Anda di halaman 1dari 4

Tujuan Memelihara Ikan Hiasan

Ikan hiasan merupakan haiwan peliharaan yang tidak asing lagi dimana-mana di
seluruh pelusuk dunia. Terdapat pelbagai tujuan masyarakat memelihara ikan hiasan di dalam
rumah contohnya untuk mengindahkan ruang tempat kediaman. Tempat kediaman yang selesa
dan menarik menari merupakan satu kepuasan bagi setiap manusia dan ikan hiasan seringkali
dikaitkan dengan menghias ruang tempat kediaman. Dengan menghias sesuatu ruang di dalam
tempat kediaman dengan ikan hiasan, keadaan ruang tersebut akan menjadi lebih cantik dan
menarik. Ini kerana suasana akuarium dengan pelbagai aksesori dan juga ikan-ikan yang
berwarna-warni mampu menaikkan seri runag tersebut.
Selain itu, tujuan pemeliharaan ikan hiasan juga adalah untuk menghayati keindahan
alam akuatik. Seperti yang kita maklum, manusia tidak dapat bernafas di dalam air tanpa alat
pembekal oksigen, jadi bagi pencinta alam atau peminat ikan, satu-satunya cara untuk
menghayati atau memahami cara hidup ikan tersebut adalah dengan memelihara ikan tersebut
dan melihat ikan itu berenang-renang di dalam akuarium. ini mampu menenangkan fikiran dan
juga menjana pemikiran dengan lancar.
Tujuan pemeliharaan ikan hiasan juga adalah supaya dapat memupuk sifat sayangkan
haiwan peliharaan atau haiwan akuatik. Pada masa sekarang, kita sering membaca berita di
dada akhbar berkaitan dengan pencemaran sungai dan laut. Pencemaran ini boleh
menjejaskan populasi ikan-ikan yang tinggal di habitat tersebut. Dengan melihat ikan hiasan di
dalam akuarium di rumah masing-masing, kita dapat melihat keindahan ikan berenang-renang
dan juga keindahan bentuk, warna dan juga ciri-ciri fizikal ikan yang lain. Ini akan menyedarkan
kita kepada pentingkan melindungi haiwan tersebut.

Ikan hiasan dipelihara untuk menceriakan kawasandi sudut rumah, pejabat atau kelas.
Pemeliharaan ikan hiasan juga memberikan
ketenangan kepada kita di samping menghayati kehidupan alam akuatik.
Mengindahkan ruang tempat kediaman dan tempat kerja.
Sebagai hobi di masa lapang.
Menambah pengetahuan berkaitan hidupan akuatik.
Memberikan ketenangan.
Sebagai sumber pendapatan.
Menghayati alam akuatik.













REFLEKSI
MUHAMAD HISHAM BIN HUSIN
910328-05-5201
Bersyukur saya kepada Allah S.W.T di atas limpah kurniaannya dan rahmatnya dapatlah
saya menyiapkan tugasan Kerja Kursus Berasakan Ilmu Kemahiran Hidup, bertajuk ikan
hiasan. Banyak perkara yang saya pelajari sehingga siapnya tugasan ini khususnya dari
terbinanya akuarium dan mempelihara ikan hiasan kumpulan kami. Kumpulan kami terdiri
daripada 5 orang iaitu saya sendiri, Muhammad Hisham, Naqiah Hanim, Hazlina Azmi, Fitri
Ayub dan Shukri. Kami berkerjasama untuk menyiapkan tugasan kemahiran hipup ikan hiasan
ini dari pembinaan akuarium, pembelian ikan hiasan dan aksesori, dan, penjagaan ikan hiasan
sehingga kini. Saya juga berterima kasih ditujukan kepada pensyarah kami, En. Chin KUang Tiu
atas bimbingan, bantuan dan tunjuk ajar beliau untuk menjadikan kami berilmu dalam kursus
kemahiran hidup.
Tugasan bagi subjek RBT 3120 pada semester ini memerlukan saya untuk mempelajari
ilmu Teknologi Rumah Tangga dan Pertanian. Salah satu cabang dalam kursus ini ialah
penjagaan ikan hiasan. Saya bukan sahaja dapat mempelajari ilmu berkaitan ikan hiasan malah
dapat menjalankan amali iaitu membela ikan hiasan di dalam akuarium. Walaupun kerja ini
dilakukan di dalam kumpulan, namun saya telah mendapat banyak ilmu dan pengalaman baru
yang amat berguna dan berharga.
Sebelum memulakan tugasan amali menjaga ikan hiasan, saya telah diberi penjelasan
yang jelas oleh pensyarah berkaitan tajuk ini. Walaupun saya ada memelihara ikan hiasan di
rumah, namun ternyata banyak lagi ilmu yang berkaitan penjagaan ikan hiasan yang belum
saya tahau terutamanya darim aspek penjagaan air dan pemilihan makanan bagi ikan. Saya
juga dapat mengetahui tentang prosedur-prosedur dari merancang, menyediakan bahan dan
penjagaan ikan. Banyak aspek yang harus di ambil berat sebenarnya seperti pemilihan ikan,
saiz ikan, saiz akuarium, bahan hiasan dan banyak lagi. Ini adalah penting untuk memastikan
ikan dapat terus hidup.
Bagi menjalankan projek ini kami telah sepakat untuk mengutip sedikit bayaran bagi
tujuan membeli barang dan alatan bagi akuarium mini kami. Jadi kami telah bersetuju untuk
mengutip tujuh ringgit seorang untuk membeli segala peralatan dan bahan-bahan. Kami
bersyukur dan gembira kerana akuarium kami tiada mengalami masalah kebocoran hanya
sedikit comot disebabkan gam silikon yang kering. Ramai guru pelatih tidak sedari di mana
banyak bahan guna semula di sekeliling seperti batu-batu halus, kerang-cenkerang yang kecil
dan jaringan. Kami mengunakan sumber yang ada untuk menghiasi akuarium
Melalui tugasan ini saya juga dapat menerapkan nilai kerjasama di dalam kumpulan
memandangkan kumpulan kami memiliki lima orang ahli. Perbincangan dan kata sepakat amat
diperlukan dalam melakukan kerja secara berpasukan bagi mengelakkan perselisihan faham
dan pergaduhan. Bagi kumpulan kami masalah ini tidak timbul kerana masing-masing
memberikan kerjasama dan komitmen yang baik sepanjang menjalankan tugasan ini. Kami
telah membahagikan tugas-tugas untuk dalam projek ini seperti tugasan membeli barang,
memberi makan ikan. Walaupun kami di bantu oleh pembantu bengkel, namun penjagaan dan
pemantauan tetap kami jalankan dari masa ke semasa bagi memastiakn tiada iakan yang mati
atau masalah lain pada akuarium kami.
Hasil daripada kerjasama dan komitmen dari rakan-rakan kami dapat menjalankan
projek ini dengan baik dan mendapat pujian daripada pensyarah. Penilaian yang dijalankan
adalah merangkumi beberapa aspek iaitu pemilihan ikan, keadaan akuarium, penjagaan ikan,
hiasan akuarium dan bilangan ikan yang hidup pada akhir projek. Kami berjaya mengekalkan
bilangan ikan di dalam akuarium kami pada akhir projek begitu juga dengan hiasan dan
kebersihan air.
Akhir kata saya berharap agar tugasan seumpama ini dapat mendedahkan saya kepada
ilmu yang baru dan bermanfaat kepada diri saya dan orang di sekeliling saya. Semoga saya
dapat menjadi contoh dan role model yang baik kepada anak-anak murid saya kelak.