Anda di halaman 1dari 18

INSTITUT PENDIDIKAN GURU, KAMPUS PENDIDIKAN

TEKNIK, BANDAR ENSTEK


PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PENDIDIKAN (PISMP)
SEMESTER 8 TAHUN 2014


EDU 3093
GURU DAN CABARAN SEMASA




NAMA PELAJAR WAN NORYAZMEEN BT NORDIN
NO KAD PENGENALAN
KUMPULAN/UNIT 8 PISMP RBT 1
KOD MATA PELAJARAN EDU 3093
NAMA PENSYARAH
PEMBIMBING
EN MUSTAFFA BIN ABD MAJID
TARIKH SERAHAN 11 OGOS 2014
i. Penghargaan
ii. Profil Pelajar
iii. Isi Kandungan

1.0 Pendahuluan
2.0 TUGASAN 1 : MEMBINA ITEM TEMU BUAL
2.1 Item Temubual
2.2 Profil Diri Guru Cemerlang
2.3 Transkripsi Temubual
3.0 TUGASAN 2 : PENULISAN AKADEMIK
3.1 Peta Minda Introspeksi Diri
3.2 Dapatan Temubual
3.3 Penulisan Akademik
4.0 Penutup
5.0 Bibliografi
6.0 Lampiran




PENGHARGAAN

Syukur kepada Tuhan kerana dengan limpah dan kurnianya kerana saya telah
berjaya melaksanakan kerja kursus bagi kursus Guru dan Cabaran Semasa
EDU3093 ini dengan jayanya.
Jutaan terima kasih saya ucapkan kepada Encik Mustaffar Bin Abd Majid
selaku pensyarah bagi kursus ini kerana telah banyak memberi tunjuk ajar
sepanjang tempoh kursus ini. Tidak dapat saya lupakan segaja tunjuk ajar beliau
kerana ilmu yang telah diberikan dan yang telah diterapkan kerana ianya amatlah
berguna untuk saya aplikasikan semasa bertugas disekolah pada masa hadapan.
Terima kasih juga diucapkan kepada rakan-rakan yang telah banyak
membantu saya dalam menyelesaikan masalah serta memberi kerjasama dalam
memastikan bahawa kita semua akan berjaya bersama-sama.
Sesungguhnya segala ilmu dan jasa yang telah diberikan amatlah berharga
dan tidak dapat ditukar dengan wang ringgit dan akan dikenang sehingga akhir
nyawa.

Sekian, terima kasih.









PENDAHULUAN

Profesion guru mencapai cabaran yang besar dalam membangunkan
generasi bangsa Malaysia yang maju menjelang tahun 2020. Cabaran ini
disebabkan peranan guru yang lebih pelbagai sehingga memerlukan mereka
meningkatkan daya kreativiti, minda yang terbuka dan positif, dan peka terhadap
permintaan pelajaran yang lebih canggih berbanding dahulu dalam setiap mata
pelajaran. Mereka juga perlu lebih berdisiplin dan menjadikan profesion perguruan
bukan sahaja tempat makan gaji, tetapi lebih bersifat luhur budi, serta menjadikan
profesion ini sebagai tempat berbakti kepada anak bangsa. Seterusnya, mereka
mesti mempunyai kekuatan mental dalam suasana yang lebih global disamping
bersedia dengan pihak ibubapa yang semakin hari semakin agresif dan pelajar pula
yang semakin kurang adab sopan serta tidak berterima kasih. Selain itu guru juga
perlu bersabar dan berhemah kerana untuk mencerminkan bahawa mereka seorang
yang muliadan berdedikasi tinggi. Guru juga perlu mmenunjukkan kepimpinan
melalui teladan bukan memberi pelajaran kepada pelajar, tetapi juga merupakan
pendidik dan profesion yang diiktiraf diperingkat antara bangsa.
Justeru itu, kami telah ditugaskan untuk menjalankan satu sesi temubual
bersama dengan gur cemerlang bagi mendapatkan tips dan sedikit sebanyak
maklumat mengenai cabaran-cabaran semasa dalam dunia pendidikan yang
semakin hari semakin mencabar ini. Perkongsian ini secara tidak lansung dapat
memberikan satu input-input baru kepada saya berkenaan hal hal semasa dalam
dunia pendidikan dan secara tidak lansung menimba sedikit sebanyak pengalaman
dari guru-guru senior yang banyak pengalaman dalam bidang ini.







