Anda di halaman 1dari 1

Kisah Al Kifli

TAZKIRAH 11 RAMADAN 1433H



Tarikh: 31 Julai 2012
Tempat: Surau At Taqwa Lembah Keramat KL
Penceramah: Ustaz Muhammad Rasyaadan Razali

Tazkirah malam ini di Surau At Taqwa Lembah Keramat KL disampaikan oleh Ustaz Muhammad
Rasyaadan Razali mengenai sepotong hadis,
, :
: ,
, ,
, . : ,
, , , : , ,
: , , .

Maksudnya : Daripada Ibnu Umar r.a katanya, aku mendengar Nabi saw menceritakan satu
kisah, tiadalah aku dengar kisah itu sekali atau dua kali atau tujuh kali bahkan aku
mendengarnya lebih banyak daripada jumlah itu. Aku mendengar Nabi saw bersabda, ada
seorang lelaki daripada Bani Israil sangat kuat melakukan kerja-kerja maksiat. Pada satu hari dia
didatangi seorang perempuan yang meminta sedekah daripadanya, lalu diberi oleh Al Kifli enam
puluh dinar dengan syarat perempuan itu hendaklah berzina dengannya. Maka tatkala mereka
hendak berzina tiba-tiba wanita itu menggigil dan menangis. Lalu Al-Kifli bertanya perempuan
itu, mengapa menangis ? adakah kerana aku paksa kamu melakukannya ? Jawab perempuan
itu, tidak. Tetapi perbuatan ini tidak pernah sekali-kali aku lakukan, dan apa yang aku lakukan ini
hanyalah kerana hajat. Maka kata Al-Kifli, engkau (takut) lakukan ini dan aku tidak (takut)
lakukannya. Pergilah engkau daripadaku dan ambillah wang itu. Maka kata Al-Kifli, Tidak, Demi
Allah Aku tidak akan melakukan maksiat selepas ini selama-lamanya. Maka Al-Kifli meninggal
dunia pada malam itu. Sabda Nabi saw, Berpagi-pagi Al-Kifli dalam keadaan namanya sudah
tertulis dipintu syurga, sesungguhnya Allah SWT telah mengampunkan dosa-dosa Al-Kifli.
(Riwayat At-Tirmizi)

Pengajarannya..., kita sebenarnya tidak tahu bagaimana nasib kesudahan kita. Ada orang pada
zahir nampak banyak melakukan dosa tetapi kesudahannya dia mati dalam keadaan bertaubat
seperti Al-Kifli. Sebaliknya ada orang pada zahirnya banyak melakukan amal kebaikan tetapi
kesudahannya dia mati "Suk ul Khotimah". Na'uzubillah.

Oleh itu hendakah kita berdoa kepada Allah SWT, sekiranya kita sudah berada di landasan yang
betul, taat melakukan suruhan Allah SWT, maka sampai ke akhir hayat kita tetap istiqamah
berada di landasan yang betul dan taat kepada perintah Allah SWT. Moga-moga mati kita dalam
"Husnul Khotimah". Amin

Anda mungkin juga menyukai