Anda di halaman 1dari 11

SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN (TAMIL)

KAMUNTING 34600 KAMUNTING, PERAK



LAPORAN
PROJEK INTERNSHIP

PROJEK KECERIAAN SEKOLAH
2014


TEMPAT
SJK(T) KAMUNTING, PERAK



ANJURAN
GURU PELATIH PISMP AMBILAN JANUARI 2011
SEMESTER 8/2014
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS IPOH


2

ISI KANDUNGAN

BIL KANDUNGAN HALAMAN

1.0

PENGENALAN

3

2.0

OBJEKTIF

3

3.0

STRATEGI PELAKSANAAN

4


3.1 Sebelum Projek Keceriaan

4

3.2 Semasa Projek Keceriaan

4

3.3 Selepas Projek Keceriaan

5

3.4 Laporan Kewangan
5

4.0

MAKLUM BALAS

6

5.0

KESIMPULAN

7
6.0

LAMPIRAN

9







3

1.0 PENGENALAN
Internship merupakan salah satu program latihan yang bertujuan untuk
mengembangkan serta mengaplikasikan pengetahuan, kemahiran dan pengalaman
sedia ada sebagai seorang guru. Guru pelatih dikehendaki merancang, melaksana
dan menilai projek yang berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran di dalam
dan di luar bilik darjah atau aktiviti rutin yang telah menjadi amalan budaya sekolah.
Sehubungan dengan itu, saya guru pelatih dari Institut Pendidikan Guru Kampus
Ipoh telah memilih untuk melaksanakan beberapa projek yang berkaitan dengan
komuniti sekolah bagi menjayakan internship yang bermula dari 7 Julai 2014 08
Ogos 2014 di Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil) Kamunting, Perak. Dengan
kerjasama guru-guru di sekolah SJK(T) Kamunting, saya telah bercadang untuk
melaksanakan satu projek keceriaan sekolah dengan menghias dan mengindahkan
kawasan sekolah. Melalui projek ini dapat mewujudkan dan menyediakan
persekitaran sekolah yang menarik dan ceria serta menambah sudut pembelajaran
dan informasi.
2.0 OBJEKTIF
Di akhir projek keceriaan ini kami dapat :-
2.1 Memberi peluang kepada para guru pelatih untuk belajar cara-cara untuk
mewujudkan persekitaran sekolah yang ceria.
2.2 Menjadikan ruang dinding hadapan bilik darjah 6 dan sudut tangga lebih ceria
dan lebih menarik.
2.3 Mengalualukan kedatangan murid untuk kembali ke sekolah.
2.4 Menjadikan sekolah sebagai suatu tempat pembelajaran yang selesa dan
kondusif.
2.5 Meningkatkan kesedaran membaca di kalangan murid.
2.6 Membina hubungan dan kerjasama dengan rakan sejawat
untuk meningkatkan kejelekitan pasukan.




