Anda di halaman 1dari 17

TUGASAN 1

BAHAGIAN A

1.0 PENGENALAN
Kontrak Pembelajaran atau dikenali sebagai Perjanjian Pembelajaran merupakan
persetujuan atau kontrak yang dibuat antara guru dengan pelajarnya (secara
individu/kumpulan) berhubung dengan tugasan yang dibuat secara bertulis.Usaha
pembelajaran yang menggalakkan pembelajaran kendiri, para pelajar juga patut diberi hak
untuk menentukan apa yang hendak dipelajari, bagaimana pembelajaran itu akan dilaksanakan
dan dihasilkan dalam jangka waktu yang ditetapkannya sendiri, bahkan juga corak penilaian
tugasannya itu.

2.0 KONTRAK PEMBELAJARAN
KONTRAK PEMBELAJARAN INDIVIDU
KONTRAK PEMBELAJARAN
Mata Pelajaran : Bahasa Melayu
Nama : Venugopal a/l James Vincent
Tahun/Tingkatan : 3
Tugasan : Anak Malaysia
Objektif :
1. Mengetahui biodata tokoh
2. Mengenalpasti pencapaian tokoh di persada dunia
3. Mengenalpasti sumbangan tokoh kepada Negara
4. Mengenal pasti jasa tokoh
Perkembanga
n Peringkat
Apa yang
ingin dicapai
pada
peringkat ini
Bagaimana akan
dilaksanakan pada
peringkat ini
Tempoh
masa
pelaksanaa
n peringkat
ini
Bagaiman
a
penilaian
peringkat
ini dibuat
Catata
n
Fasa 1
(Persediaan
awal)
Mendapatkan/
mengumpulka
n maklumat
tentang
biodata tokoh
dan latar
belakang
Mencari data melalui
rujukan dengan
menelaah buku-buku
di perpustakaan serta
laman web untuk
mendapatkan
maklumat tambahan

Seminggu Semakan
Fasa 2 Mencari
kerjaya dan
keluarga serta
pencapaian
tokoh
Membuat rujukan,
melalui carian dan
menggunakan pautan
luar di internet
Kaedah
Pemerhatian
Di dada-dada
akhabar dan
televisyen
Kaedah
Temubual/pertanyaa
n
Bertanya kepada guru
sivik , ibubapa dan
ahli keluarga
Seminggu Semakan
Fasa 3 Menulis hasil
maklumat
yang
diperoleh
dalam bentuk
I-Think dan
esei
Menggunakan
komputer untuk
melukis bahan grafik
i-Think serta menulis
esei dengan
menggunakan data
yang dikumpul
Seminggu Soal
jawab,
semak

Fasa 4 (Akhir) Kemas kini
folio
Murid mencetak folio Sehari Semakan
Guru



Tandatangan murid Tandatangan rakan sebaya Tandatangan guru

.. ..
Nama: Nama: Nama:







3.0 ESEI KONTRAK PEMBELAJARAN

Anak Malaysia merupakan topik tahun 3 di bawah tema 7 ,Unit 21, Malaysia Tanah
Airku dan diminta murid-murid membuat portfolio tentang tokoh di Malaysia. Dalam topik ini
murid-murid akan membaca buku teks muka surat 93 hingga 96 dan mengenali tokoh-tokoh
Malaysia yang pernah mengharumkan nama Negara kita dalam pelbagai bidang di dunia.Ini
adalah bagi melahirkan pendirian yang teguh bagi menaikkan nama Negara kita di tempat yang
tinggi. Mengikut falsafah pendidikan JERIS yang berbunyi jasmani , emosi , rohani, intelek dan
sosial merupakan aspek yang penting dan dapat membentukkan generasri yang seimbang
dalam pelbagai kriteria. Pada masa yang sama murid-murid diterapkan dengan nilai bangga
dan cinta kepada Negara atas pencapaian yang mengkagumkan. Murid-murid diberi peluang
untuk mengetahui tentang biodata, latar belakang sumbangan dan pencapaian seseorang tokoh
bagi membina diri murid atau generasi yang berdisiplin serta berpotensi tinggi pada masa yang
akan datang. Murid-murid mengambil iktibar dalam cerita setiap tokoh bagi menonjolkan diri
murid dan memaksimumkan perkembagangan potensi dari awal kanak-kanak lagi.
Dalam fasa pertama murid-murid diminta menyebutkan atau senaraikan nama-nama
tokoh yang pernah mengharumkan negara kita. Dalam langkah ini , murid-murid pernah belajar
mengenali tokoh-tokoh seperti Dato Jimmy Choo, Datuk Chef Wan, Datuk Dr. Mazlan Binti
Othman dan Tan Sri Dato Sri Dr. Zeti Akhtar sebagai pengetahuan awal.Melalui maklumat ini,
murid-murid akan berminat untuk mengetahui lebih mendalam tentang seseorang tokoh. Murid-
murid juga disarankan untuk mencari nama tokoh-tokoh yang lain pernah memberikan
sumbangan kepada negara dalam laman web , buku rujukan dan sebagainya sebagai panduan
untuk mendapatkan data tersebut. Murid-murid secara rawak akan memerhatikan sumbangan
setiap tokoh. Murid-murid akan memilih satu tokoh yang digemari untuk berportfolio. Peluang
ini adalah untuk memberi kebebasan kepada murid dalam memilih bidang kegemaran mereka .
Melalui ini murid dapat menceburi sesuatu bidang ke tahap yang maksimum bagi
meningkatkan potensi murid. Ini adalah disebabkan bagi seseorang yang ingin menceburi
sesuatu bidang pentingnya mengetahui sejarah atau latar belakang sesuatu bidang.Apabila
mereka memilih tokoh kegemaran, mereka perlulah mendapatkan data dalam bentuk grafik dan
bukan grafik . Apabila dikatakan grafik ia adalah gambar tokoh untuk mengenali rupa tokoh
yang disanjungi dan bukan grafik adalah untuk mendapatkan maklumat tentang biodata dan
latar belakang pemimpin tersebut. Dalam aspek biodata murid-murid akan mengumpulkan data
seperti nama sebenar tokoh , akademik, keluarga, keistimewaan dan sebagainya untuk
melengkapi data asas tentang seseorang tokoh. Murid-murid menggunakan buku sebagai
rujukan pertama di perpustakaan kerana ia mudah boleh diakses pada bila-bila masa sahaja.
Pada masa yang sama murid-murid akan menggunakan internet sebagai sumber rujukan
tambahan. Data akan semakin bertambah apabila menggunakan pautan luar yang berfungsi
sebagai isi tersirat yang mendalamkan lagi pemahaman tentang latar belakang dan biodata
seseorang tokoh. Murid-murid diberikan masa selama seminggu bagi menyiapkan fasa pertama
ini.Ini adalah kerana murid-murid tidak perlu gelabah dan masa yang cukup untuk mencari
maklumat yang banyak dan mendalam. Murid-murid juga akan diperhatikan oleh guru dari masa
ke masa bagi mengetahui perkembangan portfolio di samping itu, memotivasikan murid bagi
melibatkan diri dengan bersemangat . Murid-murid akan turut dibantu oleh guru bagi
mengenalpasti kekurangan dan kelebihan portfolio dengan serta merta bagi memperbaiki
kelemahan hasil kerja mereka.
Dalam fasa kedua , murid-murid dijadualkan mencari kerjaya dan keluarga serta
pencapaian tokoh. Dalam kerjaya seseorang tokoh murid murid akan mengenali sejarah awal
kerjayanya hinggalah ke sekarang. Contohnya , YB Tun Dr. Mahathir Mohammad , pada
awalnya bekerja sebagai doktor di sebuah klinik persendirian, kemudian menjadi Perdana
Menteri keempat dan digelar sebagai bapa pembangunan Negara Malaysia.Ini adalah untuk
mengetahui perkembangan karier dari sesuatu bidang ke bidang yang lain. Ini akan
menjelaskan murid-murid bahawa input dan kemahiran yang banyak tentang sesuatu bidang
dapat memprofesionalkan diri murid. Cerita tentang usaha, semangat, komitmen yang
ditunjukkan oleh seseorang tokoh dapat membudayakan diri murid melakukan perkara yang
sama dalam kegiatan seharian murid. Murid murid-murid juga ditugaskan untuk mengetahui
tentang keluarga tokoh dengan menggunakan laman web atau buku rujukan bagi
melengkapkan data. Dengan ini, murid-murid dapat mengetahui sala silah keluarga tokoh yang
menjadi asas kepada perkembangan tokoh. Murid-murid juga akan mendapatkan maklumat
tentang pencapaian tokoh dalam sesuatu bidang. Ini akan membangkitkan semangat murid
bagi mencipta rekod sebegitu untuk mengoptimumkan kariernya.Murid-murid diberi peluang
menggunakan internet , surat khabar , televisyen dan temubual untuk menambahkan
pengetahuan yang luas tentang tokoh tersebut. Penggunaan media pelbagai akan
meningkatkan lagi semangat inkuiri penemuan murid dan mendapat data yang sahih serta
tepat. Pelbagai kaedah memerlukan masa yang agak lama , maka masa diberikan adalah
seminggu. Masa yang agak lama membimbing murid untuk mendapatkan data yang teliti.
Dalam fasa ketiga, murid-murid menulis hasil maklumat yang dikumpul dalam bentuk
esei dan i-Think sebagai rumusan kepada maklumat keseluruhan bagi seseorang tokoh. Murid-
murid mengolah data yang dikumpul sebagai penerangan kepada beberapa aspek bagi
melengkapkan maklumat tokoh tersebut. Murid-murid akan menggunakan komputer sebagai
ilustrasi kepada penyampaian setiap maklumat. Penggunaan pelbagai i-Think yang sesuai
dapat membuatkan murid-murid membuat kesimpulan dengan cepat dan tepat. Murid murid
diberi masa seminggu bagi menyiapkan hasil portfolio yang ditugaskan. Murid murid
menaipkan hasil maklumat tersebut dengan kemas dengan menggunakan komputer secara
teratur dan tepat
Dalam fasa keempat , murid-murid membuat kerja akhir dari segi
pengemaskinian.Murid-murid akan menyemak kesilapan yang dibuat dan diperbetulkan . Ini
akan dapat mengurangkan masalah teknikal dan memberikan maklumat yang tepat serta
meningkatkan mutu dan kualiti hasil. Murid-murid akan mencetak hasil mereka bagi menilai
hasilkerja mereka.

