditunjukkan menggunakan markah dan gred.
UJIAN KERTAS dan PENSEL
Ujian bentuk ini melibatkan penggunaan perkataan dan secara tidak langsung menguji penguasaan
bahasa murid.
TEMU BUAL dengan GURU DARJAH
Perbincangan dengan guru darjah dapat memberi maklumat tentang seseorang murid yan hendak
dikenal pasti. Melalui teknik ini, guru akan dapat maklumat seperti kehadiran, pencapaian akademik,
tingkah laku dan perbezaan individu.
TEMU BUAL dengan IBU BAPA
Saya kerap menggunakan kaedah ini kerana ibu bapalah individu yang paling rapat dengan murid di
rumah selain guru semasa di sekolah. Banyak maklumat yang boleh diperolehi daripada ibu bapa
berkaitan murid termasuklah latar sosio-ekonomi keluarga, faktor baka, kesihatan, penceraian, faktor
kelahiran dan sebagainya.

Kaedah Pengajaran Murid Sederhana dan Lemah
Kaedah Pengajaran Murid Berpencapaian Sederhana, Lemah, GALUS,
HALUS atau GARUK
(Ambilan daripada khirkassim.blogspot.com)

[Teks ini telah saya gunakan dengan sedikit penambahan ketika penyampaian ceramah di Kursus Pemantapan Pengurusan Panitia
Bahasa Melayu Bagi Sekolah-sekolah Terpilih Negeri Perak pada 1- 3 Julai, di Alor Setar. Terima kasih Cikgu Mohd Khir Kassim]

Pengenalan

Memang sudah menjadi lumrah alam bahawa murid-murid yang kita ajar mempunyai tahap
pencapaian yang berbeza-beza. Ada yang cepat faham akan isi kandungan pelajaran yang
diajarkan oleh guru, namun ada juga yang lambat untuk memahami isi pengajaran yang diajarkan
oleh guru. Oleh hal yang demikian, terdapat pelbagai cara atau kaedah yang boleh digunakan untuk
mengajar murid sama ada yang cerdik dan pintar ataupun yang sederhana ataupun lemah. Penulis
cuma akan menyentuh cara atau kaedah untuk mengajar murid yang sederhana dan lemah sahaja
dalam perbincangan kali ini.

Kaedah yang digunakan perlu dipelbagaikan kerana kelemahan murid pun berbeza-beza. Perkara
yang sudah pasti ialah pelajar yang lemah juga, tidak menguasai kemahiran bahasa yang baik dan
sering dikaitkan dengan masalah disiplin. Sering kali juga kita mendengar bahawa guru-guru akan
melabel murid-murid tersebut dengan berbagai-bagai label atau panggilan yang negatif. Perkara ini
perlulah dielakkan jika kita benar-benar hendak membantu murid yang lemah ini.

Cabaran dan Tanggungjawab Guru

Cabaran yang terpaksa dihadapi oleh guru yang mengajar murid kelas lemah berbanding dengan
kelas pandai adalah lebih hebat. Namun demikian, jadikan cabaran itu sebagai peluang untuk
berbakti kepada anak bangsa. Selain itu apabila kita mengajar murid lemah, otak kita sentiasa
bergerak cergas kerana kita memaksanya berfikir untuk mencari kaedah yang menarik dan sesuai
untuk menangani pelbagai masalah di dalam kelas murid lemah ini. Satu aspek yang paling penting
dan perlu diberikan penekanan ialah kemahiran dalam kawalan kelas. Guru perlu mengawal kelas
agar disiplin murid di dalam kelas murid lemah ituterkawal.Selain itu, terangkan kepada mereka
sebab atau faktor yang menyebabkan guru mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana murid
yang tidak mendengar arahan guru. Terangkan kepada murid, bahawa kita hidup memang dikawal
oleh peraturan. Tidak kira kita berada di mana pun, sudah pasti ada peraturan atau undang-undang
yang perlu dipatuhi. Di jalan raya, kita perlu mengikut peraturan, malahan di rumah pun ada
peraturan yang perlu dipatuhi. Jadi, ketika berada di dalam kelas sudah tentu murid-murid perlu
mematuhi peraturan yang ditetapkan oleh guru dan pihak sekolah.Apabila kelas sudah dapat
dikawal, barulah guru memulakan pelajaran. Biasanya bagi kelas murid lemah ini, guru-guru perlu
menggunakan silibus minimum kerana tahap pencapaian mereka memang rendah. Jika mereka
menguasai silibus minimum ini pun sudah bolehlah dibanggakan, kerana mereka kurang bermotivasi
untuk mencapai tahap yang lebih tinggi seperti murid-murid pintar yang lain. Namun begitu kita perlu
memotivasikan mereka dengan memberikan peluang, harapan dan mereka juga perlulah berfikir
secara positif.

Elakkan sikap merendah-rendahkan kebolehan atau pencapaian mereka kerana perkara itu akan
mematikan semangat mereka dan yang lebih buruk lagi akan menyebabkan mereka benci kepada
guru dan mata pelajaran yang diajarkan oleh guru itu. Sebagai guru, kita perlu menekankan
pembelajaran yang berkesan di dalam kelas. Pengajaran yang berkesan merupakan pengajaran
yang membolehkan pelajar memperoleh kemahiran, pengetahuan, sikap dan objektif yang telah
ditetapkan. Pakar-pakar pendidikan juga mengatakan bahawa pengajaran yang berkesan ialah
pengajaran yang menarik. Pengajaran berkesan atau efektif juga sebenarnya merupakan
pengajaran yang digemari oleh pelajar. Oleh hal yang demikian, pengajaran yang efektif dapat
ditakrifkan sebagai suatu aktiviti yang berupaya meningkatkan hasil pembelajaran dalam suasana
yang sihat,demokratik dan bersemangat.Hasil pembelajaran yang dimaksudkan ialah perubahan
tingkah laku pelajar dari segi jasmani, emosi, rohani, dan intelek akibat penerimaan pengetahuan
atau kepercayaan baharu. Menurut Wan Zah Wan Ali (2000), guru yang efektif mempunyai sikap
yang adil dan tidak pilih kasih, bertimbang rasa, baik hati, bertanggungjawab, suka menolong
individu yang lain, banyak bersabar dalam melayani kerenah pelajar, tenang, dan stabil
emosinya.Guru juga perlu mengamalkan sikap peramah dan mudah didekati. Dengan cara yang
demikian, pelajar tidak akan berasa takut untuk bertanya soalan atau berkomunikasi dengan guru.

Seterusnya, guru perlulah memberikan pujian walaupun jawapan mereka kurang tepat dan jangan
sekali-kali menghina atau memandang rendah terhadap mereka walaupun jawapan yang diberikan
oleh mereka itu tidak tepat atau salah. Perkara ini akan memberikan keyakinan kepada mereka
untuk menjawab soalan yang lain pada masa akan datang. Hal ini juga akan menimbulkan
tanggapan positif pelajar terhadap guru. Pelajar akan menganggap guru mudah dihampiri dan guru
juga perlulah menyelitkan unsur humor atau jenaka di dalam kelas agar tidak membosankan murid.
Perkara ini penting kerana mereka berasa selesa, tertarik dan lebih yakin untuk belajar dalam
keadaan yang sedemikian. Guru juga seharusnya mempunyai personaliti dinamik, iaitu menarik,
aktif, dan bersungguh-sungguh semasa mengajar murid. Selain itu, guru juga perlu memberikan
contoh teladan yang baik serta memakai pakaian yang kemas dan sesuai untuk menggambarkan
imej sebagai seorang pendidik yang cemerlang.

Kajian TindakanGuru-guru seharusnya menjalankan kajian tindakan di dalam kelas. Kajian tindakan
perlu dijalankan kerana guru dapat mengenal pasti kelemahan murid di dalam kelasnya sendiri dan
cuba untuk membimbing atau merawat murid-murid yang lemah. Sudah tentu guru-guru yang
mengajar murid-murid di dalam kelasnya sendiri yang mengetahui kelemahan yang dihadapi oleh
murid-muridnya. Oleh hal yang demikian, guru-guru perlulah mencari cara atau teknik yang sesuai
untuk mengatasi kelemahan murid-muridnya itu. Sekurang-kurangnya guru perlu memikirkan cara
atau teknik untuk membantu murid-muridnya dalam mata pelajaran yang diajarnya itu. Sekiranya
cara atau teknik yang digunakan itu kurang berkesan untuk mengatasi kelemahan muridnya itu,
maka guru bolehlah mencuba cara atau teknik yang lain. Guru-guru boleh berbincang dengan
rakan-rakan sejawatan untuk mencari cara dan teknik yang berkesan itu.

Perkara yang lebih penting ialah semangat guru itu untuk mencari cara atau teknik yang berkesan
perlulah diberikan pujian dan mereka tidak seharusnya mudah berputus asa jika gagal buat kali
pertama. Guru perlu mencuba pelbagai cara atau teknik, walaupun beberapa kali sehinggalah
bertemu dengan cara atau kaedah yang berkesan.Guru boleh bertanya kepada murid-murid dan
berbincang dengan mereka tentang cara-cara atau teknik-teknik yang disukai oleh mereka semasa
di dalam kelas. Guru bolehlah menggunakan cara yang disukai oleh murid agar pengajaran dan
pembelajaran lebih menarik dan berkesan.

Selain itu guru boleh mendapatkan pandangan murid tentang cara yang digunakan oleh guru
sebelum ini, sama ada cara itu membosankan atau menarik perhatian mereka. Jika jawapannya
negatif, guru harus mengubah teknik tersebut. Guru juga perlu mendapatkan komen atau
pandangan murid tentang perkara-perkara yang tidak disukai oleh mereka terhadap guru semasa
proses pengajaran dan pembelajaran sedang berlangsung. Selain secara lisan, guru juga boleh
mengedarkan soal selidik yang ringkas ataupun murid-murid menulis sebarang komen tentang cara
guru mengajar murid.

Teknik Pengajaran yang Berkesan

Guru-guru seharusnya peka dengan tuntutan Kementerian Pelajaran yang mahu kaedah pengajaran
guru mestilah berpusatkan pelajar dan tidak berpusatkan guru. Dengan menggunakan kaedah
tersebut, sudah tentu kaedah pengajaran mesti menarik perhatian mereka. Tambahan pula murid-
murid yang lemah ini lebih berminat terhadap pengajaran guru jika mereka dilibatkan sama dengan
aktiviti yang disukai oleh mereka. Murid-murid tersebut hendaklah diberikan aktiviti yang berbentuk
"hands on" dan perkara ini tidak membosankan mereka. Untuk menarik perhatian murid, guru-guru
perlulah menggunakan pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang berasaskan bahan bantu
belajar (BBB). Oleh yang demikian sudah tentulah memerlukan BBB yang digunakan untuk menarik
perhatian murid selain faktor guru yang mesra dan tidak terlalu serius semasa pengajaran dan
pembelajaran.Pakar-pakar dalam bidang pendidikan juga sering mengaitkan bahawa pengajaran
yang berkesan ialah pengajaran yang menarik.Dalam mengendalikan kelas yang lemah dan
bermasalah ini, guru perlulah bersikap tegas terhadap murid tetapi bukannya garang. Hal ini
demikian kerana, murid-murid perlu diberikan penerangan tentang sebab-sebab guru perlu bertindak
dengan tegas semasa pengajaran dan pembelajaran sedang berlangsung. Oleh itu guru-guru perlu
mendampingi murid-murid dan bimbinglah mereka kerana mereka sebenarnya memerlukan
bimbingan.