2.0 TUGASAN 1 : ITEM TEMU BUAL
2.1 Item Temubual
Soalan temubual adalah berdasarkan kepada kriteria-kriteria di bawah:
i. Anjakan paradigma dalam pengajaran dan pembelajaran.
Soalan :
a) Bagaimanakah cikgu mengadaptasi perubahan-perubahan semasa
dalam proses Pengajaran dan Pembelajaran, dan apakah
kesannya terhadap PdP cikgu?

b) Bagaimana dengan penggunaan bahan bantu mengajar terkini
seperti penggunaan peta pemikiran iThink, KBAT dan Frog VLE
dapat membantu meningkatkan minat murid untuk belajar?

ii. Keselarasan dengan cabaran pendidikan semasa.
Soalan :
a) Apakah pandangan cikgu mengenai perubahan dalam sistem
pendidikan yang terkini seperti Penilaian Berasaskan Sekolah
(PBS)?

b) Apakah pandangan cikgu mengenai perbezaan sikap guru baharu
dan guru lama yang kurang berminat dan menghadapi masalah di
dalam menggunakan BBM terkini seperti iThink dan Frog VLE
dalam PdP mereka?

iii. Cara menghadapi tekanan dalam kalangan murid dan dalam diri sendiri.
a) Bagaimana puan menanggani masalah atau tekanan yang dihadapi
sepanjang puan bergelar seorang pendidik
b) Bagaimana puan dapat meningkatkan minat dan penglibatan
pelajar dalam proses PdP di dalam bilik darjah?
c) Bagaimanakah cikgu berhadapan dangan murid yang bermasalah
dan membuatkan cikgu tertekan semasa mengajar dalam bilik
darjah?

iv. Pengurusan inovasi dan kreativiti.
Soalan :
a) Pada pandangan cikgu tentang pendekatan, kaedah dan teknik
pengajaran bagaimanakah yang paling berkesan dalam menarik
minat pelajar di dalam kelas?
b) Apakah BBM @ pendekatan yang puan sering gunakan dalam
proses Pdp di dalam kelas terutamanya bagi kelas2 yang
mempunyai pelajar yang nakal?
c) Adakah puan aktif dalam pengendalian aktiviti2 di dalam dan di luar
sekolah? Bolehkah puan ceritakan serba sedikit mengenai
program2 tersebut?
v. Peningkatan profesionalisme yang berterusan
Soalan :
a) Apakah inisiatif cikgu dalam usaha untuk meningkatkan
profesionalisme cikgu?
b) Apakah perancangan masa hadapan cikgu bagi memastikan
peningkatan profesionalme yang berterusan?












IPG KAMPUS PENDIDIKAN TEKNIK, KOMPLEKS PENDIDIKAN
TEKNIK BANDAR ENSTEK,NILAI, NEGERI SEMBILAN.

Biodata Guru Cemerlang.






NAMA : KU MAHANI BINTI KU MAT DESA
SEKOLAH : SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN ALAM DAMAI
UMUR : 50 TAHUN
ASAL : ALOR SETAR , KEDAH
STATUS : BERKAHWIN
MATAPELAJARAN YANG DIAJAR :
1. Kemahiran Hidup, Tingkatan 1
2. Kemahiran Hidup, Tingkatan 3
3. Ekonomi Asas, Tingkatan 4
4. Perdagangan, Tingkatan 4
PERKHIDMATAN :
1. SK JERAM, KUALA SELANGOR
2. SMK DATUK MAHARAJALELA, SELANGOR
3. SMK BANDAR TUN RAZAK, KUALA LUMPUR
4. SMK ALAM DAMAI, KUALA LUMPUR