4.0 STRATEGI MENCAPAI OBJEKTIF

4.1 Teknik main peranan
1. Melakonkan situasi atau peristiwa yang dianggap penting.Proses berlaku di bilik darjah.
2.Murid memainkan peranan utama dan bertindak sebagai watak-watak yang ditentukan dalam
situasi yang diberikan
3.Peranan yang dibawa atau dimainkan secara spontan tanpa menggunakan skrip
4.Dimulakan dengan pemikiran masalah yang sesuai setelah melihatnya atau mendengar
melalui filem, televisyen, rakaman ,radio atau direka oleh guru.
5.Penilaian prestasi para pelakon dan rumusan cara penyelesaian dibuat selepas selesai aktiviti
main peranan.


4.2 Permainan Bahasa

Aktiviti pembelajaran sebagai aktiviti pengukuhan,pengayaan dan
pemulihan.
Contoh aktiviti seperti kuiz,puzzle, teka-teki,meneka, silangkata ,penyelesaian
masalah, demontrasi, sisip sukukata, menangga kekata dan sebagainya.
Boleh dilakukan secara individu, kumpulan , berpasangan atau kelas.
Penglibatan pelajar memberi peluang untuk mendapat pengalaman, latihan
intensif dan sebagai alat dianogstik.
Aktiviti yang dijalankan melibatkan kemahiran berbahasa pelajar seperti
kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis.

4.3 Latih tubi







4.4 Bercerita
Satu kaedah yang digunakan untuk menyampaikan isi pelajaran.

Cerita disampaikan secara lisan, melalui tontonan, mendengar rakaman dan
melalui pementasan boneka.
Tujuan bercerita untuk:
Menimbulkan minat murid untuk belajar
Melatih kemahiran mendengar
Memupuk nilai-nilai murni
Memperkayakan pengalaman murid
Mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan
Penglibatan murid secara aktif dan menjana pemikiran murid










Aktiviti pengulangan fakta yang bertujuan untuk mencapai penguasaan
kemahiran.
Sesuai digunakan untuk mata pelajaran Bahasa Melayu terutamanya untuk
murid-murid yang mempunyai aras pencapaian yang rendah.
Digunakan untuk mencapai sesuatu kemahiran seperti kemahiran menyebut
suku kata perkataan, ayat-ayat atau mengingat fakta-fakta penting atau pun
huruf-huruf.
Pelajar didedahkan dengan aktiviti menyebut, mendengar dan memikirkan
maksud sesuatu perkataan atau makna ayat.
Berasakan pengajaran bahasa dengar dan sebut (audiolingual)
Digunakan sebagai teknik menghafal atau mengingat.