Selain itu, guru juga tidak seharusnya bersikap prejudis dan pilih kasih semasa mengajar murid di
dalam kelas. Hal ini demikian kerana murid-murid tidak suka akan guru-guru yang bersikap
sedemikian. Oleh itu guru-guru perlu menghormati murid-muridnya dan insyaallah, murid-murid juga
akan hormat kepada guru. Perkara ini sudah menjadi lumrah iaitu murid-murid ini juga manusia
biasa dan perlu dihormati untuk meningkatkan harga diri mereka. Biasanya murid-murid yang
selalunya biadap terhadap guru juga akan tunduk kepada guru yang menghormati mereka dan
meningkatkan harga diri mereka.Guru-guru perlulah memberikan harapan dan sokongan moral
kepada pelajar untuk berjaya atau lulus dalam peperiksaan. Selalu ingatkan mereka agar berfikir
secara positif dan yakinkan mereka bahawa mereka boleh lulus dalam peperiksaan tetapi mestilah
diikuti dengan usaha gigih dan berterusan tanpa mengenal putus asa. Guru-guru hendaklah selalu
memberikan pujian dan kata-kata semangat terhadap murid sebagai dorongan untuk mereka belajar
dan lulus dalam peperiksaan. Selain itu cari perkara disukai oleh mereka dalam pengajaran dan
pembelajaran. Sekiranya ada murid yang pandai melukis, minta mereka melukis perkara yang
berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran pada hari itu di dalam kelas.Guru-guru juga harus
kreatif dan mencipta kaedah sendiri yang berkesan dan biasanya berbentuk formula yang
memudahkan murid mengingat sesuatu fakta. Sebagai contohnya, gunakan formula IniKah Cinta
(Isi, Kesan dan Contoh) untuk menghurai isi karangan dalam satu perenggan. Selain itu, guru-guru
perlu memberi latihan kepada murid mengikut tahap dan kemampuan mereka. Beri latihan yang
mudah kepada pelajar lemah atau permudahkan latihan itu dengan memberikan latihan terarah atau
mengisi tempat kosong. Di samping itu guru-guru juga perlu melatih pelajar untuk membuat
pembetulan terhadap kesalahan yang dilakukan dan guru perlu menyemak latihan murid dengan
teliti. Pastikan murid membuat pembetulan bagi setiap kesalahan yang ditandakan. Seterusnya
langkah yang akhir ialah teknik latih tubi atau teknik hafalan perlulah dilakukan dan kalau perlu
lengkapkan murid dengan fakta-fakta penting yang mungkin ditanya dalam peperiksaan. Hal ini
boleh membantu mereka sekurang-kurangnya untuk lulus dalam
peperiksaan.PenutupKesimpulannya, guru-guru yang mengajar murid-murid yang lemah memang
berhadapan dengan cabaran yang hebat. Oleh hal yang demikian, guru-guru perlulah bersemangat
dan bermotivasi tinggi semasa berada di dalam kelas untuk menggalakkan murid-murid
bersemangat dan bermotivasi semasa belajar. Selain itu elakkan sikap mengajar murid cuma
setakat menjalankan tugas semata-mata. Dengan perkataan lain, guru-guru mesti memiliki
komitmen yang tinggi terhadap murid dan sanggup membuat kerja lebih demi membantu murid.

Di samping itu, anggaplah masalah yang dihadapi di dalam kelas itu sebagai cabaran dan peluang
untuk memberikan sumbangan dan bukannya masalah atau halangan. Jangan lupa bahawa kerja itu
juga sebagai ibadah dengan syarat kerja itu dilakukan dengan ikhlas dan bersungguh-sungguh.
Perlu diingat bahawa mendidik murid juga merupakan satu perjuangan, sama seperti berjuang di
medan jihad. Diharapkan usaha kita diberkati dan mendapat hasil seperti yang diharapkan iaitu
untuk melahirkan modal insan yang cemerlang, gemilang dan terbilang mengikut kemampuan
masing-masing.


Memang sudah menjadi lumrah alam bahawa murid-murid yang kita ajar mempunyai tahap
pencapaian yang berbeza-beza. Ada yang cepat faham akan isi kandungan pelajaran yang
diajarkan oleh guru, namun ada juga yang lambat untuk memahami isi pengajaran yang diajarkan
oleh guru. Oleh hal yang demikian, terdapat pelbagai cara atau kaedah yang boleh digunakan untuk
mengajar murid sama ada yang cerdik dan pintar ataupun yang sederhana ataupun lemah. Penulis
cuma akan menyentuh cara atau kaedah untuk mengajar murid yang sederhana dan lemah sahaja
dalam perbincangan kali ini. Kaedah yang digunakan perlu dipelbagaikan kerana kelemahan murid
pun berbeza-beza. Perkara yang sudah pasti ialah pelajar yang lemah juga, tidak menguasai
kemahiran bahasa yang baik dan sering dikaitkan dengan masalah disiplin. Sering kali juga kita
mendengar bahawa guru-guru akan melabel murid-murid tersebut dengan berbagai-bagai label atau
panggilan yang negatif. Perkara ini perlulah dielakkan jika kita benar-benar hendak membantu murid
yang lemah ini.Cabaran dan Tanggungjawab GuruOleh hal yang demikian, cabaran yang terpaksa
dihadapi oleh guru yang mengajar murid kelas lemah berbanding dengan kelas pandai adalah lebih
hebat. Namun demikian, jadikan cabaran itu sebagai peluang untuk berbakti kepada anak bangsa.
Selain itu apabila kita mengajar murid lemah, otak kita sentiasa bergerak cergas kerana kita
memaksanya berfikir untuk mencari kaedah yang menarik dan sesuai untuk menangani pelbagai
masalah di dalam kelas murid lemah ini.Satu aspek yang paling penting dan perlu diberikan
penekanan ialah kemahiran dalam kawalan kelas. Guru perlu mengawal kelas agar disiplin murid di
dalam kelas murid lemah itu terkawal.

Selain itu, terangkan kepada mereka sebab atau faktor yang menyebabkan guru mengambil
tindakan tegas terhadap mana-mana murid yang tidak mendengar arahan guru. Terangkan kepada
murid, bahawa kita hidup memang dikawal oleh peraturan. Tidak kira kita berada di mana pun,
sudah pasti ada peraturan atau undang-undang yang perlu dipatuhi. Di jalan raya, kita perlu
mengikut peraturan, malahan di rumah pun ada peraturan yang perlu dipatuhi. Jadi, ketika berada di
dalam kelas sudah tentu murid-murid perlu mematuhi peraturan yang ditetapkan oleh guru dan
pihak sekolah.Apabila kelas sudah dapat dikawal, barulah guru memulakan pelajaran. Biasanya
bagi kelas murid lemah ini, guru-guru perlu menggunakan silibus minimum kerana tahap pencapaian
mereka memang rendah. Jika mereka menguasai silibus minimum ini pun sudah bolehlah
dibanggakan, kerana mereka kurang bermotivasi untuk mencapai tahap yang lebih tinggi seperti
murid-murid pintar yang lain. Namun begitu kita perlu memotivasikan mereka dengan memberikan
peluang, harapan dan mereka juga perlulah berfikir secara positif. Elakkan sikap merendah-
rendahkan kebolehan atau pencapaian mereka kerana perkara itu akan mematikan semangat
mereka dan yang lebih buruk lagi akan menyebabkan mereka benci kepada guru dan mata
pelajaran yang diajarkan oleh guru itu.Sebagai guru, kita perlu menekankan pembelajaran yang
berkesan di dalam kelas. Pengajaran yang berkesan merupakan pengajaran yang membolehkan
pelajar memperoleh kemahiran, pengetahuan, sikap dan objektif yang telah ditetapkan. Pakar-pakar
pendidikan juga mengatakan bahawa pengajaran yang berkesan ialah pengajaran yang menarik.
Pengajaran berkesan atau efektif juga sebenarnya merupakan pengajaran yang digemari oleh
pelajar. Oleh hal yang demikian, pengajaran yang efektif dapat ditakrifkan sebagai suatu aktiviti
yang berupaya meningkatkan hasil pembelajaran dalam suasana yang sihat, demokratik dan
bersemangat.

Hasil pembelajaran yang dimaksudkan ialah perubahan tingkah laku pelajar dari segi jasmani,
emosi, rohani, dan intelek akibat penerimaan pengetahuan atau kepercayaan baharu. Menurut Wan
Zah Wan Ali (2000), guru yang efektif mempunyai sikap yang adil dan tidak pilih kasih, bertimbang
rasa, baik hati, bertanggungjawab, suka menolong individu yang lain, banyak bersabar dalam
melayani kerenah pelajar, tenang, dan stabil emosinya.Guru juga perlu mengamalkan sikap
peramah dan mudah didekati. Dengan cara yang demikian, pelajar tidak akan berasa takut untuk
bertanya soalan atau berkomunikasi dengan guru. Seterusnya, guru perlulah memberikan pujian
walaupun jawapan mereka kurang tepat dan jangan sekali-kali menghina atau memandang rendah
terhadap mereka walaupun jawapan yang diberikan oleh mereka itu tidak tepat atau salah. Perkara
ini akan memberikan keyakinan kepada mereka untuk menjawab soalan yang lain pada masa akan
datang. Hal ini juga akan menimbulkan tanggapan positif pelajar terhadap guru. Pelajar akan
menganggap guru mudah dihampiri dan guru juga perlulah menyelitkan unsur humor atau jenaka di
dalam kelas agar tidak membosankan murid. Perkara ini penting kerana mereka berasa selesa,
tertarik dan lebih yakin untuk belajar dalam keadaan yang sedemikian. Guru juga seharusnya
mempunyai personaliti dinamik, iaitu menarik, aktif, dan bersungguh-sungguh semasa mengajar
murid. Selain itu, guru juga perlu memberikan contoh teladan yang baik serta memakai pakaian
yang kemas dan sesuai untuk menggambarkan imej sebagai seorang pendidik yang cemerlang.

Kajian Tindakan.

Guru-guru seharusnya menjalankan kajian tindakan di dalam kelas. Kajian tindakan perlu dijalankan
kerana guru dapat mengenal pasti kelemahan murid di dalam kelasnya sendiri dan cuba untuk
membimbing atau merawat murid-murid yang lemah. Sudah tentu guru-guru yang mengajar murid-
murid di dalam kelasnya sendiri yang mengetahui kelemahan yang dihadapi oleh murid-muridnya.
Oleh hal yang demikian, guru-guru perlulah mencari cara atau teknik yang sesuai untuk mengatasi
kelemahan murid-muridnya itu. Sekurang-kurangnya guru perlu memikirkan cara atau teknik untuk
membantu murid-muridnya dalam mata pelajaran yang diajarnya itu. Sekiranya cara atau teknik
yang digunakan itu kurang berkesan untuk mengatasi kelemahan muridnya itu, maka guru bolehlah
mencuba cara atau teknik yang lain. Guru-guru boleh berbincang dengan rakan-rakan sejawatan
untuk mencari cara dan teknik yang berkesan itu. Perkara yang lebih penting ialah semangat guru
itu untuk mencari cara atau teknik yang berkesan perlulah diberikan pujian dan mereka tidak
seharusnya mudah berputus asa jika gagal buat kali pertama. Guru perlu mencuba pelbagai cara
atau teknik, walaupun beberapa kali sehinggalah bertemu dengan cara atau kaedah yang
berkesan.Guru boleh bertanya kepada murid-murid dan berbincang dengan mereka tentang cara-
cara atau teknik-teknik yang disukai oleh mereka semasa di dalam kelas. Guru bolehlah
menggunakan cara yang disukai oleh murid agar pengajaran dan pembelajaran lebih menarik dan
berkesan. Selain itu guru boleh mendapatkan pandangan murid tentang cara yang digunakan oleh
guru sebelum ini, sama ada cara itu membosankan atau menarik perhatian mereka. Jika
jawapannya negatif, guru harus mengubah teknik tersebut. Guru juga perlu mendapatkan komen
atau pandangan murid tentang perkara-perkara yang tidak disukai oleh mereka terhadap guru
semasa proses pengajaran dan pembelajaran sedang berlangsung. Selain secara lisan, guru juga
boleh mengedarkan soal selidik yang ringkas ataupun murid-murid menulis sebarang komen tentang
cara guru mengajar murid.Teknik Pengajaran yang BerkesanGuru-guru seharusnya peka dengan
tuntutan Kementerian Pelajaran yang mahu kaedah pengajaran guru mestilah berpusatkan pelajar
dan tidak berpusatkan guru. Dengan menggunakan kaedah tersebut, sudah tentu kaedah
pengajaran mesti menarik perhatian mereka. Tambahan pula murid-murid yang lemah ini lebih
berminat terhadap pengajaran guru jika mereka dilibatkan sama dengan aktiviti yang disukai oleh
mereka. Murid-murid tersebut hendaklah diberikan aktiviti yang berbentuk "hands on" dan perkara ini
tidak membosankan mereka. Untuk menarik perhatian murid, guru-guru perlulah menggunakan
pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang berasaskan bahan bantu belajar (BBB). Oleh yang
demikian sudah tentulah memerlukan BBB yang digunakan untuk menarik perhatian murid selain
faktor guru yang mesra dan tidak terlalu serius semasa pengajaran dan pembelajaran.

