Anda di halaman 1dari 9

KEPENTINGAN MAKANAN SEIMBANG

Apakah itu makanan seimbang?


1. Mengikut sumber terbaru dari U.S. Food and Drug Administration, makanan seimbang mestilah
mengandungi:
6-11 hidangan daripada kumpulan roti, bijirin, pasta dan nasi.
3-5 hidangan dari kumpulan sayuran hijau.
2-4 hidangan dari kumpulan buah-buahan.
2-3 hidangan dari kumpulan daging, ayam, ikan, telur dan kekacang.
2-3 hidangan dari kumpulan hasilan tenusu iaitu susu, keju dan dadih.
Lemak dan minyak hendaklah diambil sedikit yang mungkin.
Kepentingan makanan seimbang
1. Daya tahanan yang tinggi daripada serangan penyakit
-Tiamina (Vitamin B1)
Biji bunga matahari, makanan dari bijirin dan kekacang kering
Perlu untuk metaboliesma karbohidrat dan otot. Meningkatkan fungsi saraf dengan sempurna.
- Riboflavin (Vitamin B2)
Hati, susu, bayam, mee yang diperkaya dan kulat atau cendawan
Diperlukan oleh tubuh untuk metabolisma semua jenis makanan dan mengeluarkan tenaga dan sel-
sel. Diperlukan oleh vitamin B6 dan niasin.
-Niasin (Vitamin B3) - Niasin ditukarkan kepada niasimid dalam tubuh.
Cendawan, kulat, ikan tuna, ayam, daging, kacang tanah, bijirin diperkaya.
Diperlukan oleh enzim-enzim yang merubah makanan kepada tenaga. Membantu mengekalkan
sistem perkumuhan dan saraf yang sihat. Pada dos yang tinggi ia boleh membantu mengurangkan
kolesterol. (Perlu diingat, untuk mendapatkan dos yang besar perlu terlebih dahulu mendapat
nasihat pakar kesihatan).
2. Tumbesaran kanak-kanak
-makanan seimbang penting untuk anak-anak sejak kecil lagi mampu meningkatkan pertumbuhan
fizikal serta memperbaik keupayaan mental mereka.
-amalan memberikan pemakanan seimbang yang mencakupi karbohidrat, protein, vitamin dan
garam mineral kepada anak-anak secara konsisten dapat mencegah serangan penyakit kronik seperti
jantung dan kencing manis ketika mereka dewsa kelak.
3. Pesonaliti yang cergas dan meyakinkan
-makanan seimbang sudah tentu memberi manfaat kepada seseorang. seseorang akan kelihatan
sihat dan cergas serta mempunyai produktiviti tinggi dalam pekerjaan ataupun pengurusan.
-sudah tentu syarikat gergasi tidak akan memilih calon yang sering sakit ataupun mempunyai
masalah kesihatan sebagai pekerja mereka.
4. Menjimatkan kos perubatan
-apabila sihat, sudah tentu kos perubatan boleh diminimukan
-pada zaman moden, ramai institusi keluarga terpaksa memperuntukkan kos perubatan untuk setiap
bulan. Sekiranya amalan makanan seimbang dipraktikkan, sudah tentu insititusi keluarga tidak perlu
pening kepala untuk memikirkan wang untuk membeli ubat ataupun pembedahan. Kadangkala kos
pembedahan membelanja beribu-ribu ataupun berpuluh ribu.
Faktor-faktor pengabaian makanan seimbang
1. Tahap kesedaran makanan seimbang yang rendah
-masyarakat kurang sedar tentang kepentingan makanan seimbang kerana kurangnya pendedahan.
-kempen kesedaran makanan seimbang juga dilaksanakan secara bermusim. Jadi, tidak hairanlah
semangat mengamalkan makanan seimbang mudah luntur dengan begitu cepat.
2. Budaya makanan segera
-promosi makanan segera yang begitu menyelerakan sudah tentu meluntun hati pembeli untuk
mencubanya. Selain itu, masyarakat yang dihimpit dengan lambakan tugasan harian nescaya
memilih jalan pintas untuk mengisi perut yang kosong. Makanan segera bukan sahaja memudahkan
dari aspek penyediaan malah menjimatkan masa, wang dan tenaga.
3. Tekanan sosioekonomi
-kadangkala terdapat juga sebilangan institusi keluarga yang daif dalam kehidupan sukar untuk
mengamalkan makanan seimbang.
-tekanan pekerjaan yang menelan masa yang panjang sudah tentu sukar bagi seseorang
menyediakan makanan yang seimbang.