4.5 Inkuiri
Teknik yang dikenali juga sebagai teknik tinjau siasat.
Merangkumi aspek-aspek soal selidik untuk mendapatkan jawapan atau kesimpulan
yang berorientasikan masalah.
Dapat menimbulkan daya refleksi dikalangan pelajar.
Pengendalian teknik inkuiri ialah :
1. Proses mengenali masalah
2. Mengkaji ramalan
3. Mengumpul maklumat
4. Menganalisis
5. Membuat rumusan
4.6 Perbahasan
Merupakan perbincangan formal yang terdiri daripada kumpulan kecil
Terdiri daripada 3 atau 4 orang ahli.
Satu kumpulan pencadang dan satu lagi pembangkang yang menentang hujah.
Murid dilatih untuk mengembangkan idea dan menyampaikan isi secara spontan
Merupakan satu aktiviti yang member peluang kepada murid menyampaikan hujah yang
bernas, logik dan berfakta.
4.7 Kuiz
Guru dapat menperkukuhkan pengajaran dan memantapkan pemahaman pelajar
mengenai topik-topik tertentu.
Dapat menguji minda pelajar disamping belajar sambil bergembira.
Pelajar dapat menimba ilmu dengan mengemukakan soalan-soalan secara teka-teki.
Mewujudkan cara belajar melalui pemikiran yang bernas.
Membantu pelajar memahami sistem Bahasa Melayu terutama dari segi bentuk, makna
dan penggunaan bahasa yang tepat.
Soalan adalah yang memberangsangkan minda dan mempunyai kemahiran berfikir

4.8 Sumbangsaran
Topik perbincangan sesuai dengan kebolehan, aras dan minat murid
Segala cadangan, pendapat dan ideaperlu dicatat untuk dibincangkan dalam sesi
umum.
Pengerusi mestilah berkelayakan untuk menyampaikan idea dan setiap ahli
berpeluang memberi cadangan
4.9 Soaljawab
















Mewujudkan interaksi dua haladan cara pembelajaran yang berkesan.
Guru mengemukakan soalan-soalan yang berkaitan dengan isi pelajaran
dan pelajar dikehendaki memberi tindakbalas yang sewajarnya.
Soalan-soalan yang diberikan memerlukan pelajar berfikir dengan baik
di samping dapat menguji dan menilai apa yang diajar oleh guru
Soalan yang terancang dan bermutu dapat membantu menajamkan aras
pemikiran pelajar di samping dapat mewujudkan iklim bilik darjah dan
pembelajaran beretika, dinamik dan berkesan

4.10 Simulasi
@ Suatu situasi pembelajaran yang terkawal dan merupakan situasi yang sama dengan
keadaan sebenar untuk menyelesaikan masaah
@ Pembelajaran berlaku dalam bilik darjah dan membolehkan murid melakukan aktiviti
secara lakonan dengan tujuan mengemukakan masalah
@ Terdapat dua jenis simulasi iaitu sosiodrama dan main peranan.
@ Tujuannya ialah :
Murid dapat menguasai kemairan bertutur
Membina pemikiran yang kreatif dan kritis
Membina jati diri yang positif terhadap masalh yang dihadapi
Mengaitkan isi pelajaran dengan sifat yang baik dan berwibawa
Mewujudkan suasana situasi yang sebenar di dalam kehidupan seharian
4.11 Drama
Mendorong dan merangsang minda pelajar untuk menghubungkan perasaannya dengan
matapelajaran yang dipelajarinya.
Pelajar diberi kebebasan untuk meluahkan pendapat, membuat penemuan, memberi
dan berkongsi sesuatu dengan orang lain
Drama dapat mempelbagaian ragam pembelajaran iaitu sebagai salah satu alat bantu
pengajaran dan pembelajaran.
Teknik ini boleh menimbulkan rasa keseronokan dan keberkesanan pembelajaran
kepada pelajar, disamping dapat menyuburkan sahsiah pelajar.