TRANSKRIPSI TEMUBUAL
Mukadimah

Penemuramah : Assalamualaikum cikgu.
Guru Cemerlang : Ya, Waalaikummussalam.
Penemuramah : Sebelum saya mengajukan beberapa soalan kpd cikgu, di sini saya ingin
menerangkan serba sedikit tentang kajian yang sedang saya jalankan.
Temuramah ini dijalankan adalah untuk memenuhi tugasan kerja kursus
Guru dan Cabaran Semasa bagi semester ini.
Guru Cemerlang : Ya, baiklah..
Penemuramah :Pertama sekali, Bolehkah cikgu menjelaskan serba sedikit tentang
latarbelakang keluarga dan pendidikan cikgu?
Guru Cemerlang :Baiklah, Nama saya, Ku Mahani Binti Ku Mat Desa. Saya berasal dari
Kampung Sanglang, Alor Setar Kedah. Lahir pada tanggal 22 April 1964.
Saya sudah 22 tahun berkahwin dan mempunyai 3 orang anak. Saya
mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Jalan Sanglang,
Kedah. Seterusnya saya melanjutkan persekolahan di Sekolah Menengah
Kebangsaan Syed Nahar, juga di Kedah. Pada tahun 1988, saya
menyambung pengajian saya di UiTM Shah Alam dan mendapat
Diploma in Business Study. Selepas bergraduasi, saya berkerja dengan
TELEKOM PUBLICATION sehingga tahun 1995, kemudian mengikuti
Kursus Perguruan Lepasan Diploma 1 tahun dan mula mengajar di SMK
(A) Pasir Penambang. Pada tahun 1999, menyambung pembelajaran
dengan mengambil Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Perniagaan di UKM
dan bergraduasi dalam tahun 2004. setelah itu terus menyambung lagi
pelajaran di peringkat master juga di UKM dalam Sarjana Perdagangan
dan Keusahawanan. Alhamdulillah berjaya bergraduasi pada tahun 2012.
Dan sekarang sedang menyiapkan PhD dalam Pentadbiran Pendidikan di
UPM.
Penemuramah : Adakah cikgu, mempunyai guru idola semasa sepanjang zaman
persekolahan dahulu? Bolehkah cikgu bercerita serba sedikit tentang
beliau?
Guru Cemerlang : AdaPn Sofea, saya sangat meminatinya..beliau mengajar subjek
Fesyen & Fabrik. Pd pendapat saya beliau seorang guru yang sangat
rajin, bertanggungjawab dan sangat mengambil berat tentang pelajaran
anak muridnya. Merupakan seorang guru yang peramah dan mempunyai
perwatakan periang dan mudah untuk didekati..sebagai guru, dan juga
kadang-kedang sebagai seorang ibu.
Penemuramah : Pendorong untuk menjadi guru?
Guru Cemerlang :Terus terang saya katakan menjadi guru bukanlah impian saya. Selepas
SPM saya telah mendapat tawaran belajar ke Maktab Perguruan Durian
Daun, Melaka tetapi saya lebih suka melanjutkan pelajaran di UiTM
walaupun pada masa itu mendapat bantahan dari ibu dan bapa saya.
Tetapi setelah bekerja beberapa tahun di Telekom dan mendapat dua
orang cahaya mata, saya mendapati pekerjaan di Telekom telah
menyebabkan saya terpaksa meninggalkan anak-anak sehari suntuk,
enam hari seminggu dan setiap hari saya akan sampai di rumah jam
9.30 paling awal. Selepas itulah baru saya terfikir untuk menjadi guru. Dan
selepas menjadi guru, saya mendapati masa untuk bersama anak-anak
lebih banyak berbanding dahulu. Namun saya cuba melaksanakan
tugas saya sebagai guru dan semakin menyayangi profesyen ini.