Kekurangan makanan seimbang
1. Serangan Penyakit/penyakit kronik
Niasin (Vitamin B3) -
Pada kes yang teruk, kekurangan vitamin ini boleh menyebabkan penyakit pelagra (sejenis penyakit
kulit yang menyebabkan kulit pecah-pecah), cirit-birit dan sakit mulut.
Lebih Dos:
Ulser, masalah hati, kandungan gula dan asid urik yang tinggi dalam darah dan masalah jantung.
Piridoksin (Vitamin B6)
Lemak haiwan, bayam, brokoli dan pisang
Diperlukan oleh tubuh untuk metabolisme dan penyerapan protein dan juga metabolisme
karbohidrat. Membantu membina sel darah merah dan meningkatkan fungsi sistem saraf dan otak.
Kekurangan:
Anemia, bengkeng, gatal-gatal, kulit bersisik dan sawan.
Lebih dos:
Kerosakan pada sistem saraf.
2. Kurangnya produktiviti dan tidak bersemangat
-makanan yang tidak seimbang menyebabkan seseorang mudah menghidap penyakit dan sudah
tentu mengganggu produktiviti mereka.
-keadaan ini sudah tentu merugikan syarikat yang mengaji pekerja yang kurang produktif.
3. Meningkatkan kos perubatan
-badan yang tidak sihat sudah tentu akan memerlukan rawatan. Sekiranya penyakit kronik yang
dihidap, kos perubatan juga berlipat ganda.
-keluarga yang kurang mampu nescaya bergantung kepada pihak kerajaan. Keadaan ini telah
membebankan pihak kerajaan yang terpaksa memperuntukkan lebih banyak utnuk pembiayaan kos
perubatan rakyat.
GUNA DAN AMALKAN PRINSIP-PRINSIP PEMAKANAN SIHAT
Cara terbaik untuk memastikan keperluan makanan ahli keluarga dipenuhi adalah dengan
mengambil pelbagai jenis makanan dan mengamalkan prinsip-prinsip pemakanan sihat iaitu :
Makan pelbagai jenis makanan
Mengambil pelbagai jenis makanan dapat memastikan tubuh badan mendapat semua khasiat
makanan yang diperlukan. Gunakan Piramid Makanan sebagai panduan untuk memilih makanan
sekeluarga.
Makan bijirin dan kekacang secukupnya
Bijirin merupakan sumber tenaga yang utama. Bijirin juga kaya dengan serat terutamanya bijirin atau
hasil bijirin mil penuh. Contoh bijirin dan hasil bijirin adalah nasi, roti, mi dan mihun.

Kekacang merupakan sumber serat yang baik. Ianya juga kaya dengan protin dan mempunyai
kandungan lemak yang rendah. Contoh kekacang adalah kacang soya, kacang pis dan kacang dhal.
Makan lebih buah-buahan dan sayur-sayuran
Kebanyakan buah-buahan dan sayur-sayuran mengandungi lemak yang rendah dan membekalkan
pelbagai jenis zat seperti vitamin A, vitamin C, asid folik, zat besi dan kalsium yang kesemuanya
penting untuk kesihatan. Sayur-sayuran dan buah-buahan juga kaya dengan serat. Pengambilan
makanan yang tinggi kandungan serat adalah penting untuk melawaskan pembuangan najis dan
dapat membantu mencegah penyakit sembelit yang kronik, buasir dan penyakit usus (diverticular
diseases). Serat juga dapat membantu mengurangkan risiko penyakit jantung, diabetes dan
beberapa jenis kanser.
Imbangkan pengambilan makanan dengan aktiviti fizikal
Aktiviti fizikal dapat membantu badan anda membakar kalori yang berlebihan daripada makanan.
Ianya dapat membantu mengawal berat badan. Jika berat badan berlebihan, kurangkan
pengambilan makanan dan tingkatkan aktiviti fizikal.
Pilih makanan yang rendah lemak dan kolesterol
Lemak adalah sumber tenaga yang baik dan diperlukan untuk membantu menyerap vitamin-vitamin
larut lemak, iaitu vitamin A, D, E dan K. Ia juga melazatkan makanan dan dapat memperbaiki tekstur
makanan. Lemak yang berlebihan daripada makanan akan disimpan di dalam badan sebagai lemak
badan. Kehadiran lemak badan ini akan menyebabkan berat badan anda bertambah. Lemak yang
berlebihan meningkatkan risiko penyakit jantung koronari, strok, obesiti dan masalah-masalah
kesihatan yang lain.