Pakar-pakar dalam bidang pendidikan juga sering mengaitkan bahawa pengajaran yang berkesan
ialah pengajaran yang menarik.Dalam mengendalikan kelas yang lemah dan bermasalah ini, guru
perlulah bersikap tegas terhadap murid tetapi bukannya garang. Hal ini demikian kerana, murid-
murid perlu diberikan penerangan tentang sebab-sebab guru perlu bertindak dengan tegas semasa
pengajaran dan pembelajaran sedang berlangsung. Oleh itu guru-guru perlu mendampingi murid-
murid dan bimbinglah mereka kerana mereka sebenarnya memerlukan bimbingan. Selain itu guru
juga tidak seharusnya bersikap prejudis dan pilih kasih semasa mengajar murid di dalam kelas. Hal
ini demikian kerana murid-murid tidak suka akan guru-guru yang bersikap sedemikian. Oleh itu guru-
guru perlu menghormati murid-muridnya dan insyaallah, murid-murid juga akan hormat kepada guru.
Perkara ini sudah menjadi lumrah iaitu murid-murid ini juga manusia biasa dan perlu dihormati untuk
meningkatkan harga diri mereka. Biasanya murid-murid yang selalunya biadap terhadap guru juga
akan tunduk kepada guru yang menghormati mereka dan meningkatkan harga diri mereka.Guru-
guru perlulah memberikan harapan dan sokongan moral kepada pelajar untuk berjaya atau lulus
dalam peperiksaan. Selalu ingatkan mereka agar berfikir secara positif dan yakinkan mereka
bahawa mereka boleh lulus dalam peperiksaan tetapi mestilah diikuti dengan usaha gigih dan
berterusan tanpa mengenal putus asa. Guru-guru hendaklah selalu memberikan pujian dan kata-
kata semangat terhadap murid sebagai dorongan untuk mereka belajar dan lulus dalam
peperiksaan. Selain itu cari perkara disukai oleh mereka dalam pengajaran dan pembelajaran.
Sekiranya ada murid yang pandai melukis, minta mereka melukis perkara yang berkaitan dengan
pengajaran dan pembelajaran pada hari itu di dalam kelas.

Guru-guru juga harus kreatif dan mencipta kaedah sendiri yang berkesan dan biasanya berbentuk
formula yang memudahkan murid mengingat sesuatu fakta. Sebagai contohnya, gunakan formula
IniKah Cinta (Isi, Kesan dan Contoh) untuk menghurai isi karangan dalam satu perenggan. Selain
itu, guru-guru perlu memberi latihan kepada murid mengikut tahap dan kemampuan mereka. Beri
latihan yang mudah kepada pelajar lemah atau permudahkan latihan itu dengan memberikan latihan
terarah atau mengisi tempat kosong. Di samping itu guru-guru juga perlu melatih pelajar untuk
membuat pembetulan terhadap kesalahan yang dilakukan dan guru perlu menyemak latihan murid
dengan teliti. Pastikan murid membuat pembetulan bagi setiap kesalahan yang ditandakan.
Seterusnya langkah yang akhir ialah teknik latih tubi atau teknik hafalan perlulah dilakukan dan
kalau perlu lengkapkan murid dengan fakta-fakta penting yang mungkin ditanya dalam peperiksaan.
Hal ini boleh membantu mereka sekurang-kurangnya untuk lulus dalam peperiksaan.

Penutup

Kesimpulannya, guru-guru yang mengajar murid-murid yang lemah memang berhadapan dengan
cabaran yang hebat. Oleh hal yang demikian, guru-guru perlulah bersemangat dan bermotivasi
tinggi semasa berada di dalam kelas untuk menggalakkan murid-murid bersemangat dan
bermotivasi semasa belajar. Selain itu elakkan sikap mengajar murid cuma setakat menjalankan
tugas semata-mata. Dengan perkataan lain, guru-guru mesti memiliki komitmen yang tinggi
terhadap murid dan sanggup membuat kerja lebih demi membantu murid. Di samping itu, anggaplah
masalah yang dihadapi di dalam kelas itu sebagai cabaran dan peluang untuk memberikan
sumbangan dan bukannya masalah atau halangan. Jangan lupa bahawa kerja itu juga sebagai
ibadah dengan syarat kerja itu dilakukan dengan ikhlas dan bersungguh-sungguh. Perlu diingat
bahawa mendidik murid juga merupakan satu perjuangan, sama seperti berjuang di medan jihad.
Diharapkan usaha kita diberkati dan mendapat hasil seperti yang diharapkan iaitu untuk melahirkan
modal insan yang cemerlang, gemilang dan terbilang mengikut kemampuan masing-masing.

Kanak-Kanak Bermasalah Pembelajaran (Learning Disablity)
PENGENALAN

Kanak-kanak bermasalah pembelajaran adalah mereka yang mempunyai masalah neurologikal hingga
menjejaskan pemahaman, penggunaan bahasa, pertuturan, penulisan, berfikir, membaca, menulis, mengeja
dan bermatematik.



DEFINISI

Kanak-kanak bermasalah pembelajaran merujuk kepada kanak-kanak yang mengalami halangan
psikologikal atau neurologikal terhadap gerak balas bahasa, samada tulisan, perpsepsi kognitif atau aktiviti
psikomotor. (sumber diolah daripada Buku Perkembangan Kanak-Kanak yang ditulis oleh Mok Soon Sang)




JENIS-JENIS MASALAH PEMBELAJARAN

Disleksia

Disleksia merupakan sejenis masalah yang paling kerap berlaku dikalangan kanak-kanak. Kanak-kanak
disleksia menghadapi masalah dalam menguasai tugasan sekolah walaupun mereka telah berusaha
bersungguh-sungguh. Sebenarnya kanak-kanak ini mempunyai tahap keupayaan intelek yang normal.
Tetapi disebabkan factor-faktor tertentu mereka tidak dapat menguasai pembelajaran. Masalah utama yang
menyebabkan berlakunya disleksia ialah perbezaan cara otak berfungsi terutama dalam menghubungkan
symbol visual dan bunyi. Kanak-kanak disleksia akan menghadapi kesukaran dalam pembacaan, penulisan,
memahami isi bacaan, mengeja dan mengira. Adalah dianggarkan sebanyak 4-8% pelajar sekolah
mengalami masalah disleksia dan dikenal pasti bahawa lebih ramai pelajar lelaki mengalami disleksia
berbanding perempuan.

Antara ciri-ciri kanak disleksia yang dapat dikenalpasti di peringkat prasekolah ialah lambat bertutur,
mengalami kesukaran sebutan atau rima, sukar menulis nama sendiri, sukar mengenal bentuk atau warna
dan sukar memberitahu cerita yang telah didengarinya. Manakala pada peringkat seterusnya iaitu di alam
persekolahan, kanak-kanak Disleksia mungkin gagal menguasai tugasan sekolah seperti membaca, menulis,
mengeja atau mengira, tidak suka membaca dan mengelak dari membaca di kelas, kesilapan semasa
membaca huruf, perkataan atau nombor (Bacaan terbalik) contohnya 15 dengan 51, was menjadi saw,
b dengan d. Pada peringkat ini juga mereka mungkin mengalami kurang koordinasi seperti sukar
mengikat tali kasut, keliru dengan konsep masa seperti semalam, hari ini , esok, kesukaran memahami,
mengingati dan mengikuti arahan dan selalu tersalah letak atau hilang barang atau kerja sekolah

Dysgraphia

Dysgraphia merupakan satu masalah yang melibatkan neurologi yang dikategorikan sebagai masalah dalam
penulisan. Masalah ini menyebabkan seseorang akan melakukan kesilapan semasa menulis. Bagi kanak-
kanak, biasanya masalah ini dapat dikesan pada peringkat awal mereka diperkenalkan kepada penulisan.
Mereka akan tersilap menulis, saiz hruf yang tidak sesuai atau tidak menepati ruang yang tersedia, atau
salah ejaan. Masalah ini berlaku tidak dapat diketahui namun secara umunya ia berlaku akibat daripada
kerosakan pada parietal lobe otak.


Dyspraxia

Dyspraxia merupakan sejenis masalah yang disebabkan gangguan neurological yang boleh menyebabkan
gangguan kepada pergerakan dan koordinasi. Ia juga dikenali sebagai motor learning disability. Kanak-
kanak yang mengalami dyspraxia menghadapi kesukaran untuk mengkoordinasi pergerakan dengan lancar.
Selalunya mereka menghadapi kesukaran untuk mengkoordinasi pergerakan dengan lancar. Dyspraxia juga
akan mengakibat kanak-kanak itu akan berhadapan dengan masalah bahasa dan kadangkalanya sukar
dalam persepsi dan pemikiran. Namun demikian dyspraxia tidak akan mempengaruhi tahap kecemerlangan
sesorang namun ia akan menyebabkan kesukaran dalam pembelajaran terutama kepada kanak-kanak.



Dyscalculia

Individu yang mengalami dyscalculia secara umumnya mempunyai tahap intelektual yang normal, namun
mereka menghadapi masalah kepada proses pemikiran (kognitif) tertentu. Mereka menghadapi kesukaran
kepada beberapa jenis pemikiran terutama sekali dalam mata pelajaran Matematik. (B Adler, 2001)

Menurut Gross-Tsur, Manor dan Shaley (UK Studies) 1996, 6.5% adalah dyscalculic. Manakala menurut
Lewis, Hitch dan Walker 1994, 1.3% adalah dyscalculic manakala 2.3% adalah dyscalculic dan dyslexic ini
menunjukkan bahawa menurut kajiannya 3.6% daripada penduduk dunia mengalami dyscalculia.



Masalah pembelajaran lain

a) Gangguan auditori (Bermasalah dalam menerima maklumat melalui pendengaran dan memproses
maklumat)

b) Persepsi visual (Bermasalah dalam menyalin, sukar menjawab soalan secara menghitamkan jawapan
semasa peperiksaan.

c) Gangguan bahasa(Sukar untuk membezakan peristiwa lampau dan kini, sukar untuk memgingat sesuatu
perkataan.

d) Dyssemia(Sukar membezakan ton suara, sukar memahami humor dan kritikan)

e) Memory(Sukar untuk mengingati maklumat)

f) Gangguan perhatian (Attention Deficit) Sukar untuk menguruskan sesuatu, sukar untuk member
tumpuan.