4.12 Perbincangan







4.13 forum
Satu sesi perbincangan yang terdiri daripada beberapa ahli panel untuk menjana idea dan
mengemukakan pendangan tentang sesuatu topic dan dijalankan secara formal.
Teknik forum merupakan aktiviti lisan yang ideal dan sesuai dijalankan dalam pengajaran,
di mana pelajar akan berkongsi ilmu pengetahuan dan pengalaman mereka,
Secara langsung ianya dapat meningkatkan kemahiran menyampaikan idea dan fikiran
dengan jelas, bernas, proaktif ,berobjektif, kreatif dan rasional.
Bagi merealisasikan kejayaan aktiviti ini,topik forum yang dipilih haruslah mudah, menarik
dan mencabar selaras dengan kemahiran, pencapaian serta peringkat umur pelajar.






Melibatkan aktiviti perbualan antara guru dengan murid di dalam kelas
Sebagai cara untuk bertukar pandangan dan pendapat untuk berkongsi
idea ataupun masalah.
Guru memberikan tajuk mengenai peristiwa, fakta, isu-isu atau konsep
kekeluargaan atau pencemaran, manakala murid berperanan
memberikan pendapat untuk pencambahan dan perkembangan idea.
Guru sebagai fasilitator dan akan membantu murid membuat rumusan
terhadap hasil perbincangan mereka.
4.14 Demontrasi
Kemahiran guru menunjukcara dan membuat demontrasi tentang sesuatu
aktiviti yang dijalankan di hadapan murid.
Melibatkan pancaindera telinga dan mata serta percubaan murid untuk
melakukannya.
Memerlukan pemahaman yang jitu serta berpetahuan luas ketika melakukan
sesuatu aktiviti
Murid akan dapat melakukan sesuatu aktiviti dengan lebih mudah,kukuh dan
tepat kerana sudah memahami konsep dan cara melakukannya.
Membina keyakinan murid untuk melaksanakannya secara individu walaupun
aras pencapaian mereka rendah





















5.0 PEMBUKTIAN PENCAPAIAN OBJEKTIF

Tulisan merupakan salah satu kemahiran yang terdapat dalam objektif pengajaran dan
pembelajaran. Contohnya murid-murid akan menulis tulisan manuscript yang menjadi
kemahiran untuk mereka. Dari segi tingkah laku atau bentuk tulisan kita boleh menilai
murid sama ada capai ataupun tidak
Bahan cetakan seperti hand out, buku, modul , lembaran kerja, brosur, leaflet ,
wallchart dan sebagainya
Persembahan adalah penyampaian oleh murid dari segi pembentangan hasil kerja.
Murid-murid akan menggunakan pelbagai kaedah untuk menyampaikan maklumat dari
segi media elektronik atau ICT. Benda-benda seperti ini boleh dijadikan sebagai bahan
bukti pencapaian objektif.
Foto merupakan gambar yang ditangkap apabila murid-murid menghasilkan hasil kerja
atau tingkah laku yang berpositif dan membina bagi mengetahui pencapaian objektif.
Grafik Bahan adalah bahan yang dilukis sebagai karangan visual yang dapat memberi
satu atau lebih keterangan visual.
Artifak merupakan model yang dibina atau diubahsuai menyerupai bahan sebenar.Ia
melibatkan tiga dimensi yang mewakili struktur, rupa bentuk atau bagaimana sesuatu
itu, berfungsi. Jenis bahan artifak adalah seperti berskala-kadar pembesaran/pengecilan
yang berbeza daripada bahan sebenar , Model potongan-keratan dan Model olok-olok-
gambaran tiga dimensi perjalanan sesuatu. Ia boleh diperbuat daripada kertas, tanah
liat, simen, habuk kayu, styrafoam atau plaster
Laporan tugasan merupakan refleksi di mana murid-murid akan menghuraikan tentang
input didapati dan cara perlaksanaan sesuatu tugasan.












