a) Senaraikan 2 kumpulan impak aktiviti manusia terhadap alam sekitar. i. Kemerosotan kualiti alam sekitar ii. Kemerosotan dan kepupusan sumber
b) Jelaskan maksud kemerosotan kualiti alam sekitar dan huraikan 3 impak kemerosotan kualiti alam sekitar terhadap aktiviti manusia. Kemerosotan meliputi hakisan tanih, tanah runtuh dan kegagalan cerun, banjir, kemarau, tanah tandus (gersang), pemanasan setempat dan pemanasan global serta isu-isu pencemaran seperti pencemaran air, pencemaran tanih, udara, bunyi dan bau, sampah sarap dan pencemaran sisa toksid yang berbahaya. i. Pencemaran udara. Pencemaran udara menunjukkan gas pencemar seperti karbon dioksida, korbon monoksida, sulfur dioksida yang dikeluarkan dari kilang atau kenderaan. ii. Pencemaran air. Pencemaran air adalah air menjadi kotor disebabkan pembuangan sisa-sisa toksik dari sektor industri dan menyebabkan Bio Chemical Demand ( BOD ) meningkat. iii. Pencemaran bunyi. Pencemaran bunyi merupakan bunyi bising yang datang daripada industri perkilangan dan kenderaan yang menghasilkan bunyi yang kuat. Sebagai contohnya, bunyi dari indstri besi dan keluli, lori, bas dan sebagainya.
c) Jelaskan maksud kemerosotan dan kepupusan sumber dan huraikan 3 impak kemerosotan dan kepupusan sumber terhadap aktiviti manusia. Kemerosotan dan kepupusan sumber meliputi 3 perkara penting iaitu ancaman kepupusan sumber, kemerosotan kepelbagaian biologi dan kehabisan sumber.
i. Pelbagai spesis fauna dan flora diancam kepupusan. Hal ini berlaku disebabkan kehilangan sumber makanan.Apabila hutan telah dimusnahkan maka fungsi pokok sebagai pengeluar utama sumber makanan akan musnah sekali. ii. Penghijrah spesis akibat kemusnahan habitat. Hutan berfungsi sebagai sebuah habitat kepada haiwan. Proses penyahutanan akan memusnahkan sama sekali habitat dan kemusnahan habitat akan mengambil masa yang lama untuk dipulihkan. iii. Kerosakan ekosistem. Kerosakan ekosistem bermaksud kemusnahan rantaian, kitar tenaga, komponen biotik dan abiotik yang kelak mengganggu keseimbangan ekosistem setempat.Gangguan ekologi secara menyeluruh akan berlaku apabila hutan-hutan dimusnahkan.
d) Kejadian tanah runtuh boleh dikurangkan melalui tindakan undang-undang. Jelaskan pernyataan itu. Kejadian tanah runtuh boleh dikurangkan dengan tindakan undang-undang kerana manusia terpaksa menanggung kos yang tinggi apabila terpaksa membayar denda yang tinggi. Oleh itu, mereka terpaksa berhati-hati sebelum sebarang kesalahan dilakukan.
e) Terangkan maksud pemanasan global. Pemanasan global berlaku apabila suhu di permukaan bumi meningkat kerana ruang atmosfera dipenuhi gas tercemar, asap, debu dan habuk yang akan menghalang bahagian bumi daripada keluar terus ke ruang angkasa dan terperangkap di dalam lapisan atmosfera bumi.
f) Senaraikan elemen yang terdapat di dalam ruang atmosfera sehingga menyebabkan berlakunya fenomena pemanasan global. i. Gas tercemar ii. Debu
g) Jelaskan kesan pemanasan global terhadap sistem hidrologi di dalam persekitaran manusia. Kawasan pemanasan global terhadap sistem hidrologi di dalam persekitaran manusia berlakunya masalah pengurangan air yang mana sejatan melebihi kerpasan sehingga boleh menyebabkan kemarau.
h) Jelaskan dua impak sosial yang mungkin berlaku kesan daripada pemanasan global terhadap manusia. i. Manusia akan mudah mendapat penyakit dan mengganggu keselesaan dan produktiviti manusia. ii. Boleh mengorbankan nyawa,terutamanya golongan tua dan kanak-kanak.
