Anda di halaman 1dari 3

Refleksi Program Heart of Knowledge, BIG Fasa 3, 2014

Alhamdulillah, syukurlah ke hadrat Ilahi kerana dengan keizinanNya, saya


berjaya menamatkan program khidmat masyarakat Bina Insan Guru (BIG), kali
ketiga pada tahun 2014. Program khidmat masyarakat kali ini ialah majlis ilmu,
Heart of Knowledge yang telah dilaksanakan pada 22 Februari 2014 di Pantai Batu
Buruk, Kuala Terengganu. Program ini bermula pada pukul 7.45 pagi sehinngga
3.30 petang . Program Bina Insan Guru ini telah dilaksanakan dengan hasil
kerjasama gabungan dua kelas TESL iaitu, para pelatih guru PISMP TESL 3 dan
PISMP SEM 3 TESL 4 dari Institut Pendidikan Guru Kampus Dato Razali Ismail,
Kuala Terengganu. Melalui program Bina Insan Guru (BIG) ini, kami telah mendapat
pelbagai pengalaman yang sangat berguna untuk diaplikasikan dalam profesion
perguruan dan juga dalam
Secara ringkasnya, aktiviti khidmat masyarakat ini mempunyai beberapa
kekuatan. Pertama sekali, unsur-unsur seperti kerjasama, tolong menolong dan juga
keikhlasan jelas terpamer dan kelihatan dalam setiap aktiviti yang dilaksanakan oleh
para pelatih guru. Seperti yang diketahui, sikap kerjasama memang penting dalam
konteks yang membawa kepada pembangunan sesuatu masyarakat tersebut.
Sebagai contoh, dengan berkat kerjasama antara kami dengan pihak luar seperti
Majlis Bandar Raya, Celcom Prepaid dan Perpustakaan Awam Kuala Terengganu,
program ilmu dapat dilaksanakan dengan baik. Selain itu, para guru pelatih dari
PISMP TESL 3 Semester 3 juga memberikan sepenuh kerjasama dari awal ke akhir
program. Maka, program khidmat masyarakat ini merupakan suatu program susulan
untuk meneruskan kesinambungan silaturahim ini. Seterusnya memberi aspirasi
kepada semua guru pelatih untuk berjaya dalam akademik sekaligus menempatkan
diri di menara gading.
Selain itu, program ini menitberatkan tentang kepentingan ilmu kepada orang
ramai. Pelbagai jenis bahan bacaan telah disediakan untuk dibaca secara percuma.
Malah kami turut mengedarkan surat khabar untuk orang ramai mengetahui
perkembangan terkini. Hasilnya, program ini Berjaya menarik perhatian orang ramai
untuk membaca dan membeli bahan bacaan di situ dengan harga yang murah.
Program ini juga berjaya menyedarkan orang ramai bahawa masa terluang mereka
dapat diisi dengan menimba ilmu.
Dari segi kelemahan pula, pengurusan masa yang agak kurang memuaskan
dan perlu dititikberatkan dalam program ini. Hal ini kerana, pada hari program ini
dianjurkan, Bank Simpanan Nasional turut mengadakan program peringkat
kebangsaan secara besar-besaran di tempat yang ingin kami adakan iaitu di Taman
Awam Pantai Batu Buruk. Disebabkan itu, kami terpaksa menukar tempat
bersebelahan dengan Restoran A&W dan berhadapan dengan pantai. Kawasan
baru yang ditempatkan ditiupi angina yang agak kencang dari arah laut sehingga
menyukarkan kami untuk menyediakan tempat tersebut.
Program ini telah memberi banyak peluang kepada kami untuk berhubungan
dengan masyarakat luar di Kuala Terengganu. Dengan mengedarkan surat
jemputan ke beberapa sekolah dan menyebarkan iklan tentang program ini, ramai
pengunjung tertarik untuk menyertai progam yang kami sediakan. Selain daripada
memberi bacaan percuma kepada para pengunjung, aktiviti-aktiviti lain turut kami
sediakan untuk menyerikan lagi Program Heart of Knowledge. Aktiviti seperti
Pertandingan Mewarna, Permainan Dam Ular dan Face Painting telah diadakan
untuk menarik minat generasi muda terutama sekali kanak-kanak untuk menyertai
program yang bermanfaat ini. Hampir semua pengunjung, terutama sekali ibu bapa
memuji usaha kami ini malah ingin mendermakan bahan bacaan mereka di rumah
supaya dapat dikongsikan kepada orang ramai.
Ancaman kepada program ini adalah penganjuran program yang telah
diadakan oleh Bank Simpanan Nasional. Hal ini kerana, penyediaan program yang
agak besar dan menarik seperti futsal, pameran kereta, cabutan bertuah dan
persembahan telah menarik minat orang ramai daripada memperoleh hburan
daripada ilmu. Malah, masyarakat Terengganu terutama sekali dari golongan belia
berfikiran sempit dan lebih mengutamakan hiburan daripada ilmu.

Sebagai cadangan penambahbaikan, persediaan awal hendaklah dilakukan
dengan menetapkan tarikh yang tidak bertembung dengan program luar. Mesyuarat
hendaklah diadakan selalu antara Ahli Jawatan Kuasa Program untuk berbincang
dan memikirkn cara yand lebih menarik dan dapat menarik lebih ramai pengunjung
ke program tersebut. Hal ini dapat mengelakkan sebarang masalah pembaziran atau
kekurangan alatan sepanjang program. Walaupun taklimat ringkas telah diberikan
pada hari tersebut, tetapi guru-guru pelatih agak keliru tentang apa yang perlu
dilakukan. Saya mencadangkan supaya suatu taklimat khas perlu diberikan sebelum
hari program Heart of Knowledge ini dijalankan. Hal ini adalah supaya guru-guru
pelatih dapat membuat persediaan tentang apa yang perlu dilakukan. Sebagai
contoh, persediaan kertas bergambar untuk diwarnakan tidak mencukupi ketika
program dijalankan. Oleh itu, guru-guru pelatih perlu membuat persediaan dengan
membawa peralatan yang mencukupi untuk program ini. Hal ini dengan alasan
bahawa terdapat segolongan guru pelatih tidak dapat membuat aktiviti secara
berterusan.
Akhir kata, saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada semua
rakan-rakan PISMP TESL 4 Sem 3, PISMP TESL 3 Sem 3 dan pihak luar yang
berkaitan kerana telah banyak memberi bantuan serta pengalaman yang sangat
bermanfaat sepanjang program gotong royang ini. Tidak lupa juga kepada tutor
kami, Encik Wan Zainuddin Bun Wan Hassan yang turut menghadirkan diri dan
memberikan tunjuk ajar serta sokongan penuh kepada kami sepanjang program ini
berlangsung. Saya berjanji akan mempraktikkan segala ilmu yang dicurahkan untuk
kebaikan diri saya sendiri dan juga orang lain. Semoga tuhan mencucuri rahmat ke
atas kalian. Secara tuntasnya, program khidmat masyarakat memang memberikan
manfaat yang tidak terkira nilainya kepada setiap guru pelatih yang mengambil
bahagian. Saya berharap di masa yang akan datang, saya dapat menyertai lagi
program seperti ini untuk menimba pengalaman yang baharu.

Anda mungkin juga menyukai