1.0 Anjakan paradigm dalam pengajaran dan pembelajaran

Penemuramah :Bagaimanakah cikgu mengadaptasi perubahan-perubahan semasa
dalam proses Pengajaran dan Pembelajaran, dan apakah kesannya
terhadap PdP cikgu?
Guru Cemerlang :Hmmm. lebih elok kalau saya memberikan penerangan dalam dua
paradigma yang berbeza supaya lebih mudah untuk melihat anjakan2
yang terdapat di dalam dua era masa yg berbeza.Ini pandangan
saya, iaitu era sebelum globalisasi dan selepas globalisasi. Dalam era
globalisasi kini, kepentingan pendidikan sememangnya tidak dapat
dinafikan.Pendidikan begitu mencabar dan sentiasa memerlukan
kreativiti dan inovasi baru untuk berdaya saing dengan keperluan
pembangunan sesebuah Negara.Kementerian Pelajaran Malaysia telah
membuat pelbagai perubahan dalam sistem pendidikan bagi menangani
cabaran abad ke- 21. Sejak itu lagi, Kementerian Pendidikan telah
memberi keutamaan kepada peningkatan kualiti pendidikan di Negara
ini. Dimana tujuan pendidikan bukan hanya sekadar menyediakan
para pelajar untuk dunia pekerjaan tetapi juga bagi memenuhi dan
mengembangkan potensi yang ada dalam setiap diri pelajar dengan
lebih berkesan.

Sekarang ini, kalau dilihat dari segi perkembangan kurikulum pula institusi
pendidikan kini berhadapan dengan pelbagai tekanan sama ada dari ahli
politik, pendidik sendiri, ahli akademik, masyarakat, ibu bapa, penyelidik,
tokoh korporat, ahli professional dan sebagainya untuk melakukan
langkah tertentu terhadap kurikulum secara lebih drastik sifatnya seperti
merombak kurikulum, memberi nilai tambah, melakukan inovasi, membuat
penyemakan dan melakukan reformasi bagi memastikan kurikulum
sekolah tetap relevan dengan keperluan kehidupan itu sendiri, dan yang
terkini Sistem pendidikan di Malaysia sedang menghadapi gelombang baru
dengan terlaksananya PT3, serta inovasi dlm PdP dengan terdapatnya
Frog VLE, item KBAT dan iThink didalamnya, di mana sebelum ini semua
itu takda.dulu guru hanya menggunakan pendekatan berpusatkan
guru dimana guru hanya mengamalkan kaedah chalk & talk berbanding
sekarang lebih kepada pendekatan berpusatkan pelajar. Penggunaan IT
dalam pendidikan terutama sekali selepas diperkenalkan Frog VLEdi
mana setiap pelajar di seluruh Negara di sediakan 1 ID untuk
memudahkan mereka mengakses semua aktiviti dan gerak kerja yang di
sediakan oleh guru di dalam Frog.

Penemuramah : Bagaimana dengan penggunaan bahan bantu mengajar terkini seperti
penggunaan peta pemikiran iThink, KBAT dan Frog VLE dapat membantu
meningkatkan minat murid untuk belajar?

Guru Cemerlang :Seperti yang telah saya katakan tadi pendidikan kini begitu mencabar dan
sentiasa memerlukan kreativiti dan inovasi baru supaya dapat memberi
daya saing terhadap keperluan pembangunan sesebuah Negara. Modal
insan yang dilahirkan hendaklah mempunyai satu ciri yang akan dapat
membantu dalam pembangunan Negara. Jadinya, unsur KBAT yang
diperkenalkan ini pada pandangan saya merupakan satu yang baru bagi
membantu melonjakan daya kreativiti pelajar untuk melatih mereka untuk
berfikir diluar kotak. KBAT sepertimana yang didefinisikan oleh KPM
adalah merupakan keupayaan untuk mengaplikasikan pengetahuan,
kemahiran dan nilai dalam membuat penaakulan dan refleksi bagi
menyelesaikan masalah, membuat keputusan, berinovasi dan
berupaya mencipta sesuatu.diharapkan dengan KBAT akan dapat
menghasilkan modal insan yang cerdas, kreatif dan inovatif bagi
memenuhi cabaran abad ke-21 agar negara mampu bersaing di
persada dunia.

Penggunaan unsur KBAT dalam Pdp tidaklah terlalu rigid. Boleh
mengikut kreativiti guru itu sendiri , kalau dalam RPH ia boleh di
masukkan dalam samada set induksi, boleh juga semasa sesi
perkembangan ataupun semasa sesi penyoalan dan penilaian.
pengalaman saya sendiri melaksanakan Pdp dengan menggunakan
Frog VLE menampakkan mereka lebih memberi tumpuan kepada
pelajaran. Kecanggihan teknologi ICT dalam Frog VLE saya lihat
amat memberi kesan yang positif kepada pelajar untuk belajar. 8 peta
pemikiran iThink yang digunakan adalah amat membantu pelajar untuk
mengingati pelajaran mereka. Walaupun pada awalnya didapati
penerimaan pelajar agak kurang tetapi setelah mereka sendiri
mengaplikasikan penggunaan peta-peta pemikiran, barulah
menampakkan minat mereka semakin bertambahWalau
bagaimanapun KBAT adalah sesuatu yang baru dan perlukann masa
lagi untuk melatih pelajar.