Kurangkan pengambilan garam dan gula
Kebanyakan makanan yang diawet dan diproses mempunyai kandungan garam dan gula dan
lebihkan makanan segar. Jika menggunakan kicap atau sebarang sos, garam tidak perlu ditambah di
dalam masakan. Rasalah makanan terlebih dahulu sebelum menambah garam. Kurangkan juga
penggunaan gula dalam penyediaan minuman dan kuih muih.
Minum sekurang-kurangnya enam hingga lapan gelas air sehari
Air adalah penting untuk fungsi fisiologi di dalam badan, mengawal suhu badan dan mengeluarkan
bahan sisa dari badan. Air diperlukan untuk menggantikan cecair tubuh yang hilang, terutamanya
jika kita melibatkan diri dalam aktiviti fizikal. Minumlah air sebanyak enam hingga lapan gelas sehari.
Dan dalam keadaan-keadaan tertentu seperti bekerja di dalam bilik berhawa dingin, minumlah air
dengan banyak walaupun tidak merasa dahaga.
KESIMPULAN
Makanan seimbang amat penting dalam kehidupan manusia yang sihat. Masyarakat perlu
mempunyai kesedaran tentang kepentingan makanan seimbang dan mengamalkan amalan ini untuk
sepanjang hayat
KEPERLUAN SAINS DALAM KEHIDUPAN...
Posted by cikgusaiful on 4/04/2010 12:18:00 PM
Labels: Islam dan sains
Alhamdulillah bersyukur kita ke hadrat Allah Tuhan sekalian Alam kerana dengan limpah rahmatnya
kita dapat meluangkan masa untuk berada di alam siber ini. Bagi mereka sentiasa berfikir
sesungguhnya kekuasaan Allah Subhanahu wata'ala adalah Maha Agung dan Maha Besar dalam
mentadbir alam yang dengan cukup sempurna dan tiada sebarang kecacatan serta celanya.
Selawat dan salam ke atas sebaik-baik manusia yang sentiasa namanya di bibir kita, Nabi
Muhammad Shallalahu 'alaihi wasalam, keluarganya serta para sahabat baginda, para tabi'in, para
tabi' tabi'in yang telah bersusah payah memperjuangkan Islam untuk kita nikmati pada zaman ini.
Mutakhir ini, kebanyakan orang sudah mula menyedari tentang kewujudan ilmu sains dan
kepentingan mempelajarinya. Banyak penemuan-penemuan kajian saintifik telah melakarkan seribu
satu kisah persoalan yang akhirnya akan membawa kita kembali kepada Pencipta Yang Maha Agung.
Sains telah membawa kita untuk melihat sendiri dengan mata dan telinga kita menerusi kajian-kajian
ilmiah yang akhirnya kita akur bahawa ada satu kuasa yang mengawal segala perjalanan di dalam
dunia ini tanpa ada cacat dan celanya. Memang benarlah pepetah Inggeris menyatakan "Science is a
sign!" [Sains ialah suatu petanda!]...Persoalannya tanda apakah yang hendak di bawa oleh
sains?..Maka eloklah kita mengetahui apakah itu ilmu sains terlebih dahulu..
Merujuk kepada Encyclopedia Britanica International London, istilah 'sains' adalah dari bahasa Latin,
'scire' bermaksud 'to know' atau 'untuk mengetahui' dan sains banyak merungkai berkenaan dengan
pengetahuan tentang alam semesta dan perkara yang berkaitan dengannya. Istilah sains dalam
tulisan Dr. Haji Jamnul Azhar pula menyatakan bahawa, 'sains' merupakan 'sesuatu kajian ilmiah
yang dijalankan secara empiris mengikut disiplin ilmu tertentu melalui alat apparatus tertentu dan
ukuran tertentu'.
Menurut buku Encyclopedia Britanica International London lagi, 'sains terdiri di atas sesuatu
eksperimen dan peninjauan yang tepat bagi menghasilkan teori'. Apabila teori tersebut benar dan
dapat diterima akal, teori tersebut dapat diguna pakai di dalam pelbagai cara dan percubaan. ini
dikenali sebagai cara saintifik. Pencarian bagi sesuatu fakta dan prinsip yang baru pula dikenali
sebagai sains tulen, manakala penggunaan dan aplikasi terhadap pengetahuan saintifik di dalam
kehidupan dikenali sebagai aplikasi sains.
