Anda di halaman 1dari 13

1

1. PENGENALAN
Dalam kehidupan manusia, nilai-nilai murni dan budi bahasa amat diperlukan bagi
menjamin kesejahteraan hidup. Amalan nilai-nilai murni dan budi bahasa ini telah diterapkan
sejak di bangku sekolah lagi dan ianya berterusan sehingga kita dewasa. Jika kita lihat pada
masa kini, amalan ini semakin meluntur dengan begitu ketara sekali. Fenomena murid buli
murid dan murid pukul guru adalah petunjuk kepada fenomena tersebut. Oleh itu, pihak
sekolah perlu memupuk amalan nilai-nilai murni dan berbudi bahasa bagi setiap warga sekolah
dan jadikan ianya sebagai budaya. Bagi melaksanakan amalan ini, pihak sekolah perlu
bekerjasama dengan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) merancang program atau aktiviti
yang boleh melibatkan warga sekolah dan masyarakat setempat demi menjayakan amalan ini.
Antara contoh aktiviti yang boleh dijalankan seperti kempen-kempen, seminar ataupun kem-
kem yang telah diberi imej dan pengolahan baru dalam menjayakan hasrat melahirkan warga
sekolah dan masyarakat setempat yang mempunyai nilai-nilai murni dan budi bahasa dalam
kehidupan seharian.
2. DEFINISI NILAI MURNI
Menurut Clyde Kluckhohn, nilai adalah suatu standard yang agak berkekalan dari segi
masa, atau dalam pengertian yang luas, suatu standard yang mengaturkan satu sistem
perlakuan. Beliau juga menaktifkan nilai sebagai satu `preference', iaitu sesuatu yang lebih
disukai, baik mengenai hubungan sosial, mahupun mengenai matlamat-matlamat serta ikhtiar
untuk mencapainya.
Nilai murni dedenifisikan sebagai perlakuan yang baik, peradaban dan tatasusila
individu manusia dalam hubungannya sesama manusia, alam dan tuhan. Wan Mohd Zahid
mentakrifkan nilai murni sebagai:
Nilai-nilai murni merupakan tanggapan berkenaan perkara-perkara yang dihajati dan pada
masa yang sama juga menjadi kriteria atau ukuran. Nilai-nilai murni sesuatu masyarakat
biasanya diasaskan kepada agama. Memang menjadi tujuan semua agama, untuk membentuk
kehidupan penganutnya untuk menjadi baik dan berakhlak mulia
(Wan Mohd Zahid, 1988)
Dalam pendidikan, penerapan nilai yang pertama kali secara rasminya diberi penekanan
ialah melalui Lapuran Kabinet (Lapuran Mahathir 1979), 1989. Semasa Datuk Sri Anwar
2

Ibrahim menjadi pemimpin Kementerian Pendidikan beliau membuat penyataan mengenai FPN
& KBSM yang mana menyelitkan isu-isu nilai murni untuk diterapkan kepada pelajar-pelajar dan
guru-guru dalam melahirkan insan yang seimbang dan harmoni, bukan sahaja dari segi intelek,
tetapi juga emosi, rohani dan jasmani.
3. NILAI-NILAI MURNI UTAMA
Senarai nilai-nilai murni utama dalam sistem pendidikan di Malaysia antaranya:
Kebersihan fizikal dan mental
Baik hati
Kerjasama
Keberanian
Kesederhanaan
Kerajinan
Kebebasan
Bersyukur
Kejujuran
Hemah tinggi
Keadilan
Rasional
Berdikari
Kasih sayang
Hormat menghormati
Bersemangat kemasyarakatan










3

NILAI-
NILAI
MURNI
Kesederhanaan
Baik Hati
Kerjasama
Keberanian
Kebersihan
Fizikal dan
Mental
Kerajinan
Kebebasan
Bersyukur
Kejujuran
Hemah
Tinggi
Keadilan
Rasional
Bersemangat
Kemasyarakatan
Kasih
Sayang
Hormat-
menghormati
Berdikari
4

