Anda di halaman 1dari 1

Perguruan ialah satu profesion yang bermatlamatkan pembentukan insan dan ihsan manusia yang

sempurna agar manusia itu mengerti tentang peranan dan tanggungjawab guru terhadap diri
sendiri, masyarakat, alam yang mereka diami serta terhadap keesaan Yang Maha Pencipta. Menurut
perspektif Islam, kedudukan guru adalah setaraf dan semulia dengan pemimpin negara dan tugas
mendidik ahli masyarakat merupakan satu ibadah yang dituntut. Manusia yang hina dan muflis
terdiri daripada mereka yang tidak berilmu; termasuklah mereka yang berilmu tetapi kedekut
dengan ilmu mereka. Islam menggalakkan manusia menuntut ilmu agar mereka mengenali dan
mengerti yang hak atau benar daripada yang batil atau yang menyesatkan dan agar manusia itu
memperoleh kesejahteraan hidup. Begitulah tingginya kedudukan manusia yang berilmu dan yang
memberi ilmu kepada orang lain (iaitu guru) menurut pandangan Islam (Sufean Hussin 2004: 476).

Profesion perguruan adalah satu bidang yang memberikan perkhidmatan yang unik, tetap dan yang
diperlukan oleh masyarakat. Hal ini adalah kerana individu dalam profesion perguruan itu sahaja
yang boleh memberi perkhidmatan dalam bidangnya (Syarifah Alawiyah Alsagoff, 1987: 20).
Menurut Esah Sulaiman (2003: 3), bidang perguruan atau pendidikan merupakan suatu profesion
yang besar tanggungjawab serta cabarannya. Setiap insan yang menceburkan dirinya dalam
profesion perguruan bertanggungjawab menjaga nama baik profesion tersebut dengan
mengamalkan profesionalisme perguruan semasa menjalankan tugasnya. Menurut perspektif Islam,
kedudukan guru adalah setaraf dan sama dengan pemimpin negara dan tugas mendidik ahli
masyarakat merupakan satu ibadah yang dituntut.

Anda mungkin juga menyukai