Sains juga terdiri daripada pelbagai cabang dan bidang. Antara bidang sains yang terkenal dan
menjadi tumpuan utama ialah di dalam bidang astronomi, geologi, fizik, kimia dan biologi. Ilmu
astronomi merupakan suatu cabang ilmu sains yang menrangkan tentang kajian mengenai bintang-
bintang, planet, galaksi dan pelbagai mengenai sesuatu jasad yang terdapat di angkasa lepas. Istilah
astronomi terbit dari perkataan Yunani iaitu 'astro' yang bermaksud 'kajian tentang bintang'. Ilmu
geologi pula merupakan suatu bidang ilmu yang berkaitan dengan struktur bumi, iaitu berkenaan
batu-batuan yang terdapat di dalam bumi. Fizik pula ialah suatu bidang ilmu yang berkaitan dengan
jirim. Kajian yang biasa dilakukan dalam bidang fizik ialah seperti pembentukan tenaga, cahaya,
kelajuan dan sebagainya. Bidang kimia merupakan salah satu bidang sains yang menekankan kajian
mengenai kandungan yang terdapat dalam satu bahan yang ada di dalam bumi. Begitu juga bahan-
bahan kimia dapat dihasilkan di dalam kajian dan eksperimen kimia. Akhirnya bidang biologi yang
merupakan disiplin ilmu sains yang berkaitan dengan benda-benda hidup.
Keutuhan, penemuan dan perkembangan sains di dunia kini makin meluas mengikut perkembangan
dan keperluan semasa.Cabang-cabang sains turut bertambah dan kini ia menjadi asas kepada
perkembangan ilmu-ilmu sains masa kini. Ilmu-ilmu seperti biochemistry (biologi dan kimia),
astrophysics (astronomi dan fizik) dan geophysics (geologi dan fizik) kini merupakan perkembangan
kepada cabang-cabang ilmu yang asas tadi. Prinsip asas di dalam bidang tersebut banyak memberi
sumbangan terhadap kehidupan manusia.
Faedah dan kepentingan sains di dalam kehidupan seharian memang tidak dapat dinafikan oleh
manusia. Sains dapat memberikan satu inspirasi baru terhadap kehidupan manusia sejagat.
Kelebihan dan kemanfaatan bidang ilmu ini dapat dilihat di dalam ruang perspektif dunia kini.
Perubahan dan ledakan baru akibat dari penemuan-penemuan terkini di dalam disiplin ilmu sains
dapat dipertengahkan dengan melihat teknologi terkini akibat dari evolusi sains itu. Banyak ciptaan
dan rekaan dapat dihasilkan daripada penemuan sains. Manusia kini bergantung harap kepada
penemuan-penemuan baru bagi meningkatkan lagi tahap keselesaan hidup. Namun yang demikian,
lama kelamaan sains semakin berkembang tanpa had dan batasan. Penemuan demi penemuan baru
dapat ditemui bagaikan cendawan yang baru tumbuh selepas hujan. Sains kini seperti ombak besar
yang membawa manusia seolah-olah ke alam dan dimensi baru dalam kehidupan manusia sejagat.
Perkembangan ilmu sains sebenarnya bukanlah datang dari Barat seperti yang di dakwa oleh
sarjana-sarjana dan para ilmuwan Barat, tetapi ia datang dari para ilmuwan Islam terdahulu.
Perkembangan sains kini hanyalah sekadar usaha memperkembangkan ilmu yang sedia ada yang
asal usulnya datang daripada para ilmuwan Islam. Kehebatan dan ketinggian ilmu yang diperoleh
daripada para ilmuawan Islam yang terunggul pada abad ke-11, iaitu kesan selepas kejatuhan
empayar Islam Abassiyah di Sepanyol daripada tangan uamt Islam, maka dapatlah orang-orang Barat
mengaut dan mendapatkan khazanah ilmu itu. Sejarah dunia menerangkan bahawa 'Zaman
Kegelapan' atau 'The Dark Ages' merupakan zaman yang cukup ngeri bagi bangsa Eropah, tetapi
pada zaman itulah merupakan 'Zaman Keemasan' atau "The Golden Ages' kepada umat Islam.
Ilmu yang menjadi asas kepada orang-orang Barat sebenarnya merupakan asuhan dari orang-orang
Islam sendiri yang menyebarkan ilmu-ilmu mereka kepada sesiapa sahaja yang ingin mempelajari
ilmu serta penemuan-penemuan terbaru sains. Sebagai satu contoh Kitab Qanun fi Tibb karangan
Ibnu Sina menjadi rujukan di pusat-pusat pengajian perubatan Eropah selama kira-kira 400 tahun
lamanya. Jadi tidaklah benar hakikat bahawa semua ilmu berkenaan dengan sains itu datang atau
lahir dari golongan cendiakawan orang-orang Barat, tetapi mereka cuma menghadiri kelas sahaja!