5.2 Impak Sosial a. Jelaskan maksud impak sosial Impak sosial adalah merujuk kepada kesan negatif dan positif yang dialami oleh manusia akibat perubahan yang berlaku ke atas alam sekitar
b. Huraikan impak negatif pembangunan alam sekitar fizikal kepada manusia. i. Berlaku masalah kesihatan. Pencemaran udara dan jerebu dapat memberi kesan negatif kepada kesihatan manusia. ii. Berlaku masalah keselamatan penduduk. Jerebu boleh mengakibatkan keupayaan mata semakin berkurangan dan ia boleh mengakibatkan kemalangan di jalan raya meningkat. iii. Kerosakan dan kemusnahan harta benda. Kejadian banjir kilat dan pergerakan jisim seperti tanah runtuh boleh menyebabkan berlaku kerosakan dan kemusnahan harta benda akibat dibanjiri air dan rumah yang ditimbus dengan tanah runtuh.
c. Huraikan impak positif pembangunan alam sekitar fizikal kepada manusia. i. Pembinaan empangan. Pembinaan empangan atau tasik buatan manusia dapat mengumpul kuantiti air yang banyak dan mencukupi bagi aktiviti harian manusia dan aktiviti ekonomi akan berjalan lancar. ii. Aktiviti pertanian. Aktiviti pertanian yang menanam pertanian kekal seperti kelapa sawait dan getah dapat mengurangkan kadar pemanasan setempat dan ia akan memberi keselesaan kepada kesihatan manusia. iii. Aktiviti perikanan dan penternakan . Penangkapan dan penternakan ikan serta penternakan lembu, kambing dan sebagainya akan dapat menampung keperluan protein kepada tubuh badan manusia.
d. Huraikan impak positif aktiviti ekonomi terhadap pembangunan sosioekonomi. i. Peningkatan pendapatan negara. Aktiviti ekonomi primer, sekunder dan tertier akan memberi pulangan kepada pendapatan negara melalui pengeksportan barangan dan pengaliran wang masuk ke Malaysia. ii. Menyediakan peluang pekerjaan kepada penduduk. Aktiviti ekonomi yang dilaksanakan untuk pembangunan negara akan menyediakan banyak peluang pekerjaan kepada penduduk. iii. Meningkatkan pembangunan infrastruktur. Aktiviti ekonomi yang dijalankan di sesebuah kawasan akan membawa masuk kemudahan asas atau infrastruktur kepada kawasan tersebut seperti kemudahan jalan raya, elektrik, air dan telekomunikasi.
5.3 Pengurusan alam sekitar a. Terangkan maksud konsep pengurusan alam sekitar. Pengurusan alam sekitar adalah bagaimana manusia dengan kebijaksanaannya menggunakan dan memanfaatkan apa yangada pada persekitaran fizikal dan mengaitkan dengan sistem gunaan manusia untuk meneruskan satu kehidupan yang berfaedah dansejahtera tanpa ada gangguan terhadap empat komponen sistem bumi yang ada.
b. Menguatkuasakan undang-undang merupakan salahsatu cara untuk memelihara alam sekitar. Senaraikan dua akta yang berkaitan dengan pemeliharaan alam sekitar. (i) Akta Kualiti Alam Sekeliling (1974) (ii) Akta Jalan, Parit dan Bangunan (1974)
c. Sebagai individu yang mencintai alam sekitar, anda juga boleh mengurus alam sekitar dengan baik. Jelaskan pernyataan itu. Sebagai individu yang mencintai alam sekitar dengan cara baik, iaitu membawa bekas atau bakul sendiri untuk membeli dan berjalan kaki untuk tujuan perjalanan ke tempat yang dekat tanpa menggunakan kenderaan yang mengeluarkan asap.