4. NILAI-NILAI MURNI YANG BOLEH DIAPLIKASIKAN DALAM KEHIDUPAN
SEHARIAN SEORANG GURU

i. Baik Hati
Baik hati didefinisikan sebagai sikap sentiasa mengambil berat terhadap perasaan dan
kebajikan orang lain secara tulus ikhlas. Sikap baik hati ini boleh dilihat dengan menilai tindak
tanduk orang lain. Ia meliputi kepekaan terhadap perasaan dan kebajikan diri sendiri dan orang
lain dengan memberi bantuan dan sokongan moral secara tulus ikhlas. Ciri-ciri yang terkandung
di dalam sikap baik hati seperti berikut:
a) Belas kasihan
b) Bertimbang rasa
c) Murah hati
d) Saling memahami
e) Saling bermaafan
Sebagai seorang guru, nilai-nilai murni perlu diterapkan sepanjang masa kepada murid-
murid. Contoh nilai murni baik hati yang boleh diaplikasikan oleh guru kepada muridnya ialah
sekiranya guru ternampak muridnya duduk bersendirian pada waktu rehat, guru tersebut perlu
bertanya apakah yang dihadapi oleh murid tersebut. Jika murid itu menyatakan bahawa beliau
tidak mempunyai wang untuk membeli makanan guru bolehlah memberinya sedikit wang
ataupun mengajaknya pergi ke kantin bagi membeli makanan. Oleh yang demikian, murid
tersebut akan berasa terharu kerana ada juga guru yang prihatin dengan masalah muridnya.
Selain itu, ada juga murid yang mengalami kesempitan hidup contohnya anak-anak orang
miskin. Kita sedia maklum bahawa mereka ini tidak semewah seperti murid-murid anak orang
berada. Selalunya anak-anak orang miskin akan berasa sedih apabila tiba waktu Hari Raya.
Bagi meringankan beban mereka, guru bolehlah memberikan sumbangan sama ada dari segi
wang ringgit ataupun membelikan mereka pakaian. Walaupun sumbangan yang diberikan tidak
besar mana, sekurang-kurangnya mereka berasa gembira dengan bantuan yang diberikan.
Selain itu, guru juga perlu mengamalkan nilai murni dalam kehidupan masyarakat.
Antara perkara yang guru boleh aplikasikan dalam kehidupan masyarakat setempat adalah
dengan sikap bertimbang rasa sekiranya ada ibu bapa yang lambat membayar wang
sumbangan PIBG. Dalam hal ini, guru perlu memahami situasi atau masalah yang melanda ibu
bapa tersebut. Berkemungkinan ibu bapa itu mempunyai masalah kewangan. Jadi guru tersebut
5

tidak perlu terburu-buru menyuruh mereka melangsaikan bayaran dengan segera. Guru juga
boleh memberi pertolongan kepada ibu bapa yang anaknya mengalami masalah dalam
pembelajaran. Dalam hal ini, guru boleh mengajar anak mereka dengan percuma tanpa
mengenakan bayaran demi meningkatkan prestasi akademik murid tersebut. Oleh itu, ibu bapa
tersebut akan berasa terharu dengan pertolongan ikhlas daripada guru tersebut.

ii. Hormat-menghormati
Hormat-menghormati didefinisikan sebagai menghargai dan memuliakan seseorang dan
institusi sosial dengan memberi layanan yang sopan. Ciri-ciri yang terkandung di dalam sikap
hormat-menghormati seperti berikut:
a) Hormat dan taat kepada ibu bapa
b) Hormat dan taat kepada orang yang lebih tua, guru, rakan,jiran tetangga dan pemimpin
c) Hormat kepada Raja & Negara
d) Hormat kepada keperibadian individu
e) Hormat kepada kepercayaan dan adat resam pelbagai keturunan
Bagi sikap hormat-menghormati perkara yang boleh guru aplikasikan dengan muridnya
adalah melayan anak muridnya dengan sopan tanpa membezakan latar belakang individu
murid tersebut. Oleh itu, murid akan berasa lebih tenang jika diberi layanan yang sama adil.
Ada segelintir guru yang tidak menghormati murid-muridnya. Guru tersebut berasa murid yang
perlu menghormati mereka. Sikap yang ditunjukkan oleh guru tersebut tidak baik untuk
perkembangan murid. Berkemungkinan murid akan menunjukkan sikap tidak menghormati
kepada warga pendidik sepanjang mereka berada di sekolah. Selain itu juga, guru perlu
menghormati pandangan atau jawapan yang diberikan oleh murid semasa sesi soal jawab atau
perbincangan sesuatu topik di dalam kelas. Guru tidak hanya menerima jawapan yang
diberikan oleh murid yang pandai sahaja. Guru juga perlu menerima jawapan daripada murid
yang lemah dalam pembelajaran walaupun jawapan atau pandangan yang diberikan tidak tepat.
Hal ini boleh meningkatkan motivasi murid untuk terus fokus dalam pengajaran dan
pembelajaran.
Dalam kehidupan masyarakat setempat pula, guru perlu hormat dengan pemimpin
setempat seperti ketua kampung, penghulu atau imam masjid. Dalam hal ini, sekiranya sekolah
mengadakan sesuatu aktiviti janganlah dilupakan dengan pemimpin tersebut. Perkara ini boleh
6

menimbulkan perasaan kurang senang antara pemimpin dengan warga pendidik. Oleh itu,
jemputlah mereka untuk datang ke sekolah bagi merasmikan sesuatu aktiviti yang dijalankan.
Oleh yang demikian, golongan pemimpin ini akan rasa diri dihormati dan dihargai. Selain itu,
guru juga perlu hormat dengan dengan jiran setempat dengan bertegur sapa dengan mereka.
Kita janganlah bersikap meninggi diri dengan jawatan yang kita sandang. Hal ini akan
menyebabkan kita dipandang rendah oleh mereka.

