Anda di halaman 1dari 8

1

1.0 Pengenalan
Tiada satu definisi khusus yang menjelaskan tentang gaya pembelajaran. Hal ini bermaksud
para sarjana tidak sealiran dalam mendefinisikan gaya pembelajaran. Menurut Galton
(1980), gaya pembelajaran merujuk kepada satu set kaedah pengajaran. Manakala menurut
Siedentop (1991), ia dikenali sebagai format pengajaran. Menurut istilah Pendidikan
Jasmani pula, gaya pengajaran adalah kaedah am yang diwujudkan melalui strategi-strategi
tertentu.
Seorang Sarjana dari Amerika Syarikat iaitu Mosston (1966) telah menghasilkan analisa
lengkap berkenaan kaedah pengajaran dan tingkah laku. Idea beliau berkenaan interaksi
antara pelajar dan guru telah dikembangkan semenjak hasil penulisan pertama beliau dan
telah memberi satu kerangka kerja dalam konteks pengajaran pendidikan jasmani di seluruh
dunia. Penulisan beliau begitu berpengaruh sehingga di katakana oleh Nixon dan Locke
sebagai teori yang paling terulung dan terkini dalam bidang pedagogi Pendidikan Jasmani
dalam sejarah. Kerangka kerja pengajaran yang beliau kenalkan adalah Spektra Gaya
Pengajaran (Spectrum of Teaching Styles).

2.0 Gaya Pembelajaran Pendidikan Jasmani Mosston dan Ashworth(1994)
2.1 Gaya A : Gaya Arahan
Gaya ini telah lama diamalkan dan bersifat tradisional. Melalui gaya ini, guru mengawal
sepenuhnya setiap aktiviti pembelajaran dari mula sehingga selesai sesi pengajaran. Hal ini
menunjukkan bahawa guru berkuasa mutlak dalam membuat arahan. Guru dapat
mempamerkan kuasa autonomi semasa berada di dalam kelas sama ada memberikan
arahan satu persatu, melakukan demonstrasi dan berhak memberikan komen serta ulasan
terhadap prestasi murid-murid. Gaya pembelajaran ini melibatkan komunikasi sehala iaitu
guru memberikan arahan dan menyampaikan kuliah manakala murid hanya mendengar.
Oleh itu, murid perlu memberikan perhatian sepenuhnya terhadap arahan dan pengajaran
daripada guru. Semua perlakuan guru akan ditiru oleh murid.
Dalam pengajaran pendidikan jasmani, gaya ini sesuai digunakan oleh guru
sekiranya topik yang hendak diajar dan disampaikan melibatkan aktiviti beraras tinggi dan
sukar untuk dilaksanakan. Hal ini kerana gaya ini mementingkan keselamatan dimana guru
memberikan arahan dan menunjukkan cara satu persatu kerana aktiviti berasas tinggi
adalah berbahaya dan boleh mengakibatkan kecederaan. Murid perlu menumpukan
perhatian dengan serius. Sebagai contohnya, Subjek yang melibatkan pergerakan badan
2

yang rumit dan memerlukan pergerakan-pergerakan yang khas seperti gimnastik iaitu
hambur tangan. Namun begitu, gaya ini terdapat kelemahannya. Gaya ini menjadikan murid
pasif. Hal ini demikian kerana murid tidak boleh memberikan respons terhadap pengajaran
dan pembelajaran keranan gaya ini melibatkan komunikasi sehala. Penggunaan gaya ini
juga menjadikan aktiviti pengajaran yang membosankan dan menyebabkan murid hilang
tumpuan di dalam kelas. Murid cepat mengantuk dan pembelajaran berjalan secara tidak
berkesan. Pencapaian murid tidak sekata kerana murid yang mempunyai tahap kepintaran
yang tinggi akan menguasai kemahiran ini dengan lebih cepat.
2.2 Gaya B : Gaya Latihan
Gaya ini adalah kesinambungan daripada gaya arahan. Melalui gaya ini, guru memberikan
arahan sepenuhnya dalam sesi pengajaran dan pembelajaran dan guru juga
bertanggungjawab terhadap semua keputusan dalam P&P. Cuma yang membezakan gaya
ini dengan gaya arahan adalah gaya ini terhadapat latihan secara ansur maju dan
berperingkat. Hal ini memberikan peluang kepada kepada murid untuk berlatih dengan lebih
lama. Gaya ini sesuai untuk masa yang terhad. Gaya ini juga terdapat pengukuhan melalui
latihan-latihan yang diberikan oleh guru. Contoh aktiviti yang sesuai melalui gaya ini ialah
mengajar kemahiran asas olahraga.
2.3 Gaya C : Gaya Semak Bergandingan/ timbal balik.
Gaya ini menghendaki murid untuk melakukan latihan secara berpasangan. Dalam sesi
latihan, salah seorang menjadi pemerhati dan penilai manakala seorang lagi melakukan
aktiviti. Pada permulaan pengajaran, guru berkuasa mutlak. Guru mengawal secara
sepenuhnya sesi pengajaran dan pembelajaran. Guru menetukan apa yang hendak
dipelajari, matlamat dan melakukan demonstrasi lanjutan. Selepas itu, guru akan
menyediakan senarai semak dan lampiran gambar kepada murid-murid. Dalam senarai
semak tersebut terdapat butir-butir lakuan aktivti yang hendak dipelajari. Maka salah
seorang yang penjadi penilai akan menilai berdasarkan senarai semak yang diberikan oleh
guru mereka. Antara topik yang boleh diajar melalui gaya ini ialah kemahiran lakuan
menghantar bola jarring. Dalam aktiviti ini, pasangan akan menggantikan guru sebagai
penilai. Kebaikan gaya ini ialah memudahkan guru untuk membuat penilaian. Guru tidak
perlu memerhatikan satu persatu pelajar kerana pelajar menggantikan guru sebagai
penyemak. Namun begitu, Maklumat yang diperoleh boleh dipertikai kerana terdapat
penyemak yang tidak telus.

