Anda di halaman 1dari 2

TINJAUAN LITERATUR

Menurut Che Siah Che Man (2006) dalam penulisan Norfarahin binti Tokarian (2011),
dalam kemahiran menulis, penekanan diberikan kepada tulisan yang jelas dan menggunakan
tanda baca yang betul iaitu dengan melakukan latihan menulis dengan pergerakan tangan dan
mata. Antara aktiviti menulis yang boleh dilakukan ialah menulis huruf mengikut urutan yang
ditetapkan, menulis perkataan mudah, menulis ayat mudah serta melengkapkan ayat dengan
perkataan yang sesuai.
Kepentingan menguasai kemahiran menulis juga telah ditekankan oleh Kamarudin Hj.
Husin dan Siti Hajar Abd Aziz (1997) dalam bukunya Penguasaan Kemahiran Menulis bahawa
kemahiran menulis penting dalam kalangan pelajar kerana mereka bakal menjadi penulis yang
akan mengisi khazanah dan budaya bangsa.
Sasson (1993) turut menekankan kepentingan kemahiran menulis di dalam kajian-
kajiannya kerana beliau sangat bimbang apabila guru kurang member perhatian untuk
mengajar murid menulis. Kaedah pengajaran yang tidak betul akan membantutkan kebolehan
kanak-kanak untuk menulis sekaligus menyediakan ruang kepada kanak-kanak untuk
memperkembangkan tabiat buruk ketika menulis. (ms 14)
Dalam menguasai kemahiran menulis pula, ia amat bergantung kepada cara individu
tersebut memegang pensel. Sasson (1993) mendapati guru kurang memberi penekanan
keapda pengajaran menulisdi kelas khususnya cara memegang alat tulis dengan betul, menulis
huruf mengikut pergerakan yang betul, menentukan saiz huruf dan menentukan ruang antara
huruf dan perkataan. Cara memegang alat tulis akan mempengaruhi bentuk tulisan yang
dihasilkan. (Levine,1987)
Kemahiran menulis merujuk kepada keupayaan murid menulis perkataan dan ayat, dan
mengeluarkan idea melalui pelbagai jenis penulisan yang berkaitan dengan pengetahuan dan
pengalaman peribadi yang dilalui. Don Bryne (1979) dalam Norain Md Nor dan rakan (2005)
menyatakan symbol grafik semasa menulis ialah penggunaan huruf-huruf atau gabungan
huruf2 yang berkaitan dengan lambing bunyi yang kita buat semasa kita bercakap.
Terdapat empat kemahiran yang diperntingkan, iaitu kemahiran mendengar, kemahiran
berutur, kemahiran membaca dan kemahiran menulis (Mackey, 1974). Dalam keempat- empat
kemahiran tersebut, kemahiran menulis merupakan yang paling kompleks. Kemahiran ini
melibatkan pergerakan mata, pergerakan tangan dan juga kepintaran otak. Ia terbahagi kepada
tulisan mekasnis dan tulisan kreaftif. Tulisan mekanis hanyalah tulisan yang berbentuk peniruan
sahaja, sedangkan tulisan kreatif memerlukan pelhairan buah fikiran oleh penulis. Dalam
amalan pendidikan, lazimnya tulisan mekanis amat dipentingkan pada peringkat awal proses
pembelajaran di sekolah rendah. (ms 15)
Norfarahin binti Tokarian, Kaedah PECSKA dalam meningkatkan kemahiran penyambungan
huruf jawi (lam. Kaf&ga) dengan huruf vokal (alif&ya), , Insitut Pendidikan Guru Kampus Tengku
Ampuan Afzan Kuala Lipis,2011

Anda mungkin juga menyukai