d. Jika alam sekitar tidak dipelihara dengan baik, boleh membawa kemusnahan kepada alam sekitar pada masa kini dan akan datang. Jelaskan pandangan anda tentang pernyataan itu. Pada pandangan saya, kita harus wajib menjalankan beberapa langkah seperti kempen yang dijalankan oleh badan-badan NGO (Non Government Organization) dan kita seharusnya menyertai program tersebut. Selain itu, menerap nilai-nilai cintai alam sekitar dalam pendidikan di sekolah seperti mata pelajaran Geografi dan Sains dapat membantu generasi akan datang mencintai dan mengenal alam sekitar yang ada serta dapat menyelamatkannya daripada musnah. e. Jelaskan dua punca berlakunya pencemaran sungai. i) Pembuangan sisa domestik oleh individu yang tidak bertanggungjawab yang mana semua sampah rumah tangga dibuang ke dalam sungai tanpa rasa bersalah. ii) Pembuangan sisa buangan kilang oleh pengusaha kilang juga turut menyebabkan cccpencemaran sungai. Sungai dijadikan sebagai laluan atau tempat yang paling mudah untuk vvvmereka membuang sisa buangan kilang tanpa memikirkan kesan risiko kepada orang ffffframai. f. Manusia boleh mengurangkan pencemaran sungai jika mengubah budaya dan pandangan terhadap pembuangan sampah. Jelaskan pernyataan itu. Manusia boleh mengurangkan pencemaran sungai jika mahu mebgubah budaya dan pandangan terhadap pembuangan sampah. Situasi ini adalah benar. Masyarakat seboleh- bolehnya mungkin tanamkan kesedaran untuk menghargai alam sekitar dan meletakkan sesuatu perkara itu pada tempat yang sesuai. Contohnya, sampah sarap itu dibuang dalam tong sampah yang telah disediakan di kawasan sekitar. Jika boleh jangan sama sekali membuang sampah ke dalam sungai dan cuba anggap sungai adalah milik bersama dan perlu diwarisi untuk generasi yang akan datang.
g. Senaraikan tiga punca hutan ditebang di Malaysia. i. Pembukaan kawasan pertanian ii. Penebangan untuk tujuan pembalakan oleh pengusaha balak iii. Pembinaan lebuh raya
h. Jelaskan konsep pemeliharaan dan permuliharaan sumber alam. Pemeliharaan Pemeliharaan sumber alam bermakna usaha-usaha untuk menjaga, ffffffffffffffffffffffmemelihara, melindungi sumber-sumber alam yang belum diteroka ffffffffffffffffffffffdan dirosak. Pemuliharaan Pemuliharaan sumber alam bererti usaha-usaha untuk melestarikan ffffffffffffffffffffffbekalan sumber alam melalui usaha-usaha pulihara atau baik pulih ffffffffffffffffffffffsumber-sumber yang telah diteroka setelah digunakan oleh manusia.
i. Jelaskan dua langkah pemuliharaan yang boleh dijalankan untuk mengurangkan masalah penebangan hutan secara berlebihan. - Menanam semula pokok kayu balak yang telah ditebang. Sebaliknya jika kayu yang ditebang adalah kayu cengal, anak pokok cengal dan lain-lain hendaklah ditanam di kawasan sekitarnya supaya pokok cengal tidak pupus. - Menjalankan projek ladang hutan, terutamanya di kawasan pembalakan yang telah musnah sepenuhnya. Ladang hutan ini biasanya ditanam dengan spesies pokok kayu balak yang cepat matang seperti akasia dan batai.
