Anda di halaman 1dari 12

Kepentingan

Pentaksiran dan penilaian perkembangan kanak-kanak prasekolah penting kerana membantu


mengesan perkembangan seseorang murid itu dan mengenal pasti pelbagai potensi murid
secara menyeluruh.

Selain itu ia juga sebagai alat untuk mengesan kelebihan dan kelemahan murid dalam
pembelajaran dari semasa ke semasa. Ia juga dapat membantu guru dalam mengenal pasti
keberkesanan sesuatu pengajaran. Selain itu, guru juga dapat menggunakan pentaksiran dan
penilaian sebagai medium untuk merangsang aktiviti mengikut keperluan dan pertumbuhan
murid serta mengesan pertumbuhan murid bersesuaian dengan peringkat umur mereka.

Pentaksiran dan penilaian juga penting bagi menyediakan program atau aktiviti yang
selanjutnya yang sesuai diberikan kepada murid prasekolah. Aktiviti tersebut adalah sama ada
aktiviti pemulihan untuk murid yang lemah, aktiviti pengukuhan untuk yang menguasai dan
aktiviti pengayaan bagi mereka yang sudah mahir. Ketiga-tiga tahap ini mempunyai tahap
kesukaran yang berbeza-beza mengikut tahap murid. Penilaian dan pentaksiran juga
berperanan untuk menjadi asas membuat laporan kepada ibu bapa. Melalui pentaksiran dan
penilaian ini juga murid dapat menilai diri mereka sendiri. Dengan ini mereka akan berusaha
memajukan diri melalui aktiviti yang disediakan.
Objektif
Objektif pentaksiran dan penilaian secara umum yang terdapat di laman
webhttp://ceep.crc.uiuc.edu/eecearchive/digests/1997/katz97.html menyatakan pentaksiran dan
penilaian di prasekolah bertujuan untuk menentukan kemajuan dalam pencapaian
perkembangan yang utama, membuat keputusan penempatan, membuat diagnosis masalah
pengajaran dan pembelajaran, membantu dalam membuat keputusan berkaitan pengajaran dan
kurikulum, menjadi asas dalam membuat laporan kepada ibu bapa dan menolong kanak-kanak
tertentu dalam menilai kemajuan dirinya sendiri(Katz, 1997).

Bruce dan Meggitt (2005) pula menyifatkan kurikulum kanak-kanak ialah sesuatu yang
dapat membantu kanak-kanak membesar dan belajar yang mana menjadi satu tanggungjawab
kepada pendidik untuk menyediakan pengalaman pembelajaran yang dapat menyokong,
merangsang dan membantu menggarap potensi yang ada pada seseorang kanak-kanak dan
ianya bersesuaian dengan keperluan dan keupayaan kanak-kanak melakukan atau
mempelajarinya (Department for Education and Science, 1990).

Berdasarkan Huraian Kurikulum Prasekolah Kebangsaan (2008), objektif penaksiran
dan penilaiandijelaskan secara khusus iaitu guru dapat mengesan perkembangan seseorang
murid itu serta mengenal pasti pelbagai potensi murid secara menyeluruh. Ianya juga dapat
digunakan untuk mengenal pasti kelebihan dan kekurangan murid dalam pembelajaran dari
masa ke semasa. Guru juga dapat mengesan keberkesanan sesuatu pengajarannya melalui
proses penaksiran dan penilaian. Selain itu, guru juga dapat menggunakan penaksiran dan
penilaian sebagai medium untuk merangsang aktiviti mengikut keperluan dan pertumbuhan
murid serta mengesan pertumbuhan murid bersesuaian dengan peringkat umur mereka.

