Anda di halaman 1dari 9

Pertubuhan Bangsa-bangsa

bersatu(PBB)
Idea penubuhan PBB telah dicetuskan oleh
Franklin D. Roosevelt bagi menggantikan Liga
Bangsa-bangsa bertujuan mengelakkan dunia
daripada terjerumus dalam Perang Dunia ke-
2. Ekoran itu PBB dibentuk secara rasmi pada
24 Oktober 1945 di San Francisco sebelum ibu
pejabatnya berpindah ke New York pada
tahun 1946
Matlamat utama penubuhan PBB adalah
untuk mengelakkan berulangnya pertikaian
yang hebat antara kuasa-kuasa besar dunia;
menegaskan hak asasi manusia yang utama;
menjamin rasa hormat akan undang undang
antarabangsa; dan memperbaiki taraf hidup
penduduk seluruh dunia.

Bagi mencapai matlamat penubuhannya beberapa
badan penting diwujudkan di bawah pentadbiran PBB,
antaranya Majlis Perhimpunan Agung; Majlis
Keselamatan; Majlis Ekonomi dan Sosial; Majlis
Peramanahan; Mahkamah Keadilan Antarabangsa; dan
sebuah Sekretariat yang diketuai oleh Setiuasaha
Agong PBB yang berperanan mentadbir keseluruhan
perjalanan badan dunia ini. Kesemua majlis tersebut
berpusat di Ibu pejabat PBB di New York kecuali
Mahkamah Keadilan Antarabangsa yang terletak di
Hague, Belanda.

Untuk rekod PBB telah ditadbir oleh sembilan orang
Setiausaha Agong iaitu Gladwyn (24 Oktober 1945 - 1
februari 1946) dari United Kingdom, Trygve Lie (1 Februari
1946 - 10 November 19520 dari Norway, Dag
Hammarskjold (10 April 1953 - 18 September 1961) dari
Sweden, U Thant (30 November 1961 - 31 Disember 1971)
dari Myanmar, Kurt Waldheim (1 Januari 1972 - 31
Disember 1981) dari Austria, Javier Perez de Cuellar (1
Januari 1982 - 31 Disember 1991) dari Peru, Boutros
Boutros Ghali (1 Januari 1992 - 31 Disember 1996) dari
Mesir, Kofi Annan (1 Januari 1997 - 31 Disember 2006) dari
Ghana, dan Ban Ki-Moon (1 Januari 2007 - Kini) dari Korea
Selatan.
Selain daripada badan badan yang telah dinyatakan
sebelum ini, PBB telah menubuhkan beberapa agensi
untuk berkejasama dalam bidang ekonomi, sosial dan
kebudayaan kepada negara anggota. Agensi-agensi
terdiri daripada Bank Dunia, Pertubuhan Kesihatan
Sedunia (WHO), Pertubuhan Makanan dan Pertanian
(FAO), Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO),
Persidangan Pertubuhan Pembangunan Alam Sekitar
(UNICED), Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF),
Persidangan Pertubuhan Perdagangan dan
Permbangunan (UNCTAD), Pertubuhan Pendidikan,
Sains dan kebudayaan (UNESCO), Tabung Pendidikan
Kanak Kanak Antarabangsa (UNICEF).

Malaysia menyertai PBB yang kini dianggotai 192 buah negara
beberapa minggu selepas mencapai kemerdekaan iaitu pada 17
September 1957. Penyertaan Malaysia adalah bertujuan melahirkan
perpaduan mantap melalui pelbagai program perundingan dan
perbincangan antara negara negara anggota yang selaras dengan
lunas lunas negara kita. Menyedari pentingnya perkongsian dan
kesepakatan Malaysia memainkan peranan positif dalam
Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu. Malaysia menggangotai hampir
kesemua agensi PBB, dan telah dilantik dengan penuh kepercayaan
untuk menggangotai Majlis Keselematan PBB sebagai anggota tidak
tetap selama 2 penggal iaitu pada tahun 1964 - 1965 dan pada
tahun 1989 - 1990. Negara negara yang merupakan anggota tetap
dalam Majlis Keselamatan PBB ialan Amerika Syarikat, Britain,
Dhina, Perancis dan Rusia.

Tumpuan dan kepercayaan yang diberi kepada
Malaysia jelas kelihatan apabila dipilih untuk
memimpin negara negara Kumpulan 77 (G 77)
yang ditugaskan untuk membincangkan isu isu
pembangunan dunia. Malaysia juga pernah dipilih
untuk memperngerusikan Pemhimpunan Agong
PBB bagi sesi ke- 51 pada tahun 1996 melalui
wakilnya iaitu Tun Sri Razali Ismail.
Di bawah panji PBB Malaysia juga telah
menghantar beberapa batalion angkatan
tentera pengaman (Malbatt) bagi
menamatkan konflit perang saudara ke
Sempedan Iran-Iraq, Kampunchea, Somalia,
Bosnia, dan Timur Timor sebagai menyokong
dasar dan prinsip PBB untuk mewujudkan
keamanan dunia.

Anda mungkin juga menyukai