j. Sebagai pelajar, anda boleh menjalankan kempen bagi mengekalkan kewujudan hutan yang ada. Jelaskan pernyataan ini. Sebagai pelajar, saya boleh menjalankan kempen bagi mengekalkan kewujudan hutan yang ada seperti kempen menanam semula pokok paya bakau yang musnah dan ini dilaksanakan oleh persatuan yang terdapat di sekolah itu sendiri. Kempen kesedaran juga boleh dijalankan dengan menganjurkan pertandingan power point berkaitan kemusnahan hutan masa kini dan cuba menarik minat murid lain untuk menyertainya. Selain itu, sebagai pelajar juga, kita boleh menyertai badan pencinta alam sekitar yang terdapat di sekitar tempat tiggal supaya boleh terus menyertai program yang dilaksanakan oleh badan-badan tersebut. k. Terangkan maksud pembangunan lestari. Maksud pembangunan lestari adalah satu konsep kemajuan pembangunan yang mengekalkan sumber alamsemula jadi dan ekosistemnya untuk memenuhi keperluan generasi masa kini tanpa menjejaskan kepentingan generasi akan datang. l. Jelaskan dua langkah pemeliharan yang dikaitkan dengan pembangunan lestari di Malaysia. i) Langkah undang-undang yang dikaitkan dengan penguatkuasa undang-undang di bawah akta tertentu seperti Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 yang telah banyak mengalami pindaan. ii) Mengadakan kempen kesedaran alam sekitar juga dapat membantu. Contoh kempen Cintai Sungai Kita yang meminta kita sama-sama menjaga sungai yang ada.
m. Peranan pihak swasta dikatakan amat penting untuk mencapai matlamat pembangunan lestari. Jelaskan pernyataan ini. Peranan pihak swasta dikatakan amat penting untuk mencapai matlamat pembangunan lestari seperti yang dilaksanakan oleh pihak syarikat minyak gergasi dunia, iaitu Shell dalam usahanya untuk mencari sumber tenaga mesra alam untuk mendapat keuntungan lumayan kesan daripada kurangnya bekalan bahan api yang sedia ada seperti petroleum dan gas asli. Usaha ini seharusnya mendapat sokongan daripada semua pihak, terutamanya pihak berwajib.
n. Senaraikan tiga aspek yang boleh diusahakan untuk mencapai pembangunan lestari di Malaysia. i) Aspek undang-undang yang dikaitkan dengan akta tertentu. ii) Aspek perancangan strategi yang dikaitan dengan usaha manusia mencari kaedah mengurangkan masalah alam sekitar. iii) Aspek pendidikan dan kempen yang membantu membangunkan kesedaran dalam kalangan masyarakat.. o. Jelaskan dua aktiviti manusia yang boleh dilaksanakan secara pembangunan lestari melalui aspek perancangan strategi. i) Aktiviti pertanian contohnya, menggunakan sisa-sisa pertanian untuk menghasilkan makanan haiwan melalui kaedah bioteknologi. Menukar penggunaan baja kimia kepada baja organik atau racan serangga kepada kawalan biologi. ii) Aktiviti pembalakan pula melaksanakan program tanam semula menggunakan baka yang cepat matang seperti yemane, batai dan akasia. Selain itu, menjalankan projek ladang hutan dapat memenuhi hasrat pembangunan lestari. p. Sejak awal lagi terdapat beberapa perbincangan pada peringkat dunia berkaitan dengan pembangunan lestari. Jelaskan pernyataan ini. Sejak awal lagi terdapat beberapa perbincangan pada peringkat dunia berkaitan dengan pembangunan lestari iaitu Persidangan UNCED pada tahun 1972 mulamengemalkan konsep pembangunan lestari, 1980 pula berlakunya World Conservation Strategy dan mewujudkan edisi pertama yang berkaitan dengan pembangunan lestari dan pada tahun 1987 wujud Our Common Future (WCED), terbitan kedua, yang mana konsep mula digunakan seluruh dunia. q. Senaraikan tiga daripada lapan prinsip pembangunan lestari. i. Menjana atau menggalakan semula pertumbuhan ekonomi ii. Mengubah kualiti pertumbuhan ekonomi bagi menjamin kesejahteraan hidup. iii. Memulihara dan mempertingkatkan asas sumber iv. Memastikan aras penduduk yang boleh ditampung. v. Mengorientasikan semula teknologi dan kaedah pengurusan risiko. vi. Mengintegrasikan alam sekitar dan ekonomi dalam membuat keputusan. vii. Memperbaharui hubungan ekonomi antarabangsa viii. Memperkukuhkan kerjasama antarabangsa. r. Prinsip ke- 5 pembangunan lestari ialah mengorentasikan semula teknologi dan kaedah pengurusan risiko. Prinsip ini telah dilaksanakan dan dicapai di Malaysia. Jelaskan pernyataan ini. Teknologi dalam bidang perhutanan telah dipertingkatkan dan kaedah pengurusan risiko telah dikaji dan dilaksanakan. Hasilnya, kawasan hutan dapat dikekalkan dan bekalan kayu balak dan hasil hutan yang lain dapat terus dinikmati oleh generasi sekarang dan akan datang. Salah satu yang dilihat dengan jelas adalah penyelidikan dan penemuan pokok yang bermutu dan cepat matang oleh pihak FRIM dan Universiti Putra Malaysia.