3

2.4 Gaya D : Gaya Semak Kendiri
Melalui gaya ini murid akan memeriksa sendiri kemajuan mereka. Aktiviti ini dijalankan
secara berseorangan. Gaya ini sesuai untuk perlakuan yang mudah. Disebabkan murid
menyemak sendiri perkembangan pembelajaran mereka, maka amat mudah bagi murid
untuk menilai diri sendiri dan mengenalpasti kesilapan perlakuan yang dilakukannya. Gaya
ini juga seperti gaya yang lain iaitu guru menentukan matlamat dan memberikan
penerangan sebelum pengajaran Cuma aktiviti latihan dijalankan secara personal.
Kelemahan kaedah ini ialah ia mengehadkan interaksi sosial antara guru dan murid kerana
guru tidak bertanggungjawab terhadap peningkatan dalam latihan murid. Murid
menjalankan latihannya sendiri secara berseorangan. Contohnya dalam kemahiran
menyangga bola tampar, murid dibekalkan dengan gambar turutan lakuan teknik
menyangga dan murid melakukan dan mempraktikkan kemahiran menyangga berdasarkan
turutan yang dalam di dalam gambar.
2.5 Gaya E : Gaya Inklusif/Peningkatan
Gaya ini merupakan satu-satunya gaya pembelajaran berpusatkan guru yang membenarkan
murid memilih tahap pembelajaran yang sesuai dengan kemampuan diri mereka. Murid
akan memilih sendiri tahap prestasi mereka sebelum melakukan aktiviti. Namun begitu,
aktiviti yang dilakukan masih terikat dengan matlamat dan perancangan guru tersebut.
Kelebihan aktiviti ini ialah membolehkan murid merasakan kepuasan dan kejayaan dalam
setiap perlakuan yang dilaksanakan. Namun begitu, gaya ini tidak sesuai untuk semua topik
kerana gaya ini hanya untuk topik yang mengandungi kemahiran yang sama cuma tahap
yang berbeza-beza. Mislanya, dalam aktiviti lompat tinggi, murid bebas memilih ketinggian
palang mengikut kemampuan tetapi teknik lompatan yang sama.
2.6 Gaya F : Penemuan Terbimbing
Melalui gaya ini, guru menetapkan tugasan dengan menyediakan pelbagai soalan tetapi
menjurus kepada jawapan yang sama. Jika murid tidak dapat menjawab soalan, guru akan
menukar kepada soalan lain tetapi jawapan tetap sama. Guru akan memberikan peluang
kepada murid untuk mencari jawapan. Proses ini memboleh murid berfikir iaitu
menggunakan kemampuan kognitif mereka untuk mencari jawapan. Gaya ini sesuai bagi
memahamkan pelajar tentang tajuk yang hendak pelajari dan dikuasai. Guru akan
membantu murid supaya murid jelas dan memahami sesuatu tajuk atau perkara. Sebagai
contohnya, guru ingin mengajar aspek-aspek keselamatan semasa melakukan aktiviti
pendidikan jasmani. Bagaimana guru ingin memahamkan pelajar supaya tetap menjaga
keselamatan semasa melakukan pelbagai aktiviti pendidikan jasmani walaupun berbeza
4

