Anda di halaman 1dari 64

Contoh Rumusan Tugasan Sejarah PT3 2014.

Soalan tugasan adalah seperti berikut:


Negara Malaysia adalah sebuah negara yang aman dan damai walau pun penduduknya berbilang kaum.
Keamanan dan kedamaian ini dapat dikekalkan kerana toleransi antara kaum utama di negara kita iaitu
Melayu, Cina dan India. Justeru itu, kita seharusnya bersyukur dengan keamanan dan keharmonian yang
membolehkan kita duduk bersama serta berbincang tanpa ada rasa perbezaan antara satu sama lain.
Persefahaman yang telah berjaya dicapai ini perlu dikekalkan supaya tiada perasaan curiga antara kaum
kerana ia akan menjejaskan serta merosakkan semangat perpaduan yang telah terjalin sejak sekian
lama.
Contoh Lengkap Rumusan Tugasan Sejarah PT3 2014 adalah seperti berikut:
Pengetahuan
Keamanan negara ini sangat penting dalam usaha negara ini menginjak menjadi sebuah negara maju
menjelang tahnun 2020. Antara faktor utama kejayaan ini boleh dicapai ialah melalui situasai keamanan
dan kesejahteraan negara sentiasa terjamin atau tidak boleh dikompromi oleh sebarang faktor lain.
Berdasarkan peristiwa 13 Mei 1969 kita wajar memperkuat semula perpaduan kaum di negara ini agar
semua anggota masyarakat dapat hidup dalam keadaan aman dan harmoni di negara yang kita cintai ini.
Dalam nada yang sama kita seharusnya memahami dan menghayati peristiwa sejarah negara negara ini
yang terjajah sekian lama dan memerlukan kekuatan segenap sudut bagi menjamin penjajahan ke atas
negara ini tidak lagi akan berlaku .
Iktibar
Kita juga seharusnya mengambil iktibar bahawa perpaduan hanya dapat dicapai jika semua rakyat
bersatu padu , bertolak ansur, hormat menghormati antara sesama angota masyarakat
Harapan
Saya berharap agar semua warga negara ini akan sentiasa mematuhi undang-undang/ peraturan, tidak
terpengaruh dengan anasir luar dan menghargai jasa tokoh yang telah banyak berjuang bagi
mendapatkan kemerdekaan dan memenuhi kemerdekaan ini agar menjadi lebih bermakna akhirnya.

http://noraini-ismail.blogspot.com/2013/04/kepentingan-perpaduan-kaum-di-malaysia.html

Satu Malaysia jadi pegangan,

Rukun Negara teras panduan,
Satu Malaysia benteng negara,
Rakyat Malaysia taat setia.

Serangkap lagu satu Malaysia di atas menunjukkan betapa pentingnya perpaduan kaum
diamalkan oleh rakyat Malaysia. Sudah terang lagi bersuluh, slogan kata Satu Malaysia yang menjadi
pegangan wazir negara kita, Dato Seri Najib Abdul Razak merupakan satu langkah yang jelas bagi
memantapkan perpaduan kaum dalam kalangan rakyat Malaysia. Hal ini demikian kerana, banyak
kepentingan yang boleh kita peroleh daripada amalan perpaduan kaum di Malaysia.

Antara kepentingan perpaduan kaum di Malaysia ialah mewujudkan masyarakat yang harmoni.
Sebagai rakyat Malaysia, pasti kita sudah tidak asing lagi dengan wujudnya masyarakat berbilang kaum
di negara kita seperti Cina, Melayu, India, Kadazan dan sebagainya. Peribahasa rambut sama hitam,
hati lain-lain jelas menunjukkan walaupun manusia mempunyai warna rambut yang sama tetapi sukma
dan keinginan manusia adalah berbeza. Dengan mewujudkan perpaduan kaum dalam kalangan
masyarakat, barulah masyarakat harmoni yang mempunyai aspirasi yang sama dapat tercapai. Oleh hal
yang demikian, sebagai rakyat Malaysia yang prihatin, kita hendaklah mewujudkan perpaduan kaum
dalam kalangan rakyat Malaysia,seperti kata peribahasa, bulat air kerana pembetung, bulat manusia
kerana muafakat.

Industri pelancongan merupakan salah satu industri yang menjadi penyumbang terbesar kepada
pendapatan negara. Kunci utama dalam menarik kedatangan pelancongan ke Malaysia ialah dengan
rakyat Malaysia mengamalkan perpaduan kaum. Perpaduan kaum yang wujud dalam kalangan rakyat
Malaysia akan menarik minat pelancong dariluar negara untuk melihat sendiri amalan perpaduan kaum
yang menjadi pegangan setiap rakyat Malaysia. Hal ini secara implicit dapat memperkenalkan keindahan
Malaysia kepada masyarakat luar seterusnya menaikkan nama negara. Oleh itu, wajarlah rakyat
Malaysia mengamalkan perpaduan kaum kerana selain dapat menarik kedatangan pelancong,
perpaduan juga mampu menaikkan nama negara, seperti kata peribahasa, sambil menyelam minum
air.

Selain itu, dengan mengamalkan perpaduan kaum, kita juga dapat memajukan ekonomi negara.
Apabila perpaduan kaum diamalkan oleh rakyat Malaysia, penindasan ekonomi tidak akan berlaku
kerana setiap kaum akan bersaing dengan adil tanpa sedikit pun perasaan hasad dengki dalam diri
mereka. Contohnya, persaingan yang berlaku dalam dunia perniagaan. Bukan itu sahaja, apabila rakyat
mengamalkan peribahasa, bersatu kita teguh, bercerai kita roboh, nescaya rakyat juga dapat
bersama-sama memajukan ekonomi negara.

Keamanan negara turut dapat dipertingkatkan apabila amalan perpaduan kaum telah meresap ke
dalam jiwa setiap rakyat Malaysia. Seperti yang kita ketahui, tanpa perpaduan kaum, keamanan tidak
dapat diwujudkan kerana rakyat akan bergaduh sesama sendiri sehingga menghancurkan keamanan
sesebuah negara yang telah dibina itu. Pertelingkahan yang berlaku antara rakyat hanya akan
menghasilkan suasana hidup yang porak-peranda. Oleh hal yang demikian, benarlah perpaduan kaum
itu penting untuk meningkatkan keamanan negara.

Konklusinya, semua pihak harus berganding bahu dan tidak mengharapkan pihak kerajaan
semata-mata dalam mewujudkan perpaduan kaum. Janganlah kita bersikap evasif mahupun bagai
enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing kerana perpaduan kaum itu hanya akan wujud
apabila semua kaum menjalankan obligasi masing-masing dengan sempurna dan bersikap bertolak
ansur.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Rencana/20140513/re_01/Mantapkan-perpaduan-
kaum#ixzz366tG2uYq
Utusan Melayu (M) Bhd


HARI ini genap 45 tahun peristiwa hitam 13 Mei yang berlaku tiga hari selepas Pilihan Raya Umum (PRU)
1969.
Tragedi berkenaan sudah tentu tidak perlu dikenang lagi ketika negara berbilang kaum ini sedang
bergerak menjadi sebuah negara maju.
Cuma apa yang perlu diingat adalah semangat perpaduan yang ditunjukkan oleh semua rakyat ketika
kejadian itu sehingga menyebabkan niat golongan pelampau untuk menghancurkan negara telah gagal.
Dalam suasana kacau sebegitu rupa, masih ramai penduduk yang tidak hilang perhitungan dan
perikemanusiaannya dan ia terbukti apabila pergaduhan kaum tidak merebak jauh.
Boleh dikatakan pergaduhan hanya terbatas di Kuala Lumpur khususnya kawasan Chow Kit dan
Kampung Baru sahaja serta sedikit-sedikit melarat ke Ampang, Kampung Pandan dan Kampung Datuk
Keramat.
Bagi mereka yang pernah membaca buku Memoir Seorang Pejuang yang ditulis oleh bekas Ketua
Pergerakan Wanita UMNO, Allahyarham Tan Sri Aishah Ghani sudah pasti akan tersentuh dengan kisah-
kisah yang diceritakan mengenai semangat perpaduan yang ditunjukkan penduduk berbilang kaum
ketika itu.
Menurut Allahyarham, walaupun situasi mencemaskan, masih ada individu yang berfikiran rasional
untuk menyelamatkan pihak lain walaupun daripada kaum berlainan.
Antara kisah-kisah itu, adalah seorang setiausaha di ibu pejabat UMNO telah diselamatkan seorang
penjaga kedai Cina di Chow Kit dengan disorokkan di celah gulungan kain apabila beberapa orang yang
memegang kayu mahu memukul wanita itu.
Aishah juga menceritakan bagaimana rumahnya di Jalan Daud, Kampung Baru, Kuala Lumpur dimasuki
seorang pemuda Cina yang lari lintang-pukang dengan tidak berkasut.
Saya terus meminta pemuda Cina itu supaya jangan keluar rumah sehingga saya dapat menghubungi
polis atau kenderaan askar yang boleh membawanya keluar dengan selamat.
Dalam pada itu, saudara mara yang datang berkumpul di rumah saya telah membawa beberapa orang
kanak-kanak Cina, mereka disuruh memakai baju kurung supaya tidak dikenali sesiapa. Salah seorang
dipanggil dengan nama Minah sahaja," tulisnya.
Dalam memoir itu, Aishah menegaskan, kejadian itu merupakan satu amaran besar kepada semua pihak
supaya jangan lagi memarakkan api perkauman.
Rakyat tidak harus terpengaruh dengan dakyah kumpulan tertentu yang terus menerus menentang apa
jua yang berbau Melayu.
Kita juga tidak harus menyokong mana-mana pihak yang membuat tuntutan tidak berpijak kepada
realiti sejarah," tulisnya.
Mengulas kejadian berkenaan, bekas Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Samsuri Arshad berkata,
perpaduan kaum yang dikecapi sejak sekian lama membolehkan negara ini membangun dari segi
ekonomi yang dikongsi secara bersama oleh semua penduduk.
Antara rahsia kita boleh maju dari segi ekonomi kerana pelabur-pelabur berani datang untuk membuka
kilang di Malaysia kerana negara kita aman.
Kita aman disebabkan tidak berlaku pertelingkahan sesama rakyat setelah penduduk berbilang kaum
dan agama mengambil pengajaran daripada apa yang berlaku ketika 13 Mei," ujarnya.
Beliau berkata, ekoran kejadian itu, semua pihak mengelak untuk membangkitkan isu-isu yang boleh
menyentuh sensitiviti kaum lain dan mempunyai semangat toleransi yang tinggi.
Bagaimanapun sejak akhir-akhir ini, ada pihak tidak bertanggungjawab yang tidak pernah mengalami
peristiwa pahit berkenaan telah cuba membangkitkan kembali isu-isu sensitif berkenaan.
Saya meminta mereka supaya tidak meneruskan niat berkenaan. Jika generasi sebelum ini boleh
mengelak menyentuh isu sensitif terbabit, kenapa generasi sekarang tidak boleh melakukan perkara
sama.
Elakkan untuk membangkitkan isu sensitif ini dalam media massa dan media sosial.
Sebarang rasa tidak berpuas hati hendaklah dibincang secara tertutup bagi membolehkan penyelesaian
dicapai yang memuaskan hati kedua-dua belah pihak," katanya.
Menurut beliau, satu lagi prasyarat untuk memastikan perpaduan terus berkekalan adalah semua pihak
harus menghormati kontrak sosial yang dipersetujui semua kaum sebelum ini.
Kontrak sosial merujuk kepada persetujuan untuk memberi kewarganegaraan kepada kaum-kaum lain
dan sebagai ganti diberikan hak keistimewaan kepada orang Melayu.
Kontrak sosial ini adalah sesuatu yang telah terdapat dalam sejarah negara kita yang harus diterima
bagi memastikan hubungan antara kaum terus terpelihara.
Pemimpin-pemimpin Melayu telah bertolak ansur dengan melonggarkan syarat-syarat
kewarganegaraan untuk diberikan kepada kaum lain dan perkara ini tidak pernah dibuat oleh negara-
negara lain.
Jika dilihat di Australia misalnya mereka yang berhijrah ke sana hanya diberikan status penduduk tetap
dan bukannya kewarganegaraan secara terus," katanya.
Dalam pada itu, Setiausaha Agung Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Syed Hassan Syed Ali
yakin kejadian hitam itu tidak akan berulang sekiranya semua pihak menghormati segala yang
termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.
Beliau berkata, antaranya Perkara 153 yang menyentuh mengenai kedudukan istimewa orang Melayu
dan dalam masa sama tidak menafikan kepentingan sah kaum-kaum lain.
Antara yang disentuh adalah hak istimewa Melayu untuk mendapat jawatan dalam perkhidmatan
awam, biasiswa, pendidikan, perniagaan dan kemudahan khas lain yang diberikan.
Perkara 153 tidak boleh dipinda, diubah atau dilucutkan tanpa mendapat persetujuan raja-raja Melayu.
Ini juga termasuk peruntukan Perkara 86 yang menyentuh mengenai langkah-langkah melindungi tanah
rizab orang Melayu," ujarnya.
Beliau berkata, Perkasa sentiasa komited untuk memastikan perpaduan nasional di negara ini terus
dimantapkan.
Dalam masa yang sama kita meminta kaum-kaum lain tidak mempersoalkan hak keistimewaan yang
diberikan kerana orang Melayu kerana mereka masih ketinggalan di negara ini dalam segenap bidang,"
tegasnya.

http://ba-cemerlangbahasadansastera.blogspot.com/2011/03/isu-perpaduan-kaum-di-malaysia-dr.html

ISU PERPADUAN KAUM DI MALAYSIA
Usaha kerajaan untuk mewujudkan sistem amaran konflik perkauman sebagaimana yang dicanangkan
tahun lalu mengheret beberapa persepsi terhadap pencapaian negara dalam usaha menyemarakkan
perpaduan kaum. Antara persoalan yang terbangkit ialah sejauh manakah usaha kerajaan selama ini
berhasil untuk memakmurkan perpaduan kaum, dan apakah pencapaian usaha perpaduan kaum selama
ini amat lemah sehingga kerajaan memerlukan suatu sistem indikator bagi mengesan konflik
perkauman.

Pada junktur sejarah, usaha serius Malaysia ke arah perpaduan kaum dilihat mula bercambah setelah
tercetusnya tragedi 13 Mei apabila Majlis Perpaduan Negara dan selaras dengan itu Kementerian
Perpaduan Negara ditubuhkan. Namun saya lihat bahawa bibit-bibit usaha ke arah yang sama juga telah
dibenihkan dalam Perlembagaan Kemerdekaan 1957 lagi. Dalam konteks ini klausa-klausa dalam
Perlembagaan Persekutuan yang menjurus kepada penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi,
peruntukan pelaksanaan sekolah jenis kebangsaan dan penggunaan bahasa kaum minoriti, telahpun
dimaktubkan melalui Artikel 152 dan 153, yang seringkali kita rujuk sebagai kontrak sosial antara
pemimpin-pemimpin parti pelbagai etnik yang dominan di Malaysia.

Sebagaimana yang pernah ditunjukkan oleh kajian Furnival (1956), negara-negara Dunia Ketiga
pascamerdeka amat teruk dikacaubilaukan oleh penjajah dengan polisi pecah dan perintah. Polisi
sedemikian juga amat lumayan diamalkan oleh pihak British ke atas datuk nenek kita dahulu sebelum
merdeka kerana pendekatan sedemikian menguntungkan pihak penjajah. Bagi Furnival falsafah
sedemikian telah mewujudkan dan mengukuhkan pluralisme atau suatu bentuk masyarakat berbilang
kaum yang they mix but do not combine atau dalam bahasa ibunda, mereka bercampur tetapi tidak
bersatu. Bagi Furnival falsafah pluralisme sedemikian lebih banyak mendatangkan bencana kepada
kestabilan sosial dan politik negara. Menurut Dr Candra Muzaffar, masyarakat kita lebih cenderung
kepada hubungan fungsional daripada hubungan empatetik. Makudnya kita sekadar berhubungan di
pejabat, di pasar dan di tempat kerja, tetapi kita tidak mahu berkongsi masalah yang melampaui
sempadan-sempadan persekitaran tersebut.

Sebaliknya kita juga sedar bahawa perpaduan kaum adalah pemboleh ubah penting dalam
menentukan kestabilan politik, sosial, malah ekonomi. Perpaduan kaum itu menuntut hubungan
empatetik sebagaimana disarankan oleh Dr Chandra. Mana-mana kerajaan jua pastinya berusaha
untuk menentukan elemen-elemen penting perpaduan kaum ini digarap supaya pembangunan sosial,
ekonomi dan infrastruktur dapat dicapai. Konsep masyarakat majmuk sebagaimana yang dilihat oleh
Furnival, memperakui dan membenarkan keperbedaan nilai, norma, budaya dan adat resam sesuatu
kaum minoriti. Malah dalam konteks Malaysia, kerajaan amat prihatin dan kaya timbang rasa sehingga
toleransi dalam konsep pluralisme itu, tanpa disedari, sedikit-sebanyak telah menjadi peyumbang
kepada benih-benih perkauman sesama kita.

Pada suatu ektrim tertentu saya melihat bahawa usaha jitu kerajaan untuk memakmurkan dan
menyuburkan perpaduan kaum melalui program perpaduan kaum antara masyarakat berbilang etnik
telah banyak terganggu dan kadangkala terbantut pada kadar yang tidak sanggup kita perakui. Tanpa
niat mencabar Perlembagaan, melalui falsafah yang didokong oleh Artikel 152 (memberi hak
kepenggunaan bahasa minoriti), saya melihat seakan-akan wujud konflik dengan falsafah yang didokong
oleh Artikel 153 (menekankan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi).

Saya juga terlihat Artikel 152 telah menyuburkan kewujudan sekolah-sekolah monoetnik, dan media
massa monoetnik yang memberikan tumpuan kepada etnik-etnik yang diperwakilkan melalui bahasa
ibunda masing-masing. Malah kita lihat papan tanda iklan kedai-kedai di mana-mana bandar di Malaysia
lebih mengutamakan bahasa ibunda masing-masing daripada mengangkat falsafah Artikel 153.

Dalam persekitaran yang keterasingan sedemikian saya lihat aliran dan hala tuju perpaduan kaum tidak
menggalakkan pertembungan budaya yang dibawa oleh sistem sekolah monoetknik, dan begitu juga
media massa monoetnik. Hal ini menjadi semakin rumit apabila institusi politik kita juga di lihat tertegak
atas falsafah monoetnik yang turut memakmurkan konsep pluralisme Furnival.

Profesor Hamdan Adnan, bekas Pesuruhjaya Suhakam, pernah mencatatkan bahawa daripada tahun
1945 hingga 1969 sejumlah dua puluh dua insiden pergeseran etnik telah berlaku, dengan peristiwa 13
Mei 1969 sebagai insiden yang paling dahsyat. Saya gusar dan sangsi jika statistik sedemikian menurun
kerana kadangkala diri kita sendiri seringkali menutup sebelah mata untuk mendedahkan secara serius
isu-isu sedemikian. Misalnya Malaysia tidak sunyi daripada peristiwa yang condong kepada perbalahan
etnik seperti peristiwa penentangan Dong Jiao Zhong terhadap dasar kementeraian pendidikan pada
tahun 1987 yang membawa kepada pelaksanaan Operasi Lalang, yang menurut beberapa pemerhati
politik, hampir sahaja mengulangi peristiwa 13 Mei. Perbalahan pengurusan sebuah kuil Hindu dan
masjid di Kampung Rawa, Pulau Pinang pada tahun 1998, tragedi Kampung Medan pada tahun 2001,
peristiwa pergaduhan etnik antara peserta PLKN, dan isu mahasiswa UM (malah di semua universiti di
Malaysia secara amnya) yang tidak mesra dalam bentuk hubungan silang-etnik, mungkin mengundang
kita untuk sama-sama memikirkan tentang kejayaan dasar dan modus operandi perpaduan kaum
negara.