Menurut Lihanna Borhan, dari tujuan pentaksiran dan penilaian berdasarkan garis
panduan Amalan Bersesuaian Perkembangan dalam pendidikan awal kanak-kanak, dapatlah
disimpulkan bahawa penggunaan penilaian berbentuk ujian atau peperiksaan bertulis bukanlah
satu kaedah yang sesuai di tahap ini. Sebaliknya, guru prasekolah seharusnya mengubah
perhatian mereka ke arah penggunaan sistem penilaian yang lebih autentik




2
1.0 Pengenalan
Pendidikan prasekolah di Malaysia bertujuan memperkembangkanpotensi kanak-kanak
berumur empat hingga enam tahun secara menyeluruhdan bersepadu dalam aspek jasmani,
emosi, rohani, intelek dan sosial melaluipersekitaran pembelajaran yang selamat, menyuburkan
serta aktiviti yangmenyeronokkan, kreatif dan bermakna.Ini adalah untuk meningkatkan
kemahiran, menanam keyakinan danmembentuk konsep kendiri yang positif pada diri kanak-
kanak agar merekaberjaya dalam persekitaran sedia ada dan bersedia untuk menangi
cabarandan tanggungjawab di sekolah rendah kelak. Ibu bapa serta guru di sekolahrendah pula
mengharapkan murid yang dididik dari prasekolah telah dapatmenguasai empat kemahiran
asas iaitu membaca, menulis, mengira danmenaakul.Untuk memastikan matlamat dan objektif
tersebut tercapai, pentaksiranperlu dijalankan untuk menilai perkembangaan kanak-kanak dari
semasa kesemasa dalam aspek-aspek yang dikenal pasti. Pentaksiran yangdicadangkan
adalah pentaksiran secara formatif dan autentik melaluipengajaran dan pembelajaran
harian.Pentaksiran adalah proses pengumpulan maklumat tentangperkembangan dan
kemajuan murid dengan menggunakan pelbagai kaedah.Pentaksiran dan penilaian merupakan
satu proses pengajaran danpembelajaran dalam bilik darjah. Oleh itu, kemahiran guru
prasekolah dalammelaksanakan pentaksiran dan penilaian amat membantu
dalammengenalpasti tahap kecergasan dan perkembangan murid.Untuk membuat instrument
pentaksiran pula, guru perlu mendalamikonsep pentaksiran dan penilaian supaya instrument
yang digunakan sah dansahih untuk digunapakai seterusnya memberikan keputusan yang
bolehmembantu dalam memberi gambaran sebenar perkembangan seseorangmurid
tersebut.Oleh itu, maklumat yang diperolehi daripada melaksanakan kerjakursus ini amat
membantu serta member pengalaman kepada kerjaya kelak.



3
2.0 Definisi Pentaksiran dan Penilaian2.1
Pentaksiran

Pentaksiran merupakan satu proses mendapatkan maklumat danseterusnya membuat
pertimbangan tentang hasil daripada sesuatu prosespendidikan. Dari konteks pendidikan
pentaksiran merupakan satukesinambungan dalam proses pembelajaran yang merangkumi
aktivitimenghurai, mengumpul, merekod, memberi skor dan menginterpretasimaklumat tentang
pembelajaran seorang pelajar bagi sesuatu tujuan.Pentaksiran juga merupakan satu proses
untuk mendapatkan gambarantentang prestasi pembelajaran seseorang dalam sesuatu subjek
atau aktivitipembelajaran. Aktiviti pentaksiran dijalankan secara berterusan.Berikut merupakan
definisi pentaksiran mengikut beberapa orang tokoh.Menurut Dunn (1991), pentaksiran ialah
satu proses pengumpulan maklumatoleh guru tentang pelajarnya dan oleh pelajar sendiri
tentang kemajuanmereka. Dodge et. Al (1994)menyatakan bahawa pentaksiran merupakansatu
proses pengumpulan maklumat tentang kanak-kanak dalam aspekpengetahuan, kemahiran dan
perkembangan mereka yang dinilai melaluipemerhatian, dokumentasi dan tugasan yang
dilakukan kanak-kanak. DalamKurikulum Bersepadu (Kementerian Pendidikan Malaysia, 1998)
pulamenyatakan bahawa pentaksiran ialah satu proses mendapatkan maklumatdan seterusnya
membuat keputusan tentang produk sesuatu prosespendidikan. Munurut Kementerian
Pelajaran lagi ia merupakan proses untukmengesan perkembangan, kebolehan, kemajuan, dan
pencapaian pelajarsecara menyeluruh berasaskan matlamat kurikulum.Noraini Idris (2008)
menyatakan pentaksiran dirancang dan dikendalikanoleh guru dan menjadi sebahagian
daripada proses pengajaran yangdiharapkan dapat memperbaiki proses pembelajaran pelajar.
Pentaksirandilaksanakan secara berterusan yang bersifat formatif melibatkan gurusepenuhnya
dan memberi peluang kepada pelajar untuk menunjukkanpenguasaan mereka dalam kemahiran
yang dipelajari, yang tidak bolehditaksir melalui ujian bertulis. Kaedah pentaksiran ini amat
sesuai digunakanuntuk mentaksir kemahiran pelajar. Menurutnya lagi, pentaksiran sebagai