Ilmu sains yang dipelopori oleh cendiakawan Islam ini terus berkembang dengan pesat dan tersebar
dengan adanya keinginan serta kemahuan para pelajar yang datang dari Eropah ke kota-kota Islam
seperti Andalusia, Zahrah dan Baghdad pada ketika dahulu untuk membawa pulang sebahagian
buku-buku serta ilmu-ilmu yang telah mereka pelajari di sana. Ilmu Islam juga berkembang pesat
seiring dengan perkembangan ilmu sains di dunia Islam pada ketika itu iaitu sekitar dari tahun 900
hingga 1400 Masihi. Dalam masa yang sama, Eropah masih berada dalam zaman kemunduran dari
segi keilmuan dan budaya hidup. Pernah seorang ahli syair Eropah yang berada di Andalusia pada
zaman itu mengungkapkan:
"Anak-anak kecil kami masih bermain dengan lumpur,
Sedangkan anak-anak Muslimin di Andalus sudah pandai menulis dan mengira'
Waktu malam kami begitu gelap sekali,
Waktu malam di Zahrah bagaikan siang di sinari cahaya lampu.
Setelah berlakunya reformasi di kalangan orang-orang Barat, khususnya bagi orang-orang Kristian
Nasrani, mereka mula mengembangkan daya pemikiran dengan pelbagai binaan , rekaan dan ciptaan
baru. Ini semua kesan dari perubahan cara hidup yang di bawa para graduan dari kota-kota Islam.
Sebagai contoh salah seorang Paderi Agung Kristian yang bergelar Sylvester II yang giat berusaha
merubah gaya hidup masyarakat Itali pernah belajar di Masjid Qurtubah, Qurtubah (Cordova),
Sepanyol. Antaranya juga terdapat putera-putera raja yang berlumba-lumba mendapatkan
'pendidikan Arab' seperti yang terkenal dengan kejayaannya menubuhkan Universiti yang pertama di
Eropah, Universiti Constantinople iaitu Prince Federick II.
Kejayaan merubah cara hidup orang Eropah inilah telah berjaya mmbuatkan revolusi pertanian
bertukar kepada revolusi industri dan revolusi demi revolusi berlaku di negara Barat setelah mereka
bangkit dari zaman kegelapan yang berlaku hampir lebih 1000 tahun. Tamadun Barat yang didokongi
oleh kita semua pada hari ini seharusnya berterima kasih kepada tamadun Islam yang banyak
memberi peluang dan perubahan kepada dunia Barat pada hari ini.
Hakikatnya, Islam telah berjaya mengeluarkan Barat dari alam gelap kejahilan dan kemunduran
kepada dunia perkembangan ilmu serta teknologi. Justeru itu, jika kita seorang Muslimin yang
mempunyai akal yang boleh berfikir maka seharusnya kita berusaha agar kegemilangan masa
lampau akan dapat dikecapi sekali lagi. InsyaAllah......
KEPENTINGAN MENGHARGAI MASA
Kata orang tua-tua masa itu sangat penting kerana masa yang berlalu tidak boleh ditarik semula
terutama jika masa itu tidak digunakan untuk melakukan sesuatu yang bernilai. Manusia yang bijak
ialah individu yang memahami kepentingan masa lalu menggunakannya dengan sebaik mungkin.
Jadi, bagaimanakah cara-cara yang positif untuk membuktikan seseorang itu menghargai masa?
Sikap menghargai masa bermula dengan keazaman kuat yang ditanamkan dalam jiwa seseorang itu.
Rasa keazaman ini mengingatkan kita bahawa masa perlu dihargai tanpa wujud sebarang alasan
untuk menolaknya. Maka, mereka yang mempunyai keazaman itu sudah memulakan usaha untuk
menghargai masa dengan baik. Selain itu, menghargai masa juga boleh dibuktikan menerusi sikap
membuat perancangan masa yang sistematik. Dalam aspek ini jiwa seseorang yang menghargai
masa akan membuat satu jadual lalu mematuhi perancangan masa itu dengan sebaik mungkin.