iii. Hemah Tinggi
Hemah tinggi didefinisikan sebagai budi pekerti dan tingkah laku yang mulia dan lemah lembut
serta berbudi bahasa yang patut diamalkan oleh seorang individu dalam hubungannya dengan
ahli masyarakat yang lain. Ciri-ciri yang terkandung di dalam sikap hemah tinggi seperti berikut:
a) Kesopanan
b) Mengakui kesalahan diri
c) Ramah mesra
Bagi sikap hemah tinggi, perkara yang boleh diaplikasikan oleh guru kepada muridnya
adalah menerapkan amalan kesopanan di sekolah. Guru boleh menerangkan apa yang
dimaksudkan dengan kesopanan kepada murid. Antara perilaku yang boleh diamalkan oleh
murid tersebut adalah menunjukkan tingkah laku yang mulia contohnya apabila berselisih
dengan guru, murid boleh memberi salam kepada guru. Selain itu, kadangkala murid
menggunakan nada suara yang tinggi dan kurang sopan apabila ingin bertanya sesuatu kepada
gurunya di dalam kelas. Guru boleh menegur kesilapan yang dilakukan oleh murid tersebut dan
mengajarnya cara untuk bertutur dengan lemah lembut dan bersopan sama ada dengan guru,
orang dewasa ataupun dengan rakan sebaya.
Dalam kehidupan masyarakat setempat pula, guru boleh menunjukkan sikap ramah
mesranya apabila bertemu dengan ibu bapa yang datang ke sekolah semasa hari terbuka.
Sikap yang ditunjukkan ini akan mendapat perhatian oleh golongan ibu bapa tersebut. Secara
tidak langsung, dengan amalan yang ditunjukkan ini guru akan dipandang tinggi oleh mereka.
Di samping itu, guru juga perlu mengakui kesalahan dirinya kepada ibu bapa mengenai
kekurangan dirinya semasa mengajar anak-anak mereka. Disebabkan oleh guru tersebut,
berkemungkinan pelajaran anak-anak ibu bapa tersebut tidak memuaskan. Dengan sikap yang
7

ditunjukkan, ibu bapa tersebut dapat menerima dengan hati terbuka tentang kelemahan guru
itu.

iv. Kerjasama
Kerjasama didefinisikan sebagai usaha baik dan membina yang dilakukan secara bersama
pada peringkat individu, komuniti, masyarakat atau negara untuk mencapai sesuatu matlamat.
Ciri-ciri yang terkandung di dalam sikap kerjasama seperti berikut:
a) Gotong-royong
b) Toleransi
c) Perpaduan
Bagi sikap kerjasama, guru boleh menerapkan amalan ini semasa aktiviti berkumpulan
di dalam kelas. Guru boleh mengemukakan tugasan kepada anak muridnya dan meminta
mereka untuk bersama-sama membincangkan hasil kerja yang diperlukan. Guru boleh
mengingatkan mereka bahawa semangat kerjasama amat diperlukan dalam kumpulan bagi
menghasilkan kerja yang bermutu dan berkualiti. Justeru itu, murid dapat mewujudkan
hubungan yang baik dan positif antara rakan sekumpulannya. Dengan aktiviti yang dijalankan,
murid akan menunjukkan sikap bertanggungjawab di dalam dirinya demi memastikan kerja
yang diberikan dapat disiapkan dalam tempoh waktu yang ditetapkan. Selain itu, aktiviti
perkhemahan juga dapat memupuk semangat kerjasama yang tinggi antara murid. Contoh
aktiviti yang boleh memupuk semangat kerjasama antara mereka adalah aktiviti pemasangan
khemah. Guru juga boleh menetapkan tempoh masa untuk mereka menyiapkan pemasangan
khemah tersebut. Jika tidak diberikan tempoh masa, berkemungkinan murid-murid ini akan
bermain sesama mereka dan tidak mempedulikan arahan yang diberikan oleh guru.
Dalam kehidupan masyarakat setempat pula, guru boleh melibatkan diri dengan
komuniti setempat di kawasan tempat tinggal. Kebiasaannya, kawasan tempat tinggal akan
mengadakan aktiviti atau program yang boleh mengeratkan lagi hubungan silaturrahim sesama
jiran. Antara aktiviti yang dijalankan adalah membersihkan kawasan tempat tinggal atau pun
membersihkan kawasan sekitar surau. Dengan sikap kerjasama yang ditunjukkan oleh guru
tersebut dalam komunitinya, ia akan menjadi ikutan dan contoh kepada jiran-jiran yang lain di
samping dapat memupuk perpaduan di antara satu sama lain.
8