4
pembelajaran menggalakkan seseorang guru menggunakan kebijaksanaanuntuk menilai
kefahaman pelajar dalam proses pembelajaran, dan seterusnyamembuat perancangan untuk
memperbaiki pelajar. Contohnya dalam kelasMatematik, guru boleh menapis dan membuat
klasifikasi pelajar tentang tahapkebolehan semasa proses pengajaran dan pembelajaran
dijalankan. Pelajarmenjalankan aktiviti, dan sebagai guru, kita menilai pada masa
tersebut.Lembaga Peperiksaan Malaysia (2000), menghuraikan pentaksiransebagai
sebahagian daripada proses pembelajaran dan aktiviti pentaksirandijalankan secara berterusan.
Dalam kontekspendidikan juga pentaksirandianggap sebagai suatu proses pembelajaran yang
merangkumi aktivitimenghurai, mengumpul, merekod, memberikan skor (markah)
danmenterjemahkan maklumat tentang pembelajaran seseorang murid bagisesuatu tujuan
tertentu. Pentaksiran merupakan satu proses untukmendapatkan gambaran tentang prestasi
pembelajaran seseorang dalamsesuatu subjek atau aktiviti pembelajaran. Aktiviti pentaksiran
dijalankansecara berterusan.Hasil pentaksiran dinyatakan dalam bentuk skor. Skormestilah sari
dan boleh dipercayai untuk memastikan keadilan kepada muridserta mengekalkan kewibawaan
institusi pentaksiran.Pentaksiran prasekolah adalah satu proses yang sistematik
untukmengumpul maklumat tentang perkembangaa murid bagi membantu gurumembuat
penilaian terhadap mereka dengan tujuan mengenalpasti tindakansusulan yang sesuai untuk
membantu murid mencapai objektif pengajarandan pembelajaran di prasekolah. Proses dalam
pentaksiran melibatkan aktivitimengumpul, menganalisis dan menginterprestasi maklumat yang
diperoleh.Kesimpulannya pentaksiran membelajaran pembelajaran di mana
dapatmenggalakkan seseorang guru menggunakan kebijaksanaan untuk menilaikefahaman
pelajar dalam proses pembelajaran, dan seterusnya membuatperancangan untuk memperbaiki
pelajar. Di samping membantu

guru dalammemperkembangkan lagi teknik, kaedah dan mengesan kelemahan pelajar.

Penilaian
Penilaian merupakan proses pengumpulan maklumat berkenaanperkembangan dan kemajuan
murid menggunakan pelbagai kaedah.Pentaksiran dan penilaian tidak dapat dipisahkan, sama
seperti pentaksiran,penilaian juga merupakan sebahagian daripada proses pengajaran
danpembelajaran secara berterusan.