Jelaslah, sikap membuat jadual dan mematuhinya membuktikan betapa seseorang itu menghargai
masanya. Malah, sikap tidak suka melakukan perkara-perkara yang sia-sia turut memberikan satu
persepsi bahawa seseorang itu menghargai masanya. Masa seseorang perlulah dipenuhi dengan
aktiviti yang berfaedah untuk masa depan kita seperti membaca buku dan membantu ibu bapa di
rumah. Sesungguhnya, mereka yang melakukan perkara-perkara positif dalam hidupnya tahu
kepentingan masa kepada manusia itu.Sebagai kesimpulannya, semua kaedah yang diterangkan di
atas itu boleh dilakukan oleh sesiapa pun yang tahu menghargai masa. Semua pihak perlulah sedar
akan kepentingan masa ini kerana masa itu tidak akan berlalu begitu sahaja. Bak kata orang tua-tua
masa itu emas.
KEPENTINGAN AMALAN BERJIMAT CERMAT
Dasawarsa ini, negara kita telah dilanda oleh gelombang inflasi secara global. Setiap pengguna tidak
dapat melepaskan diri daripada kepompong inflasi. Sehubungan dengan itu, segenap masyarakat
diseru supaya mengimplementasikan amalan berjimat cermat dalam rutin hidup mereka untuk
menghadapi keperitan itu. Semua ajaran agama mengajar penganutnya agar berjimat cermat dan
tidak membazir dalam kehidupan. Filosofer Laotze berkata, Kehidupan membazir dan tamak akan
mendorong manusia ke arah kebinasaan. Hal ini memanifestasikan bahawa betapa pentingnya
amalan berjimat cermat dalam kehidupan sehari-harian kita.
Seperti pepatah , malang tidak berbau, iaitu manusia tidak dapat menduga segala bencana atau
kecemasan yang terdiri daripada menghidap penyakit, kemalangan , kebakaran dan sebagainya.
Ketika berlakunya sesuatu kecemasan, wang sering menjadi faktor utama untuk kita menyelesaikan
banyak masalah. Di manakah kita dapat memperoleh jumlah wang yang banyak untuk menghadapi
sesuatu yang tidak diingini, terutama menjalani pembedahan? Adakah kita perlu menghulurkan
tangan untuk meminta bantuan? Sebaliknya segala masalah dapat dikekang atau diminimumkan jika
kita dapat berjimat cermat dan sentiasa bertabung dalam kehidupan sehari-harian. Kita perlu
sentiasa mengingati peribahasa Melayu, Sediakan payung sebelum hujan. Tuntasnya, amalan
berjimat cermat merupakan tindakan berjaga-jaga untuk membuat persediaan sebelum berlakunya
sesuatu kecemasan kerana panas tidak sampai ke petang.
Tidak dapat dinafikan bahawa amalan berjimat cermat merupakan mangkin yang efektif untuk
memelihara dan memulihara alam sekitar. Hal ini demikian kerana manusia sedang
mengeksploitasikan sumber alam semaksimumnya tanpa memikirkan akibat yang bakal dihadapi.
Jika manusia dapat mengubah kehidupan mereka dengan berjimat cermat dari segi makanan,
penggunaan bekalan air dan elektrik serta kertas dan lain-lain lagi, kita sedang menuju ke arah
menyelamatkan bumi kita daripada mengalami kemusnahan. Gara-gara manusia mengejar
kemewahan hidup dan bersikap boros, banyak khazanah alam telah diteroka terutamanya bahan
galian dan hutan. Bayangkan suatu hari nanti, manusia terpaksa bunuh membunuh dan berperang
kerana merebut bekalan air. Bak kata peribahasa, sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak
berguna dan jangan terhantuk baru tengadah, kita perlu berjimat cermat dalam penggunaan
setiap benda sebagai langkah mencintai alam kita.
Saban hari isu ceti haram atau along sering menghiasi dada akhbar sehingga mangsa tersebut
membunuh diri malah membunuh sekeluarga kerana tidak larat lagi menghadapi penganiayaan
along yang bermaharajalela. Ketika mengamati berita ini, kita dapat mengetahui bahawa mangsa
berkenaan tidak mahir mengurus pendapatan mereka. Lazimnya mereka tidak bersikap ukur baju
pada badan sendiri tetapi membesarkan kerak nasi dalam perbelanjaan. Walhasil, mereka sentiasa
berhutang keliling pinggang. Sebaliknya jika kita sentiasa berbelanja secara hemat tanpa boros, kita
pasti dapat menyimpan wang yang berlebihan dalam simpanan bank atau melabur dalam skim
amanah saham untuk keperluan masa depan. Ternyata amalan berjimat cermat berupaya
menguruskan perbelanjaan secara teliti bagai menarik rambut dalam tepung daripada berhutang
Bukan itu sahaja, amalan berjimat turut menjamin masa depan yang lebih cerah. Setiap umat perlu
pandai merancang masa depan mereka sejak kecil lagi. Kita perlu berjimat cermat dalam segala
perbelanjaan kita dan menyimpan wang untuk kegunaan masa kelak kita. Bak kata peribahasa, ikut
hati mati, ikut rasa binasa, jika kita berbelanja berdasarkan nafsu, pendapatan kita akan habis pada
hujung bulan. Bagaimana kita dapat merancang masa tua setelah pencen? Bagaimanakah kita dapat
membayar kos pendidikan anak kita. Jika kita dapat menjimatkan setiap perbelanjaan yang tidak
diperlukan, nescaya kita dapat menyimpan sejumlah wang dalam tabung. Sedikit-sedikit lama-lama
menjadi bukit. Wang yang dijimatkan itu dapat dirancang demi masa depan yang lebih cerah. Oleh
itu ketika berbelanja, kita perlu mengingati peribahasa, ingat sebelum kena, jimat sebelum habis.