lokasi dan masa. Konsep yang ingin ditekankan oleh guru ini sebenarnya adalah
keselamatan. Walaubagaimanapun, gaya ini melibatkan perlakuan yang terhad akibat tugas-
tugas dari guru.
2.7 Gaya G : Gaya Pengajaran Berpusat
Melalui gaya ini, guru menetapkan persoalan dan tugasan. Murid akan bertindak untuk
mencari jawapan.Guru hanya berfungsi sebagai fasilitator manakala murid merupakan
subjek yang menjalankan aktiviti tersebut. Kelebihan kaedah ini ialah walaupun murid
diberikan kebebasan untuk mencari jawapan, guru tetap berfungsi sebagai penasihat atau
pembimbing supaya tugasan menjadi lebih mudah. Misalnya, murid berbincang tentang
sebab-sebab berlakunya kecederaan semasa bersukan. Guru akan memberikan klu-klu dan
maklumat berkaitan. Namun begitu, gaya ini tidak sesuai untuk tempoh masa yang singkat
kerana pelajar memerlukan masa yang banyak untuk mencari jawapan.
2.8 Gaya H : Gaya Penemuan Bercapah
Melalui gaya ini, guru menyediakan satu soalan yang mempunyai pelbagai jawapan. Soalan
ini mempunyai pelbagai pilihan jalan penyelesaiannya. Kemudian, guru dan murid-murid
akan bersama-sama menilai dan membuat perbandingan bagi setiap jalan penyelesaian dan
jawapan tersebut. Perbandingan yang dilakukan membolehkan murid untuk menilai sejauh
mana keberkesanan jalan penyelesaian dan jawapan yang diberikan. Kaedah ini boleh
dijalankan dalam kumpulan. Gaya ini membolehkan murid berfikir dan bekerjasama dalam
kumpulan. Namun begitu, terdapat murid-murid yang tidak mahu mengeluarkan pendapat,
pasif. Gaya ini kurang sesuai untuk memupuk keyakinan murid. Misalnya, guru ingin
mengajar melontar peluru. Persoalan yang diberikan adalah teknik yang manakah lebih
sesuai dan berkesan. Maka murid akan mengeluarkan pendapat-pendapat mereka dan
seterusnya dibuat perbandingan.
2.9 Gaya I : Gaya Program Individu/ Reka Bentuk Pelajar
Gaya ini berbentuk projek dan amat kompleks serta sukar. Gaya ini melibatkan jangka masa
yang lama. Oleh itu, murid terpaksa berfikir secara logik dan sistematik bagi memahami
serta penyelesaikan tugasan dan masalah. Melalui gaya ini, murid menetapkan sediri
tugasan dan program yang hendak dijalankan dan murid itu sendiri yang akan menjalankan
program atau menyelesaikan masalah. Sebagai contohnya, aktiviti membina pergerakan
kreatif yang akan dirancang sediri oleh murid-murid akan mengambil masa yang lama untuk
membentuk satu pergerakan yang cantik. Kebaikan gaya ini ialah sekiranya murid berjaya
membentuk sesuatu realiti berdasrkan idea yang difikirkan, keyakinan murid tersebut akan
5

meningkat secara mendadak. Kelemahan gaya ini ia mengambil masa yang lama dan tidak
sesuai bagi tempoh pembelajaran yang singkat.
2.10 Gaya J : Gaya Pembelajaran Terdorong
Gaya ini memberikan murid kebebasan dan autonomi untuk merancang dan membentuk
tugasan sendiri. Pelajar berusaha sendiri membentuk dan menetapkan tugasan berdasarkan
gaya pembelajaran mereka. Guru hanya berfungsi sebagai pemantau. Sebagai contoh,
murid akan mengaplikasikan kemahiran olahraga dan perlu mengaplikasikan satu sesi
pengajaran pendidikan jasmani. Kelebihan gaya ini ialah murid tidak terikat dengan guru dan
bebas menentukan program dan pembelajaran yang hendak dijalankan. Kelemahan
program ini kadang-kala program yang dirancang terkeluar daripada skop pembelajaran.
2.11 Gaya K : Pembelajaran Kendiri
Melalui gaya ini, guru hanya bertindak sebagai pemerhati sahaja. Murid mengawal
sepenuhnya pembelajaran. Murid menentukan, merancang dan menentukan pembelajaran
secara bebas. Muris ada hal untuk membuat keputusan sendiri dan memilih berdasarkan
gaya pembelajaran mereka. Contoh aktiviti yang sesuai untuk gaya ini ialah melakukan
kemahiran servis bola tampar yang pelbagai. Murid akan menetapkan sendiri matlamat dan
objektif yang hendak dicapai. Misalnya murid melakukan 2 daripada 3 kemahiran servis bola
tampar dengan lakuan yang betul.











6

REFLEKSI























7

BIBLIOGRAFI
Buku
Mohamad Amran Kamsi (1995), Bola Sepak, Petaling Jaya : Amira Publishing Sdn. Bhd.
Gill Harvey(1998), Sekolah Lengkap Bola Sepak, Kuala Lumpur : Utusan Publications Sdn.
Bhd.
Joseph A. Luxbacher(1994), Bola Sepak, Shah Alam : Federal Publications Sdn. Bhd.
Laman Web
http://mondnieltalk.blogspot.com/2013/02/kertas-konsep-gaya-pengajaran-mosston.html.
Kertas Konsep Gaya Pembelajaran Mosston dan Ashworth. Diakses pada 18 Oktober 2014
http://pjhyperx.blogspot.com/2010/10/kaedah-pengajaran-pendidikan-jasmani.html.Kaedah
Pengajaran Pendidikan Jasmani Mosston dan Ashworth. Diakses pada 18 Oktober 2014




















8









LAMPIRAN

Anda mungkin juga menyukai