Anda di halaman 1dari 3

LAPORAN PROJEK/AKTIVITI YANG DIJALANKAN

PROJEK/AKTIVITI : MENGENDALIKAN PERHIMPUNAN SEKOLAH DAN


ENGLISH DAY
TARIKH : 07 JULAI 2014 (ISNIN) & 10 JULAI 2014

Pada hari Isnin bersamaan 07 Julai 2014, para pelajar PISMP semester 8
mendaftarkan diri di sekolah masing-masing untuk menjalani Intership selama satu
bulan. Internship ini dijalankan bagi memberi pendedahan kepada kepada guru
baharu untuk memulakan tugas apabila di sekolah nanti.
Saya dan tiga orang rakan yang lain telah mendaftarkan diri di Sekolah Kebangsaan
Bandar Baharu Seri Petaling (2), Kuala Lumpur. Seperti biasa, pada hari Isnin akan
diadakan perhimpunan mingguan. Saya telah ditugaskan untuk menjadi pengacara
majlis untuk perhimpunan tersebut. Pada mulanya saya menolak kerana saya berasa
kurang yakin untuk mengendalikan perhimpunan tersebut kerana hari tersebut
merupakan hari pertama saya kembali ke sekolah setelah hampir dua bulan saya
meninggalkan sekolah. Namun, atas nasihat, sokongan dan dorongan daripada
rakan-rakan dan guru yang lain, akhirnya saya mengendalikan masjlis perhimpunan
sekolah tersebut.
Majlis dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku, lagu sekolah dan juga lagu
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Seterusnya, diikuti pula oleh bacaan doa yang
diketuai oleh pengawas yang bertugas. Pengawas bertugas juga mengetuai bacaan
ikrar dan visi serta misi sekolah. Seterusnya, guru yang bertugas memberikan
laporan yang berlaku sepanjang minggu sebelumnya.
Penyampaian hadiah untuk kebersihan dan kecerian disempurnakan oleh Guru
Besar Sekolah Kebangsaan Bandar Baharu Seri Petaling (2). Memandangkan
sekolah tersebut baharu sahaja menerima kehadiran Penolong Kanan Pentadbiran
yang baharu, maka beliau diminta menyampaikan sedikit ucapan. Seterusnya guru
besar pula menyampaikan ucapan kepada murid-murid.
Bagi slot anti dadah, murid yang bertugas diamanahkan untuk memberitahu umum
tentang penyalahgunaan dadah. Beberapa soalan dikemukakan dan murid dapat
menjawab soalan-soalan tersebut.

























REFLEKSI PROJEK/AKTIVITI YANG DIJALANKAN

PROJEK/AKTIVITI : MENGENDALIKAN PERHIMPUNAN SEKOLAH DAN
ENGLISH DAY
TARIKH : 07 JULAI 2014 (ISNIN) & 10 JULAI 2014

Anda mungkin juga menyukai