Natijahnya / Akhirulkalam, amalan berjimat cermat merupakan nilai murni yang diajarkan oleh
setiap agama di dunia ini. Berpaksikan amalan ini, kita dapat hidup dengan kesederhanaan tanpa
membazir. Sehubungan dengan itu, kehidupan kita akan lebih harmoni, sentosa dan bahagia
sehingga mewujudkan masyarakat sakinat.
KEBAIKAN BERGOTONG-ROYONG
Dalam meniti kehidupan yang bertunjangkan nawaitu materialistik dan individualistik marcapada ini,
kita seyogianya memahami maksud amalan bergotong royong. Amalan ini merupakan budaya yang
dipraktikkan sejak generasi dulu dan amalan ini dianggap tak basah dek hujan, tak lekang dek panas.
Peribahasa ini menunjukkan warisan budaya atau amalan bangsa agar sentiasa releven dan diingati
oleh masyarakat Malaysia, terutamanya generasi alaf baharu ini. Yang berlaku sekarang, budaya
yang diingini hanyalah keseronokan dan keselesaan yang tidak mahu dipertanggungjawabkan.
Fenomena ini melunturkan semangat memupuk amalan bergotong-royong. Tepuk dada, tanya
selera; berapa ramaikah yang tidak mengenali maksud gotong-royong dan melaksanakannya?
Berapakah peratus daripada golongan muda generasi kini yang telah bergotong-royong untuk
membersihkan sesuatu tempat? Oleh hal yang demikian,kita mestilah mengenali faedah bergotong-
royong dan menjalankan kegiatan bergotong-royong ini.
Amalan bergotong-royong dapat memperindah tempat tinggal. Kebersihan tempat tinggal
merupakan keperluan asas untuk hidup dengan selesa. Dengan amalan kemasyarakatan ini, tempat
tinggal kita tidak akan menjadi sekadar indah khabar daripada rupa. Sebagai insan biasa, kita tentu
mahu akan kecantikan tempat tinggal kita dipuji oleh orang lain. Dengan menjalankan amalan
bergotongroyong kita dapat memperindah sendiri kawasan tempat tinggal dan memahami jiran
dengan lebih mendalam. Fenomena ini persis peribahasa tak kenal maka tak cinta. Apabila kawasan
tempat tinggal kita sentiasa bersih dan indah, rakan-rakan sendiri akan menyukai kawasan tempat
tinggal kita secara langsung dan akan sentiasa menziarahi kita. Sebagai seorang penghuni bumi, kita
boleh mengaktifkan diri dalam amalan bergotong-royong dapat menghijaukan bumi. Bak kata
peribahasa, sambil menyelam minum air. Dengan mengaktifkan diri dalam amalan bergotong
royong, kita dapat lebih memahami kepentingan kegiatan bergotong-royong dan akan mewujudkan
masyarakat yang bekerjasama. Benarlah kata peribahasa, bersatu kita teguh bercerai kita roboh .
Kita harus mengapresiasi amalan ini sebelum kewujudannya tidak diketahui lagi. Janganlah kita lupa
bahawa di mana ada kemahuan, di situ ada jalannya.