PUNCA-PUNCA KANAK BERMASALAH PEMBELAJARAN

Kebanyakan pakar tidak dapat mengenalpasti punca sebenar berlakunya masalah pembelajaran, tetapi
mereka berpendapat bahawa ia adalah disebabkan gangguan system saraf pusat yang disebabkan pelbagai
faktor seperti keturunan (genetik), masalah semasa kehamilan atau kelahiran dan insiden selepas kelahiran
seperti kemalangan.


PROGRAM PENDIDIKAN

Di Malaysia Program Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran melibatkan masalah daripada pelbagai
kategori. Oleh sebab tahap pencapaian pendidikan murid dalam kategori ini secara amnya amat rendah
(Grolnick and Ryan, 1990), maka mereka perlu mengikuti program pendidikan khas bermasalah
pembelajaran yang ditawarkan di sekolah-sekolah rendah dan menengah yang bercorak intergrasi dan
inklusif. Sekolah intergrasi atau pendidikan separa Inklusif bermaksud murid berkeperluan khas belajar
dalam bangunan atau kelas yang berlainan tetapi dalam kawasan sekolah yang sama dengan kanak-kanak
normal. Manakala kelas inklusif ialah murid bermasalah pembelajaran belajar dalam kelas yang sama
dengan kanak-kanak normal dan mengikuti kurikulum yang sesuai dengan kemampuan individu.

Jabatan Pendidikan Khas menggariskan bahawa murid bermasalah pembelajaran ini boleh mengikuti
program Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran sekiranya mereka dapat mengurus diri tanpa
bergantung kepada orang lain dan disahkan oleh pakar klinikal sebagai megalami kecacatan sehingga
mengganggu proses pembelajaran.

Berdasarkan garis panduan yang dikeluarkan oleh Jabatan pendidikan Khas, murid yang dikenalpasti
mengalami masalah pembelajaran boleh dikategorikan mengikut tahap kefungsian mereka dalam kebolehan
kognitif, tingkah laku dan perkembangan social, penguasaan bahasa iaitu lisan atau pertuturan, keupayaan
membaca, kemahiran perkembangan (developmental skill), dan kemahiran matematik. Walaupun murid
bermasalah pembelajaran menghadapi masalah melibatkan domain kognitif, afektif, psikomotor dan
sosioemosi, namun mereka masih berupaya untuk menerima pendidikan yang sesuai dengan kemampuan
dan perkembangan mereka secara menyeluruh. Mereka sekadar kurang bertindakbalas terhadap strategi
pembelajaran mereka secara menyeluruh. Justeru itu, murid tersebut perlu dibekalkan dengan kurikulum
khas yang lebih bersifat fleksibel, berfokus dan bersesuaian dengan keupayaan serta kebolehan mereka.

Kurikulum Kebangsaan yang disediakan untuk murid normal tidak dapat memenuhi keperluan murid
bermasalah pembelajaran kerana tahap pencapaian pendidikan murid tersebut dianggap rendah. Kurikulum
Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran menyediakan ilmu pengetahuan dan kemahiran menerusi proses
pengajaran dan pembelajaran yang bersifat fleksibel, berfokus, berstruktur dan dirancang mengikut langkah
demi langkah untuk membolehkan murid menguasai setiap peringkat kemhiran yang dipelajari. Dengan
demikian, pembelajaran yang diperolehi di dalam bilik darjah dapat dimanafaatkan dalam kehidupan
seharian.

Melalui proses pengajaran khas ini juga mampu melahirkan individu yang berdikari, berdisiplin dan bersikap
positif, bermoral dan beretika, berkemahiran dan berketerampilan serta produktif dan seterusnya boleh
menyumbang kepada keluarga, masyarakat dan Negara. Matlamat akhir kurukulum tersebut adalah untuk
melahirkanindividu berkeperluan khas yang dapat menjalani kehidupan yang bermakna.

Namun demikian, bagi memastikan kejayaan pelaksanaan kurikulum tersebut memerlukan komitmen semua
pihak yang terlibat dengan Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran khususnya guru. Dalam hal ini guru
pendidikan khas perlu menggunakan kebijaksanaan mengubahsuai kaedah dan pendekatan pengajaran,
aktiviti pembelajaran serta bahan dan teknik yang sesuai dengan keupayaan murid yang dididik agar proses
pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih berkesan dan bermakna. Kerjasama dan komitmen ibu bapa
juga amat diperlukan bagi membantu keberkesanan pelaksanaan kurikulum ini.



Peranan Ibu Bapa

Berdasarkan kepada pada kajian yang menggunakan kumpulan pasangan ibu bapa anak istimewa,
McGillicuddy-DeLisi (1992) mendapati ibu bapa kepada kanak-kanak bermasalah pembelajaran mempunyai
konsep kendiri yang rendah dan bersedih kerana membesarkan anak yang kurang upaya. Daripada awal lagi
sejak mengesyaki anak mereka bakal menghadapi masalah, ibu bapa mengalami rasa ketidakpastian.
Mereka terpaksa memikirkan tentang keperluan perubatan, tahap kemampuan serta kemampuan
penyesuaian psikologi dan sosial. Ibu bapa tidak pasti bagaimana cara menghilangkan keadaan ini. Biasanya
perasaan ini tidak hilang walau lima ataupun sepuluh tahun akan datang.

Matlamat utama adalah memenuhi kehendak mereka. Ibu bapa adalah penyelaras kehendak utama dalam
usaha mencapai sesuatu kehendak. Mereka mesti sensitif. Sensitiviti berupaya meramalkan kelemahan dan
kebolehan kanak-kanak di samping dapat menentukan minat dan bakat kanak-kanak. (Taylor, Anselmo,
Foreman, Schatschneider dan Angelopoulos, 2000). Ibu bapa sebagai pendorong Ada kanak-kanak istimewa
mempunyai minat yang tertentu. Minat inilah yang perlu didorong oleh ibu bapa ke peringkat yang
termampu oleh kanak-kanak itu. Minat ialah kualiti ataupun satu set kualiti pada individu yang
menunjukkan takat yang mungkin dia dapat memperoleh, dengan latihan yang sesuai, pengetahuan,
kemahiran ataupun gabungan pengetahuan, kefahaman, dan kemahiran seperti kebolehan memberi
sumbangan kepada seni lukis ataupun muzik, kebolehan mekanik, kebolehan matematik, ataupun
kebolehan membaca dan bertutur dalam bahasa asing. Keupayaan yang wujud seperti yang ditunjukkan
oleh kanak-kanak pada peringkat mana pun perkembangan mereka dapat menentukan apa yang dijangka
dapat dibuat oleh mereka pada masa depan. Kalau seseorang kanak-kanak menunjukkan bukti mempunyai
darjah minat yang tinggi iaitu bakat dalam sesuatu bidang tertentu, maka sesuailah kalau dianggap latihan
yang bertujuan khas untuk perkembangan bakat itu menghasilkan (tanpa sebarang halangan) pencapaian
yang tinggi dan kejayaan yang berikutan dengannya. Akan tetapi, sesuatu minat, sama ada umum ataupun
khas, dapat dianggap sebagai keadaan bersedia masa sekarang.

Ini menunjukkan bahawa kanak-kanak bermasalah pembelajaran juga boleh berjaya di sekolah dan hidup
jika mendapat sokongan dan kaedah pembelajaran yang betul daripada ibu bapa dan keluarga. Antara
kaedah lain yang boleh digunakan oleh ibu bapa dalam membantu anak-anak bermasalah pembelajaran
ialah:

a) Berpendapat secara terbuka dan rasional mengenai masalah yang dialami.

b) Mengingatkannya selalu bahawa dia adalah bijak namun memerlukan kaedah pembelajaran yang
berlainan daripada kanak-kanak normal.

c) Kenalpasti kekuatannya dan beri galakan dalam perkembangannya.

d) Bimbing mereka menggunakan kaedah yang boleh membantu mereka dalam pembelajaran.

e) Beri sokongan untuk berjaya.

f) Luangkan masa untuk membantu mereka menyiapkan kerja rumah.

g) Menjadi role model kepada mereka contohnya membaca buku atau surat khabar semasa mereka belajar.

h) Jangan terlalu memberi harapan yang tinggi kepada mereka, cukuplah dengan memberi harapan setakat
yang mereka boleh capai.

i) Beri kerjasama sepenuhnya kepada pihak sekolah.

j) Hargai keunikannya dan ciri-ciri istimewa yang ada pada mereka.

Kejayaan Disebalik Kesukaran

Secara umumnya kanak-kanak bermasalah pembelajaran adalah normal dan mempunyai tahap kecerdasan
minda melebihi paras purata, namun mereka menghadapi kesukaran dalam pemprosesan maklumat atau
lambat menerima pembelajaran. Namun demikian kanak-kanak ini boleh Berjaya sekiranya mereka
mendapat bantuan lebih awal. Mereka perlu diberi bantuan dari segi perubatan dan pembelajaran secara
seiringan. Banyak model yang boleh diberikan kepada kanak-kanak ini bagi menggalakkan mereka belajar
dan terus belajar. Antara kejayaan yang dapat diketengahkan ialah seperti Pablo Picasso , Tom Cruise ,
Richard Branson, Leonard Da Vinci, Thomas Edison, Jay Leno, Whoopi Goldberg dan Lee Kuan Yew.



Mekanisme Dalam Pendidikan Individu Berkeperluan Khas

Berdasarkan kajian yang dijalankan oleh Supiah Saad jabatan Pendidikan Khas Kementerian Pelajaran
Malaysia bertajuk Konitmen dan Peranan Guru dalam Pelaksanaan Pendekatan Pendidikan Inklusif di
Malaysia) mendapati bahawa masyarakat umum dan pihak yang terlibat secara langsung dengan kanak-
kanak berkeperluan khas di negara ini mahu Kementerian Pelajaran Malaysia memainkan peranan yang
lebih besar dengan mengambil alih atau member sumbangan secara langsung dalam semua aspek
pendidikan bagi kanak-kanak berkeperluan khas. Dapatan kajian beliau telah diambil kira oleh Jabatan
Pendidikan Khas dalam penggubalan perancangan strategic 10 tahun pendidikan khas.

Dasar pendidikan khas di Malaysia telah diperkukuhkan lagi dengan dasar Pendidikan Wajib dan
Pendidikan Untuk Semua yang kini menjadi asas kepada pelaksanaan pendidikan khas di Malaysia.
Dengan adanya Dasar Pendidikan Wajib 2002, pendidikan peringkat sekolah rendah untuk semua kanak-
kanak termasuk kanak-kanak berkeperluan khas adalah wajib di negara ini. Ibu bapa yang gagal mendaftar
anak dalam umur persekolahan peringkat rendah boleh didakwa. Dasar ini diperkukuhkan lagi oleh Artikel 8,
Perlembagaan Malaysia mengenai Disabled Person Act 2002 serta komitmen Malaysia dalam deklarasi-
deklarasi antarabangsa iaitu deklerasi Education for All (EFA) 2000 dan Biwako Millenium Framework 2002.
Ini bermakna kerajaan bertanggungjawab menyediakan pendidikan bersesuaian mengikut keperluan untuk
semua kanak-kanak termasuk golongan yang mempunyai kecacatan/ketidakupayaan. Senarai berikut
menunjukkan program pendidikan bagi Kanak-kanak Berkeperluan Khas.