Penilaian adalah suatu istilah yang boleh didefinisikan dengan banyakcara, Stufflebeam et
al. (1971) menyatakan penilaian sebagai
the process of delineating, obtaining, and providing usefulinformation for judging
decision alternatives.
Definisi ini menjangkau melepasi daripada maksud pengujian danpengukuran. . Gay (1985)
pula berpendapat bahawa penilaian ialah satuproses yang dianggap sistematik semasa
mengumpul dan menganalisis databagi menentukan sama ada sesuatu objektif yang telah
ditetapkan itu telahtercapai. Hal ini seterusnya bagi membolehkan guru dapat
membuatpertimbangan atau keputusan yang tepat berhubung pengajaran danpembelajaran.
Terry D. TenBrink (1974) pula menyatakan bahawa penilaianadalah suatu proses mendapatkan
maklumat yang akan digunakan untukmembuat pertimbangan yang seterusnya digunakan
dalam membuatkeputusan. Tujuannya untuk mendapatkan gambaran yang hanpir tepattentang
perkembangan seseorang individu tersebut.Menurut Stufflebeam (1971), penilaian adalah
proses mengenalpasti,memperoleh dan menyediakan maklumat berguna bagi
keputusanmempertimbangkan pilihan-pilihan yang ada pada kita. Penilaian menentukan
jurang perbezaan antara apa yang dihasilkan dengan apa yangdihasratkan dari sesuatu
program pendidikan. Penilaian merupakan
pertimbangan profesional iaitu proses yang membolehkan
seseorangmembuat keputusan. Ditambah dengan teori oleh Gray (1985) yangmendefinisikan
penilaian sebagai satu proses yang dianggap sistematiksemasa mengumpul dan menganalisis
data bagi menentukan sama adasesuatu objektif yang telah ditetapkan itu telah tercapai. Hal ini
membolehkan



6
guru dapat membuat pertimbangan atau keputusan yang tepat berhubungpengajaran dan
pembelajaran.Teori daripada tokoh lain pula seperti Rohaty dan Abu Bakar (1989),menyatakan
bahawa penilaian adalah suatu proses yang melibatkanbeberapa langkah utama atau proses
yang berterusan untuk mencapai satutujuan iaitu bagi mendapatkan maklumat yang tepat dan
mencukupi untukmembolehkan guru membuat sesuatu keputusan yang dirasakan
perlu.Langkah-langkah utama atau proses yang dinyatakan sebelum ini dapatlahdirumuskan
kepada tiga proses utama iaitu proses yang pertama adalahmerancang, proses kedua
melaksanakan penaksiran dan proses yang ketigaadalah merekod maklumatPenilaian
merupakan satu proses untuk menghasilkan nilai kuantitatifuntuk menentukan peringkat
pencapaian dan kedudukan dalampembelajaran. Penilaian merangkumi aspek pengujian dan
pengukuran.Penilaian juga dapat didefinisikan sebagai satu proses yang sistematik
bagimembuat pertimbangan dalam menafsir hasil pengukuran, yang bertujuanuntuk memberi
maklumat tentang pencapaian akademik, kemahiran atausikap.

Secara ringkasnya Penilaian merupakan satu proses membuatpertimbangan dalam mentafsir
hasil pengukuran. Bertujuan memberikanmaklumat tentang pencapaian murid,
objektif pelajaran, kaedah mengajar dankurikulum.




3.0 Kepentingan Pentaksiran dan Penilaian
Sebelum mengetahui kepentingan khusus pentaksiran dan penilaiansecara mendalam, perlu
diketahui juga bahawa pentaksiran perludilaksanakan secara berterusan oleh guru prasekolah
telah termaktub
dalam Akta Pendidikan 1996. Kementerian Pendidikan telah menyatakandalam Akta Pendidika
n 1996 dan diperjelaskan lagi dalam Peraturan-Peraturan Pendidikan (Prasekolah)1997, yang
ditulis dalam perenggan :
5. (1) Tiap-tiap tadika hendaklah membuat penilaianberterusan tentang perkembangan murid-
muridnya dalam domainkognitif, afektif dan psikomotor.22 (2) Kurikulum Prasekolah Kebangsaa
n yang ditetapkan dibawah Subseksyen (1) hendaklah menyatakan pengetahuan,kemahiran
dan nilai yang dijangka akan diperoleh oleh murid-murid pada akhir tempoh pendidikan
prasekolah masing-masing.
Manakala dalam Akta Pendidikan 1996 Seksyen 24, Peraturan-Peraturan Pendidikan
(Kurikulum Prasekolah Kebangsaan) 2002, Menterimembuat peraturan-peraturan yang berikut :
seksyen 24

Kuasa untuk membuat peraturan berhubungan dengan pendidikan prasekolah.
Menteri boleh membuat peraturan
-peraturan untuk melaksanakan
peruntukan Bab ini.