2.0 Keselarasan dengan cabaran pendidikan semasa
Penemuramah : Apakah pandangan cikgu mengenai perubahan dalam sistem pendidikan
yang terkini seperti Penilaian Berasaskan Sekolah (PBS)?
Guru Cemerlang :(diam sebentar) Pendidikan kini amat mencabar. Ia bukan saja menjadi
kancah bagi ahli politik untuk menunjukkan kejaguhan tetapi ia sendiri
dihuni oleh sebahagian daripada insan-insan yang secara lansung
menerima tekanan secara lansung. Saban hari golongan-golongan ini
samada ahli politik, pendidik sendiri, ahli akademik, masyarakat, ibu bapa,
penyelidik, tokoh korporat maupun ahli professional tidak putus-putus
memperkatakan tentangnya.Sebagai contohnya PBS telah menjadi satu
isu yang hangat diperkatakan suatu masa dahuludi mana sebelum itu
isu penggunaan bahasa Inggeris untuk mata pelajaran Sains dan
Matematik dan terkini isu PT3ini semua adalah sebahagian dari cabaran
pendidikan masa kini dan ia mengundang ketidakpuasan perbagai pihak
dari berbagai sudut. Sebab itulah timbulnya Sarana Ibubapa, itu antara
lain yang diwujudkan sebagai satu langkah dalam membendung ketidak
puasan hati dalam kalangan ibu bapa.contohnya berkaitan PT3, setelah
wakil PIBG dipanggil ke Jabatan dan diberi taklimat maka barulah mereka
faham apa tu PT3 yang sebenarnya dan kedudukan pelaksanaannya
dalam pendidikan seterusnya taklimat kepada ibu bapa telah mereda
ketidakpuasan hati mereka
Pada pendapat saya, cabaran pendidikan semasa amat-amat
memerlukan keselarasan bukan saja dari segi kefahaman terhadap
sistem, juga melibatkan system penyampaian makumat yang perlu dibaiki
malah tanggapan komuniti terhadap guru sendiri memerlukan satu
clearifikasi supaya tidak mnegundang masalah yang berpanjangan
demikian juga dengan tanggapan guru terhadap ibu bapa antara lain yg
mengatakan ibubapa melepaskan segala tanggungjawab mendidik anak-
anak mereka kepada guru di sekolah.
Penemuramah : Apakah pandangan cikgu mengenai sikap guru-guru lama yang kurang
berminat dan menghadapi masalah di dalam menggunakan BBM terkini
seperti iThink dan Frog VLE dalam PdP mereka?
Guru Cemerlang :(Baru-baru ini saya dipanggil untuk untuk memberi ceramah berkenaan
iThink ini oleh JPWP kepada Jurulatih-jurulatih utama negeri dan saya
mendapati ramai dalam kalangan mereka terdiri daripada guru-guru yang
berusia 40an dan ke atas dan ada juga beberapa orang yang sudah
melangkaui 50an. Semasa sesi pembentangan ramai daripada
memberitahu sebelum ini mereka kurang berminat dengan Frog tetapi
setelah mengikuti bengkel ini mereka sangat berminat dan merasakan
program ini sangat berguna untuk PdP.So saya berpendapat kurangnya
minat guru-guru lama adalah disebabkan oleh kurangnya pendedahan
mereka terhadap Frog, tetapi apabila mereka telah didedahkan maka
barulah mereka berminat.
4.0 Cara menghadapi tekanan dalam kalangan murid dan dalam diri sendiri

Penemuramah :Bagaimana puan menangani masalah atau tekanan yang dihadapi
sepanjang puan bergelar seorang pendidik