Mungkin juga pada suatu ekstrim yang lain, peristiwa-peristiwa berkenaan hanya sekadar kes-kes
terpinggir yang tidak harus dilihat sebagai perbalahan etnik tetapi sebaliknya hanyalah perbalahan dua
pihak yang boleh saja berlaku dalam kandang intraetnik itu sendiri, dan bukan sekadar dalam persepsi
silang-etnik. Sebagaimana lunaknya peribahasa Melayu yang mengatakan bahawa sedangkan lidah lagi
tergigit apatah lagi situasi iklim kepelbagaian etnik di Malaysia yang bersandar kepada perbezaan
bahasa, budaya dan agama sebagai komponen sensitif yang menuntut toleransi tinggi sesama kita.

Walau bagaimanapun kita tidak boleh memandang ringan pada perkembangan hubungan ethnik
kontemporari sebagaimana terpancar daripada usaha kerajaan untuk menubuhkan sistem amaran
konflik perkauman yang akan berpusat di Putrajaya. Nampaknya dengan tertubuhnya sistem
sedemikian, kerajaan telah mencari pendekatan adhoc iaitu mencegah perbalahan etnik daripada
mencambahkan dan menyuburkan benih-benih hubungan mesra antara kaum. Mungkin persepsi saya
salah, kerana sebenarnya kerajaan mengutamakan kedua-duanya sekali.

Meninjau realiti politik dan sosial di Malaysia, saya melihat bahawa terdapat elemen-elemen
pendekatan yang diambil oleh Malaysia dalam hal membina perpaduan kaum, agak berbeza dengan
pendekatan yang dianggap sebagai arus perdana di Barat. Pendekatan yang digunakan oleh kepimpinan
Malaysia dalam beberapa aspek berada dalam ekstrim yang bersongsangan berbanding dengan teori
perpaduan kaum yang disarankan oleh pemikir-pemikir Barat dan yang diamalkan di sebelah sana.

Amerika dan beberapa negara Eropah seperti Britain dan Perancis misalnya menggunakan konsep
melting pot atau acuan pelebur dalam pendekatan mereka untuk menyatukan pelbagai etnik minoriti,
etnik peribumi, dan etnik dominan dalam negara. Dalam proses peleburan itu budaya etnik minoriti
terlebur, tercerna, teradun malah sesetengahnya tersirna dalam budaya majoriti yang dominan. Namun
di Malaysia kita lihat konsep acuan pelebur itu tidak wujud, sebaliknya yang wujud ialah konsep salad
bowl atau mangkuk sayur-mayur yang tidak meleburkan mana-mana unsur etnik tetapi
mempersatukan kepelbagaian warna kulit dan budaya dalam satu persekitaran ynag sama.

Dalam konteks yang sama di Britain, sama ada mereka bersetuju atau tidak, juga telah berlaku proses
asimilasi budaya yang kadangkala terpaksa mengorbankan malah melenyapkan bahasa dan budaya
nenek moyang golongan minoriti tertentu.

Bagi sesetengah budayawan, yang menolak model asimilasi, mereka melihat pendekatan ini sebagai satu
bentuk penjajahan dalaman kerana dalam proses ini berlaku eksploitasi golongan majoriti terhadap
golongan minoriti. Namun dalam banyak contoh di sebelah Barat, golongan majoriti itu adalah juga
merupakan pihak pemerintah yang melaksanakan dasar memperlemahkan budaya dan bahasa minoriti
atas nama perpaduan kaum. Dalam konteks ini, banyak kerajaan Barat yang mempertegaskan
penggunaan bahasa rasmi sebagai satu-satunya bahasa komunikasi tanpa sebarang kompromi, baik
dalam urusan perkhidmatan awam, pendidikan asas di sekolah mahupun di institusi pengajian tinggi.
Demi mewujudkan perpaduan kaum, ada kerajaan yang mengharamkan penggunaan dan pengajaran
bahasa ibunda golongan minoriti sehingga ke tahap menguatkuasakan hukuman ke atas para pelajar
yang berkomunikasi antara mereka dalam bahasa minoriti di dalam kawasan dan persekitaran sekolah.
Kerajaan Perancis misalnya telah hampir mengharamkan terus penggunaan bahasa Breton, kerajaan
British mengharamkan bahasa Welsh dan kerajaan Scotland telah melenyapkan bahasa Gaelic di bumi
Scotland. Berbeda dengan Malaysia, kebanyakan kerajaan Barat menolak sama sekali kewujudan
sekolah-sekolah monoetnik dan media massa monoetnik.

Dalam konteks perpaduan kaum, Malaysia juga menghadapi banyak masalah kerana kepercayaan dan
perbezaan agama tidak memungkinkan proses asimilasi berlaku. Asimilasi dalam konteks budaya juga
tidak berjalan lancar kerana setiap kaum melihat bahawa budaya dan tamadun bangsa mereka masing-
masing lebih dominan daripada yang lain. Orang-orang India melihat keagungan tamadun Indus yang
bermula pada 2500 S.M. lebih agung daripada tamadun Melayu yang mereka lihat hanya bermula pada
kira-kira lima ratus tahun dahulu (jika Kesultanan Melaka menjadi tanda aras). Kaum Cina pula melihat
ketamadunan China yang bermula kira-kira 2000 S.M. di Peking jauh lebih hebat daripada tamadun
Melayu. Banyaklah elemen-elemen ketamadunan ini yang boleh mereka rasionalkan untuk menyokong
kelangsungan budaya mereka masing-masing.

Dengan perkiraan sebegini kadangkala saya lihat bahawa kerajaan juga menjadi serba salah dalam hal
menentukan halatuju kebudayaan nasional. Misalnya, pada tahun 1982, Tun Mahathir pernah
menyatakan bahawa Budaya Melayu harus menjadi ciri-ciri utama budaya nasional, supaya diterima
dan diamalkan oleh semua kaum. Malah terdapat juga yang mahukan budaya Melayu dijadikan satu-
satunya elemen budaya nasional (dipetik daripada Munro-Kua 1996). Walau bagaimanapun pada tahun
1995, Tun Mahathir dengan jelas menyatakan bahawa konsep perpaduan kaum tidak lagi bertunjangkan
kepada konsep yang berasaskan budaya Melayu. Menurut Tun, Bangsa Malaysia membawa maksud
rakyat yang dikenali sebagai membawa identiti Malaysia, menuturkan bahasa Melayu dan meluhurkan
Perlembagaan. Untuk merialisasikan bangsa Malaysia, rakyat harus mula menerima kewujudan masing-
masing seada-adanya, tanpa mengira kaum dan agama (dipetik daripada Francis Loh Kok Wah dan Khoo
Boo Teik 2002). Ertinya rakyat Malaysia harus dilihat sebagai Melayu, Cina dan India sebagimana
terpancar melalui amalan budaya masing-masing. Konsep ini condong kepada konsep pluralisme
Furnival.

Namun pendirian kerajaan yang sedemikian terhadap perpaduan kaum seperti berdiri atas platform
yang berbeza pula jika dilihat pada matlamat yang didokong oleh Wawasan 2020, kerana ia diangkat
sebagai suatu Bangsa Malaysia tanpa melihat perbedaan warna kulit dan amalan budaya. Secara
idealnya tidak akan wujud lagi Melayu, Cina atau India jika Wawasan 2020 direalisasikan. Konsep ini
condong pula kepada konsep asimilasi.

Jelaslah bahawa di Malaysia pendekatan asimilasi dirujuk semula kerana saya kira pendekatan inilah
dilihat sebagai yang terbaik untuk membina perpaduan kaum yang utuh dan tulen, sekurang-kurangnya
dalam konteks peleburan bahasa ibunda etnik minoriti. Pendekatan sedemikian telah lama dibuktikan
terbaik bagi Malaysia, misalnya dalam konteks golongan Baba Nyonya di Melaka dan juga di Pulau
Pinang, golongan India peranakan atau Mami di Pulau Pinang, dan Arab Peranakan telah meleburkan
sehingga mengorbankan bahasa nenek moyang mereka. Malah di kalangan golongan Baba Nyonya
tercipta bahasa kreol mereka yang tersendiri yang pastinya terbina daripada improvisasi bahasa ibunda
golongan majoriti Melayu yang lebih dominan.

Amat jelas juga kita lihat bahawa budaya golongan minoriti dalam konteks asimilasi sosial teradun dalam
acuan budaya Melayu meskipun secara halusnya terdapat perbezaan di sana-sini. Namun, jika budaya
nasional Malaysia boleh diterjemahkan sebagai budaya etnik peribumi Melayu sebagai asasnya, maka
saya lihat bahawa budaya Baba Nyonya, India Peranakan dan Arab Peranakan ini telah menjelmakan
satu proses perpaduan kaum yang utuh dan tulen.

Namun realitinya dalam konteks kontemporari, dasar perpaduan kaum Kerajaan Malaysia amat mesra
dan bertoleransi terhadap bahasa etnik minoriti. Penggunaan bahasa etnik minoriti tidak pernah
dikenakan hukuman malah tidak pernah dilarang digunakan di mana-mana sekolah di Malaysia,
meskipun di sekolah-sekolah kebangsaan. Malah diwujudkan pula sekolah-sekolah jenis kebangsaan
dengan memberikan hak mutlak kepada etnik minoriti untuk menggunakan bahasa ibunda mereka
sebagai bahasa pengajaran.

Dengan ekstrim pendekatan pluralisme atau konsep mangkuk sayur-mayur seperti di Malaysia kita lihat
bahawa dalam situasi tertentu bahasa rasmi menjadi bahasa rojak, malah dicampuradukkan pula
dengan bahasa Inggeris mungkin untuk menyuntik ciri-ciri lenggok komunikasi antarabangsa. Bahasa
Melayu lisan telor Cina dan telor India menjadi tegar diamalkan bukan sahaja apabila golongan ini
berkomunikasi sesama mereka, malah disokong dan disuburkan oleh golongan Melayu sendiri ketika
berkomunikasi dengan kaum India dan Cina.

Saya percaya bahawa untuk menjaga martabat bahasa rasmi, penggunaannya mesti juga terlaksana
dalam situasi yang tidak formal, bukan sekadar dalam kandang situasi yang rasmi dan formal sahaja.
Hanya golongan yang amat sensitif dan insaf sahaja yang beria-ia berjuang untuk mempertahankan gaya
dan hukum-hukum tatabahasa bahasa rasmi negara, tetapi malangnya golongan ini seperti Tan Sri
Profesor Ameritus Dr Awang Had Salleh, Tan Sri Profesor Dr Ismail Hussien, Profesor Dr Nik Safiah Karim,
Dr Awang Sariyan, Dr Chandra Muzaffar, YB Dr Rais Yatim, dan SN A Samad Said, (sekadar menyebut
beberapa nama) sudah seperti kehilangan golongan pelapis. Adakah ini suatu kepincangan dalam proses
perpaduan kaum yang dicita-citakan Malaysia atau ia suatu kelebihan dan kekuatan pendekatan
mangkuk sayur-mayur Malaysia?

Akhir-akhir ini pula, kita lihat DBP mahu dinobatkan secara legitimasinya sebagai polis bahasa. Saya
tidak tahu bagaimana polis ini akan melaksanakan tanggungjawabnya apabila melihat di kebanyakan
bandar di Malaysia, papan-papan iklan seringkali mengabaikan penggunaan dan pengutamaan bahasa
Melayu. Malah bahasa rojak yang haru-biru dan celaru sudah menjadi identiti yang tegar di papan-
papan tanda kedai. Namun pada sudut yang amat jauh dalam hati kecil ini, saya optimistik bahawa DBP
akan berjaya walaupun terpaksa mengambil masa yang panjang yang penuh onak dan duri, dan sekali
gus menyuburkan perpaduan kaum. Saya juga yakin bahawa kejayaan tersebut haruslah dimulakan
dengan semangat kecintaan yang tinggi setiap rakyat terhadap negara ini.



http://www.utusan.com.my/utusan/Forum/20130513/fo_02/Perpaduan-kaum-perlu-bermula-di-
sekolah

Perpaduan kaum perlu bermula di sekolah

KEPUTUSAN PRU-13 yang baru berlalu telah memberi petanda bahawa Malaysia kini mula merasai
kesan-kesan daripada dasar pelajaran vernakular yang membenarkan bahasa ibunda setiap kumpulan
kaum yang terbesar di Malaysia (Cina dan India) dipergunakan seawal peringkat sekolah rendah lagi
selain dari Bahasa Kebangsaan (Bahasa Melayu/Bahasa Malaysia) tanpa sebarang pindaan.
Dengan berakhirnya kumpulan pelajar yang berpendidikan Inggeris lebih sedekad lalu, kita mulai merasa
sesuatu yang amat berkurangan di dalam masyarakat Malaysia sehingga kita perlu mengadakan
program PLKN untuk menyatu-padu remaja-remaja kita.
Perpaduan di antara kaum menjadi semakin rapuh dan amat mudah dipergunakan oleh mereka yang
bersikap ekstremis terhadap kaum masing-masing.
Kita mulai kehilangan masyarakat hasil pelajaran yang lebih terbuka terutama dalam segi pemikiran
terhadap kaum-kaum yang berlainan kerana pengenalan antara mereka telah dimulai dari kecil lagi
tanpa banyak prejudis kaum.
Kita kini berhadapan kumpulan-kumpulan kaum yang diterbitkan dari sistem pelajaran vernakular yang
lebih menitik-beratkan jati diri kaum masing-masing.
Walaupun bahasa kebangsaan mampu untuk menyatupadukan rakyat melalui sekolah kebangsaan
seperti yang terlihat pada masyarakat di Sabah dan Sarawak, sekolah kebangsaan sekarang semakin
gagal menarik minat masyarakat terutamanya kaum Cina melainkan jika mereka tiada pilihan.
Sekolah vernakular ada kebaikannya terutama penekanan dan kaedah tertentu melalui sifat-sifat kaum
pendidik itu sendiri yang membentuk tumpuan dan cara berfikir pelajar-pelajarnya melalui penghafalan
dan disiplin yang ketat.
Bagaimana pun ia juga akan membawa perbezaan antara kaum itu menjadi semakin luas dan ketara
kerana walaupun sukatan pelajarannya dikawal selia tetapi penekanan yang berbeza-beza telah
membentuk pelajar-pelajar yang berbeza cara berfikir dan kepentingan.
Memanglah sepatutnya nilai-nilai yang akan membawa kejayaan sepatutnya diterapkan kepada pelajar-
pelajar dari awal lagi agar mereka akan lebih bersedia menghadapi tekanan dan cabaran didalam hidup
bekerja nanti.
Tetapi jika ia tidak dapat diamalkan sama rata di antara sekolah-sekolah yang berbeza bangsa maka kita
akan menghadapi pergaulan yang janggal di kemudian hari.
Maka akan timbul rasa ketidakpuasan hati yang semakin teruk di antara kaum yang melalui asas
penekanan pelajaran yang berbeza.
Lebih buruk lagi antara mereka hanya berinteraksi apabila sudah dewasa dan telah melalui indoktrinasi
kaum masing-masing semasa remaja dan sukar menerima kaum selain kaum mereka walaupun berada
di dalam satu negara.
Masa yang paling baik untuk memulakan pergaulan tanpa prejudis iaitu ketika masih kecil (peringkat
tadika dan sekolah rendah) telah terbuang begitu saja.
Kita mungkin dapat melihat sedikit perpaduan yang sementara di dalam sukan apabila mereka mewakili
Malaysia.
Dasar Bahasa Kebangsaan juga menjadi lebih sukar kerana sehingga sekarang pun semakin ramai di
antara penduduknya tidak pandai atau fasih berbahasa Malaysia seperti yang ditunjukkan semasa
proses bancian pada tahun 2010.
Sebaliknya pekerja-pekerja asing dari Nepal, Bangladesh dan India lebih cepat menguasainya di dalam
masa yang amat singkat sehingga kita kadang tersilap sangka bahawa mereka adalah rakyat Malaysia.
Seandainya mereka berada di sini pada ketika kita baharu Merdeka tentulah cepat mereka mendapat
kerakyatan kerana syarat utama mesti pandai bahasa Melayu ketika itu.
Dasar utamakan bahasa kebangsaan dilihat tidak berhasil mencorakkan perpaduan yang diinginkan
kerana kurang diberi kepentingan penggunaannya.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Forum/20130513/fo_02/Perpaduan-kaum-perlu-
bermula-di-sekolah#ixzz366xLjBOF
Utusan Melayu (M) Bhd

http://ms.wikipedia.org/wiki/Perpaduan

Perpaduan ialah penyatuan, dan darjah serta jenis penyatuan yang dipamirkan sesebuah masyarakat
ataupun kumpulan dan jiran mereka.[1] Ia merujuk kepada semua perhubungan sosial yang mengaitkan
manusia. Istilah ini lazimnya digunakan dalam bidang sosiologiand bidang-bidang sosiologi ataupun sains
kemasyarakatan.
Asas perpaduan bagi sesuatu masyarakat berbeza. Dalam masyarakat ringkas atau biasa ia mungkin
berdasarkan hubungan kekeluargaan dan nilai saling. Bagi masyarakat yang lebih kompleks pula,
terdapat beberapa teori berkaitan faktor yang menyumbang kepada perpaduan sosial ataupun
masyarakat.[1]


http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/component/content/article/445-kolumnis/15970-
perpaduan-penting-dalam-menjamin-keharmonian-negara.html
PERPADUAN PENTING DALAM MENJAMIN KEHARMONIAN NEGARA

Negara Malaysia sebuah negara yang aman damai disamping penduduknya yang berbilang kaum.
Keadaan ini dapat dikekalkan kerana berlakunya toleransi antara kaum utama terbesar dinegara kita
iaitu Melayu Cina dan India. Justeru itu, kita seharusnya bersyukur dengan keamanan dan keharmonian
di mana kita boleh duduk bersama serta berbincang tanpa ada rasa perbezaan antara satu sama lain.
Persefahaman yang telah berjaya dicapai ini perlu dikekalkan supaya tiada perasaan curiga antara kaum
kerana ia akan menjejaskan serta merosakkan semangat kejiranan yang telah terjalin sejak sekian lama.
Isu-isu yang berkaitan dengan perpaduan kaum kerap dibincangkan dalam surat khabar dan televisyen.
Hal ini kerana rakyat Malaysia terdiri daripada pelbagal kaum dan agama. Terdapat beberapa kebaikan
perpaduan kaum kepada masyarakat dan negara. Antara kebaikan perpaduan kaum ialah masyarakat
dapat hidup dalam keadaan aman dan damai. Keadaan masyarakat yang aman dan damai ini
membolehkan aktiviti harian berjalan dengan baik. Masyarakat pelbagai kaum boleh melakukan aktiviti
keagamaan dengan bebas dan lancar.