6.0 SENARAI NAMA/ TANDATANGAN
KONTRAK

Saya (nama murid ) bersetuju untuk melaksanakan aktiviti (nyatakan aktiviti) bagi mencapai
objektif (nyatakan objektif)

Saya akan selesaikan aktiviti ini pada atau sebelum (beri tarikhnya)
Saya (nama murid) berjanji dan bersetuju jika saya gagal untuk menyempurnakan aktiviti yang
telah dipersetujui antara saya dan guru saya maka guru berhak memotong markah saya
berdasarkan status aktiviti berkenaan.

Saya akan serahkan dokumen aktiviti tersebut pada tarikh yang telah ditetapkan seperti di atas.
Saya akan meminta bantuan guru jika saya menghadapi masalah dalam melaksanakan aktiviti
tersebut.

Saya (nama guru) bersetuju untuk membantu murid-murid menyiapkan tugasan aktiviti tersebut
sehingga diserahkan pada(tarikh seperti di atas) Saya senantiasa bersedia memberi apa-apa
pertolongan jika perlu.


Tandatangan Guru: Tandatangan Murid:


Nama Guru: Nama Murid:


Tarikh: Tarikh:

Objektif yang mesti saya capai:

Pada akhir aktiviti ini, saya akan dapat:















BAHAGIAN B

7.0 PENILAIAN OBJEKTIF
7.1 Untuk mengetahui keupayaan, kemahiran atau pengetahuan asas yang sedia ada pada
pelajar-pelajar dalam perkara-perkara yang hendak diajar. Ujian seperti ini biasanya
disebut sebagai praujian atau pretest. Daripada ujian inilah guru-guru biasanya dapat
merancang dan merencanakan pengajaran yang seterusnya. Hasil ujian tersebut dapat
memberikan gambaran kepada guru-guru tentang keupayaan pelajar mereka yang
sebenar sebelum mereka memulakan pengajaran.
7.2 Untuk menolong guru-guru mengetahui sejauh manakah pelajar-pelajar mereka telah
dapat menguasai atau mempelajari perkara yang telah disampaikan. Dengan lain
perkataan guru-guru itu dapat melihat sejauh manakah pengajarannya itu berhasil.
Biasanya, ujian-ujian seperti ini disediakan oleh guru sendiri untuk menguji aspek-aspek
pengetahuan dan kemahiran tertentu.
7.3 Untuk membandingkan pencapaian seseorang pelajar dengan teman-teman sekelasnya
atau dengan peringkat kelas yang sama di sekolah. Perbandingan seperti ini penting
untuk menilai pencapaian atau prestasi seseorang individu.
7.4 Untuk membandingkan tingkat pencapaian pelajar dalam sesuatu bidang subjek dengan
bidang yang lain. Tujuannya ialah untuk melihat kelemahan atau kelebihan pelajar
dalam sesuatu bidang dan digunakan maklumat ini untuk kerja-kerja pemulihan dan
sebagainya.
7.5 Untuk menentukan pelajar yang tinggi keupayaan dan juga yang amat lemah dalam
pencapaian mereka. Tujuannya ialah untuk kerja-kerja pemulihan dan pengayaan.
7.6 Untuk membuat jangkaan terhadap potensi atau bakat pelajar terhadap pembelajaran.
Ini penting untuk menyelaras dan menentukan arah jenis pendidikan pelajar. Guru-guru
dengan mudah dapat menyalurkan pelajar-pelajar mereka ke jurusan-jurusan tertentu
mengikut kebolehan mereka sepeti jurusan sains, sasteradan teknikal.
7.7 Untuk membolehkan guru-guru menilai bahan-bahan dan teknik serta kaedah
pengajaran mereka. Melalui ujian dan penilaian mereka sentiasa
dapatmempertingkatkan pengajaran mereka.
7.8 Ujian dan penilaian adalah juga berguna kepada pelajar-pelajar. Melaluinya mereka
berpeluang untuk mengetahui kelemahan-kelemahan mereka dalam sesuatu kemahiran
atau bidang itu dan segera pula memperbaikinya.