s. Sejauh manakah berjayanya Protokol Kyoto dalam menangani masalah pemanasan global hari ini? Jelaskan. Protokol Kyoto telah berjaya menangani masalah pemanasan global hari ini walaupun kurang mendapat sokongan daripada negara perindustrian yang merupakan penyumbang kepada pencemaran udara. Tetapi sekurang-kurangnya telah membantu menyedarkan masyarakat tentang masalah pemanasan global. Hasilnya, telah wujud perbincangan susulan peringkat dunia seperti Konferen Perubahan Iklim PBB di Doha, Qatar, yang telah diadakan pada 7 Disember 2012
Lapan Prinsip Pembangunan Berterusan Prinsip Huraian Menjana atau menggalakkan semula pertumbuhan ekonomi. - Mengurangkan kadar kemiskinan - Langkah:Digalakkan untuk mengadakan pertanian moden ( Input vvvvvvvv;Utama ) Mengubah kualiti pertumbuhan ekonomi bagi menjamin kesejahteraan hidup - Untuk ekonomi dijana dan digalakkan semula agar belenggu kemiskinan dibebaskan. Langkah: Menggalakkan sektor pertanian moden. Memulihara dan mempertingkatkan asas sumber - sumber termasuk dengan udara, air, hutan dan tanih. - terdapat banyak sumber mengalami kepupusan kepelbagaian biologi (boleh menstabilkan iklim, mengekalkan habiatat) dan kehilangan spesis flora dan fauna. - sumber juga dijadikan sumber tenaga. Langkah: meningkatkan kecekapan teknologi untuk menjana vvvvvvvvlpengeluaran dan penggunaan sumber-sumber tenaga ffffffffffflaltenatif ( tenaga hidro, solar, biomass, angin dan lain-lain.) Memastikan aras penduduk yang boleh ditampung - memastikan jumlah penduduk pada satu-satu masa boleh ditampung dengan sumber yang ada. ( bilangan penduduk perlu dikawal ) Langkah: - mengambil kira darjah keupayaan daya tampung sumber cccccccccl alam negara. xxxxxxxxl- mengubah polisi dan program kependudukan ( mengikut vvvvvvvvvllkeseimbangan antara penduduk dengan daya tampung llllllllllllldllalam sekitar) Mengorentasikan semula teknologi dan kaedah pengurusan risiko - teknologi moden akan mewujudkan risiko ( risiko= pencemaran ffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffflterhadap alam) - teknologi juga mengurangkan risiko tersebut. Langkah: - menjana teknologi mesra alam Bbbbbbb b-menghasilkan kaedah pelupusan sisa toksin Bbbffffff f- Pampasan atau bayaran ganti rugi jika sesuatu teknologi vvvvvvvvvvtelah mencemari alam Mengintegrasikan alam sekitar dan ekonomi dalam membuat keputusan - perlu bergandingan dan memperkukuhkan antara satu sama lain. Langkah: - menumpukan kepada punca kerosakan alam sekitar vvvvvvvvl-menganggarkan dan menyekat kerosakan alam sekitar vvvvvvvvvmemerlukan dimensi polisi ekologi diberi keutamaan. vvvvvvvvv(untuk polisi ekonomi, sosial dan politik.) Memperbaharui hubungan ekonomi antarabangsa - menghasilkan aliran perdagangan, modal dan aliran teknologi