Selain itu, perpaduan kaum akan menjadikan negara aman dan tenteram di mana keadaan ini
membolehkan pihak kerajaan merancang dan melaksanakan pembangunkan dengan lancer untuk
meningkatkan taraf hidup rakyat. Antara manfaat lain perpaduan kaum ialah pihak kerajaan boleh
memajukan sektor pelancongan negara. Keadaan negara yang aman dan damai akan menarik lebih
ramai pelancong asing datang ke Malaysia. Kehadiran pelancong asing ini akan memberikan peluang
pekerjaan kepada rakyat. Peluang pekerjaan ini akan menjana sumber pendapatan bagi menyara hidup
dan meningkatkan taraf ekonomi rakyat.
Di samping itu, perpaduan kaum juga akan menarik pelabur asing untuk datang melabur di Malaysia.
Pelabur asing yakin untuk melabur kerana negara kita berada dalam keadaan aman dan damai.
Kedatangan pelabur asing ini juga akan membuka peluang pekerjaan kepada rakyat dan akan
meningkatkan pendapatan negara.
Perpaduan kaum juga akan menaikkan imej negara di mata negara lain. Perpaduan kaum membuktikan
bahawa pemimpin Malaysia dapat memerintah dengan balk. Terdapat beberapa negara yang ingin
mencontohi negara Malaysia dalam mentadbir negara. Selain itu, perpaduan kaum yang terdapat di
Malaysia telah membolehkan Malaysia terpilih sebagal pengerusi bagi beberapa pertubuhan
antarabangsa.
Secara keseluruhanya, pihak kerajaan telah melakukan pelbagai usaha dalam mengekalkan perpaduan
kaum di Negara Malaysia tercinta ini. Sehubungan itu,kita sebagai rakyat Malaysia seharusnya bersyukur
dengan keamanan yang berjaya kita kecapi hari ini di samping dapat mengekalkan keharmonian antara
kaum yang berbilang bangsa di mana kita hidup dalam sebuah komuniti. Oleh demikian, walaupun ada
perbezaan ideologi politik,kita haruslah mengawalnya supaya tidak menjadi tegang serta menjaga
hubungan baik sesama masyarakat dengan keharmonian yang telah terbina sekian lama.


http://retibahasa.blogspot.com/2011/10/kepentingan-perpaduan-kaum_03.html

Umum mengetahui bahawa Malaysia merupakan sebuah negara yang unit lantaran rakyatnya terdiri
daripada pelbagai kaum. Ramai penduduk dunia tertanya-tanya apakah formula ampuh yang telah
digunakan oleh pemimpin-pemimpin berwibawa di Malaysia sehingga rakyatnya dapat hidup bersatu-
padu dan aman damai tanpa sebarang pertelingkahan. Namum, persoalan sedemikian hanya dapat
dijawab apabila semangat perpaduan itu tersemat di dalam diri setiap anak watan yang akan mewarisi
tampuk pentadbiran Malaysia. Tambah pula, aspek perpaduan telah dianggap sebagai tulang belakang
kepada kegemilangan Malaysia. Oleh sebab itu, setiap rakyat Malaysia perlu sedar akan kepentingan
perpaduan kaum kerana aspek perpaduan ini memberi impak yang besar kepada seluruh rakyat
Malaysia.

Dalam hal ini, perpaduan kaum amat penting untuk mengekalkan kestabilan politik. Kestabilan politik
dalam setiap jabatan amat perlu bagi menjamin keutuhan struktur pentadbiran Malaysia. Fungsi
pentadbiran Negara pula perlu dilaksanakan secara sistematik kerana banyak negara luar yang gemar
berurusan dengan pemimpin Malaysia. Impak positif yang berlaku ialah Negara Malaysia dapat
melebarkan ruang lingkup jalinan persahabatan dan perdagangan bagi mencakupi arena global.
Umpamanya, kestabilan politik di Johor telah memberi keyakinan kepada pelabur-pelabur asing untuk
melabur di Malaysia bagi membangunkan Wilayah Pembangunan Iskandar (WPI). Oleh itu, perpaduan
kaum yang telah menyumbang ke arah kestabilan politik memberi pulangan yang lumayan kepada
Malaysia bak kata pepatah Melayu pucuk dicta, ulam mendatang kerana kedua-duanya memberikan
faedah kepada Malaysia.

Seperkara lagi, perpaduan kaum dapat menjamin Negara Malaysia. Amnya mengetahui bahawa
Malaysia terdiri daripada berbilang bangsa di mana majoriti rakyatnya terdiri daripada bangsa Melayu,
Cina dan India yang mempunyai pelbagai adat resam, agama dan kepercayaan sejak lima dekad yang
lalu. Pemimpin-pemimpin yang lalu seperti Tunku Abdul Rahman, Tun Tan Cheng Lock, Tun Sambathan
serta ramai pemimpin berwibawa yang lain telah berunding dan bertolak ansur untuk mencapai
perpaduan demi sebuah negara yang tercinta. Kini, sudah menjadi tanggungjawab kita untuk terus
memelihara perpaduan yang telah kita warisi sejak zaman-berzaman lagi. Melalui perpaduan dan
keharmonian, Malaysia telah mengorak langkah serta melalui satu fasa perubahan yang drastik sehingga
kita standing dengan negara-negara maju yang lain dan dikagumi oleh seluruh pelusok dunia. Tambahan
pula, ada segelintir pemimpin dunia yang menjadikan Malaysia sebagai suri teladan untuk membentuk
perpaduan rakyat mereka seterusnya mencetuskan keharmonian negara,

Dalam nada yang sama, perpaduan kaum amat penting bagi merapatkan jurang perbezaan ekonomi
pelbagai kaum di Malaysia. Melalui penemuan satu formulasi ekonomi iaitu Dasar Ekonomi Baru (DEB)
yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri Malaysia ke- 2, Allahyarham Tun Abdul Razak pada tahun
1970, beliau berjaya merungakai satu masalah yang membelenggu rakyat Malaysia yang mana, pada
masa itu satu kaum telah memusuhi kaum yang lain dalam peristiwa berdarah 13 Mei 1969. Impak
positif daripada formulasi ini, wujud semangat bertolak-ansur dalam kalangan rakyat dalam usaha
membasmi kemiskinan. Tindakan ini juga jelas dapat dilihat apabila pihak kerajaan sendiri berusaha
meningkatkan taraf kehidupan golongan miskin melaui proses memodenkan kawasan luar bandar.
Intihanya, usaha merapatkan jurang ekonomi antara kaum amat penting dalam usaha memupuk
perpaduan kaum.

Akhirulkalam, tanggungjawab menyemai benih perpaduan dalam diri setiap individu menjadi tugas
rakyat Malaysia bersama-sama. Moga-moga usaha yang telah dilakukan oleh pemimpin-pemimpin
terdahulu dihargai oleh kita dengan terus memupuk sikap bersatu-padu tanpa mengira latar belakang
agama, bangsa, maupun budaya. Oleh itu marilah sama-sama kita menghayati cogan kata bersatu
teguh, bercerai roboh dalam usaha meningkatkan lagi kesedaran kita tentang peri penting hidup
bersatu-padu.


http://missfeeya95.blogspot.com/2013/02/kepentingan-perpaduan-kaum-dalam.html



KEPENTINGAN PERPADUAN KAUM DALAM PEMBENTUKAN BANGSA MALAYSIA

Sejak 31 Ogos 1957,penduduk Malaysia yang terdiri daripada masyarakat yang berbilang kaum
iaitu,Melayu,India dan Cina hidup bekerjasama. Walaupun menyedari hakikat bahawa rambut sama
hitam hati lain-lain,namun masyarakat yang berbilang kaum ini dapat hidup dalam keadaan yang
sejahtera dan harmoni. Oleh itu,semua pihak perlu berpegang pada kekuatan jata negara iaitu
'Bersekutu Bertambah Mutu' untuk mengeratkan perpaduan di Malaysia.

Tun Dr.Mahathir Mohamad,Mantan Perdana Menteri Malaysia telah menggariskan sembilan
cabaran yang perlu direalisasikan menjelang tahun 2020. Salah satu cabaran yang terdapat dalam
Wawasan 2020 ialah pembentukan masyarakat yang bersatu padu dan penyayang. Hal ini membuktikan
bahawa warga kota yang tidak bersifat individualistik dan materialistik merupakan intipati dalam
mewujudkan negara maju. Masyarakat yang mementingkan diri sendiri seperti enau dalam belukar
melepaskan pucuk masing-masing tidak diperlukan. Selain itu,semangat perpaduan ialah asas
pembangunan negara bangsa kerana sebarang keretakan dalam hubungan akan menjejaskan iktisad
negara.

Antara sumbangan yang terbesar masyarakat yang bersatu padu adalah dari segi ekonomi.
Pascakemerdekaan,negara Malaysia menyaksikan pertumbuhan ekonomi yang rancak.
Misalnya,kemajuan dalam bidang perindustrian. Kemajuan yang dicapai oleh Malaysia begitu dikagumi
masyarakat antarabangsa kerana siapa sangka negara cili padi ini mampu berdiri sama tinggi duduk
sama rendah dengan negara-negara maju yang lain. Pertumbuhan ekonomi ini merupakan sumbangan
rakyat yang berpegang teguh pada prinsip bersatu teguh,bercerai roboh.

Negara yang aman merupakan negara yang bebas daripada apa-apa jenis kekecohan. Seperti
peristiwa yang berlaku beberapa tahun yang lepas,diBangkok,Thailand,telah timbul kekecohan oleh
penyokong bekas Perdana Menteri yang digulingkan,Thaksin Shinawatra. Mereka menuntut pilihan raya
baru. Kekecohan ini menyebabkan perintah darurat telah diisytiharkan. Intihannya,pasti pelancong asing
akan berfikir dua kali sebelum melancong ke Thailand,walaupun selepas sekian lama kekecohan
tersebut berlaku.

Hal ini membuktikan bahawa negara yang aman dan damai akan mendorong pelancong untuk
melancong ke negara kita. Keadaan ini secara tidak langsung akan dapat memajukan sektor
pelancongan. Di samping itu,kita juga dapat mempamerkan warisan budaya yang tak lapuk dek hujan
dan tak lekang dek panas. Sesungguhnya,negara kita sememangnya kaya dengan khazanah yang tidak
ternilai.

Segala sikap positif tersebut dapat membentuk hidup yang aman damai. Ini dapat menstabilkan
politik negara. Kestabilan politik negara amat penting untuk menarik pelabur asing untuk melabur di
negara kita. Pelabur asing akan menaruh kepercayaan dalam sektor perindustrian dan pertanian.
Malah,mereka akan lebih yakin akan keselamatan mereka di negara ini.

Jelaslah bahawa pentingnya perpaduan kaum dalam pembentukan bangsa Malaysia.
Kecenderungan bersatu padu amat penting kepada masyarakat dan negara untuk menuju ke arah
pembentukan negara supaya dapat mencapai kemajuan dan agar wawasan 2020 menjadi realiti dan
bukan fantasi semata-mata. Oleh itu,kita perlulah memasang iltizam untuk memartabatkannya dengan
bersatu padu kerana di mana ada kemahuan di situ ada jalan.

http://pendidikanasasintegrasi.blogspot.com/

Peristiwa hitam 13 Mei 1969 telah mengetuk minda pemimpin kita untuk menitikberatkan soal
perkauman di negara ini. Kesinambungan usaha itu berlanjutan sehingga sekarang melalui penubuhan
sekolah wawasan. Melalui konsep penubuhan sekolah ini, sekolah yang dahulunya terasing kini
disatukan dalam satu sistem pendidikan yang seragam dan selari dengan hasrat negara untuk
menghasilkan masyarakat yang mempunyai semangat baru untuk meneruskan wadah wawasan negara.
Cadangan Perdana Menteri Keempat iaitu Tun Dr Mahathir Mohamad untuk membentuk sistem
persekolahan yang berkonsepkan perpaduan ini amat bertepatan dengan hasrat Negara ini yang ingin
melahirkan masyarakat yang bersatu padu dan bertepatan dengan Falsafah Pendidikan Negara yang
menitikberatkan keharmonian dalam proses penimbaan ilmu. Melalui penubuhan sekolah ini,golongan
pelajar dari pelbagai bangsa dinegara ini akan dapat disatukan dibawah satu bumbung dan boleh
berinteraksi dan bekerjasama khususnya dalam satu-satu aktiviti berkumpulan. Justeru penubuhan
sekolah wawasan merupakan satu medium yang amat bertepatan dalam mewujudkan rakyat yang
bersatu padu dalam menempuh cabaran dunia yang serba mencabar pada hari ini.
KONSEP SEKOLAH WAWASAN


Konsep sekolah wawasan ialah menggabungkan sekolah-sekolah dari aliran yang berbeza ke dalam satu
kompleks. Ini bermaksud di bawah konsep inin, terdapat dua atau tiga buah sekolah rendah dari
berlainan aliran akan ditempatkan dalam satu kawasan yang sama. Walaupun memakai nama sekolah
dan di bawah pentadbiran tiga guru besar yang berlainan, pelajar dan guru akan berkongsi kemudahan
asas yang sama seperti dewan sekolah, padang permainan dan kantin. Setiap sekolah pula akan
mempunyai bangunan sendiri yang boleh disambung antara satu sama lain dengan menggunakan
jambatan penghubung.
Sekolah wawasan ditubuhkan bertujuan untuk melahirkan anak bangsa Malaysia yang lebih bersifatcinta
akan Negara terutamanya golongan yang lahir selepas merdeka yang kurang memahami konsep bangsa
Malaysia.
Selain itu, projek yang dicernakan oleh Perdana Menteri ini mampu menjadikan pemangkin dalam
merealisasikan impian wawasan 2020.Pendidikan merupakan satu kunci yang penting untuk memupuk
semangat perpaduan daripada kecil lagi. Dengan melalui sekolah wawasan ini membolehkan murid-
murid di sekolah rendah memahami sama satu lain walaupun berasal dari pelbagai jenis bangsa dan
latar belakang yang berbeza.
Apabila anak Melayu, Cina, India dan kaum lain berinteraksi sejak peringkat awal persekolahan sudah
tentu dapat melahirkan satu generasi Malaysia yang bersifat pelbagai budaya. Secara tidak langsung,
sifat teloransi dan persefahaman a Sekolah wawasan adalah gabungan ketiga-tiga sekolah rendah iaitu
SRK, SRJKC dan SRJKT dalam satu kawasan.Di dalam kawasan ini, sekolah tersebut akan menggunakan
segala kemudahan yang ada contohnya padang, kantin dan sebagainya secara bersama atau dikongsi
bersama.Idea penubuhan sekolah wawasan telah dicernakan oleh mantan Perdana Menteri iaitu Tun Dr
Mahathir Mohammad dan idea ini diluluskan oleh kabinet pada tahun 1997.Pengujudan sekolah ini
mampu menjadi titian untuk mencapai matlamat penyatuan etnik yang terdapat di Malaysia untuk
mencintai negara sepenuhnya.Sistem persekolahan ini memfokuskan kepada pemusatan etnik berjiwa
Malaysia.Di sini terhimpun pelbagai ras dan agama serta aspek kokurikulum dan kurikulum juga
disejajarkan.Sejarah negara telah menyaksikan bahawa sistem pendidikan yang ditinggalkan oleh
penjajah iaitu dengan mengasingkan sekolah dan tiada peraturan yang seragam dipakai telah
melahirkan bibit-bibit semangat perkauman yang menebal.Contohnya sekolah cina menggunakan
sukatan dan sistem pendidikan yang berorientasikan negara cina.begitu juga dengan sistem pendidikan
masyasrakat india yang berkiblatkan negara india.Semangat perkauman ini terbawa-bawa selepas
merdeka sehingga tercetusnya peristiwa 13 Mei 1969.JIka diteliti Penyata Razak 1956 yang mana tujuan
dasar pelajaran Negara ini adalah bertujuan menyatupadukan murid-murid daripada semua bangsa
dengan memakai satu peraturan pelajaran yang menggunakan bahasa kebangsaan sebagai bahasa
pengantaraan.
ntara kaum dapat dipupuk. Terdapat beberapa ciri Sekolah Wawasan.Antaranya ialah setiap aliran
diketuai oleh Guru Besar dengan salah seorang daripada mereka bertindak sebagai penyelaras di antara
aliran-aliran tersebut. Sebagai contohnya, terdapat penyelaras bagi pelajar sains tulen dan terdapat juga
penyelaras bagi pelajar aliran sastera. Hal ini dapat memudahkan pengurusan di dalam sesebuah
Sekolah Wawasan tersebut disamping mengurangkan pertindihan pengurusan subjek bagi setiap aliran.
Hal ini dapat dibuktikan apabila bekas perdana menteri,Tun Doktor Mahathir Mohamad ada memberi
kenyataan yang berkaitan dalam Perasmian Sekolah Wawasan di Felda Lurah Bilut,Pahang.
Selain itu Sekolah Wawasan juga bercirikan pelaksanaan aktiviti secara bersama. Sebagai
contohnya,aktiviti yang dilakukan seperti perhimpunanmingguan,kegiatan kokurikulum,Temasya Sukan
Tahunan,Hari Penyampaian Hadiah,Hari Kantin dan sebagainya. Hal ini dapat mengelakkan jurang
perpaduan kaum bahkan menguatkan tali persaudaraan antara tiga kaum utama iaitu Melayu,Cina dan
India.
Ciri yang seterusnya ialah bahasa rasmi bagi Sekolah Wawasan di luar bilik darjah ialah Bahasa
Melayu.Dengan ini taraf bahasa Melayu di negara kita akan semakin meningkat.
Hal ini akan mewujudkan sebuah Negara yang bersatu padu.

http://www.jomria.com/2012/09/cara-memupuk-perpaduan-kaum.html

CARA MEMUPUK PERPADUAN KAUM


Perpaduan kaummendatangkan banyak faedah kepada masyarakat dan negara. Isu perpaduan kaum
tidak boleh dipandang ringan oleh masyarakat. Terdapat beberapa cara bagi memupuk perpaduan kaum
di negara kita.

Keluarga boleh memainkan peranan penting dalam memupuk perpaduan kaum. Hal ini kerana ibu bapa
boleh mendidik anak-anak agar berbaik-baik dengan kaum lain. Oleh itu, ibu bapa mesti menjadi contoh
kepada anak-anak dengan mengamalkan nilai hormat-menghormati terhadap jiran berbilang kaum.
Semasa hari perayaan kaum pula, ibu bapa boleh membawa anak-anak menziarahi rumah jiran
tetangga.

Selain itu, masyarakat juga boleh memainkan peranan untuk memupuk perpaduan kaum. Contohnya,
masyarakat hendaklah mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan seharian. Antara nilai-nilai murni
yang perlu diamalkan ialah nilai bekerjasama dan bertolak ansur. Jika ada wujudnya masalah kaum,
pemimpin kaum hendaklah berbincang untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi.

Media massa seperti televisyen dan surat khabar juga boleh memainkan peranan untuk memupuk
perpaduan kaum. Hal ini kerana media massa boleh mempengaruhi minda seseorang tentang sesuatu
perkara. Contohnya, stesen televisyen boleh menyiarkan iklaniklan yang membawa mesej perpaduan
kaum. Surat khabar pula boleh menylarkan rencana tentang kebaikan perpaduan kaum.

Di samping itu, pihak sekolah juga boleh memainkan peranan untuk memupuk perpaduan kaum.
Contohnya, pihak sekolah boleh memberi kesedaran kepada pelajar tentang kebaikan perpaduan kaum
secara berterusan. Pihak sekolah juga boleh merancang program yang melibatkan pelbagai kaum di
kalangan pelajar sekolah. Antara program yang boleh dilaksanakan ialah program sukan dan bergotong-
royong bagi menceriakan kawasan sekolah.

Pihak lain yang boleh memainkan peranan untuk memupuk perpaduan kaum ialah pihak kerajaan. Hal
ini kerana pihak kerajaan mempunyai sumber kewangan bagi melaksanakan program yang boleh
memupuk perpaduan kaum. Program Sambutan Bulan Kemerdekaan merupakan program yang baik ke
arah perpaduan kaum dan ia mesti diteruskan. Pihak kerajaan juga boleh menangkap individu yang cuba
untuk merosakkan perpaduan kaum.

http://acil97.blogspot.com/2013/06/normal-0-21-false-false-false-ms-x-none.html


Malaysia sebelum berdiri teguh sebagai negara membangun telah melalui pengalaman pahit. Bermula
penjajahan Portugis, kemudian Inggeris, Belanda, Jepun, kemudian Inggeris lagi, pengalaman tersebut
tidak mahu diulangi lagi. Teriakan keramat Merdeka pada 31 Ogos 1957, tidak semudah dilalui dan
memaknakan kemerdekaan tersebut.

Perpaduan kaum amat penting untuk memastikan negara tidak diganggu gugat oleh negara asing. Kita
tiada Dol Said untuk menentang kemaraan penjajah pada tahun 1826 di Naning, atau Rentap
menentang kubu Raja Brooke di Nanga Skrang pada tahun 1983, Dato Maharajalela membunuh J.W.W
Birch 1875 di Pasir Salak, atau Mat Salleh yang gagah mengetuai gerakan menentang Inggeris pada
tahun 1884 hingga 1900 di Sabah. Yang kita ada ialah barisan pemimpin negara yang diketuai oleh
Perdana Menteri, Dato Seri Najib Tun Abdul Razak. Tanpa kegagahan seperti tokoh silam, yang perlu
hanyalah kita bersatu padu tanpa mengira kaum dan agama berlandaskan semangat Malaysia, bak kata
peribahasa bersatu teguh, bercerai roboh.