Guru Cemerlang :Saya menganggap segala masalah yang dihadapi dalam melaksanakan
tugas adalah is a process in working..Jadi kita kena laksanakan , kena
hadapi dan cuba uruskan dengan bijaksana dengan kreativiti yang
ada. walaupun ia merupakan satu masalah, ingatlah tiada masalah yg
tiada penyelesaian. secara amnya bagi saya ada 3 jenis masalah iaitu
pertama; masalah yang akan hilang dengan sendirinya tanpa perlu dibuat
apa-apa dan kedua masalah yang boleh kita tanggani ini bermakna ia
berada dalam lingkungan dan jangkauan kita. Kita yang kena
bertindak..kita yang kena take action maka barulah masalah itu boleh
diselesaikan dan yang ketiga masalah di luar jangkauan kita bermakna
orang lain terlibat dalam menyelesaikan sesuatu masalah yang melibatkan
orang lain perlu ditanggani dahulu diikuti dengan masalah dalam
jangkauan kita dan yang ketika masalah yang tak perlu ditanggani
biarkan saja....tak perlu bazirkan masa melayan masalah itu.... brain
compartmentalization amat penting dalam proses melaksanakan
semuanya..ia memerlukan latihan dan masa untuk mendapat skill
tersebut...dan bila skill dah dapat kita akan enjoy walaupun banyak tugas
yang perlu dilakukan dalam satu masa....pernah guru lain yang bertanya
saya..sibuk sangat..tak stress ke?...bila sampai tahap itu maka kita
mungkin sudah mendapat compartmentalization schale....

Penemuramah :Bagaimana puan dapat meningkatkan minat dan penglibatan pelajar
dalam proses PdP di dalam bilik darjah?
Guru Cemerlang :Penggunaan Frog VLE dan iThink memang secara tak lansung telah
dapat menarik minat pelajar terutama bagi menengah rendah...bagi
pelajar menengah atas saya telah memperkenalkan satu model
pembelajaran yang saya rasa amat berkesan yang saya namakan
MMC Model yang melibat Mentor, Mentee dan Client..ini saya jalankan
dalam kelas ekonomi tingkatan 5 .

Penemuramah : Bagaimanakah cikgu berhadapan dangan murid yang bermasalah dan
membuatkan cikgu tertekan semasa mengajar dalam bilik darjah?
Guru Cemerlang :Pelajar memang tak suka kita membebel ataupun marah walaupun dia
yang bersalah sebab itu dari pengalaman sendiri apa yang saya lakukan
adalah setiap kali pelajar melakukan kesalahan contohnya tidak
menyiapkan kerja sekolah, bising atau datang lambat ke bengkel, tidak
membawa buku, saya akan mendenda mereka sebanyak RM0.50...Duit
yang dikumpul saya gunakan untuk membeli alatulis seperti pen, pensil
dan pensil warna dan diletakkan dimeja belakang dalam bengkel. Pelajar
boleh menggunakan alatan tersebut sekiranya perlu...saya dapati ia
membuahkan hasil yang baik dan dapat mendisiplinkan pelajar namun ada
juga segelintir pelajar yang ponteng tidak datang ke bengkel sekiranya
mereka terlewat. Bagi kes-kes begini saya akan terus merujuk guru
disiplin ataupun PK HEM untuk membantu saya bagi menyelesaikan
masalah ini.. Manakalah bagi pelajar yang bagus, rajin dan
menunjukkan prestasi yang baik, hadiah diberikan kepada mereka....