Tujuan utama pentaksiran dan penilaian dilaksanakan adalah untukmengenalpasti pelbagai
kecergasan dan potensi murid bagimemperkukuhkan dan membantu mempertingkatkan
perkembangan mereka.Sebab kenapa penilaian ini dikatakan proses pengajaran dan
pembelajaranberterusan adalah kerana, penilaian bertujuan untuk mengumpul maklumatyang
berkaitan tentang pengetahuan, kemahiran dan pencapaian kanak-kanak seterusnya menjadi
panduan bagi menentukan objektif yang perludicapai dan hala tuju pengajaran dan
pembelajaran. Selain itu, ianya jugabertujuan untuk membolehkan guru memilih dan merancang
pengalaman




8
pembelajaran yang sesuai dengan keperluan kanak-kanak. Oleh itu,pentaksiran dan penilaian
perkembangan kanak-kanak prasekolah pentingkerana membantu mengesan perkembangan
seseorang murid itu danmengenal pasti pelbagai potensi murid secara menyeluruh.Hasil
penilaian inilah yang membolehkan guru untuk mengambiltindakan susulan yang berkesan
dalam membantu memperkembangkanpotensi murid ke tahap optimum dalam domain kognitif,
afektif danpsikomotor. Daripada hasil penilaian yang telah dibuat, guru dapat
membuatpertimbangan tentang tiga perkara iaitu mengesan keberkesanan pengajaranguru,
mengenalpasti kelemahan dan kekuatan murid seterusnya merancangdan mengubah suai
aktiviti pengajaran bagi membantu perkembangan danpertumbuhan murid.Tujuan utamanya
adalah untuk mendapatkan gambaran tahapperkembangan murid yang hampir. Proses
mendapatkan gambaran tentangprestasi seseorang dalam pembelajaran secara lebih jelas dan
mempunyaibukti yang kukuh berlaku apabila pentaksiran dan penilaian dilaksanakan.Dari
sinilah guru mendapatkan maklumat secara berterusan tentangpengajaran dan pembelajaran
memperbaiki pengajaran dan pembelajaran.Melibatkan semua atau sebahagian besar murid
dalam kelas secara efektif.Pentaksiran dan penilaian juga amat membantu guru
dalammelaksanakan tugas mendidik mereka. Daripada hasil pentaksiran danpenilaian guru
dapat menilai aktiviti yang dijalankan semasa pengajaran danpembelajaran sama ada
membantu murid dalam mengalakkanperkembangan mereka ke tahap yang optimum. Daripada
analisis data yangdiperolehi guru boleh merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran
yangtersusun dan sistematik bersesuaian dengan tahap keupayaan murid samaada perlu
mengekalkan kaedah dan teknik yang sedang digunakan atau perlumemikirkan alternatif lain
dalam usaha guru menyediakan persekitaran yangmampu membantu perkembangan murid
prasekolah. Dalam erti kata lain,guru perlu Memperbaiki pengajaran dan pembelajaran yang
dilaksanakan jikakeputusan dapatan tidak memberansangkan atau menganalisis semulaiventori
yang digunakan sama ada terlalu sukar atau terlalu mudah untuktahap kebolehan murid. Dari
situ guru dapat Merancang dan melaksanakanaktiviti tindak susul yang berkesan.



