Anda di halaman 1dari 2

Refleksi : Tugas-Tugas Khas (Kem Kecemerlangan UPSR 2014)

Pada 12 sehingga 13 Ogos 2014, SK Bintang telah mengadakan satu kem


yang dikenali sebagai Kem Kecemerlangan UPSR selama 2 hari 1 malam di Darul
Iman Inn, Setiu Terengganu.
Dalam kem tersebut, saya dan guru praktikum yang lain telah
bertanggungjawab mengendalikan sukaneka. Dalam mengendalikan sukaneka
tersebut, saya telah mempelajari cara mengendalikan suatu aktivti. Memandangkan
aktiviti sukaneka tersebut dibuat di pantai, keselamatan murid-murid perlu dijaga
dengan baik untuk mengelakkan perkara yang tidak ingini berlaku. Kami empat
orang guru praktikum berjaya melaksanakan sukaneka tersebut dengan baik dimana
murid-murid berasa puas hati dan seronok dengan permainan-permainan sukaneka
yang diadakan.
Di samping itu, pada malam kem tersebut, kami juga membantu dalam
menyediakan jamuan makan malam untuk semua guru dan murid Tahun 6 yang
mengikuti kem tersebut. Pada malam tersebut, jamuan BBQ diadakan dimana saya
banyak bersuai kenal dengan murid-murid Tahun 6 dan beramah mesra dengan
guru-guru yang hadir pada malam tersebut.
Pada sebelah pagi pula, saya dan guru praktikum telah mengambil alih sesi
bengkel Bahasa Inggeris yang diadakan selama 2 jam. Saya telah mendapat
pengalaman dalam bagaimana menjadi seorang fasilitator bagi murid-murid semasa
pelaksanaan bengkel tersebut. Dalam bengkel tesebut, saya telah menjadi
pembimbing bagi suatu kumpulan murid. Saya telah membimbing mereka
bagaimana menjawab soalan UPSR dan mengajar mereka beberapa prinsip dan
konsep pengajaran Bahasa Inggeris.