5.0 Pengurusan inovasi dan kreativiti

Penemuramah : Pada pandangan cikgu tentang pendekatan, kaedah dan teknik
pengajaran bagaimanakah yang paling berkesan dalam menarik minat
pelajar di dalam kelas?
Guru Cemerlang :Pada pendapat saya tiada satu kaedah yang boleh kita kelaskan
sebagai satu kaedah yang paling berkesan, kerana kaedah2 yang
digunakan oleh guru semasa proses PdP adalah bergantung kepada
pelajar dan keadaan kelas. Ada sesetengah kelas penggunaan kaedah A
lebih berkesan tetapi kaedah yang sama tidak sesuai digunakan di kelas
B. Walau bagaimanapun pendekatan berpusatkan pelajar adalah yang
terbaik kerana dengan cara ini guru-guru dapat meransang pelajar supaya
lebih aktif semasa proses PdP dijalankan.
Penemuramah : Apakah pendekatan yang cikgu sering gunakan dalam proses Pdp di
dalam kelas terutamanya bagi kelas2 yang mempunyai pelajar yang
nakal?
Guru Cemerlang : Bagi diri saya proses PdP berlaku dalam dua situasi, situasi pertama
ketika saya berada di sekolah dan kedua ketika saya terpaksa
meninggalkan kelas untuk melaksanakan tugas-tugas di luar. Bagi situasi
pertama saya banyak menggunakan pendekatan berpusatkan murid.
Untuk tingkatan 4 dan 5 bagi mata pelajaran Ekonomi Asas lebih kepada
pembentangan pelajar dan juga forum pelajar manakala bagi subjek KHB
hanya dibuat pembentangan, amali, melengkapkan modul dan juga
pembelajaran dengan menggunakan Frog VLE..Setiap tahun saya akan
menghasilkan sendiri modul untuk pelajar-pelajar saya kerana
penggunaan modul akan mempercepatkan lagi proses pembelajaran
pelajar malah modul juga dijadikan sebagai bahan KTG ketika saya
bertugas di luar, itu bagi situasi ke dua. Untuk situasi kedua juga saya
akan menyediakan nota dan soalan dalam site-site yang berkaitan dengan
topik yang dipelajari dan pelajar boleh meneruskan proses PdP seperti
biasa walaupun saya tidak berada disekolah. Guru yang merelif akan
membawa pelajar ke makmal computer dan meneruskan PdP di
sana. Guru yang menggantikan saya pun lebih gembira kerana suasana di
makmal yang kondusif serta bilik yang berhawa dingin....Untuk latihan pula
pelajar juga menyiapkan latihan secara individu dan akan menghantar
secara on-line kepada saya...dengan cara ini proses pembelajaran akan
lebih menarik dan menyeronokkan....
Manakala bagi kelas-kelas yang pelajarnya agak nakal mereka lebih
sukakan pengajaran yang menggunakan it, contohnya saya menggunakan
powerpoint sebagai BBM semasa penerangan dibuat..bagi kelas-kelas
begini mereka sangat suka kalau diberi pujian dan ganjaran bagi yang
Berjaya menyiapkan tugasan.....

Penemuramah :Adakah puan aktif dalam pengendalian aktiviti2 di dalam dan di luar
sekolah? Bolehkah puan ceritakan serba sedikit mengenai program2
tersebut?
Guru Cemerlang : Bagi aktiviti di dalam sekolah lebih kepada senarai tugas yang diterima
pada awal tahun ditambah dengan tugas2 ad-hoc mengikut keperluan
semasa, dan juga mengikut skop dan tanggungjawab GC, nanti saya akan
berikan satu salinan skop dan tugas GC... Bagi tugas diluar sekolah pula
antaranya:
1. Terlibat sebagai Ketua Pentaksir Kawasan bagi PT3
2. Sebagai Pengerusi KHB Negeri
3. Sebagai Guru Sumber WPKL, terlibat dengan penggubalan soalan
PT3
4. Sebagai AJK Penyelenggaraan Alatan Kemahiran Hidup WPKL
5. Memberi ceramah dan seminar kepada pelajar di sekolah2 lain untuk
subjek Ekon Asas dan KHB
6. Memberi cemarah i-Think untuk Jurulatih Utama WPKL
7. Sbg Jurulatih Frog VLE
8. Terlibat dalam pembinaan site PdP untuk guru-guru KHB dan
Ekonomi Asas
9. Inovasi dalam pendidikan Menyertai pertandingan Inovasi dalam
pendidikan
10. Sebagai hakim pertandingan Inovasi