Semangat nasionalisme ialah perasaan cinta akan negara dan perasaan ingin membebaskan tanah air
daripada belenggu penjajahan. Oleh itu, perpaduan kaum telah dapat memupuk semangat nasionalisme
yang mendalam kepada semua kaum di negeri ini tanpa mengira bangsa, agama dan warna kulit.
Berdasarkan senario hari ini, rakyat Malaysia haruslah bertanggungjawab menerima segala adat resam
dan budaya yang berlainan agama dengan fikiran yang terbuka agar dapat membendung penindasan
seperti di negara-negara Thailand, Afrika dan Indonesia. Kata peribahasa, melentur buluh biarlah dari
rebungnya perlulah dipraktikkan dalam membentuk dan menanam semangat inikepada anak-anak sejak
kecil lagi. Sebagai contoh, nyanyian lagu kebangsaan dan menghayati Rukun Negara di sekolah sebagai
ikrar untuk mendisiplinkan diri. Maka dengan itu, mereka akan sedar tentang kepentingan bersatu padu
dan hormat-menghormati. Oleh itu, kita perlulah berganding bahu dan bukannya bersifat berat tulang
dalam membajai semangat perpaduan dalam kalangan masyarakat terutamanya anak-anak yang masih
berada di bangku sekolah.
Selain itu, semangat perpaduan juga telah dapat menarik pelancong asing untuk melawat negara kita.
Dengan keunikan masyarakat majmuk yang hidup dalam keadaan harmoni, para pelancong akan tertarik
untuk mempelajari budaya rakyat Malaysia. Hal ini demikian kerana, mereka akan lebih selamat dan
selesa apabila berada di negara ini walaupun Malaysia turut tergugat dengan kemunculan wabak
influenza H1N1 yang menjadi perbualan hangat negara-negara di dunia ini, namun industri pelancongan
tetap maju dan berkembang dari tahun ke tahun kerana adanya perpaduan kaum. Timbalan Menteri
Pelancongan ada menyatakan bahawa dengan adanya layanan mesra yang diberikan oleh rakyat
Malaysia kepada pelancong asing, industri pelancongan akan terus mendapat tempat yang tertinggi
walaupun agak berkurangan dengan masalah penularan wabak H1N1. Tidak dapat dinafikan bahawa,
rakyat Malaysia dapat berinteraksi dengan baik antara satu sama lain walaupun berbeza agama dan
bangsa. Sebagai contoh, di sekolah menengah, para pelajar yang terdiri dengan pelbagai kaum dapat
belajar dalam satu sekolah yang sama. Seperti peribahasa Melayu ada menyatakan bahawa muafakat
membawa berkat. Oleh itu, jelaslah perpaduan kaum bukan sahaja dapat memupuk semangat patriotik
malah dapat menarik lebih ramai pelancong asing ke negara kita.

Seterusnya, sebagai rakyat Malaysia yang juga merupakan golongan majoriti di negara ini tidak terlepas
daripada masalah pergaduhan dan penindasan yang pernah berlaku di negara kita. Pastinya sudah ada
tertanam dalam pemikiran kita tentang rusuhan kaum yang berlaku pada 13 Mei 1969 yang berlaku di
negara kita. Pada masa itu, semua pemimpin dan rakyat telah berusaha untuk menamatkan masalah
tersebut. Lantasan itu, semua penduduk di negara ini harus mengamalkan konsep perpaduan kaum dan
bukan bersikap seperti enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing untuk mengelakkan
perpecahan kaum. Bahkan dengan perpaduan kaum juga dapat menjamin keamanan negara. Hal ini
demikian kerana, masyarakat yang bersatu padu dapat hidup berbaik-baik dan menghormati kaum lain
sejajar dengan dasar luar Malaysia yang digubal selepas Perang Dunia Kedua, hal ini sekali gus dapat
menjamin keamaan setempat. Peribahasa ada menyatakan bersatu kita teguh, bercerai kita roboh.
Perealiasasian pepatah ini dapat dibuktikan melalui kerjasama yang eratantara kaum. Sebagai contoh,
kaum Cina menghormati adat dan budaya kaum Melayu dan India. Memang tidak dapat dinafikan,
walaupun negara sudah mengamalkan konsep perpaduan, masih ada lagi rusuhan-rusuhan kecil yang
berlaku di negara ini seperti demontrasi jalanan yang berkaitan dengan Akta ISA. Maka jelaslah bukan
sahaja perpaduan kaum menjadi kunci kepada keharmonian dan keamanan yang dinikmati oleh rakyat
bahkan minda dan pemikiran juga haruslah diisi dengan nilai-nilai yang positif agar tidak berlaku
permusuhan.



http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/nkra/11743-dasar-dasar-kerajaan-dalam-membentuk-
perpaduan.html
DASAR-DASAR KERAJAAN DALAM MEMBENTUK PERPADUAN
PENGENALAN
Perpaduan ialah satu proses yang menyatupadukan anggota masyarakat dan negara keseluruhannya
melalui ideologi negara supaya tiap-tiap anggota masyarakat dapat membentuk satu identiti dan nilai
bersama serta satu perasaan kebangsaan bersama di kalangan mereka.
Perpaduan memainkan peranan penting dalam memacu kestabilan & kemajuan negara. Sejak merdeka
lagi, kerajaan telah memupuk semangat perpaduan dalam memakmurkan negara kita. Pelbagai dasar
telah dijalankan untuk mencapai proses perpaduan ini. Tanpa perpaduan, kemajuan negara yang ingin
dicapai untuk Wawasan 2020 tidak mungkin akan menjadi kenyataan kerana kerjasama diperlukan
untuk menjana kemajuan.
DASAR PERPADUAN
Dalam membentuk perpaduan kaum, kerajaan perlu menjalankan dasar perpaduan supaya rakyat
Malaysia menjadikan dasar ini sebagai pegangan mereka dalam mencapai perpaduan kaum yang
harmoni. Dasar perpaduan boleh dicapai melalui dua cara iaitu:
1) Integrasi
Integrasi merupakan satu proses bagi mewujudkan satu identiti nasional di kalangan kumpulan-
kumpulan yang terpisah dari segi kebudayaan, sosial dan lokasi dalam sesebuah unit politik.
2) Asimilasi.
Manakala asimilasi pula ialah satu proses bagaimana kumpulan-kumpulan minoriti diasimilasikan
melalui perkahwinan campur dan sebagainya ke dalam kumpulan etnik yang lebih besar.

DASAR-DASAR KERAJAAN DALAM MEMBENTUK PERPADUAN
1) DASAR PENDIDIKAN FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN
2) AKTA BAHASA KEBANGSAAN- Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu.
3) DASAR KEBUDAYAAN KEBANGSAAN
4) SUKAN ALAT PERPADUAN
DASAR PENDIDIKAN: Sistem pendidikan yang berbeza.
-Punca masalah perpaduan-
1) Jika kita lihat pada zaman British dahulu, sistem pendidikan kita berpandukan dasar pendidikan British
pada abad ke-19. Sistem ini hanya dijalankan di Negeri-negeri Selat (Melaka, Pulau Pinang & Singapura).
Negara kita dahulu terikat dengan pendidikan yang dijalankan oleh penjajah iaitu British yang
mementingkan pendidikan untuk kepentingan mereka sendiri.
2) Pada zaman itu, pihak British memberi keutamaan kepada pelajaran Melayu dan Inggeris. Pendidikan
untuk orang Melayu diberikan untuk diberi jawatan rendah kerajaan sama ada sebagai kerani atau guru.
Pendidikan Cina dan Tamil dibiarkan berkembang secara sendirian. Pendidikan ini dikenali sebagai
pendidikan vernakular.
3) Pendidikan kaum Cina menggunakan bahasa Mandarin sebagai bahasa pengantar, gurunya & buku
teks didatangkan dari China. Mereka mempunyai sistem pendidikan yang tersendiri.
4) Pendidikan kaum India menggunakan bahasa Tamil sebagai bahasa pengantar di sekolah. Kebanyakan
sekolah Tamil ini terletak di kawasan ladang getah atau kopi.
5) Sekolah Inggeris pula dianggap sistem persekolahan yang unggul pada zaman penjajahan British.
Sekolah ini terdedah dengan budaya pemikiran Barat. Tambahan pula, sukatan pembelajaran pelajaran
juga tidak sama dengan sistem pendidikan sekolah lain menyebabkan perpecahan perpaduan kaum
berlaku.
Jelas sekali bahawa British sengaja mengasingkan sistem pendidikan antara semua kaum supaya
perpaduan kaum tidak berlaku. Jika perpaduan kaum berlaku, akan wujud kesedaran berpolitik antara
kaum dan sekali gus menggugat penjajahan British di Tanah Melayu. Pihak Inggeris tidak memberatkan
objektif perpaduan dalam sistem pelajarannya. Tidak ada satu dasar pendidikan kebangsaan
sepertimana yang kita lihat hari ini. Yang penting bagi mereka ialah memberi pelajaran kepada
segolongan rakyat untuk membolehkan sebahagian mereka memenuhi keperluan tenaga dan ekonomi.
Kesimpulannya, perbezaan sistem pendidikan menyebabkan perpaduan kaum sukar wujud suatu ketika
dahulu.
DASAR PENDIDIKAN: PENENTU PERPADUAN KAUM.
Dasar pendidikan kerajaan yang mentadbir penting dalam membentuk perpaduan kaum di negara kita.
Bermula dengan LaporanBarnes ketika zaman penjajahan British dahulu sehinggalah ke Falsafah
Pendidikan Kebangsaan yang dijalankan kini. Berikut telah saya sediakan kronologi dasar-dasar
pendidikan kerajaan sejak dahulu:
1) Pada peringkat permulaan, kerajaan British telah memperkenalkan Laporan Barnes pada 1950
sebelum negara ini ingin mencapai kemerdekaan. Tujuannya ialah supaya Tanah Melayu boleh
berkerajaan sendiri dengan perpaduan kaum yang berlaku. Tambahan pula, tentangan kuat komunis
pada masa itu menyebabkan British khuatir kaum-kaum di negara ini akan terpengaruh dengan komunis
sekali gus menyebabkan huru-hara. Laporan Barnes mencadangkan bahasa Melayu digunakan sebagai
bahasa pengantar pada peringkat sekolah rendah serta bahasa Inggeris pada peringkat sekolah
menengah & peringkat yang lebih tinggi. Cadangan ini diharapkan dapat merapatkan jurang komunikasi
antara kaum serta merapatkan hubungan mereka.
2) Masyarakat Cina menentang cadangan ini kerana dikatakan menggugat bahasa ibunda mereka.
Masyarakat Cina mencadangkan Laporan Fenn-Wu supaya sekolah vernakular Cina dikekalkan walaupun
mereka bersetuju dengan sistem pendidikan kebangsaan.
3) Ordinan Pelajaran 1952 kemudiannya diperkenalkan dengan mengambil kira kedua-dua laporan di
atas. Walau bagaimanapun, ordinan ini tak dapat dijalankan kerana tentangan masyarakat Cina & India,
kekurangan kewangan & ancaman komunis.
4) Selepas itu, kerajaan yang dipelopori penduduk Tanah Melayu, Parti Perikatan telah memperkenalkan
Penyata Razak 1956 dengan mengemukakan sistem persekolahan yang sama & penyeragaman
kurikulum yang bercorak kebangsaan. Penyata ini bertujuan menyuburkan semangat perpaduan kaum.
5) Kemudian, Laporan Rahman Talib diperkenalkan yang menekankan penggunaan bahasa Melayu
sebagai bahasa kebangsaan & ia menjadi Akta Pelajaran 1961. Jawatankuasa Kabinet telah mengkaji
keberkesanan sistem pendidikan serta mempertingkatkan kualitinya dengan pelaksanaan Kurikulum
Baru Sekolah Rendah (KBSR) & Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM).
6) Jika kita lihat pada sistem pendidikan kini, kerajaan telah melaksanakan Falsafah Pendidikan
Kebangsaan yang menjadi pelengkap kepada Dasar Pendidikan Kebangsaan. Dasar ini penting dalam
memupuk perpaduan kaum & integrasi nasional.
Sebagai intiha, dasar pendidikan yang kerajaan jalankan menitikberatkan dasar dalam membentuk
perpaduan. Sebagaimana yang dinyatakan sebelum ini & kajian sejarah yang diperoleh, DASAR
PENDIDIKAN MEMBENTUK PERPADUAN KAUM.
BAGAIMANA PENDIDIKAN BOLEH MEMBENTUK PERPADUAN
Persoalan besar yang dihadapi para pemimpin dan pendidik selepas Perang dunia Kedua ialah mencari
formula untuk melahirkan satu masyarakat Malaysia yang bersatu padu, yakni masyarakat majmuk yang
mempunyai keazaman, kesanggupan dan kesediaan untuk hidup bersama dengan rukun dan damai
serta mempunyai kesedaran, keperibadian dan nilai-nilai sebagai rakyat Malaysia.
Satu cara yang penting untuk mewujudkan perpaduan di dalam sesebuah negara ialah menerusi
pendidikan. Dalam konteks Malaysia, hakikat bahawa pendidikan merupakan faktor unggul dalam
membina kerakyatan yang tunggal telah lama disedari. Berikut merupakan cara bagaimana sistem
pendidikan boleh membentuk perpaduan:
1) Sistem persekolahan yang sama bagi semua
Pada asasnya Laporan Razak mencadangkan penubuhan sekolah-sekolah umum yang menggunakan
bahasa Melayu sebagai bahasa penghantarnya dan sekolah-sekolah jenis umum menggunakan bahasa
pengantar Cina, Tamil dan Inggeris. Kepentingan bahasa Melayu sebagai bahasa untuk perpaduan jelas
dinyatakan. Laporan ini telah menjadi rujukan sebagai dasar pendidikan kerajaan sehingga kini & bahasa
Melayu telah menjadi bahasa pengantar di semua peringkat sekolah.
2) Bahasa Kebangsaan sebagai bahasa pengantar utama.
Cara paling penting untuk menyatupadukan masyarakat berbilang kaum di Malaysia ialah melalui
penggunaan bahasa kebangsaan. Penggunaan satu bahasa perhubungan dan persefahaman di antara
satu kaum dengan yang lain dapat diwujudkan tanpa menimbulkan rasa curiga. Langkah ini
mempercepatkan lagi perpaduan dan rasa harmoni antara kaum di negara ini.
3) Kurikulum yang sama
Kurikulum ialah satu rancangan pendidikan yang terkandung di dalamnya segala ilmu pengetahuan serta
kemahiran, nilai-nilai dan norma, unsur-unsur kebudayaan dan kepercayaan yang telah menjadi pilihan
masyarakat untuk diperturunkan kepada ahli-ahlinya. Peranan kurikulum dalam pendidikan adalah
untuk membina perkembangan pelajar yang lengkap dari segi jasmani, rohani, akal dan emosi. Dalam
konteks negara Malaysia, kurikulum juga berperanan untuk melahirkan rakyat yang mendukung cita-cita
negara dalam mewujudkan perpaduan yang berpandukan Rukun Negara di samping menghasilkan
tenaga rakyat yang terlatih untuk keperluan negara (modal insan).
4) Sukatan pelajaran yang seragam
Sukatan pelajaran yang sama isi kandungannya yang disyorkan oleh Penyata Razak adalah dianggap
sebagai salah satu asas sistem pelajaran kebangsaan bagi mewujudkan perpaduan negara.
Mata pelajaran Sejarah memainkan peranan penting ke arah matlamat pembangunan. Melalui pelajaran
Sejarah diharapkan dapat membina semangat perpaduan dan perasaan hormat menghormati terutama
dalam masyarakat yang berbilang kaum, agama dan adat resam. Sukatan pelajaran yang seragam
membolehkan pandangan dunia (world view) setiap kaum di Malaysia hampir sama & tidak
mewujudkan perselisihan dalam persefahaman.
5) Peperiksaan yang seragam
Rancangan kerajaan untuk menyeragamkan kurikulum di sekolah-sekolah telah diperkukuhkan lagi
dengan mewujudkan satu sistem peperiksaan yang seragam. Dengan adanya sukatan pelajaran dan
peperiksaan yang seragam, pelajaran para pelajar tidaklah terganggu apabila terpaksa berpindah
sekolah. Langkah ini boleh menolong proses menyatupadukan pelajar berbilang kaum di samping
mewujudkan keperibadian yang sama.
Jika kita lihat sekarang, dasar pendidikan yang dijalankan kerajaan kini menampakkan hasilnya. Oleh itu,
ditekankan bahawa pendidikan menjadi alat membentuk perpaduan kaum. Belajar & kajilah sejarah
untuk mendapatkan manfaat berguna & meningkatkan kualiti hidup kita. Kita sepatutnya mencontohi
Dr. Mahathir Mohamad yang rajin membaca & mengkaji bahan sejarah serta berjaya menaikkan nama
Malaysia di persada dunia dengan kekuatan pembacaannya.
AKTA BAHASA KEBANGSAAN- Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu.
Akta ini diluluskan pada tahun 1967. Akta ini memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa
kebangsaan seperti yang termaktub dalam perlembagaan & menjadi jaminan kepada perpaduan rakyat
Malaysia. Pada tahun 1982, bahasa Melayu menjadi bahasa pengantar di sekolah dan menjadi bahasa
yang digunakan di mahkamah pada 1990.
Akta ini mewujudkan penggunaan satu bahasa perhubungan dan persefahaman di antara satu kaum
dengan yang lain tanpa menimbulkan rasa curiga.
DASAR KEBUDAYAAN KEBANGSAAN
Dasar ini menjadi panduan pembentukan & pengekalan identiti rakyat Malaysia.
Objektif dasar ini dijalankan adalah untuk mengukuhkan perpaduan melalui kebudayaan. Sebagai
contoh, kerajaan telah menjalankan perarakan Citrawarna Malaysia pada tahun 2001 yang menyaksikan
persembahan pelbagai budaya kaum masing-masing. Selain itu, tujuannya juga ialah memelihara
keperibadian kebangsaan & meningkatkan kualiti kehidupan rakyat Malaysia.
SUKAN ALAT PERPADUAN
Dasar ini bertujuan untuk menyemarakkan semangat patriotik rakyat. Majlis Sukan-Sukan Malaysia
(MSSM) yang ditubuhkan pada peringkat sekolah & Temasya Sukan Malaysia (SUKMA) adalah contoh
dasar ini. Ia mengeratkan perpaduan kaum & hubungan antara negeri.
Jika kita lihat sekarang ini, Sukan Olimpik Beijing yang berlangsung telah menyemarakkan semangat
patriotik rakyat negara kita. Pelbagai kaum bersatu padu memberi sokongan & dorongan untuk
membolehkan Malaysia mendapat pingat.
Terbaru ini, Lee Chong Wei telah mara ke suku akhir & menjadi harapan rakyat untuk mendapatkan
pingat emas pertama Malaysia.
TARGET NEGARA MAJU 2020
Idea wawasan ini digagaskan oleh Perdana Menteri kita yang ke-4, Datuk Seri Mahathir Mohamad pada
28 Februari 1991. Idea ini dicelup daripada sejarah kemajuan Jepun iaitu ketika zaman pemerintahan
Mikado Meiji, beliau telah menetapkan dalam masa 30 tahun pemerintahannya, Jepun menjadi negara
maju setanding dengan negara maju lain.
Kita lihat bagaimana seorang pemimpin kita seperti Tun Dr. Mahathir Mohamad yang kuat membaca &
mengkaji sejarah telah mengaplikasikannya dalam memajukan negara kita. Beliau mempunyai
pandangan yang jauh & bijak mentadbir negara. Beliau menetapkan tahun 2020 negara Malaysia akan
menjadi negara industri yang maju di dunia.
Target:
Menjadikan Malaysia sebagai negara industri maju dengan menggunakan acuan tersendiri setanding
negara-negara maju dunia. Kemajuan yang diharapkan bukan seperti di negara-negara maju di Barat
yang menitikberatkan kemajuan fizikal tetapi menekankan kemajuan bersepadu.
Kemajuan bersepadu yang dimaksudkan ialah perpaduan rakyat, kestabilan politik, ketinggian taraf
hidup, kekukuhan nilai moral & etika, kekukuhan sistem kerajaan, ketinggian maruah bangsa serta
semangat keyakinan bangsa.
Sebagai rakyat jelata, kita perlulah mencapai target Wawasan 2020 ini dalam menjadikan Malaysia
sebagai negara industri maju setanding dengan negara-negara maju lain di dunia.
Oleh itu, Tun Dr. Mahathir Mohamad pada zaman pemerintahannya telah menetapkan 9 cabaran yang
perlu ditempuhi negara dalam mencapai status negara maju.
Dengan mengetahui kelemahan-kelemahan yang perlu kita atasi, mudahlah bagi kita membuat
checklist bagi cabaran yang diatasi untuk merealisasikan Wawasan 2020.
1. Membina bangsa Malaysia yang bersatu padu
2. Membina bangsa yang berjiwa bebas, tenteram & berkeyakinan.
3. Memupuk & membina masyarakat demokratik yang matang.
4. Mewujudkan masyarakat yang bermoral & beretika.
5. Mewujudkan masyarakat yang matang, liberal & bertoleransi.
6. Membina masyarakat yang maju & saintifik.
7. Masyarakat yang berbudaya penyayang.
8. Menjamin masyarakat yang adil & saksama ekonominya.
9. Memupuk & membina masyarakat makmur.
Bagi mencapai status negara maju, perpaduan menjadi tunjangya & dingatkan bahawa PERPADUAN
TERAS KEJAYAAN negara.
KEJAYAAN MALAYSIA DALAM MEMBENTUK PERPADUAN PADA MATA DUNIA
Datuk Seri Abdullah Badawi berkata, Malaysia kini dijadikan contoh kajian oleh Universiti Cambridge
atas kejayaannya mewujudkan perpaduan pelbagai kaum.
Menurut Abdullah, mereka mengambil Malaysia sebagai satu-satunya contoh bagi mengkaji tentang
hubungan baik di antara pelbagai kaum dan yang menganut agama yang berbeza.
``Kajian itu adalah tentang apa yang berlaku di Malaysia dan boleh dipelajari,'' katanya kepada
pemberita pada 15 Disember 2007.
Sumber: perpaduan.blogspot.com


http://sharldepiepiapie.blogspot.com/2013/10/masalah-perpaduan-di-malaysia.html
MASALAH PERPADUAN DI MALAYSIA