yang adil serta dengan kesesuaian alam sekitar. Negara yang sedang membangun: - mempelbagaikan asas ekonomi fffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffdan perdagangan serta membina ffffff pergantungan diri sendiri bbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbb(bersaing dengan negara maju) Negara maju: - memberikan bantuan modal dan teknologi kepada vvvvvvvvvvvv negara yang sedang membangun. Memperkukuh kerjasama antarabangsa - dimensi alam sekitar dijadikan unsur yang mendesak dan melibatkan kepentingan bersama kerana gagal mengatasi kemerosotan sumber dengan peningkatan kemiskinan. - mengutamakan pemantauan alam sekitar, penilaian, penyelidikan dan R&D.
Bentuk kerjasama antarabangsa dalam konteks pembangunan berterusan Bentuk kerjasama Fungsi a. Persidangan Stockholm ( dalam PBB) Menjadi titik tolak utama untuk konsep pembangunan berterusan atau lestari. b. Persidangan Rio ( dilahir daripada Pelan Tindakan UntukAbad ke-21 ) 1. Melindungi biodiversiti yang ada 2. Melindungi dan membaik pulih habitat yg rosak. 3.Melibatkan masyarakat tempatan dalam usaha pemuliharaan biodiversiti 4. Memelihara spesies yang pupus 5. Mengadakan kajian impak
Dibahagikan kepada 4 bahagian: i) Pembangunan Sosial dan ekonomi ii) Pemeliharaan dan pengurusan sumber untuk pembangunan. iii) Memperkasakan peranan kumpulan penduduk remaja iv) Penekankan Cara Pelaksanaan c.Persidangan Johannesburg 1.Membasmi kemiskinan 2. Kawalan penduduk, pengagihan 3.Pengurusan sumber alam yang cekap serta dengan optima d. Protokol Montreal (dalam Perjanjian Alam Sekitar Pelbagai Hala) Menangani penipisan lapisan ozon
Setiap negara yang terlibat perlulah: 1. Kenal pasti pelepasan secara meluas bahan-bahan pencemar udara 2. Tegas dalam melindungi lapisan ozon 3. Memperakui bahawa peruntukan khas amat diperlukan 4. Bersetuju dengan siri langkah-langkah menghadkan penghasilan dan penggunaan 5. Harus mematuhi kawalan perdagangan yang telah ditetapkan e. Protokol Kyoto ( dalam persetujuan PBB) 1. Mengurangkan pembebasan gas karbon dioksida dan lima gas rumah kaca lain 2. Kerjasama dalam perdagangan kontrak pembebasan gas f. Deklarasi Langkawi (setuju oleh Komenwel) -Untuk menjaga, melindungi dan menguruskan alam sekitar secara mapan - Menghasilkan pembangunan teknologi baru yang boleh menjaga alam sekitar. - Langkah yang disokong oleh kerajaan Komanwel: 1. Menjimatkan pengunaan tenaga dan cekap mengendalikan tenaga 2. Memulihara sumber hutan dan kepelbagaian biologi 3. Mengehadkan penangkapan ikan 4. Mencegah pencemaran laut ( pembuangan sisa toksik ) 5. Bersetuju dengan perjanjian antarabangsa yang berkaitan dengan alam sekitar. 6. Menarik sokongan secara luas dengan langkah2 ( meningkatkan kesedaran terhadap alam sekitar)