1 Deria: penglihatan atau atau pendengaran OKU: Murid Pendidikan Khas KPM: Sekolah Khas; Integrasi;
Inklusif

3 Kognitif (ringan): Masalah Pembelajaran OKU: Murid Pendidikan Khas KPM: Integrasi; Inklusif

4 Kecacatan Pelbagai (Multiple) OKU: bukan Murid Pendidikan Khas JKM/NGO: Institusi/harian

5 Fizikal (Kognitif normal) OKU: bukan Murid Pendidikan Khas KPM: Inklusif

6 Emosi dan Tingkah laku (ringan/sederhana) i. OKU: Tersisip dalam kategori Masalah Pembelajaran jika
keupayaan mental di bawah paras normal.

ii Bukan OKU: Jika keupayaan KPM: Integrasi (Masalah Pembelajaran) Inklusif (murid biasa)



KESIMPULAN

Secara umunya perkembangan kanak-kanak bermasalah pembelajaran mempunyai perkembangan fizikal
setara dengan perkembangan kanak-kanak normal yang sebaya. Oleh yang demikian, mengakibatkan ramai
guru dan ibu bapa tidak menyedari masalah sebenar kanak-kanak ini. Akibatnya mereka dianggap malas
atau degil atau bermasalah, malah ada yang dianggap biadab apabila mereka tidak dapat memenuhi
kehendak norma bilik darjah/pembelajaran atau tatasusila masyarakat setempat/sekolah. Kegagalan murid-
murid ini boleh dielakkan sekiranya guru atau ibu bapa sedar akan perkembangan mereka dan membantu
untuk memberikan sokongan yang cukup bagi memastikan mereka berjaya mencapai cita-cita dan berjaya
menjadi seorang yang boleh berdikari pada masa hadapan. (Coral Turkington and Joseph R. Harris, 2003)

bimbingan dan kaunseling dalam pendidikan
khas
Murid-murid berkeperluan khas memerlukan bimbingan dan asuhan yang lebih berbanding dengan
murid-murid biasa. Keadaan ini menyebabkan guru-guru pendidikan khas perlu mempunyai ilmu
pendidikan dan kemahiran yang lebih untuk membimbing kanak-kanak ini. Mengikut terjemahan
Kirk (1993), definisi pendidikan khas ialah kanak-kanak yang berbeza daripada kanak-kanak
sederhana ataupun biasa dalam ciri-ciri mental, keupayaan deria, ciri-ciri saraf dan otot ataupun
fizikal, tingkah laku sosial ataupun emosi, keupayaan komunikasi ataupun pelbagai kekurangan yang
lain sehingga memerlukan amalan-amalan sekolah yang diubah-suai ataupun memerlukan
perkhidmatan-perkhidmatan pendidikan khas, supaya ia dapat berkembang sehingga kemampuan
yang maksimum. Disebabkan masalah-masalah ini maka perkhidmatan bimbingan dan kaunseling
sekolah patutlah ditubuhkan.

Perkhidmatan bimbingan dan kaunseling merupakan perkhidmatan memberi pertolongan
dan bukannya memberi arahan atau membuat pilihan atau membuat keputusan untuk individu
tentang apa yang harus mereka lakukan. Ia juga bukan bertujuan untuk mempengaruhi individu
supaya menurut sesuatu idealisme, fahaman atau sudut pandangan pegawai yang memberi
perkhidmatan bimbingan dan kaunseling. Perkhidmatan bimbingan dan kaunseling mengiktiraf
wujudnya perbezaan individu dan mengambil kira kewajipan serta tanggungjawab individu dalam
mencapai matlamat proses bimbingan dan kaunseling. Suatu proses perhubungan menolong yang
sistematik berasaskan prinsip psikologi. Ia dijalankan oleh kaunselor profesional bagi membantu
perkembangan dan penyesuaian peribadi klien yang baik dan menyeluruh. Pertemuan adalah secara
sukarela dan berterusan sepanjang hayat berlandaskan Etika Kaunseling Kaunseling bukan bererti
nasihat, walaupun terdapat nasihat yang diberikan. Malah kaunselor tidak memberi jawapan secara
langsung kepada semua persoalan klien, kerana apa yang baik untuk kaunselor tidak semestinya
baik juga untuk klien . Keistimewaan khidmat kaunseling ialah ia membimbing klien mencari
sumber dirinya yang menyumbang kepada isu yang dihadapi. Penerimaan dan perakuan sumber diri
adalah penting dalam menghasilkan perubahan diri
Oleh kerana kaunseling bukan nasihat, hubungan kaunseling adalah berbentuk dua hala. Kaunselor
cuba memahami dengan mendengar dan memberikan layanan serta interaksi yang baik, manakala
klien memberihalkan masalah mereka dan cuba memahami dan mengambil tindakan menguruskan
masalah tadi. Proses aksi dan reaksi di antara klien dan kaunselor turut membantu klien mengenali
diri dan persoalan yang dihadapinya. kaunseling menggerakkan klien memahami diri dari segi
kelemahan yang menghasilkan masalah dalam hidup dan bagaimana klien terdedah kepada
permasalahannya. Oleh itu fokus mencapai matlamat yang mereka tentukan sendiri melalui
pemilihan-pemilihan yang bermakna, dan melalui penyelesaian masalah yang berbentuk emosional
atau antara individu.
Untuk pemahaman dengan lebih jelas lagi tentang definisi kunseling, dipetik tiga definisi yang telah
dibuat oleh tiga tokoh iaitu Blocher (1974); Corey (1977) dan James (1982). Blocher (1974)
mendefinasikan kaunseling sebagai suatu proses untuk menolong individu supaya ia menjadi lebih
sedar tentang dirinya dan bagaimana ia dapat bertindak balas dalam alam
persekitarannya.Corey(1977) sepertimana dengan Blocher menekankan tentang proses di mana
seorang klien diberi peluang untuk menerokai aspek diri dan kehidupannya yang menimbulakn
masalah pada dirinya. Akhir sekali James (1982) pula mendefinasikan kaunseling sebagai suatu
proses pembelajaran yang lebih menekankan kepada proses membantu individu untuk mencapai
kehendaknya, membimbing dan menilai potensi yang ada pada diri individu

Corey (1977) sepertimana dengan Blocher menekankan tentang proses di mana seorang klien diberi
peluang untuk menerokai aspek diri dan kehidupannya yang menimbulakn masalah pada
dirinya. Akhir sekali James (1982) pula mendefinasikan kaunseling sebagai suatu proses
pembelajaran yang lebih menekankan kepada proses membantu individu untuk mencapai
kehendaknya, membimbing dan menilai potensi yang ada pada diri individu. Justeru, penubuhan
unit bimbingan dan kaunseling di sekolah untuk murid-murid berkeperluan khas sangatlah
diperlukan.


2.0 Rasional Perkhidmatan Bimbingan dan kaunseling ditubuhkan

menolong individu untuk memahami diri dan dunianya serta membuat interpretasi untuk
memahami ciri-ciri dan potensinya sendiri, lebih-lebih lagi dengan keperluan dan peluang sosial
mengikut nilai-nilai sosial
untuk membimbing murid-murid yang berkeperluan khas itu menjalani proses pengajaran
dan pembelajaran di dalam kelas dalam keadaan sebaik mungkin agar mereka memperoleh manfaat
daripada pengalaman bersekolah dan melalui proses pendidikan.
membantu kepada murid-murid khas untuk memahami dan menyesuaikan diri kepada
keadaan sebenar diri mereka pada kadar jangka panjang dan berterusan demi mencapai matlamat
pendidikan mereka.
Untuk memberi ruang kepada murid-murid khas mengenal diri dan membangunkan potensi
diri tanpa bergantung harap kepada orang lain.

2.1 Matlamat dan Objektif Penubuhan
Membantu murid-murid khas merancang masa hadapan yang sesuai dengan kemampuan
dan kemahiran tertentu untuk memasuki bidang pekerjaan yang bersesuaian di Jabatan-jabatan
Kerajaan, kilang-kilang, firma-firma.
Membantu murid-murid daripada terjebak ke dalam masalah penagihan dadah
Membantu ibu bapa dalam hal kebajikan anak-anak mereka
Mengadakan prosedur yang sistematik dalam merujuk kes-kes
tertentu kepada agensi-agensi, pakar-pakar, pegawai-pegawai kebajikan
Memberi dan menyediakan program psikologi untuk individu membuat perubahan dengan
mempertingkatkan keupayaan mengurus emosi, tingkah laku dan pemikiran.
Mendedahkan bakat, minat dan kelebihan-kelebihan diri yang terpendam untuk
meningkatkan konsep kendiri
Mengenal dan memahami diri sendiri tentang kelebihan dan kekurangan yang ada pada diri
sendiri serta membentuk tabiat belajar dengan baik dan berkesan.
2.2 Carta Organisasi Ahli Jawatan Kuasa perkhidmatan bimbingan dan kaunselin
Carta Organisasi Unit Bimbingan
dan Kaunseling Sekolah













2.3 Kos Penyediaan Kemudahan dan prasarana bilik kaunseling
Bil Items Kuantiti Kos
(RM)
A Kelengkapan Bilik


1. Almari cermin berkunci 1 buah 200
00

2. Rak bahan rujukan murid 1 buah 200
00

3. Set sofa 1 set 700
00

4. Kipas berdiri 1 buah 180
00

5. Komputer 1 set 2600
00

6. Radio Kaset 1 set 350
00

7. Bakul sampah 1 buah 2
00

9. Televisyen 1 unit 700
00

10 Meja serbaguna 1 buah 300
00

11. Papan Tanda 1 buah 40
00

12. Jam dinding 1 buah 20
00

B
Alatan Keceriaan


1. Langsir dan alas meja 1 set 300
00

2. Permaidani 1 helai 200
00

3. Gambar motivasi 2 unit 40
00

4. Lukisan 3 unit 100
00


























C
Bahan-bahan rujukan


1. Buku-buku motivasi 3 buah 100
00

2. Buku-buku umum rujukan 10 buah 100
00



JUMLAH







Jumlah keseluruhan untuk kos penyediaan kemudahan dan prasarana bilik kaunseling adalah
dianggarkan sebanyak. Sumber kewangan Unit Bimbingan dan Kaunseling adalah melalui:
i. Geran perkapita (PCG) Bimbingan dan Kaunseling
ii. Sumbangan PIBG sekolah
iii. Lain-lain sumbangan agensi berkaitan
Untuk mendapatkan kewangan ini Unit Bimbingan dan Kaunseling mestilah melalui beberapa
prosedur seperti:

Menyediakan anggaran perbelanjaan tahunan
Menyediakan kertas cadangan program yang melibatkan kewangan beserta anggaran perbelanjaan
dan pendapatan
Membentangkan program yang akan dilaksanakan di dalam mesyuarat pengurusan sekolah
berkaitan
Memohon sumber kewangan
Menyediakan rekod pendapatan dan perbelanjaan keseluruhan
Menyediakan laporan kewangan program
Menyimpan rekod dan inventori












2.4 Program dan aktiviti tahunan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling

Program dan aktiviti tahunan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling

Bil Bulan Program/aktiviti Minggu Sasaran Tindakan

1.