PENDAHULUAN
Negara kita Malaysia terkenal di mata dunia sebagai sebuah negara yang sedang pesat membangun.
Kejayaannya bukan sekadar menangani isu-isu tempatan, bahkan ia turut terlibat dalam menangani
permasalahan yang menimpa dan dialami oleh masyarakat antarabangsa. Malaysia turut dikenali
sebagai sebuah Negara Islam yang unik. Penduduknya berbilang bangsa dan kaum serta mempunyai
kepercayaan dan pegangan agama yang berbeza. Majoriti terbesar warganya terdiri dari kaum Melayu
beragama Islam. Bumi Malaysia adalah tanah asal tempat tumpah darah mereka.
Dahulu, negara ini dikenali sebagai Tanah Melayu. Tanah Melayu mendapat kemerdekaan pada tahun
1957. Pada tahun 1966, namanya ditukar kepada Malaysia. Beberapa jenis flora dan fauna di bumi
subur beriklim tropika ini sukar ditemui di tempat lain. Hasil komoditinya menjadi idaman banyak pihak.
Malaysia terkenal sebagai negara pengeluar bahan-bahan mentah yang bernilai tinggi. Kedudukannya
juga sangat strategik dalam lingkaran laluan dagangan antarabangsa.
Walaupun rakyatnya berbilang etnik dan bangsa, tetapi mereka dapat hidup rukun dan damai, tidak
seperti penduduk di negara-negara lain yang tidak sunyi dengan perbalahan, pertikaian dan permusuhan
sedangkan mereka terdiri dari bangsa, keturunan dan kepercayaan yang sama.
Kehidupan rakyat negara ini pernah diuji. Keharmonian hidup mereka tidak bertahan lama kerana
dicemburui banyak pihak. Beberapa kawasannya telah diserang dan dijajah oleh pelbagai kuasa seperti
Portugis, Belanda, Siam, Jepun, dan Inggeris. Segala bentuk, rupa dan rasa keperitan dan kesukaran
telah dilalui oleh ramai pemastautin tempatan apabila mereka cuba menentang penjajahan asing demi
memelihara tanah air tercinta. Begitu juga semasa mereka berada di bawah cengkaman kuasa asing.
Banyak usaha dilakukan untuk mengembalikan semula kehidupan tanpa tekanan pihak luar yang rakus
kuasa dan benda lantaran tamak haloba untuk mengaut kekayaan dan mengikis hasil negara. Beberapa
kemudahan disediakan oleh kuasa asing yang kononnya untuk membangunkan negara agar boleh
dinikmati oleh anak-anak pribumi, tetapi sebenarnya hanyalah helah penjajah. Penjajah sanggup
membawa biji-biji benih pokok getah untuk ditanam di sini kerana buminya subur dan sesuai. Pelbagai
alat dan kelengkapan canggih ketika itu dibawa masuk untuk memudahkan kerja-kerja mencari dan
menggali khazanah galian seperti bijih timah, besi, arang batu, emas dan sebagainya. Mereka meredah
segala ceruk negara untuk mencari dan mengaut kekayaan yang sangat tinggi nilainya. Mereka membina
lingkaran pengangkutan darat, laut dan udara untuk memindah dan memunggah kekayaan perut negara
ini ke tempat mereka. Kilang-kilang dibina untuk mengumpul, memproses, memilih dan membawa
keluar hasil komoditi terbaik, sementara yang tinggal hanyalah sisa-sisanya sahaja. Mereka membawa
masuk buruh-buruh asing dari pelbagai negara terutama dari China dan India untuk mendapatkan hasil
dengan lebih cepat tanpa mementingkan bermacam masalah yang akan memberi kesan kepada
kehidupan, perpaduan dan keharmonian penduduk tempatan.
Semangat untuk mendapatkan kemerdekaan tidak luntur dalam jiwa bangsa Melayu walaupun terpaksa
menghadapi rintangan pihak penjajah dan orang tempatan sendiri. Orang-orang Melayu yang dipimpin
oleh Yang Mulia Tunku Abd. Rahman Putra Al Haj tidak jemu-jemu mencari jalan terbaik dan rela
bekerjasama dengan kaum-kaum lain untuk mencapai kemerdekaan. Hasilnya pada tanggal 31 Ogos
1957, Bapa Kemerdekaan kita telah melaungkan kalimah keramat MERDEKA dan diulang suara oleh
rakyat dari pelbagai bangsa dan keturunan dengan penuh kesyukuran. Bendera Union Jack diturunkan
dan berkibar megah Jalur Gemilang kemegahan rakyat jelata. Tanah Melayu mula diiktiraf sebagai
sebuah negara yang merdeka dan mempunyai sistem pemerintahan dan perlembagaannya yang
tersendiri.
Banyak perkara telah difikir dan pelbagai usaha dilaksanakan untuk mengisi kemerdekaan dan
memajukan bumi tercinta setelah sekian lama ditadbir oleh penjajah. Bermacam-macam rintangan dan
gerakan untuk menggugat keharmonian, keamanan dan perpaduan antara kaum dapat ditangani oleh
barisan pimpinan negara. Namun begitu terjadi beberapa peristiwa yang tidak diingini kerana masih ada
niat dan usaha jahat pihak tertentu yang enggan memberi kerjasama untuk membendungnya. Jesteru,
maka perpaduan kaum dan integrasi nasional adalah isu danagenda utama pemimpin dan seluruh warga
negara Malaysia.
DEFINISI:
Perpaduan dapat diertikan sebagai hubungan erat bersifat toleransi yang diwujudkan secara sengaja
dalam kalangan kaum dan etnik yang berbeza untuk mencapai matlamat bersama secara jujur dan
ikhlas. Dalam kata lain perpaduan adalah proses menyatupadukan seluruh masyarakat untuk
membentuk satu identiti dan nilai bersama serta perasaancinta dan banggakan negara.
Integrasi dirujuk kepada proses penyatuan masyarakat berbilang kaum, daerah dan wilayah tempat
tinggal, budaya, adat resam, cara hidup, latar belakang, kepercayaan dan pegangan agama yang
berlainan untuk menjadi satu entiti yang terikat oleh norma dan nilai murni masyarakat sejagat demi
mencapai tujuan dan kepentingan bersama secara adil dan saksama.
MASALAH PERPADUAN DAN INTEGRASI NASIONAL.
Perpaduan rakyat menjadi satu cabaran utama yang dihadapi oleh Kerajaan Malaysia. Isu perpaduan
adalah utama dari sembilan cabaran untuk mencapai matlamat Wawasan 2020 yang berbunyi
Mewujudkan bangsa Malaysia yang bersatu padu yang mempunyai matlamat yang serupa dan boleh
dikongsi bersama, berintegrasi di peringkat Wilayah dan antara kaum, berasaskan persamaan hak dan
keadilan
Cabaran ini berkait dengan cabaran ke lima yang berbunyi Mewujudkan masyarakat liberal dan
bertolak ansur dengan rakyat pelbagai kaum bebas mengamalkan adat, kebudayaan dan kepercayaan
agama masing-masing dan pada masa yang sama meletakkan kesetiaan mereka kepada negara.
Cabaran ini berkait pula dengan cabaran ke tujuh iaitu untuk Mewujudkan masyarakat berbudi dan
berbudaya penyayang iaitu sistem sosial yang lebih mementingkan masyarakat daripada diri sendiri
dan kebajikan insan tidak berkisar kepada individu tertentu sahaja.
HALANGAN DAN KESUKARAN UNTUK PERPADUAN DAN INTEGRASI.
Terdapat beberapa faktor sejarah yang menyulitkan proses pencapaian perpaduan di Malaysia. Di
antaranya ialah;
Agama dan kebudayaan: Setiap kumpulan etnik mempunyai agama dan kebudayaan yang
berlainan. Setiap kaum pula mempunyai adat resam, bahasa, kesenian, budaya dan sistem nilai yang
berbeza. Masing-masing kurang mengenali dan memahami dan seringkali menganggap mereka sahaja
yang terbaik. Sikap ini menguatkan perasaan buruk sangka yang menghalang pergaulan baik antara
pelbagai kaum.
Dasar Penjajah British: Penjajah British mengamalkan dasar pecah dan perintah yang
menjarakkan kumpulan-kumpulan etnik demi kepentingan dan keselamatan mereka sendiri.. Penjajah
sengaja menentukan status dan peranan yang berlainan bagi kaum yang tertentu. Interaksi antara kaum
menjadi terbatas dan lahirlah sikap prasangka negatif yang kukuh antara rakyat tempatan yang
berbilang etnik.
Sistem pendidikan, persekolahan dan bahasa yang berlainan: Laporan Razak menyebut
bahawa tiada satu sistem pendidikan nasional di Tanah Melayu di mana setiap etnik lebih gemar
menghantar anak mereka ke sekolah yang menggunakan bahasa ibunda masingmasing. Kurikulum yang
digunakan juga tidak sama. Ada pula yang berpusat ke negara nenek moyang mereka, tidak terdapat
bahasa pengantar yang sama. Keadaan ini melebarluaskan lagi jurang pergaulan, menghasilkan
pandangan yang berlainan dan menjejaskan persefahaman dan perhubungan sesama rakyat di samping
mewujudkan keperibadian dan perwatakan yang berbeza tanpa mempedulikan pembentukan warga
negara yang beridentitikan satu negara.
Amalan ekonomi yang berlainan: Setiap etnik menjalankan aktiviti ekonomi yang tertentu
dan mendiami kawasan yang berlainan. Keadaan ini mewujudkan jurang pendapatan yang tidak
seimbang dan menimbulkan rasa tidak puas hati dalam kalangan etnik yang berlainan jenis dan ras serta
mengakibatkan perpaduan negara terancam.
Perbezaan politik mengikut bangsa, kaum dan etnik: Kewujudan persatuan politik, sosial
dan ekonomi berdasarkan bangsa, kaum dan etnik tertentu telah memmperkuatkan identiti sesuatu
kumpulan dan menimbulkan perasaan syak wasangka kerana setiap kumpulan hanya memperjuangkan
hak dan kepentingan kumpulan tertentu sahaja. Parti-parti politik yang berasaskan kepada suku kaum
juga memainkan pelbagai isu sensitif seperti bahasa, budaya, ekonomi dan hak keistimewaan sehingga
memburukkan lagi masalah perpaduan.
Pendudukan Jepun: Kemasukan tentera Jepun ke Tanah Melayu menambah jurang
permusuhan antara orang Melayu dan orang Cina. Sebilangan besar tentera anti Jepun terdiri dari
orang-orang Cina, sementara ramai pula orang Melayu yang diambil oleh tentera Jepun untuk menjadi
askar dan polis. Keadaan ini menjadikan menjejaskan persefahaman dan menimbulkan perasaan kurang
senang antara masyarakat Melayu dan Cina.
KAEDAH DAN LANGKAH YANG TELAH DIAMBIL OLEH PIHAK KERAJAAN DALAM MENYUBURKAN
INTEGRASI DAN PERPADUAN DI MALAYSIA
PERISTIWA BERDARAH 13 MEI 1969
Penjajahan British melalui dasar pecah dan perintah serta mementingkan kuasa dan ekonomi
menyebabkan terjadi jurang perbezaan dan pengenalan ekonomi berbentuk etnik antara kaum dan
wilayah. Pelbagai kaum terasa seperti tidak mendapat pembelaan dan peluang yang sewajarnya. Dalam
kempen pilihanraya 1969 pula, terdapat parti-parti politik yang telah menimbulkan isu-isu sensitif yang
menyentuh kaum tertentu. Kehilangan dua pertiga majoriti parti Perikatan dalam pilihanraya umum
tersebut, diikuti kelantangan beberapa pemimpin parti pembangkang dan penyokong mereka yang
menimbulkan perasaan saling membenci dalam kalangan rakyat berbilang kaum. Kemuncak manifestasi
perkauman ini ialah peristiwa berdarah 13 Mei 1969.
Kerajaan bertindak pantas dengan menubuhkan sebuah badan khas yang dikenali sebagai Majlis
Gerakan Negara (MAGERAN). Majlis ini dipertanggungjawabkan untuk mengembalikan keamanan dan
undang-undang negara, menentukan pentadbiran yang licin, adil dan sempurna serta mengembalikan
suasana keharmonian dan kepercayaan antara kaum.
Peristiwa ini menunjukkan bahawa perpaduan nasional sukar dicapai jika terdapat jurang perbezaan
yang terlalu besar terutama dari segi ekonomi, politik dan sosial antara rakyat pelbagai kaum. Pada
bulan Januari 1970,Majlis Perundingan Negara (MPN) ditubuhkan. Fungsi utama majlis ini ialah meneliti
isu-isu perpaduan negara serta mencari jalan untuk menyelesaikannya. Antara hasil utama Majlis ini
ialah Rukun Negara dan Dasar Ekonomi Baru.
Perisytiharan Rukun Negara pada 31 Ogos 1970 sebagai ideologi kebangsaan negara adalah bertujuan
agar fikiran, pendapat dan perasaan rakyat pelbagai kaum dapat dipersatukan secara pemuwafakatan
dan bijaksana tanpa membangkitkan isu-isu sensitif yang boleh mencetuskan keadaan yang tidak
diingini.
Dasar Pendidikan Kebangsaan dan Perpaduan Negara
Pendidikan menjadi tunjang kepada perpaduan negara. Tidak dapat dinafikan bahawa sekolah dan
pendidikan memainkan peranan yang sangat penting dalam pembinaan dan pembentukan warga negara
dan rakyat yang bersatu padu. Sememangnya telah dicatatkan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan
bahawa Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi
potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang harmonis dan
seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada
Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia,
bertanggungjawab dan berkemampuan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan
terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara
Secara tidak langsung dasar ini dapat melahirkan satu masyarakat Malaysia yang bersatu padu dan
berintegrasi seperti yang dihasratkan dalam Rukun Negara melalui penggunaan dan penghayatan
kurikulum yang bersepadu, penggunaan bahasa pengantar dan sistem peperiksaan yang sama serta
penglibatan aktif pelajar dalam aktiviti-aktiviti kokurikulum yang dirancang dan dilaksanakan sepanjang
persekolahan pelajar.
Kurikulum yang dibina bukan saja bertujuan untuk memberi ilmu pengetahuan dan maklumat berbentuk
akademik sahaja, bahkan ia juga dapat membentuk sahsiah, keperibadian dan perwatakan murid yang
diingini bagi memupuk perpaduan. Kurikulum ini berorientasikan suasana Malaysia dan dilaksanakan
melalui Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) dan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah
(KBSM) mulai tahun 1983. Mata pelajaran Pendidikan Islam, Pendidikan Syariah Islamiah, Pendidikan Al
Quran Dan Assunnah dan Pendidikan Moral yang diperkenalkan dapat mengukuhkan pegangan agama,
menanam sifatsifat mulia serta membentuk tingkahlaku yang bersopan santun dan saling menghormati
sesama manusia.
Penubuhan Kelab Rukun Negara Di Sekolah
Semasa merasmikan sambutan Hari Perpaduan Peringkat Kebangsaan 2000 di Melaka, Yang Amat
Berhormat Dato Seri Abdullah Bin Haj Ahmad Badawi selaku Timbalan Perdana Menteri pada ketika itu,
telah menyarankan supaya Kelab Rukun Negara ditubuhkan di sekolah.
Sebelum itu, dalam perasmian Hari Perpaduan Peringkat Kebangsaan 1999 di Pahang, beliau menyeru
seluruh rakyat Malaysia agar sentiasa berpegang teguh kepada prinsip-prinsip Rukun Negara untuk
menjamin perpaduan dan kemakmuran negara agar terus berkekalan. Dengan tertubuhnya Kelab Rukun
Negara di sekolah melalui Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 17/2000 yang dikeluarkan oleh Kementerian
Pelajaran Malaysia berkaitan Penubuhan Kelab Rukun Negara Di Sekolah, maka pengetahuan,
pemahaman, penghayatan warga sekolah terutamanya golongan relajar terhadap prinsip-prinsip Rukun
Negara ke arah menjana semangat perpaduan yang lebih jitu dapat dipertingkat dan diperkukuhkan..
USAHA YANG BOLEH DIJALANKAN DI PERINGKAT MASYARAKAT SETEMPAT Program Pemuafakatan
Masyarakat
Program pemuwafakatan antara masyarakat setempat boleh diadakan melalui program- program ilmiah
seperti ceramah motivasi, aktiviti keagamaan, Makan Beradab, gotong royong, majlis perkahwinan dan
sebagainya.
Hari Keluarga dan Sukan Rakyat
Program yang melibatkan seluruh ahli masyarakat boleh diadakan. Pelbagai acara dijalankan melibatkan
semua peserta. Selain dapat menghilangkan perasaan tertekan dengan bebanan tugas, program ini
dapat membina persefahaman, keteguhan perpaduan dan perasaan kasih sayang dalam kalangan
seluruh warga masyarakat.
Acara kebudayaan dan kesenian-
Pelbagai acara berbentuk kebudayaan dan kesenian rakyat boleh diadakan seperti permainan tradisi,
boria, dikir barat, persembahan kebudayaan setiap kaum di Malaysia dan lain-lain lagi yang disertai oleh
anggota masyarakat. Selain dapat berhibur, semua yang terlibat dapat memahami dan mematuhi
peraturan yang digariskan.
Majlis Sambutan Hari Raya, Ucapan Tahun Baru Cina dan Hari Deepavali-
Setiap kali menjelang hari perayaan, masyarakat melalui pertubuhan atau organisasi seperti JKKK atau
NGO mengatur program yang melibatkan seluruh warga masyarakat. Beraneka jenis makanan yang
dihidang dinikmati bersama. Sumbangan yang diperolehi dari pelbagai pihak disampaikan kepada
mereka yang kurang berkemampuan. Ucapan selamat yang diberikan, disambut dengan penuh
kemesraan dan dapat membentuk perasaan kasih sayang dan perpaduan rakyat berbilang kaum dalam
komuniti tempatan.
Aktiviti Riadah -
Seterusnya, kerajaan perlu menggalakkan setiap ahli masyarakat mengambil bahagian dalam pelbagai
program yang dianjur pelbagai pihak seperti Pihak Berkuasa Tempatan, Majlis Belia Malaysia, Jabatan
Agama Islam, Rakan Muda, INMIND dan sebagainya. Antara aktiviti yang boleh dijalankan ialah
senamrobik, mencari harta karun, larian, Perarakan Sambutan Maulidur Rasul dan Maal Hijrah, Larian
Merdeka dan sebagainya. Setiap ahli masyarakat dapat berinteraksi dengan peserta dari pelbagai kaum
dan lapisan masyarakat. Mereka dapat memahami dengan lebih mendalam erti perpaduan dan
perasaan hormat menghormati sesama masyarakat.
KAEDAH DAN LANGKAH YANG BOLEH DI AMBIL DI PERINGKAT SEKOLAH Sekolah Penyayang
Satu program yang dilaksanakan di sekolah dengan menekankan konsep Sekolahku Syurgaku dan
Yang Tua Dihormati, Yang Muda Disayangi dengan penyertaan bersama ibubapa pelajar melalui
Persatuan Ibubapa dan Guru. Amalan ini dapat mewujudkan golongan pelajar yang cinta kepada
sekolah, membentuk peribadi pelajar yang suka menolong dan menghormati orang lain, berbudi pekerti
mulia, serta menimbulkan perasaan kasih sayang dan hubungan mesra antara warga sekolah dan
sesama ibubapa para pelajar.
Pelaksanaan Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan (RIMUP)
Sebagai sebuah sekolah berasrama penuh yang majoriti pelajarnya terdiri dari pelajar Melayu, namun
mereka berasal dari daerah dan negeri yang berlainan termasuk dari Sabah dan Sarawak. Program
RIMUP secara kelompok turut diadakan di mana pelajar-pelajar dari sekolah ini terlibat dengan program
yang dirancang bersama dengan sekolahsekolah lain yang, mempunyai pelajar berbilang kaum.
Jawatankuasa RIMUP peringkat sekolah dan kelompok dianggotai kaum yang pelbagai. Kesan
penglibatan pelajar dan warga sekolah dalam program ini adalah sangat baik. Ia membolehkan mereka
berinteraksi dan bergaul secara lebih erat dan mesra seterusnya menyumbang kepada perpaduan dan
integrasi rakyat yang lebih erat.
Penyertaan Dalam Kokurikulum
Semua pelajar diwajibkan mengambil bahagian dalam persatuan, permainan dan pakaian seragam.
Penyertaan aktif dalam kokurikulum dan pembabitan mereka dalam perkhemahan, persembahan dan
pertandingan di pelbagai peringkat akan mendedahkan mereka kepada situasi yang berlainan dan
beragam. Terdapat peraturan dan disiplin tetrtentu semasa mengikuti program-program yang
dijalankan. Pemilihan ahli jawatankuasa dilakukan secara demokrasi dengan bimbingan guru penasihat
dan jurulatih dari pelbagai agensi. Mereka dapat berinteraksi secara sihat serta mematuhi peraturan dan
disiplin yang ditentukan. Hasil dari penglibatan pelajar secara aktif dalam aktiviti yang dilaksanakan
adalah sangat memuaskan terutama dalam usaha untuk membentuk dan membina kehidupan masa
depan pelajar dan sebuah masyarakat yang berdisiplin, berharmoni bersatu padu dan berintegrasi.
Sambutan Bulan Patriotisme dan Kemerdekaan
Setiap tahun sekolah mengadakan pelbagai program sempena memperingati hari ulangtahun
kemerdekaan negara. Jawatankuasa sambutan peringkat sekolah ditubuhkan dengan kerjasama Kelab
Rukun Negara, Unit Bimbingan Dan Kaunseling, Kelab Guru dan Kakitangan, Persatuan Sejarah dan
Persatuan-persatuan pelajar. Sekolah juga turut melibatkan penyertaan PIBG, Alumni, tokoh-tokoh dan
sejarawan, Agensi dan Badan Kerajaan dan Bukan Kerajaan dalam aktiviti yang dilaksanakan. Acara yang
dilaksanakan ialah seperti ceramah kemerdekaan, tayangan gambar berbentuk patriotik, pembacaan
sajak, sketsa, pentomen, kibaran Jalur Gemilang, hiasan bilik darjah dan asrama, pidato, forum,
penulisan esei, derma darah, pameran, melukis potret tokoh negara, perbarisan dan perarakan serta
sambutan detik kemerdekaan. Pelajar juga terlibat dengan program sambutan yang dianjurkan oleh
pihak lain di peringkat daerah, negeri dan kebangsaan. Penyertaan pelbagai pihak dalam menjayakan
program ini dapat membina keyakinan semua warga sekolah berkaitan pembinaan bangsa Malaysia
yang merdeka dan bertanggungjawab, bersifat patriotisme yang tinggi dan cintakan kehidupan
bersatupadu dan kestabilan negara.
Lawatan dan ziarah di peringkat sekolah
Sekolah menggalakan para pelajar membuat program lawatan ke tempat-tempat bersejarah, Parlimen,
Putrajaya, Bandaraya Melaka, Memorial, Tugu Negara, Muzium Negara, Rumahrumah kebajikan, asrama
anak-anak Yatim dan miskin, Penjara, Rumah perlindungan kanakkanak, asrama orang kurang upaya,
sekolah, universiti dan sebagainya. Pelbagai acara diadakan semasa lawatan dan ziarah tersebut
diadakan seperti perbincangan, gotong royong, persembahan kesenian dan kebudayaan, pertukaran
maklumat dan sebagainya. Kesan dari program lawatan dan ziarah ini sangat bermakna dan memberi
kesedaran kepada pelajar peri pentingnya berbudi bahasa, mengamalkan toleransi dan perhubungan
baik sesama rakyat berbilang kaum dan keturunan.
Perkhemahan Bina Insan bagi pelajar sekolah
Program ini melibatkan semua pelajar dan guru-guru serta sebahagian kakitangan sokongan sekolah.
Kerjasama diperolehi dari pelbagai pihak seperti Kerajaan Negeri, Bomba, Polis dan sebagainya. Acara-
acara yang dijalankan ialah seperti ceramah motivasi, pembinaan jati diri, kerohanian, kembara, ikhtiar
hidup, kewarganegaraan dan riadah. Suasana perkhemahan yang dijalankan di luar kawasan sekolah
sangat menyeronokkan para pelajar. Selain dari mendapat maklumat dan kemahiran baru, mereka
dapat merasai keindahan alam Malaysia, nikmat kehidupan dalam sebuah negara yang aman dan damai.
PENUTUP:
Kejelekitan perpaduan dan integrasi rakyat dalam sebuah negara berbilang kaum sukar dicapai tanpa
pendedahan awal yang berstrategik, keintiman, persefahaman semua pihak, kepercayaan dan pegangan
kukuh terhadap ajaran agama, di samping menghayati dengan penuh keinsafan intipati dan kandungan
tersurat dan yang tersirat dalam kesemua prinsip rukun negara.
Penghayatan Rukun Negara untuk mencapai perpaduan dan integrasi nasional yang padu lagi jitu
dilaksanakan di negara ini melalui proses pendidikan dan pembelajaran berdasarkan kurikulum
Kebangsaan, pembabitan dalam kokurikulum yang teratur dan terancang, penghayatan keagamaan
dalam kehidupan seharian, penyertaan semua warga organisasi dalaman sekolah dan di luar sekolah
mahupun seluruh anggota masyarakat yang juga warga negara Malaysia dalam pelbagai aktiviti yang
menjurus kepada pembentukan kehidupan rakyat yang bersatu padu secara kolektif serta jalinan
perhubungan yang baik dan mesra yang diamalkan secara ikhlas dan penuh keinsafan oleh semua pihak
berdasarkan prinsip-prinsip Rukun Negara Malaysia.
Kini kita berada dalam era globalisasi dan liberalisasi. Pelbagai usaha dijalankan adalah demi menuju ke
arah membentuk sebuah masyarakat majmuk yang bersatu padu. Walaupun terdapat beberapa
cabaran, tetapi dengan adanya perancangan yang teliti, usaha yang gigih dan strategi yang lebih
berkesan dan dilaksanakan pula dengan penuh tanggungjawab dan bersifat pro aktif oleh semua pihak
sudah pasti keharmonian, perpaduan dan integrasi nasional akan tercapai dengan restu dan perkenan
Tuhan Yang Maha Berkuasa.
SENARAI RUJUKAN;
1. Sejarah Malaysia, Fajar Bakti Sdn. Bhd
2. Malaysia Kita, Institut Tadbiran Awam Negara, JPN, 1991
3. Malaysia Kita, International law book Services, 2007.
4. Buku Panduan Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan, KPM, 2005.
5. Pengajian Am Kenegaraan Malaysia, Mohd. Thajudin Abd. Muthalib, East View, 1997.
6. Pengajian Am Kertas 900/1, Prof Madya Dr. Cheu Hock Tong, Pustaka Sarjana, 2001.
7. Negara Kita, INTAN, Kuala Lumpur, 1986.
8. Perlembagaan Persekutuan, Pindaan 1987, Jabatan Percetakan Kerajaan, Kuala Lumpur,
1988.
9. Mengenal Perlembagaan Malaysia, Tun Mohammad Suffian Hashim, DBP, 1984.
10. Artikel Penuh:
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0712&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&
pg=re_06.htm#ixzz3675KFHL4
Utusan Melayu (M) Bhd