9
Tujuan pentaksiran dan penilaian ini juga membantu gurumengenalpasti murid yang tinggi
keupayaan dan juga yang amat lemahdalam pencapaian mereka. Murid pula boleh mengetahui
kelemahan-kelemahan mereka dalam sesuatu kemahiran atau bidang itu dan segera
pulamemperbaikinya. Jadi, guru bertanggungjawab memberitahu ataumenjelaskan kepada ibu
bapa murid tentang perkembangan anak-anakmereka secara individu.Pentaksiran dan
penilaian juga penting bagi menyediakan programatau aktiviti yang selanjutnya yang sesuai
diberikan kepada muridprasekolah. Aktiviti tersebut adalah sama ada aktiviti pemulihan untuk
muridyang lemah, aktiviti pengukuhan untuk yang menguasai dan aktivitipengayaan bagi
mereka yang sudah mahir. Ketiga-tiga tahap ini mempunyaitahap kesukaran yang berbeza-
beza mengikut tahap murid. Penilaian danpentaksiran juga berperanan untuk menjadi asas
membuat laporan kepadaibu bapa. Melalui pentaksiran dan penilaian ini juga murid dapat
menilai dirimereka sendiri. Dengan ini mereka akan berusaha memajukan diri melaluiaktiviti
yang disediakan.Selain itu, pentaksiran ini bertujuan untuk melihat sejauh mana objektifkursus
telah tercapai, dan sejauh mana pengetahuan dan kemahiran telahdiperoleh oleh pelajar pada
akhir sesuatu program. Pengujian merupakansatu prosedur yang sistematik bagi mengukur
perubahan tingkah laku.Tujuan pengujian ialah untuk menentukan pencapaian murid dalam
sesuatupembelajaran. Boleh dalam bentuk pemerhatian, ujian lisan mahupunbertulis. (Zamrina,
1996
Pengenalan
Kementerian Pendidikan Malaysia (2003), dalam menghuraikan kurikulum prasekolah
menyatakan bahawa pentaksiran dan penilaian perkembangan kanak-kanak prasekolah adalah
sebahagian daripada proses pengajaran dan pembelajaran yang perlu dijalankan secara
berterusan. Selain bertujuan mengenal pasti pelbagai kecerdasan dan potensi untuk diberi
pengukuhan dan dipertingkatkan di dalam kesemua domain- domain kognitif, afektif dan
psikomotor, penilaian tersebut juga memberi maklumat untuk menentukan pencapaian sesuatu
objektif dan hala tuju pengajaran dan pembelajaran.

Disamping itu, dengan membandingkan perkembangan kanak-kanak mengikut tahap yang
seharusnya patut dicapai pada peringkat-peringkat tertentu mengikut umur membolehkan guru,
memilih dan merancang pengalaman pembelajaran yang bersesuaian dengan keperluan kanak-
kanak. Proses pemerhatian, mengenal pasti, mengumpul dan menganalisis rekod
perkembangan kanak-kanak membolehkan guru memahami perkembangan serta kemajuan
pembelajaran kanak-kanak.

Dari sisi yang lain, pengetahuan yang terhad dalam aspek pentaksiran dan penilaian
perkembangan kanakkanak perlu didalami dan difahami oleh guru prasekolah bukan sekadar
berunsurkan teori dan mengetepikan ataupun memperlekehkan pengaplikasian teori. Bakal
guru perlu diberi pendedahan kepada input yang dapat merealisasikan matlamat pelaksanaan
penilaian. Kanakkanak mempunyai repertoir tingkah laku yang terhad bagi dinilai. Justeru,
guru perlu didedahkan kepada pelbagai alat pentaksiran pemerhatian daripada segi teori dan
pratikal seperti rekod anekdot dapat menjamin bakal guru benar-benar faham bentuk penilaian
yang perlu dijalankan di peringkat prasekolah dan tidak mengambil jalan mudah dengan
menggunakanujian-ujian yang hanya menguji perkembangan kognitif kanakkanak (Saayah
Abu, Siti Saleha Samsuri & Surayah Zaidon, 2006).

Kesimpulannya, pentaksiran dan penilaian pendidikan awal kanak-kanak seharusnya dilakukan
sebaik mungkin untuk memastikan perkembangan dan potensi kanak-kanak boleh
dikembangkan dan digilap. Sikap ambil mudah danmelepaskan batuk ditangga seharusnya
dikikis. Ini kerana peringkat pendidikan awal kanak-kanak merupakan akar kepada
perkembangan dan pertumbuhan kanak-kanak. Jika tersilap langkah pada peringkat akar,
akibatnya akan musnahlah generasi dan masa depan negara.