Jan

Penubuhan unit Bimbingan dan
kaunseling

Minggu 1

Semua
murid
Guru
Biimbingan dan
Kaunseling
(GBK)
2 Penyediaan borang dan inventori Minggu 2 AJK unit
BK
GBK
AJK
3 Suaikenal murid Tahun 1 Minggu 2 Semua
tahun 1
GBK dan semua
AJK
4 Orientasi murid Pra Sekolah Minggu 3 Semua
murid Pra
sekolah
Guru Pra
sekolah
5 Perjumpaan ibu bapa murid Minggu 4 Semua GBK dan semua
murid guru
6





Feb



Penubuhan Pembimbing Rakan
Sebaya (PRS)
Minggu1 Semua ahli GBK
7

Program Keibubapaan/Kaunseling
keluarga


Minggu 2
Semua
murid
tahun 1
dan ibu
bapa
AJK
GBK
Guru Tahun 1
8 Pelancaran Program Mentor-mentee
Tahun 1
Minggu 3 Murid
tahun 1
GBK
Guru Kelas
tahun 1
9 Ceramah kesihatan diri Minggu 3 Murid
tahun 1
GBK
Guru kelas dan
m/pelajaran
10



Mac
Bengkel mengenal potensi diri Minggu1 Semua
murid
tahap 2
GBK
Guru kelas
11 Bengkel kemahiran belajar/
Kaunseling individu/kelompok
Minggu 2 Semua
murid
tahap 2
GBK Semua
guru tahap 2
12 Kempen keceriaan kelas Minggu4 Semua
murid
Guru kelas
13

April
Perlanatikan PRS Minggu1 Ahli PRS GBK
14 Kaunseling individu/kelompok Minggu 2 Murid
tahun 6
GBK
Guru tahun 6
15 Program Sekolah Selamat Minggu 3 Semua
guru
GBK
16 Minggu Sahsiah Terpuji Minggu 4 Murid
ponteng
GBK
Semua guru
kelas
17



Mei
Penerapan Input Psikososial dan
kesejahteraan mental
Minggu1 Semua
murid
Semua guru
18 Lawatan Sambil Belajar 1 Minggu 2 Semua
murid
Semua guru
kelas
19 Mesyuarat AJK BK Minggu 3 Semua
AJK
GBK
20 Kempen Jalan raya 1 Minggu 4 Semua
murid
GBK
Guru Kelas
21


Jun
Laporan Pencapaian Kendiri Minggu1 Semua
murid
Guru kelas
22 Laporan tahun unit BK Minggu 1 JPN/PPD Guru Besar

23 Terapi kesihatan/pertuturan Minggu3 Peg.
Kesihatan
Guru Kelas
24 Terapi kesihatan/ fizikal Minggu 4 Peg.
Kesihatan
Guru Kelas
25




Julai
Kempen Sekolah sihat Minggu 1 Semua
guru dan
pembantu
GBK
Guru kelas
Pembantu guru
26 Kempen pencegahan Dadah Minggu 2 Semua
murid
tahap 2
GBK
Semua guru
27 Penerapan kesejahteraan mental Minggu 3 Murid
tahap 2
GBK
Guru kelas



28

Mesyuarat AJK BK 2

Minggu 4

AJK BK

GBK


29







Ogos
Ceramah kesihatan Diri Minggu 1 Semua
murid
GBK
Semua guru

30
Perjumpaan waris /kaunseling
keluarga
Minggu 2 Semua ibu
bapa
murid
tahap 1
dan 2
GBK
Semua murid
31 Kaunseling individu/kelompok Minggu 2 Murid
terlibat
GBK
32 Kem kesejahteraan
diri/keagaam/tadarus/azan/hafazan
Minggu 3 Semua
murid
tahap 2
BK
33 Aktiviti sambutan kemerdekaan Minggu 4 Semua
murid
tahap2
GBK
Guru kelas
34



Sept
Ceramah awal remaja Minggu 3 Semua
murid
tahap 2
GBK
Semua guru
tahap 2
35 Program mengenal potensi diri Minggu 3 Semua
murid
tahap 2
GBK
Semua guru
tahap 2
36 Ceramah kemasukan ke sekolah
menengah
Minggu 4 Ibu bapa
murid
Tahap 2

GBK
37 Program lawatan 2 Minggu 1 Murid Guru kelas



Okt
tahap 2
38 Khidmat Konsultan Ibu bapa Minggu 2 Semua ibu GBK
Guru kelas
39 Program lawatan ke rumah Minggu 3 Murid
miskin
GBK
Guru kelas

40

Program pemulihan bacalah sayang

Minggu 4
Semua
murid
lembam
tegar
GBK
Guru mata
pelajaran
41


Nov
Kemaskini bilik dan fail murid Minggu 1 GBK GBK
42 Program Keceriaan kelas/sekolah Minggu 2 Semua
murid
Semua guru

43

Perancangan program tahun 2011

Minggu 3
AJK
Guru kelas
GBK
Guru Kelas
AJK

(sumber:Panduan Pelaksanaan Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling di sekolah rendah dan
menengah)



Disediakan oleh, Disemak oleh,

.......................... ....................................





3.0 Teks ceramah tentang keperluan bimbingan dan kaunseling di sekolah

Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh, yang dimuliakan tuan pengerusi majlis, yang
berusaha Tuan Guru Besar, yang dihormati Yang Di Pertua PIBG, tuan-tuan, puan-puan dan guru-
guru yang dikasihi sekalian. Berdirinya saya di sini adalah untuk memberi sedikit pendedahan
tentang kepentingan unit bimbingan dan kaunseling ditubuhkan di sekolah ini untuk membantu
anak-anak yang bermasalah pembelajaran.

Para hadirin yang dimuliakan.

Sebelum saya memulakan ceramah saya ini, terlebih dahulu saya akan menceritakan sedikit tentang
sejarah bimbingan dan kaunseling ini kepada tuan-tuan dan puan-puan. Sebenarnya Perkhidmatan
bimbingan dan kaunseling ini telah bermula dalam tahun 1960-an lagi apabila konsep Guru
Panduan Kerjaya diperkenalkan ke dalam sistem persekolahan Malaysia.Walaupun terdapat usaha-
usaha untuk mempelopori perkhidmatan panduan kerjaya pada tahun-tahun sebelum dan selepas
Malaya Merdeka pada tahun 1957, hanya selepas tahun 1960 baharu perkhidmatan bimbingan dan
kaunseling bertapak apabila Kementerian Pelajaran mengeluarkan pekeliling tentang kepentingan
perkhidmatan ini di sekolah-sekolah. Dalam tahun 1961, Jawatankuasa Penyelarasan Bimbingan
Vokasional dibentuk dan telah menghasilkan buku panduan bertajuk Handbook on Training
Facilities in the Federation of Malaya (Amla et al., 2006).Laporan Kabinet 1979 telah menyarankan
agar perkhidmatan guru-guru panduan kerjaya ini diperluaskan kepada aspek tingkah laku pelajar
juga, bukan terhad kepada kerjaya sahaja. Unit Hal Ehwal Murid disarankan ditubuhkan di sekolah-
sekolah yang ada Unit Bimbingan dan Kaunseling. Unit Bimbingan dan Kaunseling telah diarah
memperluaskan perkhidmatan bimbingan merangkumi aspek peribadi dan sosial pelajar
(Kementerian Pendidikan, 1993).Unit Bimbingan dan Kaunseling telah diarah memperluaskan
perkhidmatan bimbingan merangkumi aspek peribadi dan sosial pelajar (Kementerian Pendidikan,
1993).


Para hadirin yang dimuliakan.
Dalam ceramah ini saya akan menjelaskan tentang empat aspek penting yang merangkumi perkara-
perkara seperti di bawah:
a) Peranan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling untuk murid-murid khas
b) Peranan guru kaunselor serta semua guru yang lain di sekolah untuk sama-sama melaksanakan
perkhidmatan bimbingan dan kaunseling
c) Matlamat bimbingan dan kaunseling
d) Jenis-jenis kaunseling yang boleh dijalankan
e) Penerangan secara ringkas perundangan dan etika kaunselor

Sebelum saya menerangkan tentang peranan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling, saya akan
menerangkan sedikit tentang murid-murid yang dikatakan menghadapai masalah pembelajaran.
Siapakah mereka? Mereka yang menghadapi masalah pembelajaran didefinisikan sebagai disfungsi
yang mengganggu seseorang itu untuk menyimpan, memproses mahupun menghasilkan maklumat.
Masalah pembelajaran boleh membantut ataupun menghalang pembelajaran. Mereka ini lemah di
dalam kemahiran mendengar, berfikir, bertutur, membaca, menulis, mengeja, atau membuat kiraan
matematik. Kanak-kanak bermasalah pembelajaran mungkin menghadapi masalah dalam bacaan
petikan kefahaman, pertuturan, atau kemampuan berfikir.
Ciri-ciri berikut mungkin dapat dikesan pada seseorang kanak-kanak bermasalah pembelajaran:
(i) Tingkah laku yang tidak bersesuaian untuk keadaan tertentu.
(ii) Perbezaan angin atau perasaan hati (mood) yang amat jauh
variasinya.
(iii) Kemahiran organisasi yang ketara lemah atau tidak wujud
langsung.
(iv) Kegagalan untuk melihat kesan kepada tindak-tanduknya.
(v) Kekok mengguna peralatan seperti gunting atau pensel.
(vi) Mudah terganggu/beralih perhatian.
(vii) Hiperaktif.
(viii) Masalah koordinasi persepsi.
(ix) Gemar mengikut gerak hati.
(x) Sukar menerima kegagalan atau kekecewaan
(viii) Masalah koordinasi persepsi.
(ix) Gemar mengikut gerak hati.
(x) Sukar menerima kegagalan atau kekecewaan.
(xi) Sukar untuk membuat pentakulan.
(xii) Harga diri yang rendah.
(xiii) Bermasalah dalam hubungan sosial.
(xiv) Menghadapi masalah dalam satu atau lebih bidang akademik.
(xv) Sukar untuk memulakan atau menyelesaikan tugasan.
(xvi) Prestasi ujian yang sukar diramal.
(xvii) Kekurangan dalam ingatan aural sequential.
(xviii) Kesukaran memproses perkara yang didengari.

Justeru, mereka ini memerlukan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling kerana unit ini boleh
memberi pelbagai perkhidmatan kepada mereka seperti perkara di bawah:
1. Memberi dan menyediakan program psikologi untuk individu membuat perubahan
dengan mempertingkatkan keupayaan mengurus emosi, tingkah laku dan pemikiran.
2. Mengenal dan memahami diri sendiri tentang kelebihan dan kekurangan yang ada
pada diri sendiri.
3. Membuat penyelesaian peribadi, sosial, emosi dan kerjaya dengan persekitaran di
dalam dan di luar pejabat.
4. Mendedahkan bakat, minat dan kelebihan-kelebihan diri yang terpendam untuk
meningkatkan konsep kendiri.
5. Membentuk tabiat membiasakan belajar dengan baik dan berkesan.
6. Membentuk ciri-ciri akhlak yang baik untuk menjadi individu yang berintegriti.
7. Merancang masa hadapan yang sesuai dengan kemampuan dan matlamat hidup.
Di samping itu terdapat juga perkhidmatan sokongan lain yang disediakan oleh unit bimbingan dan
kaunseling sekolah ini iaitu memberi perkhidmatan:
Penempatan -iaitu membantu murid-murid khas yang berkemahiran tertentu memilih kerjaya yang
sesuai dengan mereka
Perundingan dan rujukan iaitu membantu ibu bapa murid-murid dalam hal kebajikan anak-anak
mereka
Penyelarasan sumber merancang pelbagai aktiviti bimbingan dan kaunseling yang boleh membantu
murid-murid pendidikan khas.
Perbincangan dengan ibu bapa mengadakan sesi perjumpaan yang mesra dengan ibu bapa untuk
sama-sama berbincang tentang permasalahan anak-anak mereka bagi meringankan bebanan mereka
Perkhidmatan penilaian iaitu menilai program bimbingan dan kaunseling yang digunakan di dalam
pendidikan khas untuk mengenal pasti kesesuaian
Perkhidmatan pencegahan penyalahgunaan dadah memberi penerangan kepada murid-murid
tentang bahayanya penyalahgunaan dadah kepada kesihatan mental dan fizikal.
Para hadirin yang dimuliakan,
Seperti yang saya terangkan di atas tentang peranan unit bimbingan dan kaunseling yang
memainkan peranan penting untuk mencorak kehidupan anak tuan-tuan dan puan-puan semasa
berada di sekolah ini. Pendorong dan kekuatan unit ini banyak bergantung kepada penggerak
utamanya iaitu guru kaunseling yang dinamakan kaunselor.