Tangani segera masalah perpaduan kaum

KEBELAKANGAN ini kita mulai menyedari bahawa perpaduan kaum di Malaysia menghadapi satu ujian
yang baharu. Rata-rata semua kaum mulai menyuarakan ketidakpuasan hati tentang apa yang berlaku di
sekeliling mereka.
Sudah nampak kurang toleransi antara kaum dan ini mesti ditangani segera walaupun kita sedia maklum
ia bukan semudah kata-kata kosong sahaja.
Kita mulai melihat pengasingan kaum-kaum secara tidak disedari. Di sekolah-sekolah, di universiti-
universiti, di kompleks-kompleka, di gerai-gerai, di pejabat-pejabat, di perkumpulan-perkumpulan malah
di padang-padang sukan kita mulai melihat sesuatu kaum itu sentiasa bersama kaumnya.
Sukan bola sepak umpamanya seakan-akan dimonopoli oleh sesuatu kaum dan tidak lagi mencerminkan
kaum-kaum asas negara kita walaupun alasan kita ia bergantung kepada bakat dan kebolehan.
Amat jarang sekali sekarang dapat kita lihat percampuran kaum seperti sekitar tahun 1980-an dan 1990-
an dahulu. Saya amat merindui semangat muhibah ketika itu. Sekarang terasa semacam ada perasaan
prasangka yang luar biasa dapat kita rasakan. Sehinggakan kita perlu dan mungkin terpaksa mengadakan
program penyatuan belia-belia yang berbeza latar belakang dan kaum melalui Program Latihan Khidmat
Negara (PLKN).
Persatuan parti-parti politik yang berbeza kaum dapat dirasai tidak ikhlas antara mereka. Masing-masing
berkawan atas agenda yang sama tetapi mempunyai tujuan yang berbeza. Mengapa ini boleh berlaku
sedangkan kita paling bersatu ketika tahun 1980-an dan 1990-an iaitu era Dasar Ekonomi Baru yang
ternyata membawa kekayaan kepada semua kaum tetapi sentiasa dituduh menyebabkan perpecahan
kaum?
Sedar atau tidak, kita sekarang sedang melalui era di mana pemuda-pemudi kita lahir dari program
pengasingan kaum yang telah bermula melalui pemilihan sekolah rendah lagi oleh ibu bapa yang
mempunyai kehendak yang berbeza.
Anak-anak Melayu hampir kesemuanya masuk ke Sekolah Kebangsaan yang ditaja kerajaan. Segelintir
dihantar ke sekolah-sekolah agama mengikut acuan yang ditetapkan oleh ibu bapa. Rakan-rakan mereka
daripada keturunan Cina hampir keseluruhannya mengikuti aliran jenis kebangsaan Cina. Sedangkan
rakan-rakan India sudah mulai ramai menyertai sekolah jenis kebangsaan Tamil.
Walaupun ada sekolah jenis kebangsaan Cina di Sabah dan Sarawak, hampir keseluruhan kaum pribumi
yang kebanyakannya susah menyertai sekolah-sekolah kebangsaan tajaan kerajaan. Ini juga berturutan
sehingga mereka ke sekolah menengah.
Sebenarnya kita yang bersalah menyebabkan mereka prejudis terhadap bangsa lain sejak dari kecil lagi
dan sekarang kita mulai merasakan bahangnya. Sebenarnya kita akan lebih toleransi lagi bila bersama-
sama bila melalui masalah dan suka bersama. Ini juga diterapkan dalam program PLKN.
Sebenarnya kita belum lagi merasai dengan jelas terjemahan proses sekolah secara berasing dan kita
perlu jujur untuk memikirkannya sebelum ia menjadi lebih buruk. Bayangkan atas dasar pengajaran dan
penekanan yang berbeza (walaupun mempunyai silibus yang telah ditetapkan) di setiap sekolah
tersebut, maka kita mempunyai remaja yang mempuyai asas dan kekuatan yang berlainan.
Anak-anak Cina dari sekolah aliran Cina misalnya di asak pelajarannya dan mempunyai jati diri dan
semangat kepada bangsanya yang kuat. Segala peraturan adalah serius tidak boleh main-main. Mereka
adalah yang akan cemerlang dalam pelajaran atau juga ko-korikulum.
Kebanyakan sekolah aliran Melayu dan Tamil menghadapi masalah disiplin dan penyeliaan. Melalui
temu duga kerja yang saya lakukan dahulu, mereka yang berasal dari sekolah agama lebih berani dan
mempunyai jati diri setanding kaum Cina. Malah ditunjukkan juga kesungguhan aspek memikul
tanggungjawab dan bekerja.
Hanya mereka ini kadang-kadang akan hilang peluang bila ada pihak-pihak yang secara sengaja
melabelkan mereka sebagai ektremis. Sedangkan mereka dari sekolah berasrama penuh pula lebih
glamor, sedangkan isinya diambil mudah.
Sehingga ada yang hanya tahu "copy and paste" resume. Jurang antara mereka besar dan tidak dapat
kita pastikan kedudukan mereka dengan yang lain sehingga mereka mula bekerja. Bagaimanakah nanti
ada pihak yang hanya inginkan produk dari sesebuah aliran sahaja. Kita secara tidak langsung telah
"marginalise" kaum dengan lebih buruk lagi.
Jika sekolah aliran Inggeris ataupun sekolah satu aliran dapat dilakukan maka kerajaan dapat
menjimatkan sumber kewangan yang disalurkan ke dalam PLKN atau setidak-tidaknya dapat
mengurangkannya. Mengapa kita tidak pergunakan kelebihan itu demi masa depan negara!
Sharupidin Che Abdullah
Shah Alam, Selangor



http://www.themalaysianinsider.com/rencana/article/sekolah-vernakular-bukan-punca-masalah-
perpaduan-kaum-di-malaysia-tan-zhong-yan
Sekolah vernakular bukan punca masalah perpaduan kaum di Malaysia Tan Zhong Yan
Published: 20 June 2013
Dari masa ke semasa, kita pasti akan mendengar seruan daripada pihak yang tertentu yang menyeru
supaya sekolah jenis kebangsaan ataupun sekolah vernakular dihapuskan dan ditukar kepada sekolah
kebangsaan. Mereka-mereka yang melakukan seruan ini sentiasa mengatakan ini adalah untuk tujuan
perpaduan. Tidakkah pandangan ini terlalu simplistik?
Ia memang tidak dapat dinafikan bahawa jika semua pelajar tidak mengira kaum boleh belajar dibawah
satu bumbung yang sama, ia adalah perkara yang baik dimana ia dapat mengeratkan hubungan sesama
kaum dan mengukuhkan perpaduan. Akan tetapi, masalah perpaduan antara kaum yang kini wujud di
negara Malaysia ini bukan disebabkan oleh sekolah vernakular tetapi kerana sebab-sebab yang lain.
Oleh itu, meskipun kita menghapuskan sekolah-sekolah vernakular, saya percaya masalah perkauman
dan isu perpaduan masih akan wujud kerana ini bukan punca masalahnya.
Punca masalah isu perkauman dan perpaduan adalah disebabkan oleh isu polisi negara ini. Kini
walaupun kita sudah merdeka untuk 56 tahun, kerajaan yang diperintah oleh Barisan Nasional masih
menggunakan teknik pemerintahan yang digunakan oleh British iaitu pecah dan perintah (divide and
rule). Ini adalah amat jelas di mana parti komponen utama BN yang terdiri daripada Umno, MCA dan
MIC hanya mempertahan dan berjuang untuk kaum yang diwakili masing-masing di mana Umno hanya
untuk orang Melayu, MCA untuk orang Cina dan MIC untuk orang India. Ini telahpun secara langsung
atau tidak langsung memberi persepsi kepada rakyat jelata di mana jika kita menghadapi apa-apa
masalah, kita hanya boleh mendapatkan pertolongan daripada pemimpin kaum kita sendiri.
Ini akan secara tidak langsung menyebabkan kita melahirkan perasaan ketidakpercayaan terhadap kaum
lain lalu mengakibatkan kesalahfahaman di mana kita menganggap bahawa hanya orang Melayu akan
menolong orang Melayu, orang Cina hanya akan menolong orang Cina dan orang India hanya akan
menolong orang India. Inilah punca masalahnya di mana kita akan melihat ketidaksamaan antara kaum
dan kita akan melihat kaum yang lain sebagai entiti yang berbeza dan berasingan.
Punca masalah yang kedua adalah disebabkan oleh sesetengah pihak yang rasis dan tidak
bertanggungjawab. Sesetengah pihak seperti bekas hakim Datuk Mohd Noor Abdullah yang
mengeluarkan kenyataan rasis juga merupakan punca masalah perkauman dan perpaduan. Apabila
sesetengah pihak mengeluarkan kenyataan yang rasis dan berbaur perkauman, ia akan secara tidak
langsung mengakibatkan kaum lain melahirkan kebencian bukan hanya terhadap individu tersebut
tetapi juga kaum individu itu. Lebih-lebih lagi jika tiada tindakan undang-undang yang diambil ke atas
individu-individu ini dan pendakwaan selektif dilakukan ke atas individu-individu yang lain.
Bukan itu sahaja, apa yang lagi hipokrit adalah apabila Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak
memperkenalkan konsep 1 Malaysia dan sedangkan slogan 1 Malaysia panas dilaung-laungkan,
timbalannya iaitu Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Menteri Pelajaran, mengatakan beliau merupakan
Malay First, Malaysian Second. Jadi apa gunanya jika kita ingin menghapuskan sekolah vernakular bagi
tujuan perpaduan tetapi pada masa yang sama, Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran
sendiri tidak mengerti maksud perpaduan? Apa yang lebih teruk lagi adalah apabila Perdana Menteri
kita sendiri menyalahkan tsunami Cina bagi keputusan teruk pada PRU baru-baru ini. Saya berasa
amat kesal apabila pemimpin-pemimpin negara kita sanggup mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang
begitu tidak bertanggungjawab sehingga ada daripada mereka yang sanggup mengatakan ini adalah
pengkhianatan sesetengah kaum.
Oleh itu, apa gunanya sekolah vernakular dihapuskan tetapi pemimpin-pemimpin negara kita sendiri
tidak mengerti maksud perpaduan? Jadi untuk mencapai perpaduan, apa yang kita perlu hapuskan
sekarang bukanlah sekolah vernakular tetapi rasisme yang wujud di negara kita. Pemimpin-pemimpin
negara kita haruslah menunjukkan contoh yang baik dan tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan
yang rasis dan tidak bertanggungjawab. Pihak polis dan Peguam Negara haruslah menjalankan tugas
secara adil dan mengambil tindakan terhadap kesemua mereka yang tidak bertanggungjawab ini tidak
mengambil kira latar belakang mereka dan tidak melakukan pendakwaan selektif. Hanya apabila kita
dapat melihat tidak ada perbezaan antara kita, maka hanya pada masa itulah kita akan mencapai
perpaduan. Biarlah kita ingat bahawa kita kesemua ini tidak mengira kaum adalah anak Malaysia.
* Ini adalah pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan The Malaysian Insider.


http://keligit97lense.blogspot.com/2014/04/usaha-usaha-mewujudkan-perpaduan-kaum.html


Isu perpaduan kaum merupakan satu usaha berterusan yang perlu dipikul dan dijunjung bersama-sama
oleh semua pihak. Sekiranya terlerai ikatan silaturahim dan musnah perpaduan dalam masyarakat,
nescaya pelbagai impak negatif akan menimpa masyarakat khususnya dan negara amnya. Oleh sebab
itu, pelbagai usaha perlu diambil bagi memupuk dan membaja agar perpaduan terus subur dan mewangi
dalam kehidupan masyarakat sekali gus mengelakkan peristiwa hitam 13 Mei 1969 daripada berulang
kembali.

