Anda di halaman 1dari 4

1

Latihan Topik 1 SCE 3112 Nama: Elly Wong Lee Yien


1. (a) (i) Semasa melakukan eksperimen, seorang murid telah
memecahkan sebiji bikar. Dalam buku manakah guru patut
merekodkan insiden ini?
Guru mestilah memberitahu secara bertulis iaitu sama ada dalam
buku rekod pecah atau borang pesanan untuk kerja amali kepada
kakitangan makmal keperluan peralatan sains.
(1 markah)
(ii) Berdasarkan insiden di atas, senaraikan 2 perkara yang patut
direkodkan dalam buku tersebut.
Tarikh kejadian, butiran alat/radas, bilangan bikar yang pecah,
murid yang terlibat dan nama guru mata pelajaran berkenaan.
(2 markah)
(b) (i) Bilik sains menerima sumbangan langsir daripada individu
tertentu. Buku manakah patut direkodkan penerimaan langsir ini?
Buku Stok Bekalan Pejabat.
(1 markah)
(ii) Apakah jenis belanjawan yang diperlukan untuk membeli haiwan
mainan bagi menyediakan sebuah zoo mini di bilik sains?
Bagaimanakah cara bayaran dibuat?
Anggaran perbelanjaan sesuatu tahun hendaklah dibuat pada akhir
tahun sebelumnya. Ketua Panitia Sains hendaklah mempastikan
2

kedudukan kewangan iaitu baki terkini serta geran yang akan
diterima pada tahun tersebut. Bayaran ini dibuat melalui pembelian.
(2 markah)

(c) (i) Apakah perbezaan antara pelupusan dengan hapus kira?
Pelupusan ialah suatu proses dimana sesuatu aset/barang awam yang secara
fizikalnya masih ada dalam simpanan tetapi tidak digunakan atau tidak diperlukan dan
perlu dikeluarkan dari simpanan dan dibatalkan rekodnya. Manakala hapus kira adalah
suatu proses dimana sesuatu aset atau barang awam telah hilang dan kelulusan
diperlukan dari pihak-pihak tertentu untuk membatalkan rekod atau akaun di
Kementerian/Jabatan.
(2 markah)
(ii) Berikan 4 sebab sesuatu harta modal itu boleh dihapus kira?
Tidak menyediakan pelan pengurusan, tiada pendaftaran, tidak ada penentuan
spesifikasi perolehan dan tiada penyelenggaraan.
(2 markah)
(iii) Terangkan bagaimana untuk menghapus kira harta modal
bernilai RM 50 000.
Bagi menghapus kira harta modal bernilai RM 50 000, pihak
tertentu harus melaporkan kehilangan dengan serta merta kepada
Ketua Jabatan, Ketua Jabatan yang berkenaan akan melaporkan
segera kehilangan kepada polis dalam tempoh 24 jam dari waktu
3

kehilangan yang diketahui. Laporan Awal dibuat dalam masa 2 hari
untuk membuat penyiasatan dan tempoh 2 diberikan untuk
menangani laporan awal ini. Pegawai Pengawal bertugas untuk
meneliti Laporan Akhir
(3 markah)
(d) Kerana kecuaian, seorang Ketua Panitia Sains menyedari 10 buah
mikroskop bernilai RM 1200 sebuah telah hilang dari bilik sains
sekolah. Setelah melaporkan kepada Guru Besar, apakah tindakan
yang harus diambil oleh Guru Besar?
Guru Besar melaporkan segera kepada polis dalam masa 24jam. Guru Besar
meminta Ketua Panitia Sains sediakan Laporan Awal KEW.PA-28 dalam tempoh 2 hari bekerja
dari tarikh kehilangan dan kemukakan kepada Pegawai Pengawal dan Perbendaharaan
berserta salinan Laporan Polis. Pegawai Pengawal melantik Jawatankuasa Penyiasat dengan
menggunakan format KEW.PA-29. Jawatankuasa Penyiasat mengemukakan Laporan Akhir
KEW.PA-30. Guru Besar kemudian melantik Pengawai Aset sekolah untuk mencatat hapus
kira dan meluluskan hapus kira tersebut. Sijil Hapus Kira Aset Alih Kerajaan KEW.PA-31
dikeluarkan, catatkan kelulusan Hapus Kira pada Daftar Harta Modal/Inventori dan makluman
kedudukan tindakan surcaj/tatatertib. KPM memaklumkan kelulusan Hapus Kira kepada
Perbendaharaan dalam tempoh 1 bulan.

(5 markah)
(e) Apakah yang perlu dilakukan oleh Ketua Panitia Sains jika Guru
Besar mengarahkannya mengadakan Karnival Sains selama 3 hari
di sekolah?
4

Ketua Panitia mengadakan satu mesyuarat dengan guru-guru sains. Pelantikan
Jawatankuasa oleh ketua Panitia dilaksanakan. Ketua Panitia membawa guru-guru sains
membincang tentang butiran-butiran seperti aktiviti Karnival Sains, pembelajaran Sains,
pelaksanaan dan agenda lain. Ketua penitia meminta Setiausaha menyediakan kertas kerja
apabila kertas kerja diluluskan oleh guru besar, ketua panitia meminta setiap guru sains
melaksanakan tugas yang diagihkan dalam mesyuarat. Ketua Panitia memantau proses
pelaksanan karnival dari semasa ke semasa. Pada hari karnival, ketua Panitia memastikan
semua berjalan dengan lancar. Akhirnya, satu post-moterm dilakukan oleh ketua panitia sains
dengan guru-guru sains untuk penambahbaikan pada masa akan datang,
(4 markah)

Anda mungkin juga menyukai