Untuk pengetahuan para hadirin sekelian, perlantikan rasmi sebagai guru bimbingan dan kaunseling
sepenuh masa adalah berdasarkan kelayakan akademik dan berkemungkinan mereka juga
mempunyai sifat-sifat atau ciri-ciri yang sesuai sebagai seorang guru bimbingan dan kaunseling.
Terdapat beberapa pandangan tentang sifat atau ciri-ciri untuk menjadi seorang guru bimbingan
dan kaunseling yang berjaya. Berdasarkan aspek bimbingan dan kaunseling dalam perspektif Islam,
sifat-sifat guru bimbingan dan kaunseling adalah beriman dan bertaqwa kepada Allah, jujur dan
ikhlas, benar, adil, pemurah dan ramah-tamah, sabar dan tenang, adab dan akhlak, percakapan dan
interaksi, toleransi, murah hati dan dermawan, merendah diri, tidak munafik, sentiasa ingin
membantu, menepati janji, berilmu serta terlatih dan sesuai (Aziz Salleh, 1994). Hal ini sepatutnya
dijadikan suatu kriteria dalam pemilihan untuk perlantikan sebagai kaunselor. Dalam usaha
menolong atau memberikan bimbingan kepada klien, sifat yang perlu ada kepada pembimbing
digariskan dalam Islam melalui kitab suci Al-Quran, Surah at-Taubah : 71 :Dan orang lelaki
dan perempuan yang beriman, di antaramereka menjadi pemimpin kepada yang
lain, mereka menyuruhmengerjakan yang baik dan melarang daripada
mengerjakan yang jahat dan mereka mendirikan sembahyang.Gambaran sifat mulia
yang perlu ada sebagai pembimbing Islam diperjelaskan lagi melalui Surah al-Imran :
104 :Wajiblah ada di antara kamu satu umat (golongan) yang menyeru (manusia)
kepada melakukan kebaikan, menyuruh berbuat perkara yang baik dan melarang
berbuat perkara yang jahat. Mereka itulah orang yang berjaya ( bahagia).

Seperti yang diketahui umum, perkembangan sahsiah murid-murid khas memerlukan bimbingan
yang lebih berbanding golongan murid normal. Dengan keadaan fizikal atau mental mereka,
menyebabkab mereka sering menghadapi masalah perasaan rendah diri (inferiority complex) yang
boleh menyebabkan pelbagai masalah lain wujud. Peranan kaunselor adalah untuk membawa
perubahan positif di dalam diri murid itu agar menerima diri mereka seadanya dan membentuk
perasaan positif di dalam diri. Pelbagai program boleh dirancang dan dijalankan oleh kaunselor
untuk mengatasi masalah ini. Personaliti individu adalah dinamik, yakni sikap seseorang itu boleh
berubah-ubah mengikut kehendak dan keperluannya. Kaunselor melalui proses kaunselingnya,
boleh mempercepatkan perubahan tingkah laku ke arah yang lebih positif, dan program perubahan
tingkah laku ini amat berguna kepada program pendidikan khas. Oleh kerana keadaan dan
kemampuan semula jadi murid-murid itu menyebabkan mereka ketinggalan dalam pelbagai
perkara, proses mempercepatkan perubahan sikap ini sangat banyak membantu pertumbuhan
mereka terutama sekali dalam proses pembelajaran. Kaunseling yang diberi selalunya dalam bentuk
perbualan, sama ada melalui kaunseling individu, kaunseling kelompok ataupun kaunseling klinikal.
Kaunselor akan menentukan kesesuaian jenis kaunseling kepada individu itu melalui keperluan dan
kehendaknya. Kaunselor boleh membantu menyelesaikan pelbagai masalah murid-murid dari segi
jangka pendek. Sekiranya seorang murid itu menghadapi masalah penyesuaian peringkat awal di
sekolah, murid itu boleh dirujuk kepada kaunselor untuk mengubah sikap atau pendekatan dirinya
supaya dia boleh diterima oleh rakan sebaya di sekolah itu di samping dia boleh menyesuaikan
dirinya dengan persekitaran baru. Kaunselor juga boleh memperkembangkan kefahaman dan celik
akal yang boleh menolong murid-murid menghadapi dan menyelesaikan masalah-masalah baru
yang mungkin timbul dalam situasi-situasi lain, untuk penyelesaian masalah jangka panjang.

Para hadirin sekalian,


Unit bimbingan dan kaunseling mempunyai beberapa matlamat untuk membantu kliennya. Di
antara matlamat kaunseling ialah:
a)Membantu klien membuat perubahan tingkah laku
Kaunselor akan berusaha untuk membantu kliennya mengubah tingkah laku daripada tingkah laku
yang tidak diingini (negatif) kepada tingkah laku yang positif iaitu kepada kehidupan yang lebih
produktif dan memuaskan. Satu aspek penting yang perlu digabungjalinkan dalam melaksanakan
semua aktiviti Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling adalah penyerapan amalan nilai murni.
Dalam buku Panduan Pendekatan Bimbingan dan Kaunseling, Kementerian Pelajaran Malaysia
(1993), telah menetapkan bidang agama dan moral dengan tugas perkembangannya mengandungi
nilai-nilai, seperti kepercayaan kepada Tuhan, baik hati, berdikari, hemah tinggi, hormat
menghormati, kasih sayang, keadilan, kebebasan, keberanian, kebersihan fizikal dan mental,
kejujuran, kerajinan, kerjasama, kesedaran, kesyukuran, rasional dan semangat bermasyarakat
Pelaksanaan penyerapan amalan nilai murni dalam Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling
adalah selari dengan konsep nilai merentasi kurikulum, kurikulum tersembunyi, penyerapan nilai
Islam dan penyerapan nilai murni. Hal ini bersesuaian dengan firman Allah dalam surah Al Maidah
ayat 2: yang bermaksudBertolong-tolonglah kamu dalam berbuat kebajikan dan
taqwa dan janganlah kamu bertolong-tolongan dalam perbuatan dosa dan
permusuhan.Justeru kaunselor membantu kliennya untuk menyerap nilai-nilai murni dalam
kehidupan mereka, seperti menghormati ibu bapa dan bercakap benar.
b)Meningkatkan mutu perhubungan
Perhubungan sosial sangat penting kepada semua orang termasuklah murid-murid bermasalah
pembelajaran ini. Bagi seseorang kanak-kanak yang kurang upaya ini, perhubungan dengan ibu bapa
mereka adalah sangat penting. Jika hubungan mereka mesra dengan ahli keluarga, peningkatan nilai
kehidupan lebih meningkat. Hubungan kekeluargaan merupakan titik asas kepada hubungan-
hubungan lain yang dilaluinya dalam komunitinya kelak. Dalam sesi kaunseling, kaunselor akan
membantunya menjalin hubungan sosial dengan rakan-rakan sebayanya melalui kaunseling
kelompok. Mereka juga akan diajar teknik-teknik berkomunikasi dan memberi ruang untuk mereka
berinteraksi dengan orang lain termasuklah berinteraksi dengan ahli keluarga.
b)Pengurusan Diri
Pengurusan diri untuk kanak-kanak bermasalah pembelajaran lebih berfokus kepada kemahiran dan
adap seperti adap makan, kebersihan diri dan pakaian. Bimbingan dan kaunseling akan mengajar
kanak-kanak ini menggunakan pelbagai kemahiran untuk membantu mereka mengurus diri seperti
bagaimana untuk kelihatan cantik dan bersih, bagaimana menggunakan tandas dengan cara yang
betul dan kemahiran-kemahiran lain yang diperlukan. Kaunselor hanya membantu sedaya upaya,
tetapi ibu bapa juga perlu memainkan peranannya di rumah. Sesungguhnya ilmu dan kemahiran itu
tidak tertumpu di sekolah sahaja. Tanggungjawab ini juga perlu dipikul oleh keluarga murid
tersebut.
d)Kemahiran membuat keputusan
Membuat keputusan yang rasional adalah amat rumit apatah lagi oleh kanak-kanak ini, justeru
kaunselor sekolah akan membantu mereka membuat keputusan yang rasional. Kaunselor akan
melatih kanak-kanak ini secara langsung dan tidak langsung dan membantu mereka membuat
keputusan dengan cara berlemah lembut dan berhikmah. Hal ini selaras dengan kenyataan dalam
Panduan Pelaksanaan Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling: Kaunselor di sekolah dapat
membantu para pelajar dengan cara memberikan proses pendidikan yang
terancang dan berterusan. Pelajar-pelajar dibimbing untuk
memperoleh pengalaman, nilai, sikap dan perlakuan serta kemahiran yang sesuai
dengan kehendak masyarakat majmuk di Malaysia. Setiap aktiviti yang dijalankan
bertujuan memberipengetahuan dan kesepaduan psikososial pelajar-pelajar, kerana
pelajar bukanlah manusia kognitif semata-mata sebaliknya mereka mempunyai
perasaan, sikap, mental dan rohani ( Kementerian Pelajaran Malaysia, 1993). Kaunselor akan
membantu kanak-kanak ini meningkatkan kematangan fikiran mereka dengan bijak.
e) Pengembangan potensi
Ada di antara kanak-kanak bermasalah pembelajaran ini yang mempunyai akademik yang
membanggakan seperti murid pintar cerdas, tetapi ramai di antara mereka yang telah menunjukkan
prestasi akademik yang sangat lemah, seperti kanak-kanak Autisme dan Down Sindrom. Mereka
yang lemah inilah yang perlu dibantu oleh kaunselor agar dapat memperkembangkan potensi diri.
Jika mereka ini dibiarkan begitu sahaja tanpa motivasi, mereka akan terus lemah dan patah
semangat untuk meneruskan kehidupan mereka. Justeru dengan penuh berhemah, kaunselorlah
yang akan memainkan peranan penting dalam memotivasikan kanak-kanak ini.

Para hadirin yang dimuliakan
Bimbingan dan kaunseling adalah satu proses gabungan di antara membimbing dan memberi
kaunseling untuk menolong individu untuk memahami dirinya dan dunianya. Proses bimbingan dan
kaunseling menunjukkan satu masa berpanjangan, berlanjutan dan berterusan bagi mencapai
matlamat tersebu (Shertzer & Stone, 1980). Terdapat beberapa jenis kaunseling yang boleh
diaplikasikan di sekolah antaranya ialah kaunseling individu kaunseling keluarga dan kaunseling
kelompok.

Kaunseling Individu
Kaunseling individu boleh ditakrifkan dengan pelbagai takrifan, menurut Zuraidah Abdul Rahman
(2002) beliau telah mentaktifkan kaunseling individu sebagai satu perhubungan yang bersemuka di
mana seseorang klien untuk mendapatkan bantuan daripada seorang kaunselor. Perhubungan
tersebut disifatkan melalui ciri-ciri seperti penerimaan klien secara tulen, saling hormat
menghormati dan penekanan terhadap keperluan-keperlu dan perasaan klien. Manakala Shertzer &
Stone (1974) menegaskan bahawa kaunseling individu sebagai proses interaksi yang memudahkan
pemahaman bermakna mengenai diri dan alam sekelilingnya lalu menyebabkan penentuan
matlamat-matlamat dan nilai-nilai tingkah laku masa hadapan klien. Kamaruzaman Jamal dalam
Abdul Halim Othman (1999) mendefinisikan kaunseling individu sebagai perhubungan antara
seorang yang lain dalam mana ia menolong yang lain itu menyelasikan konflik, atau penentangan
yang belum diselesaikan. Muhd Mansur Abdullah (1993) mendapati kaunseling individu merupakan
suatu pemusatan hal peribadi, huungan bersemuka antara dua manusia apabila seorang kaunselor
dengan kemampuan yang ada padanya menyediakan satu situasi pembelajaran yang membolehkan
kliennya mengenali dirinya sendiri, membuat keputusan dan pemilihan bagi memenuhi keperluan
diri mereka sendiri.