4

3.0 STRATEGI PELAKSANAAN
3.1 Sebelum Projek Keceriaan
Saya telah mengadakan perbincangan dengan Guru Besar SJK(T)
Kamunting. Saya berjumpa dan berbincang dengan guru besar untuk mendapatkan
cadangan dan idea. Beliau mengemukakan cadangan menceriakan kawasan ruang
dinding hadapan bilik darjah 6 dan sudut tangga. Selepas itu, saya telah membuat
perancangan dan persediaan untuk menceriakan ruang yang diberi. Saya telah
membuat kertas kerja untuk mendapatkan persetujuan daripada mentor dan Guru
Besar SJK(T) Kamunting. Selepas kertas kerja disahkan, saya telah menyenaraikan
bahan-bahan yang diperlukan untuk memulakan proses keceriaan. Pembantu
pejabat telah membeli bahan dan alatan yang disenaraikan mengikut peruntukan
sekolah. Akhir sekali, saya telah mengadakan perbincangan dengan semua ahli
jawatankuasa bagi memastikan persediaan awal dilaksanakan dengan betul. Pada
akhir sesi perbincangan, segala masalah dapat diselesaikan dan kami bersedia
untuk menjalankan Projek Keceriaan pada keesokan harinya.
3.2 Semasa Projek Keceriaan
Pada pagi hari Isnin 4 Ogos 2014, saya bersama pekerja SJK(T) telah
mengecat sudut tangga dengan cat merah tiang tangga dengan cat putih.
Seterusnya, saya telah mengecat ruang dinding hadapan bilik darjah tahun 6 serta
silingnya dengan pembantuan pekerja juga. Saya telah menggunakan kombinasi 3
warna iaitu blissful, pink dan warna sandstoneuntuk menceriakan ruang dinding
tersebut. Warna yang telah saya pilih juga warna kontra dan ceria agar dapat
menarik perhatian orang yang memandangnya ruang tersebut. Pada hari Selasa 5
Ogos 2014, saya bersambung cat ruangan dinding juga kerana ruang tersebut
merupakan sesuatu yang luas. Oleh itu, saya mengambil masa selama 2 hari untuk
mengecatnya secara sempurna. Pada hari itu juga saya bersama AJK Perhiasan
Cik.Logaambigai A/P Sivananthan telah menulis nombor darab di lapisan tangga
dengan menggunakan cat warna putih. Pada hari seterusnya iaitu 6 Ogos saya mula
mereka bentuk banting berkaitan dengan maklumat Bahasa Tamil. Antaranya ialah
Peyar Sol Vagaigal Kata Nama, dan banting kecil yang mengandungi kata-kata
motivasi untuk tingkap kecil. Mentor saya Pn.Esvary A/P Rajoo telah membantu saya
mencari maklumat terkini berkaitan dengan Bahasa Tamil. Saya telah mencetak
5

maklumat- maklumat tersebut dan memberinya kepada Pekerja Am di pejabat untuk
berlamina supaya benda tersebut bertahan lama. Pada Hari Khamis 7 Ogos 2014,
saya telah melekatkan semua bahan maklumat dan bahan perhiasan di atas ruang
dinding mengikut kehendaknya. En.Muniandy telah membantu saya untuk
memasang sesetengah bahan dengan memakunya. Pada hari terakhir 8 Ogos 2014,
saya telah memasang banting di tempat yang ditetapkan dengan kerjasama AJK
Pertukangan. Pada pukul 3.00 petang semua kerja perhiasan telah habis. Saya telah
memberi sedikit penghargaan kepada AJK yang membantu untuk menyiapkan projek
keceriaan ini dengan sempurna.
3.3 Selepas Program Motivasi
Saya telah mengucapkan terima kasih kepada warga SJK(T) Kamunting atas
kerjasama mereka dalam pelaksanaan projek keceriaan tersebut. Setiausaha telah
menyediakan laporan berkaitan dengan program keceriaan dan memberinya kepada
mentor untuk disemak serta guru besar bagi sahkannya.
3.4 Laporan Kewangan
Jadual di bawah menunjukkan laporan kewangan Projek Keceriaan.
Butirannya seperti berikut:
PENDAPATAN
PERBELANJAAN
BIL ITEM UNIT JUMLAH (RM)
1 Cat 5 warna 280.00
2 Banting
1 panjang
12 kecil
60.00
3 Kayu 6 batang 20.00
4 Paku Kecil 2 kotak 2.30
5 Pelekat Double sided 3 gulung 4.00
TOTAL 366.30
BIL PERKARA RM
1. Peruntukan Sekolah 370.00
Jumlah Keseluruhan 370.00
6

Perbelanjaan Keseluruhan
Anggaran Perbelanjaan : RM 366.30
Pendapatan Perbelanjaan : RM 370.00 RM 366.30
Baki : RM 3.70
4.0 MAKLUMBALAS
Kekuatan Projek/Aktiviti
Memberi satu peluang yang baik kepada guru pelatih untuk mempelajari cara
menulis kertas kerja dan melaksanakan sesuatu projek dengan rakan-rakan lain
demi memupuk semangat kerjasama dan berpasukan di sekolah. Selain itu,
menyediakan satu suasana belajar yang ceria, selesa, dan kondusif untuk murid-
murid supaya dapat membangkitkan minat mereka untuk datang ke sekolah dalam
keadaan yang baik. Secara tidak langsung, maklumat yang dilekat atas dinding
dapat meningkatkan kesedaran murid-murid tentang kepentingan membaca dan
kesediaan guru untuk menerima kedatangan murid ke sekolah. Kosa kata murid juga
meningkat kerana terdapat dua bahasa yang tulis iaitu bahasa Melayu dan Inggeris.
Atas bantuan yang diberikan, dapat mengeratkan lagi hubungan dengan murid-murid
sekolah ini. Di samping itu, mentor, staf sekolah serta pekerja-pekerja turut
membantu dalam proses lengkapkan projek ini. Pn.Sakunthla juga telah banyak
membantu kami semasa melaksanakan tugas ini. Saya sentiasa merujuk beliau jika
menghadapi masalah. Beliau telah memberi tunjuk ajar dan juga cadangan untuk
membantu menyenangkan projek tersebut.
Kelemahan Projek / Aktiviti
Kerja ini agak berbahaya kerana projek ini dilaksanakan di luar bangunan.
Angin yang kuat menyebabkan saya berhati-hati semasa memanjat tangga. Jadi
saya terpaksa mencari masa untuk menyiapkan kerja kami. Keadaan ini telah
melambatkan kami untuk menyelesaikan tugas. Di samping itu, banting yang dipesan
tidak dapat mengikut saiz yang dipesan. Hal ini telah menambahkan kerja saya.
Saya terpaksa membeli kayu playwood bagi memasang banting-banting kecil di
sudut tingkap.

7

Cadangan Penambahbaikan
Saya harus membuat perancangan masa membuat projek yang lebih
sistematik supaya projek ini dapat dijalankan dengan lebih baik dan disiapkan pada
masa yang ditetapkan. Saya juga boleh menghabiskan kerja pada waktu petang iaitu
selepas habis sekolah untuk menghabiskan projek dengan cepat. Pada hari Sabtu
dan Ahad juga saya datang ke sekolah untuk menyiapkan lukisan tulisan tersebut.
5.0 KESIMPULAN
Melalui projek menceriakan sekolah ini, saya rasa bersyukur kerana telah
memperoleh banyak pengalaman dan pengetahuan yang baru. Saya telah
mempelajari cara menulis kertas kerja, cara-cara mengurus dan mengendalikan
sesuatu projek dengan sistematik. Penting sekali, saya dapat memahami betapa
pentingnya semangat saling tolong-menolong dan bekerjasama dengan rakan-rakan
lain untuk menyiapkan sesuatu projek. Dengan selesainya projek ini, keadaan
sekolah menjadi ceria, selesa dan lebih menarik minat murid-murid untuk belajar.
Walaupun masa yang ditetapkan tidak banyak namun saya berjaya menyiapkan
projek ini dengan berjaya dan lancar atas kerjasama serta semangat berpasukan
yang diberi oleh semua warga SJK(T) Kamunting dan rakan-rakan saya. Dengan itu,
saya akan mengguna dan mengaplikasikan pengalaman serta pengetahuan yang
dipelajari pada masa yang akan datang.








8

Disediakan oleh, Disemak oleh,

_____________________________ ____________________
(PRIYATHARISINI A/P GUNASILAN) (ESVARY A/P RAJOO)
Setiausaha, Mentor,
Program Internship Program Internship
Guru Pelatih, Guru Sekolah,
Institut Pendidikan Guru Malaysia SJK(T) Kamunting, Perak
Kampus Ipoh.

Disahkan Oleh,

________________________________
(GAURI A/P GOVINDASAMY)
Guru besar,
SJK(T) Kamunting, Perak.












9

LAMPIRAN

SEBELUM MEMULAKAN PROJEK





10

LAMPIRAN
SEMASA MELAKSANAKAN PROJEK





11

LAMPIRAN
SELEPAS MELAKSANAKAN PROJEK

Anda mungkin juga menyukai