Antara usaha yang boleh dilakukan dalam untuk mewujudkan perpaduan dalam kalangan masyarakat
adalah dengan mengadakan aktiviti gotong-royong. Aktiviti gotong-royong merupakan saluran dan
peluang kepada masyarakat di sesuatu kawasan perumahan untuk bertemu dan mengenali antara satu
sama lain. Di samping itu, aktiviti ini dapat memupuk semangat bekerjasama untuk membersihkan dan
mengindahkan kawasan persekitaran tempat kediaman mereka sesuai dengan slogan Negara Bersih
Rakyat Sihat. Sebagai contoh, aktiviti gotong-royong yang boleh dijalankan ialah kerja-kerja
membersihkan kawasan perumahan, taman permainan, tanah perkuburan dan sebagainya. Seterusnya,
aktiviti gotong-royong dapat meringankan serta memudahkan kerja yang sukar dilakukan ibarat kata
peribahasa yang berat sama dipikul, yang ringan sama dijinjing serta ke bukit sama di daki, ke lurah sama
dituruni.

Selain itu itu, perpaduan kaum di Malaysia boleh dicapai dengan meraikan sambutan perayaan kaum-
kaum di Malaysia secara bersama-sama. Melalui amalan kunjung-mengunjung yang dilakukan akan
dapat mengeratkan ikatan silaturahim antara jiran serta rakan daripada pelbagai kaum. Sebagai
contohnya, sambutan Hari Raya Aidilfitri, Tahun Baru Cina, Deepavali, Hari Gawai dan Hari Krismas
merupakan perayaan utama yang boleh diraikan oleh seluruh masyarakat yang terdiri daripada pelbagai
kaum. Melalui kunjungan sambutan perayaan sesuatu kaum dapat menerbitkan perasaan hormat-
menghormati terhadap adat dan kepercayaan kaum lain. Di samping itu, budaya ini dapat mengukuhkan
perpaduan apabila kurangnya syak wasangka antara kaum di Malaysia. Sekiranya perkara ini dapat
dipraktikkan nescaya masyarakat Malaysia akan mampu menghadapi apa-apa sahaja cabaran yang
datang dari luar atau masyarakat antarabangsa, ibarat kata peribahasa bulat air kerana pembetung,
bulat manusia kerana muafakat serta bersatu kita teguh, bercerai kita roboh

Seterusnya, aktiviti sukan dan permainan yang dijalankan juga boleh mewujudkan perpaduan kaum di
Malaysia. Sukan dan permainan yang dijalankan dapat dijadikan tali penghubung atau gelanggang
pertemuan pelbagai kaum di Malaysia. Dalam hal ini, satu perkara yang perlu diselesaikan adalah
dengan memecahkan monopoli sukan dan permainan yang dikuasai oleh sesuatu kaum sahaja seperti
permaian bola keranjang, ping pong, sepak takraw dan sebagainya. Kita berharap pada suatu masa nanti
pasukan bola keranjang negara misalnya, mampu diwakili pelbagai kaum di Malaysia dan bukan sahaja
dimonopoli oleh kaum Cina sahaja. Dalam konteks ini, sukan bola sepak, badminton, hoki dapat
dijadikan contoh dan teladan. Dengan bermain bersama-sama dalam sesuatu sukan dan permainan
serta seterusnya mewakili pasukan kebangsaan di peringkat antarabangsa, akan dapat menanamkan
semangat cinta akan negara. Usaha ini tentu dapat mengharumkan nama negara sekali gus
meningkatkan imej negara di peringkat antarabangsa.

Sebagaimana yang semua telah ketahui tanggal 31 Ogos 1957 merupakan tarikh keramat kemerdekaan
negara. Sambutan Hari Kebangsaan sesungguhnya membuka satu lagi jalan dalam usaha memupuk
perpaduan di Malaysia. Pada kebiasaannya, pelbagai kaum akan menyertai upacara sambutan tersebut
pada setiap tahun. Melalui pelbagai aktiviti yang dijalankan nescaya dapat menambahkan ukhwah dan
permuafakatan antara masyarakat pelbagai kaum di Malaysia. Di samping itu, penghayatan tema
sambutan Hari Kebangsaan, misalnya Keranamu Malaysia diharap dapat menanam semangat cinta akan
negara sekali gus mengukuhkan amalan peribahasa di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung.
Sesungguhnya, semua kaum di Malaysia perlu memahami bahawa kemerdekaan yang digapai pada hari
ini perlu dijaga kerana Malaysia hanya satu, dan tiadak ada duanya. Peribahasa hujan emas di negeri
orang, hujan batu di negeri sendiri, baiklah di negeri sendiri perlu direnungi oleh setiap warganegara
Malaysia agar perpaduan bukanlah menjadi duri dalam daging dalam usaha negara mencapai Wawasan
2020.

Intihanya, semua pihak perlu sedar akan pentingnya memupuk dan menjaga perpaduan masyarakat di
negara kita. Sesungguhnya, sekali kita leka dan lali serta memandang enteng akan perpaduan kaum,
nescaya kita akan menyesal untuk selama-lamanya kerana terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata
dan tindakan buruk padahnya. Kini, kita berada dalam era globalisasi dan liberalisasi. Pelbagai usaha
dijalankan adalah demi menuju ke arah membentuk sebuah masyarakat majmuk yang bersatu padu.
Walaupun terdapat beberapa cabaran, tetapi dengan adanya perancangan yang teliti, usaha yang gigih
dan strategi yang lebih berkesan dan dilaksanakan pula dengan penuh tanggungjawab dan bersifat
proaktif oleh semua pihak sudah pasti keharmonian, perpaduan kaum dan integrasi nasional akan
tercapai.


http://wirawarisan.com/cikgulina/?p=37

Masyarakat berbilang kaum yang tinggal di negara Malaysia hidup dalam keadaan aman dan harmoni.
Tanpa perpaduan dalam kalangan masyarakat, negara akan menjadi huru hara dan tidak stabil.
Akibatnya,pembangunan sektor ekonomi, politik dan sosial akan terbantut ekoran rapuhnya semangat
perpaduan dalam kalangan pelbagai pihak. Hakikatnya, beberapa langkah proaktif boleh diambil bagi
mengekalkan dan mengukuhkan lagi semangat perpaduan yang telah wujud dalam kalangan
masyarakat.
Antaranya, rakyat Malaysia sering meraikan sambutan hari perayaan bersama-sama. Sebagai
contoh,semua kaum bersama-sama meraikan Hari Raya Aidilftri dengan cara berkunjung ke majlis
rumah terbuka yang diadakan. Selain itu,masyarakat yang berbilang bangsa perlu semasa perayaan
yang disambut oleh kaum yang lain.Mereka juga akan lebih memahami serta menghormati adat dan
budaya suatu kaum. Keadaan ini membolehkan masyarakat hidup dalam suasana yang lebih harmoni.
Selain itu,aktiviti bergotong- royong akan mewujudkan semangat kerjasama antara kaum.Sebagai
contoh,masyarakat bergotong-royong membersihkan kawasan tempat tinggal.Hasilnya,kualiti hidup
masyarakat dapat ditingkatkan melalui persekitaran yang bersih.Selain itu,bantuan dan sokongan yang
dihulurkan dapat meringankan bebanan yang dipikul oleh setiap anggota masyarakat,bak peribahasa
berat sama dipikul,ringan sama dijinjing. Terbukti bahawa aktiviti bergotong-royong dapat memupuk
semangat muhibah dan kemesraan antara kaum. Pepatah ada mengatakan bahawa,muafakat
membawa berkat,disamping menangani masalah secara bersama.
Semangat kesukanan juga mampu memupuk perpaduan antara kaum. Misalnya,penglibatan murid-
murid yang terdiri daripada pelbagai kaum dalam suatu aktiviti sukan dapat mewujudkan kemesraan
antara satu sama lain. Semangat berpasukan juga dapat dipupuk dalam jiwa peserta tanpa mengambil
kira perbezaan kaum kerana bersatu kita teguh,bercerai kita roboh. Jelaslah bahawa aktiviti sukan
dapat mewujudkan semangat kerjasama dan mengelakkan sikap mementingkan diri. Negara juga dapat
melahirkan ahli sukan yang berkualiti dan memiliki semangat cinta akan negara.
Seterusnya, pelbagai aktiviti kokurikulum yang dijalankan di sekolah turut menanam semangat
perpaduan dalam kalangan murid yang berbilang kaum. Sebagai contoh,murid-murid dapat merancang
dan membuat keputusan bersama bagi memajukan persatuan dan kelab masing-masing. Mereka juga
sentiasa berkongsi idea dan maklumat dalam menjayakan sesuatu aktiviti. Murid-murid juga dilatih agar
menghormati keputusan dan idea orang lain.
Usaha untuk menarik penglibatan masyarakat dalam sambutan hari kemerdekaan juga amat berkesan
demi mewujudkan semangat perpaduan tanpa mengira perbezaan agama dan bangsa. Melalui usaha ini
semangat cinta akan negara akan berkembang dalam diri setiap anggota masyarakat, seterusnya
mendorong mereka sama-sama menepis sebarang anasir yang boleh mengacau kemerdekaan negara.
Kesimpulannya, semua pihak tidak sewajarnya memandang enteng akan kepentingan perpaduan kaum
dalam kalangan masyarakat yang berbilang bangsa. Justeru, perpaduan yang terbentuk perlu dikekalkan
demi kesejahteraan masyarakat dan pembangunan negara.


http://nonsensical-orator230994.blogspot.com/2011/12/perdana-menteri-malaysia-iaitu-yang.html



Usaha-Usaha Memupuk Perpaduan Kaum

Perdana Menteri Malaysia, iaitu Yang Berhorm,at Datuk Seri Najib bin Tun Razak telah
mengemukakan gagasan Satu Malaysia sejak tahun 2009 lagi. Gagasan ini bertujuan memupuk
perpaduan dalam kalangan masyarakat Malaysia, memandangkan Malaysia terdiri daripada masyarakat
majmuk. Bak kata pepatah, bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat. Sudah tentu
kita tidak menginginkan peristiwa 13 Mei 1969 berulang lagi dalam tanah bertuah yang aman makmur
pada hari ini. Namun, pelbagai langkah harus diambil untuk memupuk perpaduan dalam kalangan
masyarakat kerana "bertepuk sebelah tangan takkan dapat berbunyi".
Antara langkah yang dapat diambil ialah mengadakan rumah terbuka pada hari lebaran. Misalnya,
rumah terbuka sempena Hari Raya Aidilfitri oleh kaum Melayu, tahun Baru Cina oleh etnik Cin, Hari
Deepavali oleh bangsa India, dan Hari Natal oleh penganut agama Kristian. Melalui aktiviti ini, kita dapat
bersikap sambil menyelam minum air dengan bergaul mesra dengan rakan-rakan daripada pelbagai
kaum sambil menikmati makanan tradisional yang dihidangkan. Rentetan itu, kita akan lebih memahami
budaya kaum lain dan memupuk persefahaman dalam masyarakat.
Seterusnya, perpaduan dapat dipupuk melalui aktiviti-aktiviti sukan. Kita wajar terlibat dalam
aktiviti sukan kerana "badan cergas, minda cerdas". Aktiviti sukan dapat dijalankan di pelbagai
peringkat, iaitu peringkat kmpung, sekolah, daerah, negeri dan kebangsaan. Antaranya ialah kegiatan
senamrobik secara beramai-ramai pada peringkat kebangsaan. Melalui aktiviti sukan yang melibatkan
kumpulan seperti bola jaring, olahraga, dan bola tampar, persefahaman antara ahli kumpulan dapat
diwujudkan kerana "bersatu teguh, bercerai roboh. Selain dalam kalangan pelajar, dalam Hari Keluarga
juga, keluarga-keluarga bolehlah menyertai acara sukarela. Dengan cara ini, mereka dapat berseronok
sambil mengambil kesempatan untuk bergaul dengan jiran tetangga.
Di samping itu, sistem pendidikan di Malaysia turut bertujuan memupuk perpaduan kaum dalam
kalangan masyarakat Malaysia. Melalui aktiviti Rancangan Intergrasi Murid untuk Perpaduan atau lebih
dikenali sebagai RIMUP, pelajar-pelajar dapat berkawan dengan rakan-rakan daripada pelbagai bengsa
dan latar belakang. Semasa proses Pengajaran dan Pembelajaran berlaku, pelajar-pelajar mempelajari
mata pelajaran teras yang sama, iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains, dan Sejarah.
Bahasa Melayu dititikberatkan dalam pelajaran kerana bahasa kebangsaan ini dapat memudahkan
komunikasi antara pelajar daripada pelbagai kaum. Malah, kerja-kerja kursus yang diberikan turut
komunikasi antara pelajar daripada pelbagai kaum. Malah, kerja-kerja kursus yang diberikan turut
menggalakkan aktiviti berkumpulan kerana 'perpaduan teras kejayaan".
Pada masa yang sama, kegiatan gotong-royong kerap dijalankan di pelbagai peringkat untuk
menggalakkan kerjasama antara ahli masyarakat selain daripada membersihkan sesuatu kawasan
daripada belenggu pencemaran alam dan penyakit berjangkit seperti deman denggi, tun, dan malaria.
Kegiatan ini melibatkan pembahagian kerja mengikut kemampuan masing-masing. Hal ini dilakukan
untuk memastikan sesuatu tugas dijalankan dengan sistematik dan teratur. Namun dijalankan, gotong-
royong bukan sekadar kerja pembersihan, penyediaan kenduri juga memerlukan pembahagian kerja
mengikut kemampuan masing-masing. Hal ini dilakukan untuk memastikan sesuatu tugas dijalankn
dengan sistematik dan teratur. Namun demikian, gotong-royong bukan sekadar kerja pembersihan
kawasan sahaja, malah turut melibatkan persediaan sesebuah kenduri dan majlis. Sesebuah majlis tidak
akan berjaya dilaksanakan sekiranya semua tugas dipikul oleh seseorang sahaja. Seperti kegiatan
membersihkan kawasan, penyedian kendui juga memerlukan pembahagian tugas untuk kerja
pembersihan, memasak, menghiaskan kawasan, dan sebagainya.
Ingatkan bahawa "hati kuman sam dicecah, hati gajah sama dilapah". Sebagai intihanya, perpaduan
amat penting untuk menjamin kesejahteraan dan kemakmuran negara. Kita harus membuang sikap
perkauman yang menebal dalam diri kita sebelum mengatur strategi seterusnya dalam usaha memupuk
perpaduan. Dengan perpaduan yang jitu dalam kalangan masyarakat, kita dapat hidup dengan aman
damai dan seterusnya menjamin kestabilan tanah air tercinta.


http://izukazx.blogspot.com/2009/09/langkah-langkah-untuk-memupuk-semangat.html


Terdapat peribahasa Melayu yang berbunyi ,"bulat air kerana pembentung , bulat manusia kerana
muafakat ". Semangat perpaduan berperanan signifikan dalam usaha melahirkan masyarakat yang
bermuafakat dan menyemarakkan semangat integrasi nasional dalam kalangan rakyat yang berbilang
kaum selaras inspirasi "Satu Malaysia". Walau bagaimanapun , alangkah kecewanya melihat semangat
yang murni ini kian hari kian di telan dek kemodenan dan diabaikan oleh generasi muda mutahir ini .
Untuk mengelakkan semangat perpaduan daripada terkubur begitu sahaja , institusi keluarga
memainkan peranan vital untuk menyuntik semangat perpaduan yang luhur dalam sanubari generasi
muda yang merupakan bakal pelapis kepimpinan tanah air.

Setelah meneliti dan mengkaji sehingga ke akar umbi , teladan ibu bapa atau lebih dikenali sebagai "role
model" merupakan uslub primer yang efektif dan pragmatik untuk menyemai semangat solidariti dalam
kalangan anak-anak. Dalam konteks ini , ibu bapa wajar menunjukkan suri teladan yang baik dengan
menjalinkan perhubungan yang yang erat dan karib dengan jiran tetangga. Sempena sambutan
perayaan , ibu bapa haruslah mengadakan majlis rumah terbuka . Secara tidak langsung , amalan ini
dapat membentuk ikatan silaturahim dan memperkukuh semangat kejiranan dalam kalangan jiran
tetangga setempat. Justeru, perpaduan akan bertambah utuh dan teguh .

Di samping itu , memang tidak dinafikan bahawa ibu bapa turut berperanan penting dalam mengajar
anak-anak mereka menghayati prinsip-prinsip Rukun Negara serta menghormati adat istiadat kaum-
kaum lain dengan penuh berdedikasi. Pada realitinya , ibu bapa haruslah memastikan generasi muda
berpegang teguh kepada prinsip-prinsip Rukun Negara untuk melahirkan masyarakat yang bersatu-padu
dan harmoni dalam pelbagai aspek. Bertitik tolak daripada itu , ibu bapa turut bertanggungjawab
memastikan anak-anak mereka memahami dan menghormati adat istiadat , pantang larang serta
kebudayaan pelbagaikaum di Malaysia demi mengelakkan konflik antara kaum .

Selain itu , semangat mahmudah yang jitu ini turut mampu diterap dalam jiwa generasi muda melalui
dorongan yang diberi oleh anak-anak mereka untuk menyertai aktiviti-aktiviti yang dapat mengukuhkan
perpaduan antara kaum di sekolah seperti PLKN , RIMUP dan sebagainya. Maka , program-program khas
yang diwujudkan untuk remaja ini amatlah efektif dalam menjana peluang untuk mewujudkan interaksi
antara generasi muda. Strategi serampang dua mata ini bukan sahaja dapat menyemai semangat
perpaduan dalam kalangan remaja malahan mampu menyemarakkan semangat patriotisme mereka ,
bak kata pepatah "sambil menyelam minum air".

Bukan itu sahaja , langkah bercerita tentang susur galur sejarah bangsa Malaysia kepada anak-anak juga
merupakan satu minhaj yang idealdiambil oleh ibu bapa. Ibu bapa perlu menekankan bahawa
kemerdekaan tanah air kita yang dicapai hari ini adalah berkat perjuangan semua kaum dan semua anak
watan wajib menghargai titik peluh bekas pemimpin kita yang tidak ternilai ini. Sebagai analoginya ,
generasi muda yang umur baru setahun jagung , darah baru setampuk pinang tidak akan terlalu taksud
dengan kenikmatan materialistik sehingga hidup dalam kepompong sendiri dan mengambil enteng
tentang kepentingan mewujudkan perpaduan dalam tanah air sendiri .

Seterusnya, ibu bapa juga perlulah menggalakkan anak-anak mereka menonton filem , drama dan iklan
yang bertemakan perpaduan antara kaum. Statistik yang sahih telah menunjukkan filem-filem ini
memang jauh lebih efektif dan berkesan berbanding dengan bahan bertulis kerana persembahan media
elektronik lebih menarik , kreatif dan inovatif. Maka , pelbagai iktibar dan pengajaran dapat diperoleh
oleh generasi muda melalui persembahan-persembahan elektronik ini . Rentetan itu, wujudlahgaris
panduan yang berladaskan segala iktibar dan pengajaran yang diperolehi oleh generasi muda untuk
mengecapi perpaduan dan keharmonian .

