Anda di halaman 1dari 3

karangan tentang hari sukan

Sekolah kamu telah mengadakan hari Sukan Sekolah. Ceritakan


pengalaman kamu menyertai hari sukan tersebut.

Pada 14 Mac 2014 Sekolah Kebangsaan Jitra telah mengadakan termasya sukan
yang kesepuluh. Temasya sukan ini diadakan di padang sekolah bermula pada pukul
8.30 pagi.

Sehari sebelum temasya itu dimulakan, kerja-kerja membuat persiapan terakhir
telah dilaksanakan. Khemah-khemah didirikan dan dihias dengan cantik.Beberapa
orang pekerja sekolah, guru dan murid berganding bahu menyiapkan kerja-kerja
tersebut. Papan untuk mencatat markah rumah-rumah pasukan diletakkan di tengah-
tengah padang. Bendera rumah sukan, bendera sekolah, Negeri Kedah dan Jalur
Gemilang dikibarkan di bahagian hadapan astaka.

Keadaan cuaca pada pagi temasya sukan itu sangat baik, redup dan
berangin.Pada pukul 8.00 pagi, semua penonton termasuk ibu bapa mula memenuhi
ruang tempat duduk yang disediakan di sebelah astaka.

Tuan Pegawai Pendidikan Daerah Kubang Pasu telah tiba pada pukul 8.10 pagi.
Ketibaan beliau disambut oleh Guru Besar sekolah ini iaitu Puan Hajah Mahani bt
Mustafa serta ahli jawatankuasa PIBG. Acara dimulakan dengan perbarisan lintas
hormat para peserta yang mengambil bahagian. Pegawai Pendidikan Daerah
menerima tabit hormat dan seterusnya merasmikan sukan tersebut.

Selepas upacara perasmian dilakukan, acara sukan pun dilangsungkan. Acara-
acara yang dijalankan berjalan lancar dan teratur. Acara sukan berhenti untuk
berehat pada pukul 10.00 pagi.

Acara sukan disambung semula pada pukul 10.30 pagi. Acara lari 4x100 meter
menjadi acara kemuncak sukan pada hari itu. Kira-kira pukul 11.30 pagi, semua
acara tamat. Seterusnya acara penyampaian hadiah dijalankan.Tuan Pegawai
Daerah telah menyampaikan hadiah kepada para pemenang.

Pasukan yang menjadi juara pada kejohanan sukan ke-10 ini ialah pasukan Rumah
Kuning. Sebelum bersurai pada pukul 12.30 tengah hari, semua hadirin dijemput
untuk menikmati jamuan yang diadakan di kantin.









Pada hujung minggu yang lepas, saya terpaksa tinggal sendirian di rumah kerana ibu
bapa saya pergi ke tempat kenduri kahwin. Untuk menghilangkan rasa jemu, saya
membaca sebuah buku cerita.
Ketika saya leka membaca , tiba-tiba saya terdengar suara riuh-rendah meminta
tolong. Saya segera menjenguk ke luar. Alangkah terkejutnya saya apabila saya dapati
asap berkepul-kepul keluar dari rumah jiran saya. Suatu kebakaran telah berlaku.
Orang ramai mula berkumpul di situ. Ada yang cuba memadamkan kebakaran dan
ada yang menolong memunggahkan barang-barang. Saya mulai berasa bimbang kalau-
kalau api itu merebak ke rumah saya.
Tanpa berlengah-lengah lagi , saya terus menelefon pihak bomba. Sepuluh minit
kemudian, anggota bomba pun tiba di situ.
Ahli-ahli bomba telah bertungkus-lumus memadamkan api tersebut. Akhirnya
kebakaran itu dapat dikawal daripada merebak. Saya berasa gembira kerana rumah saya
terselamat daripada kebakaran tersebut.


KARANGAN BERBENTUK PENGALAMAN


Tajuk : Tulis satu karangan yang bertajuk Pengalaman yang Tidak Dapat Dilupakan
Pada tahun lalu, aku menghabiskan cuti persekolahan di kampung bersama datuk
dan nenek.
Pada suatu malam , aku pergi ke rumah Ludin, teman lamaku. Oleh kerana sudah
lama tidak berjumpa, kami seronok bercerita. Bila aku sedar malam sudah larut, aku
bergegas pulang.
Dalam perjalanan pulang, hatiku tiba-tiba berasa cemas. Walaupun telah lama
berjalan, rumah nenek masih juga tidak kelihatan. Aku memandang ke kiri dan ke
kanan. Tidak ada sebuah rumah pun di situ. Bulu romaku berdiri tegak. Barulah aku
sedar, rupanya aku tersesat jalan.
Tiba-tiba di satu selekoh, aku terpandang satu lembaga menuju ke arahku. Aku
berasa amat takut sekali. Aku cuba membuka langkah. Tetapi belum sempat aku
melangkah, kakiku terpijak benda tajam, lalu terjatuh. Kemudian, aku tidak sedarkan
diri.
Bilaku membuka mata, kulihat aku sudah berada di rumah datuk. Menurut nenek,
datuk menemuiku terbaring di tengah jalan ketika keluar mencariku. Aku menceritakan
kepada mereka apa yang terjadi. Datuk dan nenek tersenyum sesama sendiri. Rupa-
rupanya lembaga yang aku takutkan itu adalah datukku sendiri.
situasi
Keputusan UPSR telah diumumkan . Anda mendapat keputusan yang cemerlang.
Bagaimanakah perasaan anda ?
Saya bersyukur dan bertuah kerana usaha saya selama ini telah pun berhasil.
Saya membuat persiapan rapi untuk peperiksaan ini semenjak awal tahun lagi.
Kejayaan ini juga merupakan kejayaan ibu bapa, guru-guru dan rakan-rakan
saya. Ini kerana dorongan dan bimbingan daripada mereka menjadi kunci kejayaan saya.
Saya juga berasa bangga kerana mampu membuktikan kepada orang ramai
bahawa seorang anak kampung daripada keluarga miskin dapat juga berjaya. Saya sedar
kemiskinan bukanlah penghalang untuk seseorang itu mencapai kejayaan.
Saya berharap kejayaan ini akan menjadi pendorong kepada adik-adik saya. Saya
berjanji akan belajar bersungguh-sungguh untuk peperiksaan yang lain.