Selain itu, amalan bergotong-royong seyogianya menjadi satu daripada aktiviti kehidupan yang
penting sebagai langkah membersihkan tempat tinggal daripada menjadi vektor penyakit. Dengan
berbuat begitu, kita dapat mencegah dan menjauhi penyakit. Kata Tun Dr. Mahathir, mencegah
lebih baik daripada mengubati. Secara peribadi, saya berpendapat bahawa kegiatan ini amat
berfaedah dan mesti diamalkan sejak kecil kerana meluntur buluh biarlah dari rebungnya. Dengan
menjadikan amalan ini sebagai aktiviti penting dalam kehidupan, kita dapat banyak memperoleh
pengalaman dan pengetahuan daripada amalan tersebut. Kita juga dapat mengetahui betapa
senangnya untuk menyelesaikan sesuatu kerja dengan tenaga kerja yang ramai jikalai kita
mengaktifkan diri dalam kegiatan bergotong-royong. Oleh hal yang demikian, amalan ini harus
diingati dari satu generasi kepada satu generasi. Amalan ini juga boleh dipraktikkan untuk
mengekalkan kesihatan dan keadaan yang selesa di kawasan tempat tinggal .
Tak tumbuh tak melata, tak sungguh orang tak kata! Kegiatan bergotong-royong memainkan
peranan yang amat penting sebagai agen perpaduan . Hal ini dikatakan demikian kerana kajian yang
dijalankan oleh Jabatan Perpaduan Negara yang mendapati jurang pemisah antara kaum semakin
lebar dari setahun ke setahun kerana rambut sama hitam, hati lain-lain. Dengan menjalankan
kegiatan bergotong-royong kita dapat menghapuskan sikap masyarakat yang seperti enau di dalam
belukar, melepaskan pucuk masing-masing. Apabila seseorang yang berlainan kaum berinteraksi
dengan seseorang yang berlainan kaum, kita dapat mengenali kebudayaan kaum-kaum masing-
masing kerana masuk ke kandang kambing mengembek, masuk ke kandang kerbau menguak. Melaui
kegiatan bergotong-royong, kita akan lebih dapat mempercayai masyarakat sekeliling dan
menghormati sesama diri. Dengan ini, kita akan hidup saling membantu bagai aur dengan tebing .
Melalui kegiatan yang afdal ini , kita dapat memupuk nilai murni dalam sanubari kita. Hal ini
dikatakan demikian kerana Tun Dr.Mahathir, mantan Perdana Menteri ke-4 pernah menegaskan
bahawa dengan melibatkan diri dalam kegiatan bergotong-royong, kita berupaya menerap pelbagai
nilai murni dalam diri. Fenomena ini sama seperti sambil menyelam ,minum air. Jelas beliau semasa
merasmikan kempen bergotong-royong pada peringkat nasional, awal tahun 2003. Nilai murni yang
diterapkan akan mentransformasikan kita sebagai orang yang lebih disukai dan diterima oleh
masyarakat. Amalan ini juga mampu memasyarakatkan rakyat Malaysia oleh sebab bulat air kerana
pembetung, bulat manusia kerana muafakat.
Aktiviti bergotong-royong sememangnya dapat menghidupkan semangat kejiranan. Dengan berbuat
demikian, kita dapat mengenali jiran secara mendalam. Selepas terlaksananya aktiviti ini , kita akan
terpanggil untuk membuka hati kita lalu menegur jiran kita. Pembahagian tugas akan dapat
dijalankan semasa aktiviti bergotong-royong dijalankan dan semua orang akan merasai semangat
bersatu padu . Sebagai contoh, aktiviti yang boleh diadakan secara bergotong-royong ialah
membersihkan kawasan taman, menyediakan hidangan untuk kenduri-kendara, dan sebagainya.
Melalui cara ini, kita dapat menjalin dan meningkatkan hubungan sesama jiran. Bak kata pepatah,
berat sama dipikul, ringan sama dijinjing. Jiran ialah orang yang tinggal di sekitar rumah kita, iaitu di
sebelah, di hadapan, dan juga di belakang rumah kita. Jiran sangat penting kerana merekalah yang
akan menjadi sahabat kita dan orang yang pertama akan membantu apabila kita menghadapi
kesusahan nanti. Tak percaya? Janganlah lupa bahawa pepatah Melayu ada mengatakan bahawa
"Jiran sepakat membawa berkat".
Intihanya, amalan bergotong-royong membawa faedah yang banyak . Dengan mengamalkan
semangat ini, bumi akan menjadi sebuah tempat yang lebih indah dengan secara tidak langsung. Bak
kata pepatah, ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni. Amalan ini tidak akan dilupai. Sebagai
penutup wacana, amalan gotong-royong merupakan tanggungjawab yang penting bagi setiap orang
untuk mewujudkan kualiti kehidupan yang optimum. Marilah kita belajar amalan yang baik dan
amalkannya dalam kehidupan harian. Bak kata pepatah, yang baik dijadikan teladan, yang buruk
dijadikan sempadan.

Anda mungkin juga menyukai