Anda di halaman 1dari 1

Kaedah-kaedah Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Pendidikan Moral

2.0 Kaedah Bercerita


Bercerita merupakan suatu kaedah mengajar yang membolehkan guru
menyampaikan isi pelajarannya melalui penggunaan teknik bercerita.
Lazimnya, murid-murid suka mendengar cerita yang menarik. Cerita yang
disampaikan dengan baik membolehkan murid-murid menguasai kemahiran
bercerita bagi menambahkan keberkesanan pengajarannya semasa
menggunakan teknik bercerita di dalam bilik darjah. Murid-murid akan cepat
menumpukan perhatian sekiranya sesuatu pelajaran itu disampaikan dalam
keadaan yang dapat menyentuh dan meninggalkan kesan yang mendalam di
dalam diri. Teknik bercerita ini merupakan suatu teknik yang paling berkesan
bagi menyemai kemahiran berkomunikasi kepada kanak-kanak
(Trencher,!!"#$%. &al ini kerana murid-murid dapat mencipta 'dunia( dan
membina organisasi acara, pengalaman dan )akta mereka sendiri. *elain itu,
cerita-cerita yang menarik dapat menimbulkan keyakinan dan menyemai
minat dalam kalangan murid-murid bercerita kembali kepada guru mereka.
+uru boleh menggunakan pelbagai cara menyampaikan cerita di dalam
kelas. ,ntaranya ialah secara lisan, atau murid mendengar pita rakaman, atau
menonton sambil mendengar cerita dengan menggunakan boneka. Cerita
yang baik perlu mengambil kira semua aspek imaginasi dan kreati-iti di
samping menggunakan plot yang baik dan mengandungi mesej yang menarik
supaya diselesaikan.

Anda mungkin juga menyukai