Kaunseling kelompok
Kaunseling kelompok adalah satu pendekatan yang boleh digunakan oleh kaunselor terlatih untuk
memberi pertolongan berkesan kepada beberapa orang individu biasa yang sedang menghadapi
masalah seharian yang normal dalam satu jangka masa yang sama. Menurut Zuraidah
(2004) pendekatan ini mempunyai objektif yang sama dengan kaunseling individu tetapi meliputi
interaksi kaunselor dengan lebih individu.

Kaunseling kelompok adalah satu proses perhubungan individu yang dinamik berasaskan fikiran
dan kelakuan secara sedar. Nilai terapinya terletak pada suasana perasaan saling percaya dan
mempercayai, penerimaan, faham memahami dan sokongan yang berpandukan pada kebenaran.
Mereka juga berpendapat bahawa faedah terapi akan dinikmati dalam satu kumpulan kecil yang
ahlinya secara sukarela berkongsi masalah peribadi dengan kaunselor dan ahli lain. Ahli kelompok
mestilah terdiri daripada ahli-ahli yang normal dan tidak memerlukan perubahan personaliti yang
mendesak. Selain itu, ahli juga dapat berinteraksi dengan individu lain dalam kumpulan itu untuk
menambahkan rasa kefahaman dan juga penerimaan nilai serta matlamat hidup sendiri di samping
menerima atau membuang sikap dan kelakuan yang negatif. Contoh kaunseling kelompok ialah
kelompok kerjaya, kelompok latihan dan bimbingan.

Kaunseling Keluarga

Mengikut pandangan Shaffer (1998) keluarga sebagai satu sistem sosial yang dianggotai oleh
seorang wanita, yang berperanan sebagai isteri atau ibu, suami atau ayah, dan anak, atau adik
beradik. Bagi Schvaneveldt (1970), keluarga telah didefinisikan sebagai merangkumi seorang atau
lebih lelaki, yang tinggal dengan seorang, atau lebih wanita dalam perhubungan yang direstui oleh
masyarakat dalam perhubungan seksual, yang diiktiraf berserta dengan hak dan tanggungjawab
mereka bersama dengan anakanak mereka. Burgess (1926) dan Kamarovsky dan Waller (1945)
menyatakan bahawa keluarga adalah satu unit, atau kesatuan yang personalitinya sering berinteraksi
di antara satu dengan yang lain. Jika diamati definisidefinisi keluarga yang telah diberikan oleh
tokohtokoh barat, terdapat ruang kosong atau kelompangan dalam suasana masyarakat serta Agama
Islam khasnya, maka mengikut Islam definisi keluarga dijelaskan sebagai mempunyai struktur yang
tertentu dan diikat oleh perhubungan perkahwinan yang sah dan pertalian darah. Perhubungan ini
meliputi jangkaan bersama dari segi hak dan tanggungjawab, selaras dengan ajaran Islam, Keutuhan
sesebuah keluarga berpandukan mentaati undangundang Allah S.W.T dengan penuh keimanan dan
ketakwaan (HammudahAbd.AlAti, 1985).Maka dapatlah disimpulkan bahawa keluarga merupakan
sebahagian daripada masyarakat yang lebih besar yang terdiri daripada sekumpulan
manusia lelaki dan wanita..

Para hadirin yang dihormati,

Seseorang kaunselor yang telah dilantik mestilah telus, kerana mereka mempunyai kod etika yang
memantau pergerakan mereka. Kod etika adalah satu garis panduan yang perlu dipatuhi oleh ahli-
ahli dalam sebuah badan profesional. Ia juga menggariskan bagaimana ahli-ahlinya harus
bertingkah laku, terutamanya dalam hubungan dengan klien atau orang yang memerlukan
perkhidmatan. Seterusnya dalam menjalankan tugas, kaunselor yang terlibat adalah tertakluk
kepada akta kaunselor yang telah diluluskan oleh Kerajaan Malaysia pada tahun 1998 (Undang-
undang Malaysia 1998). Sebagai seorang kaunselor yang berdaftar, adalah wajib bagi kaunselor itu
mematuhi garis panduan yang telah ditetapkan dalam akta kaunselor yang telah diluluskan. Secara
umumnya, etika ini memberitahu kaunselor apa yang boleh dan apa yang tidak boleh dilakukan oleh
mereka dalam menjalankan tugasnya sebagai kaunselor profesional. Selain daripada itu, etika juga
menggariskan dengan jelas beberapa perkara yang dianggap sebagai tingkah laku menyeleweng yang
ditegah daripada dilakukan oleh kaunselor. Antara tingkah laku yang menyeleweng ialah seperti
tidak menyimpan rahsia, mengaku mempunyai kelayakan yang tidak dimilikinya,

Seterusnya PERKAMA menggariskan empat perkara utama dalam kod tata laku
yang perlu dipatuhi oleh para kaunselor:
1. Kaunselor hendaklah menjaga tata lakunya demi memelihara piawaian dan
identiti sebagai kaunselor dan nama baik profesion kaunseling.
2. Kaunselor hendaklah sentiasa berusaha menilai dan meningkatkan
pengetahuan dan kemahiran dalam bidang profesionnya.
3. Kaunselor hendaklah menjalankan tugasnya dengan penuh
tanggungjawab, objektif dan jujur selaras dengan profesion kaunseling.
4. Kaunselor mestilah diawasi serta dinilai tugas kaunselingnya oleh
Lembaga Kaunselor melalui penyeliaan lazim (regular supervision) dan
sokongan perundingan (consultative support).
A. Tanggungjawab kaunselor terhadap klien.
1. Kaunselor bertanggungjawab untuk mengutamakan kepentingan klien sama ada klien individu
atau klien kelompok.
2. Kaunselor hendaklah menghormati privisi klien dan merahsiakan segala maklumat yang
diperolehi semasa kaunseling melainkan maklumat yang akan menyebabkan klien atau orang-orang
di persekitarannya.
3. Kaunselor hendaklah memahami dan menghormati latar belakang sosio-budaya klien.
4 Semasa menjalankan sesi kaunseling, kaunselor hendaklah memelihara kesejahteraan fizikal dan
psikologi klien dan tidak memperalatkan klien untuk kepentingan diri sendiri sama ada dari aspek
kewangan, seksual, emosi dan sebagainya.
5. Kaunselor hendaklah membimbing klien ke arah pembentukan sikap bertanggungjawab terhadap
tingkahlakunya. Kaunselor juga perlu menghormati keputusan atau penentuan kendiri yang dibuat
oleh klien.
6 Kaunselor hendaklah berkhidmat dengan penuh dedikasi, ikhlas, jujur dan membuktikan
kemahiran serta kecekapan profesionalismenya.
7 Kaunselor tidak boleh mengamalkan, mempersetujui atau menggalakkan diskriminasi berasaskan
ras, jantina, agama, status ideologi, kecacatan fizikal & mental atau dikriminasi dalam bentuk apa
sekali pun.
B. Tanggungjawab Kaunselor Terhadap Rakan Profesional
1. Kaunselor hendaklah saling berusaha meningkatkan tahap kecekapan profesionalismenya.
2. Kaunselor hendaklah menunjukkan sikap menghormati, adil dan terbuka terhadap rakan
profesionalnya.
3. Kaunselor bertanggungjawab untuk mencegah, mendedahkan serta memperbetulkan perlakuan
rakan kaunselor yang tidak beretika.
4. Kaunselor hendaklah bersedia untuk mempertahankan, membantu serta membela rakan
kaunselor yang teraniaya akibat tuduhan dan tohmahan perlakuan yang tidak beretika.
C. Tanggungjawab Kaunselor Terhadap Masyarakat
1. Kaunselor hendaklah memahami dan menghormati unsur sosio-budaya masyarakat di mana dia
berkhidmat.
2. Kaunselor hendaklah mematuhi undang-undang negara dan melaksanakan tugasannya
berlandaskan undang-undang tersebut.
D. Tanggungjawab Terhadap Organisasi Dan Majikan
1. Kaunselor hendaklah mematuhi persetujuan komitmen yang ditandatangani dengan organisasi
tempat dia berkhidmat.
2. Kaunselor hendaklah berusaha untuk mengikuti polisi dan prosedur serta meningkatkan
kecekapan dan keberkesanan perkhidmatan organisasinya.
3. Kaunselor hendaklah bertindak untuk mencegah berlakunya diskriminasi dalam organisasi dan
dalam perlaksanaan polisi pekerjaan.
4. Kaunselor tidak boleh menyalahgunakan kemudahan dan sumber organisasinya.
5. Kaunselor hendaklah menjelaskan bidang kepakaran dan tahap kecekapan profesionalnya.
6. Kaunselor hendaklah mewujudkan hubungan interpersonal dan persetujuan kerja dangan
penyelia dan stafnya mengenai khidmat kaunseling khususnya mengenai unsur kerahsiaan,
perbezaaan antara fakta umum atau peribadi, beban kerja dan akauntibiliti.
7. Kaunselor hendaklah memberi tahu kepada pihak majikan tentang keadaan yang boleh
menyebabkan konflik yang merosakkan atau menyekat keberkesanan perkhidmtannya.
Para hadirin yang dirahmati Allah sekalian,
Secara umumnya dapat dilihat peranan unit bimbingan dan kaunseling adalah untuk membantu
murid-murid bermasalah pembelajaran ini mengharungi kehidupan mereka dengan lebih baik.
Penubuhan unit ini juga sangat relevan dan bersesuaian dengan kehendak masyarakat tersebut.
Peranan besar kaunselor dalam konteks intervensi masalah murid-murid khas ialah bertujuan untuk
membantu meringankan masalah murid-murid tersebut dan keluarga yang bermasalah bagi mencari
jalan mengeratkan hubungan kasih sayang dan kemesraan di samping mengelakkan berlakunya kes
penderaan yang membawa risiko timbulnya pelbagai masalah. Justeru itu kaunseling dilihat sebagai
salah satu terapi yang dapat mengurangkan tekanan yang dihadapi murid-murid bermasalah
pembelajaran menghadapi kenyataan hidup, bahawa hidup perlu diteruskan walau apa pun keadaan
seseorang itu. Namun ia perlulah diingatkan dan difahami di sini ialah tentang keberkesanan proses
kaunseling ini tidak harus diletakkan sewenang-wenangnya di atas tanggungjawab kaunselor
semata-mata. Keberkesanannya adalah sesuatu yang subjektif dan ianya memerlukan kerjasama
daripada pihak tuan-tuan dan puan juga. Perkara inilah yang perlu ditekankan secara lebih rasional
kerana komitmen klien untuk menyelesaikan masalah atau konflik yang dihadapi adalah perkara
yang amat penting. Tanpa kesedaran, kefahaman dan inisiatif klien untuk melaksanakan sebarang
bentuk usaha penyelesaian maka sudah pastinya proses kaunseling tidak akan memberi sebarang
makna.

Secara ringkasnya, dapat disimpulkan bahawa kerjasama di antara kaunselor dan klien merupakan
asas keberkesanan sesuatu sesi kaunseling dalam mencapai matlamat kaunseling tersebut. Tuan-
tuan dan puan-puan diminta memberi bantuan dan kerjasama yang tidak berbelah bagi untuk
menjayakan unit bimbingan dan kaunseling sekolah ini.
Setakat ini sahaja, penerangan saya tentang penubuhan unit bimbingan dan kaunseling ini. Saya
memohon ampun dan maaf jika terkasar bahasa dalam ucapan saya, sekali lagi marilah kita sama-
sama berganding bahu untuk menjayakan misi ini. Saya sudahi dengan ucapan ini susah sama
dipikul, senang sama dijinjing, berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian, bersakit-sakit
dahulu, bersenang-senang kemudian. Sekian. Terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai