Anda di halaman 1dari 3

UJIAN DIAGNOSTIK

Definasi ujian diagnostik :-


Adalah satu alat pengukuran yang membolehkan guru pemulihan khas
mengesan punca dan kawasan kelemahan secara terpeinci yang dihadapi
oleh seseorang murid.

Tujuan ujian diagnostik :-

1. Ujian diagnostik bertujuan membantu guru mengenalpasti secara khusus
kesulitan- kesulitan yang dihadapi oleh murid.

2. Ujian diagnostik bertujuan membantu guru mengenal pasti punca
kegagalan murid untuk menguasai sesuatu kemahiran.

3. Ujian diagnostik bertujuan membantu guru mengenal pasti kumpulan
tertentu mengikut kebolehan dan kawasan-kawasan kesukaran yang dihadapi
oleh murid.

4. Ujian diagnostik bertujuan membantu guru merancang satu program
pengajaran yang khusus pada individu atau kumpulan dengan lebih tepat dan
sistematik.

5. Ujian diagnostik bertujuan membolehkan guru merancang dan membina
program dan bahan bantu mengejar yang bersesuaian mengikut tahap murid.

Membina Ujian Diagnostik

1. Sebelum membina sesuatu ujian diagnostik, beberapa perkara utama perlu
ditentukan :

1.1.Objektif ujian
1.2.Kemahiran yang hendak diuji
1.3.Bagaimana hendak menguji individu / kumpulan.
1.4.Siapa yang hendak diuji sasaran.

2. Ujian yang dirancang dengan teliti, cermat dan sempurna dapat
memberikan penilaian yang lebih adil terhadap murid pemulihan. Oleh itu,
borang JPU perlu disediakan.-

3. Ujian berbentuk lisan dan bertulis lebih sesuai untuk menilai kesukaran
yang dihadapi oleh murid dalam pembelajaran.

4. Kemahiran tersebut mestilah telah diajar sebelum ia diuji. Kemahiran
tersebut hendaklah disusun dari senang ke susah.

5. Item yang hendak dibina berdasarkan kemahiran yang telah diperincikan
terlebih dahulu.


Bentuk Soalan Diagnostik

Item yang perlu dibina dalam ujian diagnostik :

Item yang dibina mesti dibuat dalam 3 bentuk soalan, iaitu;
a) memilih
b) menyuaikan
c) menulis

Setiap bentuk soalan yang dibina mesti lah bermula dari aras mudah hingga
sukar;
a) memilih aras mudah, aras sederhana dan aras sukar
b) menyuaikan - aras mudah, aras sederhana dan aras sukar
c) menulis - aras mudah, aras sederhana dan aras sukar

Setiap item yang dibina adalah berdasarkan kepada sukatan pelajaran yang
dilampirkan.

Pembahagian tugas dalam kumpulan boleh dibuat mengikut tajuk yang terdapat
di dalam sukatan pelajaran tersebut.

Contohnya ;

Satu kumpulan terdiri daripada 4 ahli :

Ahli
Tajuk /
Kemahiran
Bentuk Soalan
memilih menyuaikan menulis
1
4. Suku kata
KV


5. Perkataan
KV+KV

6. Perkataan
dua suku kata

Aras mudah, sederhana & sukar
2
7. Perkataan
KV+KV+KV

8. Perkataan
KVK

10. Perkataan
V+KVK

Aras mudah, sederhana & sukar
3
9. Suku kata
KVK

Aras mudah, sederhana & sukar
17. Suku kata
KVKK

18. Perkataan
KV+KVKK

4 20. Perkataan
KVK+KVKK

21. Perkataan
KVKK+KV

22. Perkataan
KVKK+KVK
Aras mudah, sederhana & sukar

Anda mungkin juga menyukai