v. Semangat Bermasyarakat
Semangat bermasyarakat boleh didefinisikan sebagai kesediaan melakukan sesuatu untuk
kepentingan bersama bagi mewujudkan keharmonian hidup dalam masyarakat. Ciri-ciri yang
terkandung di dalam semangat bermasyarakat seperti berikut:
a) Bermuafakat
b) Kejiranan
c) Peka terhadap isu-isu sosial dalam masyarakat
Bagi semangat bermasyarakat, perkara yang boleh diaplikasikan oleh guru kepada
muridnya adalah dengan melibatkan murid-muridnya dengan pertandingan sukan peringkat
zon, daerah ataupun di peringkat negeri. Di samping dapat mengharumkan nama sekolah,
murid juga dapat berkenalan dengan murid-murid dari sekolah yang lain. Selain itu, aktiviti
persatuan sekolah juga dapat memupuk semangat bermasyarakat di kalangan murid-murid
dengan mengadakan aktiviti melawat rumah orang-orang tua. Antara perkara yang boleh
dilakukan oleh murid tersebut adalah membersihkan kawasan sekitar rumah orang-orang tua
tersebut. Dengan itu, ia dapat mewujudkan hubungan yang baik antara guru, murid-murid serta
penghuni-penghuni rumah orang-orang tua tersebut.
Bagi meningkatkan lagi amalan semangat bermasyarakat di antara guru dan
masyarakat setempat guru boleh melibatkan diri dengan Rukun Tetangga. Pelbagai aktiviti yang
boleh dilakukan bersama-sama contohnya aktiviti kawalan malam sekitar taman perumahan.
Dengan adanya kawalan malam, kes-kes kecurian dapat dielakkan. Selain itu, guru juga perlu
peka terhadap masalah-masalah yang dihadapi oleh penduduk setempat. Guru boleh memberi
sumbangan idea-idea bagi mencari jalan untuk menyelesaikan masalah-masalah yang berlaku.
Dengan sikap yang ditunjukkan ia dapat mewujudkan keharmonian serta dapat mengeratkan
hubungan silaturrahim sesama masyarakat.





9

5. KESIMPULAN
Guru merupakan agen pembentukan negara bangsa. Oleh itu, semasa pengajaran dan
pembelajaran, guru perlu menerapkan amalan nilai-nilai murni kepada murid-murid bagi
menjadikan mereka semua manusia yang dihormati dan boleh memainkan peranan yang aktif
demi menjamin keharmonian serta dapat menyumbang kearah pembangunan masyarakat.
Institusi pendidikan adalah sebuah organisasi yang penting untuk membangun dan
melahirkan pelajar berakhlak mulia yang dapat menghayati nilai-nilai murni. Tugas guru dalam
menerapkan nilai murni tidak semestinya bergantung 100% kepada kandungan kurikulum yang
ditentukan malah ia juga bergantung kepada inisiatif guru tersebut.
Guru sebagai "role model" perlulah menunjukkan dan memainkan peranan dalam
menerapkan nilai murni baik dari segi perbuatan, perlakuan ataupun tuturkatanya. Di samping
itu, guru juga harus cekap dalam menyampaikan isi pelajaran dengan menerapkan nilai-nilai
murni dalam pengajarannyanya.
Selain daripada guru, pemupukan nilai-nilai murni juga perlu mendapat kerjasama
daripada warga sekolah, ibu bapa dan masyarakat. Hasil daripada usaha-usaha ini kita
mampu melahirkan generasi yang gemilang dan terbilang serta dipandang mulia oleh
masyarakat.