Ekoran itu, portfolio kanak-kanak Prasekolah dilihat sebagai satu dokumentasi penting yang
dapat menceritakan dan memerihalkan perkembangan kanak-kanak sepanjang mengikuti
program prasekolah. Oleh sebab itu portfolio seharusnya digunakan sepenuhnya dalam menilai
perkembangan yang dialami oleh kanak-kanak. Namun, jika pelaksanaannya sekadar sebagai
satu fail untuk mengumpul hasil kerja kanak-kanak. Ini merupakan satu kerugian yang besar
bukan sahaja kepada kanak-kanak tetapi juga keseluruhan pelaksanaan program prasekolah.
Pelaksanaan portfolio yang bertepatan adalah penting bagi menjamin perkembangan kanak-
kanak dinilai dengan berkesan dan dapat membantu perkembangan kanak-kanak.

Pendidikan prasekolah di Malaysia bertujuan memperkembangkan potensi kanak-kanak berumur
empat hingga enam tahun secara menyeluruh dan bersepadu dalam aspek jasmani, emosi, rohani,
intelek dan sosial melalui persekitaran pembelajaran yang selamat, menyuburkan serta aktiviti yang
menyeronokkan, kreatif dan bermakna. Ini adalah untuk meningkatkan kemahiran, menanam
keyakinan dan membentuk konsep kendiri yang positif pada diri kanak-kanak agar mereka Berjaya
dalam persekitaran sedia ada dan bersedia untuk menangi cabaran dan tanggungjawab di sekolah
rendah kelak. Untuk memastikan matlamat dan objektif tersebut tercapai, pentaksiran perlu
dijalankan untuk menilai perkembangaan kanak-kanak dari semasa ke semasa dalam aspek-aspek
yang dikenal pasti. Pentaksiran yang dicadangkan adalah pentaksiran secara formatif dan autentik
melalui pengajaran dan pembelajaran harian.

BAGAIMANA HASIL PENTAKSIRAN BERGUNA UNTUK GURU ?

Hasil pentaksiran membantu guru di prasekolah untuk :
1. Mengesan keberkesanan pengajaran
2. Memberi maklum balas yang sesuai dan tepat kepada murid
3. Mengesan pertumbuhan murid bersesuaian dengan peringkat umur
4. Merancang tindakan susulan untuk tujuan pemulihan dan pengayaan
5. Mengenal pasti tahap pengetahuan, kemahiran dan nilai yang dikuasai
murid
6. Merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran mengikut keperluan
perkembangaan dan pertumbuhan murid
7. Mengenal pasti kelebihan dan kekurangan murid dalam pembelajaran
dari semasa ke semasa
8. Mengenalpasti pelbagai kecerdasan, kemahiran dan potensi murid yang
boleh diperkukuhkan

BAGAIMANA HASIL PENTAKSIRAN BERGUNA UNTUK MURID?

Satu aspek penting dalam memastikan keberkesanan pentaksiran untuk membantu pengajaran dan
pembelajaran ialah penggunaan maklumat pentaksiran oleh guru untuk member respon atau
maklum balas yang sesuai dan berguna kepada murid. Maklum balas guru yang merujuk kepada
pernyataan standard dan criteria yang jelas boleh disampaikan dalam bentuk pujian, teguran dan
nasihat. Selain pengakuan guru sama ada hasil kerja murid itu boleh dikatakan baik, perlu dibaiki,
ada kemajuan atau sebagainya, murid perlu diberitahu kenapa kerja atau prestasi mereka dinilai
sedemikian. Murid juga perlu diberitahu apakah langkah-langkah yang boleh dilakukan untuk
menambah baik prestasi mereka.

Maklum balas yang berkesan ialah apabila guru member maklum balas yang tepat tentang kekuatan,
kesilapan, apa yang perlu diperbaiki, bagaimana untuk memperbaiki dan bagaimana untuk
membuat lebih baik. Maklum balas yang diberikan dalam bentuk maklumat yang member makna (
bukan dalam bentuk gred semata-mata ) boleh membantu murid lebih memahami tujuan dan
perkembangan pembelajaran mereka. Keadaan inilah yang member motivasi kepada murid untuk
mencuba lagi bagi meningkatkan prestasi mereka di masa akan datang. Maklum balas yang segera,
konstruktif dan tidak menggerunkan juga membuat mereka lebih teruja untuk dinilai semula untuk
mengetahuai perkembangaan mereka seterusnya.