TUGASAN 2
1.0 Pengenalan Jadual Spesifikasi Ujian (JSU) -
Difinisi
Jadual Spesifiikasi Ujian ialah jadual yang menggambarkan ciri sesuatu ujian dari segi
kandungan iaitu konstruk yang ditaksirkan, pemberatan tiap-tiap konstruk, konteks, pemberatan
tiap konteks, dan pemberatan taburan aras kesukaran.
Penggubalan sesuatu kertas ujian perlu mengikut spesifikasi ujian yang ditetapkan iaitu
mewakili keseluruhan sukatan pelajaran, yang merangkumi komponen pengetahuan, kemahiran
dan sikap seperti yang telah ditetapkan. Pertimbangan ini dibuat untuk memastikan para pelajar
diuji dengan menggunakan soalan yang relevan mengikut sukatan pelajaran dan objektif
pengajaran.
Menurut Hale, (1980), penilaian terhadap item-item tersebut juga perlu dilakukan oleh
pakar mata pelajaran tertentu. Ini penting bagi memastikan kualiti item ujian dari segi
kebolehpercayaan, kesahan, dan seterusnya, pengukuran yang adil.
Kubiszyn dan Borich (2003) pula berpendapat, JSU adalah carta dua hala yang
mengaitkan objektif pengajaran dengan kandungan pengajaran. Lajur carta tersebut
menyenaraikan objektif-objektif pengajaran, sementara baris carta ini pula menyenaraikan
konsep-konsep utama yang diajar dan ingin diukur.
Oleh itu pengubalan kertas ujian perlu mengikut pelbagai proses dengan terlebih dahulu
menyediakan JSU, diikuti dengan membuat ujian rintis dan mengemaskini setiap item ujian
tersebut sebelum item ujian itu ditadbir. JSU juga akan menjadi panduan kepada guru tentang
sukatan pelajaran yang perlu diajar dan objektif pengajaran yang perlu dicapai pelajar.
Dari segi pembinaan item ujian pula, JSU boleh menjadi panduan kepada guru supaya
item-item yang dibina merangkumi semua kandungan pengajaran daripada awal hingga akhir.
2.0 KEPENTINGAN JSU
2.1 Ambil kira bilangan masa yang diperuntukkan untuk sesuatu topik
2.2. Menstabilkan aras kesukaran ujian dari tahun k etahun
2.3. Memberi panduan untuk membentuk soalan
2.4. Memberi panduan untuk membentuk format ujian
2.5. Kesahan dari segi persampelan sukatan pelajaran adalah terjamin
2.6. Kertas ujian dapat digubal secara sistematik
2.7. Perimbangan antara topic dengan aras kemahiran yang diuji
2.8. Timbulkan rasa kepentingan topik dan aras kemahiran
2.9. Menjamin kesahan uji kandungan sesuatu ujian
2.10. Elakkan membina secara sembarangan
2.11. Membanding antara satu ujian dengan ujian yang lain

3.0 PENUTUP
Sistem pendidikan masa hadapan yang juga berupa ucapan selamat tinggal kepada
orientasi peperiksaan yang telah sekian lama mengundang kritikan bertalu-talu. Anjakan
paradigma yang berlaku ini bertepatan dengan pesanan Saidina Umar al-Khatab yang
menegaskan supaya reka bentuk pendidikan anak-anak wajib berdasarkan keperluan masa
hadapan mereka. Pelaksanaan sistem pendidikan dan pentaksiran sentiasa melangkah ke
hadapan, manakala segala kebijaksanaan dan pengalaman zaman-berzaman akan tetap
dimanfaatkan dalam persekitaran terkini. Kini tibalah zaman mengembangkan potensi murid
secara kesuluruhan dengan menghidupkan suasana pembelajaran berpusatkan murid dan guru
menjadi pembimbing atau fasilitator.


BIBLIOGRAFI

1. http://dygnuriziamah88.blogspot.com/
2. http://nontypicalnotes.blogspot.com/2011/11/bmm-3103.html
3. http://hanifformula88.blogspot.com/2010/03/definisi-objektif-pengajaran-objektif.html
4. http://hamsiahmd.blogspot.com/
5. http://www.slideshare.net/zaidillah/ee-ah-meng
6. http://www.slideshare.net/zaidillah/ee-ah-meng
7. http://wnazi.blogspot.com/2010/09/jadual-spesifikasi-ujian-jsu.html