10

REFLEKSI


Bersyukur saya kehadrat Illahi dengan berkat kurnia-Nya, dapat juga saya menyiapkan
kerja kursus ini tepat pada masanya. Pada semester ini subjek ELM3101 Pengenalan Kepada
Konsep Asas Pendidikan Moral merupakan subjek yang memerlukan saya memilih nilai-nilai
murni utama dalam pendidikan di Malaysia serta memilih nilai tradisional sesuatu kaum bagi
tugasan berkumpulan.
Cabaran yang dihadapi semasa melaksanakan tugasan individu adalah bagaimana
untuk menghuraikan pengaplikasian nilai murni dalam kehidupan seharian seorang guru
beserta dengan contoh. Bagi menyenaraikan nilai murni tersebut perkara itu tidak menjadi
masalah. Masalah yang dihadapi adalah menyenaraikan contoh-contoh yang perlu dikaitkan
dengan amalan nilai murni yang telah dipilih. Bagi mengatasi masalah ini, saya telah mencari
maklumat di laman sesawang dan bahan bacaan. Namun begitu, maklumat yang diperoleh
tidak begitu memberangsangkan. Oleh itu, saya telah bertanya dan meminta pandangan serta
pendapat daripada rakan sejawat mengenai contoh-contoh yang bersesuaian dengan nilai
murni yang dipilih.
Bagi tugasan berkumpulan pula, masalah yang dihadapi adalah bilakah waktu yang
sesuai untuk melakukan perbincangan. Hal ini kerana, rakan sekumpulan sibuk dengan urusan
yang perlu dilaksanakan di sekolah. Walaubagaimanapun, perkara ini telah dapat diatasi
setelah kami bersetuju untuk memilih satu hari yang sesuai untuk mengadakan perbincangan.
Hasil daripada perbincangan yang telah dijalankan, kami sekumpulan bersetuju untuk memilih
kaum Cina untuk dijadikan tugasan. Kami mencari maklumat bersama-sama di laman
sesawang selain daripada bertanya sendiri dengan guru yang berbangsa Cina di sekolah saya.
Kesimpulannya, tugasan ini banyak memberi input tambahan yang berguna kepada
saya. Saya berharap dengan ilmu yang saya perolehi daripada tugasan ini dapat menjadi
panduan bagi saya bagi menentukan masa depan dengan lebih baik. Selain itu, ianya dapat
juga digunakan dalam kehidupan seharian serta dapat diterapkan semasa pengajaran di
sekolah.


11

BIBLIOGRAFI

Abdullah Zhidi Bin Omar. Mahdi Bin Shuid. Dr. Mazlan Bin Aris. Mohd Fuad Bin Sam. Dr.
Roslina Binti Suratnu. Pengantar Pendidikan Moral. Penerbitan Multimedia.
Kepentingan Nilai Murni Dalam Masyarakat.
http://blogcikguazaman.blogspot.com/2011/10/kepentingan-nilai-murni-dalam. html.
Diakses pada 20 Ogos 2013.
Tafsiran Nilai Murni. http://rabunah-othman.blogspot.com/2012/06/tafsiran-nilai-murni.html.
Diakses pada 21 Ogos 2013.
Nilai-nilai Murni. http://www.scribd.com/doc/102318289/Nilai-Nilai-Murni. Diakses pada 25 Ogos
2013
Nilai Murni Dalam Pendidikan. http://www.scribd.com/doc/11461687/Nilai-Murni-Dalam-
Pendidikan. Diakses pada 2 September 2013.












12

BORANG KOLABORATIF KERJA KURSUS
NAMA : KAMARRUDDIN BIN MOHAMED NOORDIN
820126016491
KUMPULAN : PPG RBT 2 AMBILAN BULAN JUN 2011
MATA PELAJARAN : ELM3101
PENSYARAH : EN. MOHD FUAD BIN SAM
PEMBIMBING
TARIKH PERKARA YANG DIBINCANGKAN CATATAN TANDATANGAN
17/8/2013 Menerima tugasan RBT 3110 daripada
pensyarah.


Tugasan perlu
dihantar sebelum
28 September 2013






20/8/2013 Mencari maklumat tentang
prabacaan(pengamatan) di internet
dan buku-buku rujukan
Memperoleh
beberapa maklumat
berkaitan tugasan






28/8/2013 Berbincang dengan rakan Menyiapkan
sebahagian tugasan
dan saling
berhubung untuk
mendapat hasil yang
baik






3/9/2013 Menyediakan draf Menyusun maklumat
Menganalisis
maklumat
berdasarkan
kehendak tugasan
Membuat huraian
secara ringkas







25/9/2013 Menjilid tugasan yang sudah siapkan. Menyusun maklumat
mengikut keutamaan
Membetulkan ejaan
Memperincikan
huraian

28/9/2013 Menyerahkan tugasan kepada
pensyarah.
Pembetulan telah
dilakukan
Segala maklumat
telah dilengkapkan.


13

Anda mungkin juga menyukai