6.0 Peningkatan Professionalisme yang berterusan

Penemuramah : Sebagai seorang guru cemerlang, bolehkah puan kongsikan serba
sedikit ciri-ciri guru cemerlang dan faktor2 yang menjadikan seseorang
guru itu untuk menjadi guru cemerlang...
Guru Cemerlang : Perlu sentiasa berusaha untuk memperbaiki diri supaya terus
berkembang dari semasa ke semasa. Nak jadi guru yang baik, sifat
tanggungjawab, rajin, berani dan amanah itu perlulah diterapkan dalam
diri. Jangan jadi guru semata hanta untuk makan gaji semata. Betulkan
niat, insyaAllah dipermudahkan Allah. Sekiranya diterapkan, insyaAllah
rezeki yang Allah beri itu berkat. Itu yang paling penting.
Penemuramah : Apakah nasihat puan kepada bakal-bakal guru dan guru-guru yang
berada di luar sana?
Guru Cemerlang : Nasihat saya untuk bakal-bakal guru yang diluar sana hanya satu,
Cintailah profesion anda. Sesungguhnya tugas seorang guru itu adalah
amat mulia samada disisi Allah jua masyarakat sekeliling. Guru merupakan
jurutera sosial yang akan membentuk anak-anak didik dimasa yang akan
datang. Justeru itu, sentiasalah mencintai profesion anda. Nescaya anda
akan lebih ikhlas dan seronok untuk berkerja .




















3.0 TUGASAN 2 : PENULISAN AKADEMIK
3.4 Introspeksi Diri
Menerusi temubual yang telah saya jalankan bersama dengan guru cemerlang dari
Sekolah Menengah Kebangsaan Alam Damai, Puan Ku Mahani binti Ku Mat Desa,
banyak ilmu dan input-input berguna yang telah dikongsikan oleh beliau berkenaan
ciri-ciri guru yang cemerlang dan juga info-info perkembangan semasa didalam
Dunia Pendidikan pada ketika ini. Personaliti guru memainkan peranan kerana ianya
mempengaruhi pengajaran dan pembelajaran. Personaliti guru sering menjadi
perhatian pelajar-pelajar. Guru yang mempunyai sifat sabar yang tinggi, mesra,
bertimbang rasa, kesediaan mendengar, kesediaan menerima kritikan, rajin, adil,
periang dan berdedikasi akan mencerminkan personaliti diri seseorang guru itu
untuk menjadi pendidik yang sejati.

Berdasarkan Temubual yang telah dijalankan, saya dapat mengenalpasti banyak
ciri-ciri guru cemerlang yang terdapat didalam diri beliau yang secara tidak lansung
menjadi titik tolak kepada kejayaan yang diperolehi beliau pada hari ini. Beliau
merupakan seorang guru yang mempunyai sahsiah yang terpuji, berketrampilan dan
berpegang teguh kepada kod etika perguruan dan perkhidmatan awam serta peka
dan prohatin terhadap keperluan pelajar yang dapat menjadi role model kepada
warga pendidik yang lainnya. Ini dapat dilihat apabila beliau menyatakan bahawa
beliau



Guru juga perlu mempunyai sifat yang kreatif dan inovatif bagi membolehkan guru
mencapai prestasi yang tinggi. Sifat kreatif dan inovatif yang ada pada guru itu, akan
mewujudkan pengajaran guru yang lebih menyeronokkan, diminati dan
meninggalkan kesan kepada pelajar dan secara tidak langsung mempengaruhi
pelajar untuk terus belajar. Individu yang bergelar guru perlu sentiasa melakukan
refleksi dan kritik-kendiri, fleksibel dalam pendekatan-pendekatan pengajaran dan
pembelajaran dan perlu mempunyai semangat untuk mengajar pelajar. Personaliti
guru sering menjadi penilaian yang dibuat bersama oleh anggota masyarakat
khasnya pelajar dan ibubapa. Pada ketika dahulu, personaliti guru turut menjadi
ikutan dan idola pada masyarakat. Status guru dipandang tinggi dan mulia oleh
masyarakat ketika itu, namun kini segalanya telah berubah kerana sesetengah guru
tidak menjaga personalitinya bila berada dalam lingkungan masyarakat. Sifat-sifat
yang sepatutnya wujud pada diri seorang guru semakin berkurangan kerana guru
tidak menjiwai apa tugas sebenar untuk menjadi guru dan hanya melihat perguruan
dan tugasnya bukan semata-mata sebagai satu pekerjaan tetapi sebagai satu
profesion.

3.5 Dapatan Temubual
3.6 Penulisan Akademik
4.0 Penutup
5.0 Bibliografi
6.0 Lampiran