Seperti yang terkandung dalam pepatah Melayu "bersatu kita teguh, bercerai kita roboh", semangat
perpaduan yang menjadi panduan hidup anak watan merupakan inti kepada pembentukan masyarakat
sakinat dan harmoni. Untuk merealisasikan matlamat ini , iaitu membentuk masyarakat sakinat dan
mengecapi perpaduan antara kaum , segenap lapisan masyarakat sayugialah bersinergi bagai aur
dengan tebing dan jangan sekali-kali bernafsi-nafsi bagai enau dalam belukar ,melepaskan pucuk
masing-masing . sebagai intihanya , iltizam dan komitmen masyarakat amatlah vital dan berperanan
signifikan .




KEPENTINGAN MEMUPUK PERPADUAN KAUM

Malaysia sebelum berdiri teguh sebagai negara membangun telah melalui pengalaman pahit. Bermula
penjajahan Portugis, kemudian Inggeris, Belanda, Jepun, kemudian Inggeris lagi, pengalaman tersebut
tidak mahu diulangi lagi. Teriakan keramat Merdeka pada 31 Ogos 1957, tidak semudah dilalui dan
memaknakan kemerdekaan tersebut. Perpaduan kaum amat penting untuk memastikan negara tidak
diganggu gugat oleh negara asing. Kita tiada Dol Said untuk menentang kemaraan penjajah pada tahun
1826 di Naning, atau Rentap menentang kubu Raja Brooke di Nanga Skrang pada tahun 1983, Dato
Maharajalela membunuh J.W.W Birch 1875 di Pasir Salak, atau Mat Salleh yang gagah mengetuai
gerakan menentang Inggeris pada tahun 1884 hingga 1900 di Sabah. Yang kita ada ialah barisan
pemimpin negara yang diketuai oleh Perdana Menteri, Dato Seri Najib Tun Abdul Razak. Tanpa
kegagahan seperti tokoh silam, yang perlu hanyalah kita bersatu padu tanpa mengira kaum dan agama
berlandaskan semangat Malaysia, bak kata peribahasa bersatu teguh, bercerai roboh.

Semangat nasionalisme ialah perasaan cinta akan negara dan perasaan ingin membebaskan tanah air
daripada belenggu penjajahan. Oleh itu, perpaduan kaum telah dapat memupuk semangat nasionalisme
yang mendalam kepada semua kaum di negeri ini tanpa mengira bangsa, agama dan warna kulit.
Berdasarkan senario hari ini, rakyat Malaysia haruslah bertanggungjawab menerima segala adat resam
dan budaya yang berlainan agama dengan fikiran yang terbuka agar dapat membendung penindasan
seperti di negara-negara Thailand, Afrika dan Indonesia. Kata peribahasa, melentur buluh biarlah dari
rebungnya perlulah dipraktikkan dalam membentuk dan menanam semangat ini kepada anak-anak sejak
kecil lagi. Sebagai contoh, nyanyian lagu kebangsaan dan menghayati Rukun Negara di sekolah sebagai
ikrar untuk mendisiplinkan diri. Maka dengan itu, mereka akan sedar tentang kepentingan bersatu padu
dan hormat-menghormati. Oleh itu, kita perlulah berganding bahu dan bukannya bersifat berat tulang
dalam membajai semangat perpaduan dalam kalangan masyarakat terutamanya anak-anak yang masih
berada di bangku sekolah.

Selain itu, semangat perpaduan juga telah dapat menarik pelancong asing untuk melawat negara kita.
Dengan keunikan masyarakat majmuk yang hidup dalam keadaan harmoni, para pelancong akan tertarik
untuk mempelajari budaya rakyat Malaysia. Hal ini demikian kerana, mereka akan lebih selamat dan
selesa apabila berada di negara ini walaupun Malaysia turut tergugat dengan kemunculan wabak
influenza H1N1 yang menjadi perbualan hangat negara-negara di dunia ini, namun industri pelancongan
tetap maju dan berkembang dari tahun ke tahun kerana adanya perpaduan kaum. Timbalan Menteri
Pelancongan ada menyatakan bahawa dengan adanya layanan mesra yang diberikan oleh rakyat
Malaysia kepada pelancong asing, industri pelancongan akan terus mendapat tempat yang tertinggi
walaupun agak berkurangan dengan masalah penularan wabak H1N1. Tidak dapat dinafikan bahawa,
rakyat Malaysia dapat berinteraksi dengan baik antara satu sama lain walaupun berbeza agama dan
bangsa. Sebagai contoh, di sekolah menengah, para pelajar yang terdiri dengan pelbagai kaum dapat
belajar dalam satu sekolah yang sama. Seperti peribahasa Melayu ada menyatakan bahawa muafakat
membawa berkat. Oleh itu, jelaslah perpaduan kaum bukan sahaja dapat memupuk semangat patriotik
malah dapat menarik lebih ramai pelancong asing ke negara kita.

Seterusnya, sebagai rakyat Malaysia yang juga merupakan golongan majoriti di negara ini tidak terlepas
daripada masalah pergaduhan dan penindasan yang pernah berlaku di negara kita. Pastinya sudah ada
tertanam dalam pemikiran kita tentang rusuhan kaum yang berlaku pada 13 Mei 1969 yang berlaku di
negara kita. Pada masa itu, semua pemimpin dan rakyat telah berusaha untuk menamatkan masalah
tersebut. Lantasan itu, semua penduduk di negara ini harus mengamalkan konsep perpaduan kaum dan
bukan bersikap seperti enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing untuk mengelakkan
perpecahan kaum. Bahkan dengan perpaduan kaum juga dapat menjamin keamanan negara. Hal ini
demikian kerana, masyarakat yang bersatu padu dapat hidup berbaik-baik dan menghormati kaum lain
sejajar dengan dasar luar Malaysia yang digubal selepas Perang Dunia Kedua, hal ini sekali gus dapat
menjamin keamaan setempat. Peribahasa ada menyatakan bersatu kita teguh, bercerai kita roboh.
Perealiasasian pepatah ini dapat dibuktikan melalui kerjasama yang erat antara kaum. Sebagai contoh,
kaum Cina menghormati adat dan budaya kaum Melayu dan India. Memang tidak dapat dinafikan,
walaupun negara sudah mengamalkan konsep perpaduan, masih ada lagi rusuhan-rusuhan kecil yang
berlaku di negara ini seperti demontrasi jalanan yang berkaitan dengan Akta ISA. Maka jelaslah bukan
sahaja perpaduan kaum menjadi kunci kepada keharmonian dan keamanan yang dinikmati oleh rakyat
bahkan minda dan pemikiran juga haruslah diisi dengan nilai-nilai yang positif agar tidak berlaku
permusuhan.

Dasawarsa ini, pendidikan menjadi tunjang kepada perpaduan negara. Tidak dapat dinafikan bahawa
sekolah dan pendidikan memainkan peranan yang sangat penting dalam pembinaan dan pembentukan
warga negara dan rakyat yang bersatu padu. Sememangnya telah dicatatkan dalam Falsafah Pendidikan
Kebangsaan bahawa Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembang
lagi pontensi individu secara menyeluruh dan bersatu padu untuk mewujudkan insan yang harmonis dan
seimbang dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kapada
Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia,
bertanggungjawab dan berkemampuan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan
terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara. Secara tidak langsung, dasar ini dapat
melahirkan satu masyarakat Malaysia yang bersatu padu dan berintegrasi seperti yang dihasratkan
dalam Rukun Negara melalui penggunaan dan penghayatan kurikulum yang bersepadu, penggunaan
bahasa dan sistem peperiksaan yang sama serta penglibatan aktif pelajar dalam aktiviti-aktiviti
kokurikulum yang dirancang dan dilaksanakan sepanjang sesi persekolahan pelajar. Izharlah bahawa
perpaduan kaum penting dalam menjana masyarakat Malaysia yang mengutamakan semangat bersatu
padu dalam memenuhi konsep 1Malaysia seperti yang dihasratkan oleh kerajaan.

Kurikulum yang dibina bukan sahaja bertujuan untuk memberikan ilmu pengetahuan dan maklumat
berbentuk akademik sahaja, bahkan memupuk semangat perpaduan. Kurikulum ini berorientasiakan
suasana Malaysia dan dilaksanakan melalui Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) dan Kurikulum
Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) mulai tahun 1983. Mata pelajaran Pendidikan Islam, Pendidikan
Syariah Islamiah, Pendidikan Al-Quran dan As-Sunnah serta Pendidikan Moral yang diperkenalkan dapat
mengukuhkan pegangan agama, menanam sifat-sifat mulia seperti tolong-menolong, bekerjasama dan
berfikiran optimis serta membentuk tingkah laku yang bersopan santun dan saling menghormati sesama
manusia. Mahukah rakyat negara kita bersikap seperti kacang hantu? Yang hanya menambahkan lagi
masalah di negara kita secara tidak langsung mencemarkan nama baik negara. Janganlah kita semua
memandang enteng terhadap peranan pendidikan dalam mewujudkan semangat perpaduan kerana
pendidikan merupakan benteng utama insan daripada ditipu oleh musuh-musuh negara yang berhajat
untuk menghancurkan perpaduan kaum di negara kita. Mahukah perkara ini berlaku kepada kita dan
generasi akan datang? Fikirkanlah, sesungguhnya melalui pendidikan sahaja yang dapat menjamin
keutuhan perpaduan dalam kalangan masyarakat Malaysia. Intihanya, sistem pendidikan memainkan
peranan penting dalam pemupukan semangat perpaduan agar negara terpelihara daripada tipu helah
pihak musuh.

Sehubungan dengan itu, perpaduan juga dapat meningkatkan imej negara, hasil daripada kerjasama
antara semua kaum tanpa timbul sebarang permasalahan. Sebagai contoh, pada musim perayaan
terutamanya, semua rakyat negara ini sudah pasti akan mengamalkan kunjung-mengunjungi, bermaaf-
maafan dan berbual mesra antara satu sama lain. Bertitik tolak daripada ini, semangat perpaduan sedikit
banyak dapat diwujudkan. Marilah kita bersama-sama menjadikan negara Malaysia berdiri sama tinggi,
duduk sama rendah dengan negara-negara maju seperti Jepun, Amerika Syarikat dan Hong Kong, di
samping ekonomi negara yang semakin meningkat dengan drastiknya. Tidak mahukah kita mengecapi
kejayan tersebut? Mengapa semua rakyat Malaysia masa kini bersikap membutakan mata dan
memekakkan telinga masing-masing dalam menyahut seruan kerajaan untuk membangunkan negara
agar nama Malaysia gah di seantero dunia? Sudah pastinya terdapat jawapan bagi kesemua persoalan
tersebut walaupun jawapannya berbeza-beza. Konklusinya, imej negara dapat ditingkatkan jika seluruh
rakyat bekerjasama bagai aur dengan tebing dalam melaksanakan dan menjayakan rancangan kerajaan
yang telah bertungkus lumus untuk menyediakan perancangan kerajaan yang efektif seterusnya
membawa imej negara terkenal di seluruh dunia.

Jika semua masyarakat berganding bahu, ibarat ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni insya-Allah
perkara ini akan dapat direalisasikan lebih awal daripada jangkaan kita. Usaha Perdana Menteri kita
dengan memperkenalkan konsep 1Malaysia sememangnya berbaloi dalam mewujudkan perpaduan
kaum dalam kalangan rakyat Malaysia. Sudah terang lagikan bersuluh, terdapat banyak kepentingan
dalam memupuk perpaduan kaum sama ada kepada masyarakat ataupun negara. Kita sememangnya
tidak dapat menjangka apa-apa yang bakal berlaku pada masa hadapan kerana semua itu terletak pada
kekuasaan Allah s.w.t. Oleh itu, kita perlulah sediakan payung sebelum hujan dalam mendepani masa
depan yang menjanjikan cabaran di luar jangkaan agar kita tidak ditimpa malang seperti peribahasa
Melayu, sudah terhantuk baru nak tengadah. Masyarakat sepatutnya mempraktikkan elemen bertolak
ansur dan memperteguh kefahaman antara satu sama lain supaya dapat membina impian negara pada
masa depan yang lebih gemilang. Intihanya, semua rakyat perlulah mempertahankan semangat
perpaduan di negara kita demi negara yang tercinta dan dapat menyambut gamitan negara impian.







Tugasan Sejarah PT3 2014: Langkah-langkah untuk Mengekal dan Memantapkan Perpaduan Kaum
Negara Malaysia adalah sebuah negara yang aman dan damai walau pun penduduknya berbilang kaum.
Keamanan dan kedamaian ini dapat dikekalkan kerana toleransi antara kaum utama di negara kita iaitu
Melayu, Cina dan India. Justeru itu, kita seharusnya bersyukur dengan keamanan dan keharmonian yang
membolehkan kita duduk bersama serta berbincang tanpa ada rasa perbezaan antara satu sama lain.
Persefahaman yang telah berjaya dicapai ini perlu dikekalkan supaya tiada perasaan curiga antara kaum
kerana ia akan menjejaskan serta merosakkan semangat perpaduan yang telah terjalin sejak sekian
lama.
Berdasarkan petikan tersebut, buat kajian dan hasilkan sebuah rencana berkaitan dengan perpaduan
kaum di Malaysia. Panjang rencana anda hendaklah tidak kurang daripada 300 patah perkataan.
(e) Mencadangkan langkah-langkah untuk mengekal dan memantapkan perpaduan kaum di Malaysia
Dalam mengharungi arus globalisasi serta menerajui dunia ketiga, kita sayugia memperkasakan keeratan
serta perpaduan kaum di Malaysia bagi mengelakkan berlakunya rusuhan kaum. Justeru, variasi kaum
haruslah bergerak sederap bagai aur dengan tebing sebagai satu sinergi menjurus ke wawasan 2020.
Menurut kata Perdana Menteri yang keenam, keakraban rencaman kaum merupakan penawar yang
paling mujarab bagi menyemarakkan keakraban kaum bak kata pepatah bulat air kerana pembetung
bulat manusia kerana muafakat. Selain itu, sinergi daripada semua pihak berganding bahu melakukan
usaha-usaha yang proaktif dan efektif dalam merealisasikan aspirasi rakyat seantero Malaysia.
Konsep 1Malaysia
Menurut Perdana Menteri kita, konsep Satu Malaysia dapat dijayakan melalui majlis rumah terbuka
perayaan peringkat kebangsaan yang dihadiri oleh pelbagai kaum.
Mereka menghadirkan diri dan mengitimkan hubungan mereka dengan masyarakat yang mempunyai
pelbagai kaum dan latar belakang.
Interaksi antara kaum dalam majlis sebegini dapat memperkasakan hubungan antara kaum di Malaysia.
Tuntasnya, kemajuan negara kita bergantung kepada perpaduan kaum seperti kata pepatah bersatu
teguh, bercerai roboh.
Aktiviti Kemasyarakatan
Perpaduan kaum juga dapat dipupuk melalui aktiviti kemasyarakatan yang memerlukan setiap kaum
mengambil bahagian dalam setiap aktiviti yang dijalankan.
Cara ini dapat memupuk semangat kerjasama dan saling membantu antara satu sama lain dengan
menghapuskan sikap mementingkan diri yang tertanam di dalam jiwa masyarakat kini.
Aktiviti memperteguh jalinan kemesraan harus dijalinkan seperti aktiviti gotong royong yang
memerlukan sumbangan setiap pihak untuk menjayakan aktiviti tersebut supaya perpaduan secara
maksimum dapat dilahirkan.
Pendek kata, aktiviti kemasyarakatan dapat menjadi wadah yang terbaik bagi memupuk semangat
perpaduan yang perlu ada dalam diri setiap rakyat seiring dengan hasrat negara untuk mewujudkan
masyarakat yang bersatu padu walaupun berlainan bangsa mahupun agama.
Hari Keluarga
Sejajar dengan konteks perbicaraan, dengan menganjurkan program Hari Keluarga, semangat muhibah
antara kaum yang berbeza di Malaysia dapat disemarakkan. Agenda program ini bertujuan untuk
mewujudkan nilai keakraban dan membendung sikap diskriminasi.
Serentak dengan itu, menerusi program hari keluarga ini, pelbagai lapisan masyarakat yang hadir dapat
berkomunikasi serta bertukar-tukar idea dan pendapat berkaitan dengan sesuatu isu. Sebagai contoh,
sekolah-sekolah di seluruh pelosok negara juga dapat melibaatkan diri dalam sambutan Hari Keluarga.
Di samping itu, kerajaan juga boleh mengadakan sambutan ini khas untuk kakitangan kerajaan. Jelaslah
bahawa usaha-usaha dalam membentuk perpaduan kaum di Malysia boleh direalisasikan dengan
program Hari keluarga yang berpotensi untuk memperkasakan hubungan antara kaum di negara kita.
Sistem Pendidikan
Pengenalan satu sistem pendidikan yang sama oleh Kementerian Pendidikan Malaysia telah
mewujudkan perpaduan kaum.
Selain itu, sekolah wawasan yang menempatkan tiga jenis sekolah yakni sekolah kebangsaan, sekolah
jenis kebangsaan cina dan sekolah jenis kebangsaan tamil juga mempercepat proses perpaduan kaum.
Selain itu, penggunaan bahasa Malaysia iaitu bahasa rasmi negara kita sebagai bahasa perantaraan di
sekolah-sekolah kebangsaan turut membolehkan pelbagai kaum berinteraksi antara satu sama lain
seperti slogan bahasa jiwa bangsa.
Penerapan Nilai-nilai Budaya dan Warisan
Dari kaca mata yang lain, penerapan nilai-nilai budaya dan warisan juga merupakan salah satu langkah
dalam mendekati matlamat dan harapan para pemimpin kita dalam mencapai perpaduan kaum. Negara
Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum yakni Melayu, Cina dan India. Rakyat boleh mengaplikasikan
budaya kaum mereka dari aspek pemakanan, pemakaian, dan peradaban serta berkongsi dengan kaum-
kaum lain.
Sebagai contoh, semakin ramai wanita bukan Melayu yang memakai baju tradisional orang Melayu iaitu
baju kurung ke majlis-majlis dan kuliah-kuliah.
Makanan India seperti roti canai dan tose juga semakin diminati oleh kaum yang lain. Oleh itu,
kemasukan nilai-nilai budaya dan warisan berbilang kaum ini dapat menimbulkan rasa hormat antara
satu sama lain dan seterusnya mengeratkan lagi perpaduan kaum dalam negara.






Program Latihan Khidmat Negara (PLKN)
Kerajaan telah mewajibkan remaja yang berumur 17 tahun ke atas menyertai Program Latihan Khidmat
Negara (PLKN).
Modul kenegaraan PLKN sememangnya bertujuan untuk melahirkan semangat perpaduan dalam
sanubari remaja daripada masyarakat majmuk yang merupakan bakal pemimpin negara.
Selaras dengan modul kenegaraan, para remaja berbilang kaum berpeluang untuk bekerjasama bagai
aur dengan tebing dan seterusnya perpaduan dapat disemai melalui aktiviti-aktiviti berkumpulan yang
dilaksanakan dalam PLKN. Sesungguhnya, tidak dapat disangkal bahawa PLKN turut memainkan peranan
dominan dalam iltizam membentuk perpaduan kaum.

Sejarah PT3 2014: Membuat Draf Keseluruhan Rencana Tugasan
Sebelum memulakan tugasan, adalah penting untuk membuat draf keseluruhan tugasan. Draf tugasan
ini juga berfungsi sebagai kerangka keseluruhan rencana tugasan anda. Di bawah ini adalah contoh
untuk membuat draf tugasan Sejarah PT3 2014. Sebelum itu, pelajar mestilah memahami tajuk dan
arahan tugasan yang diberi, seperti di bawah ini:
Sejarah PT3 2014: Membuat Draf Keseluruhan Rencana Tugasan

Tajuk dan arahan tugasan: Baca petikan berikut dengan teliti.

Negara Malaysia adalah sebuah negara yang aman dan damai walau pun penduduknya berbilang kaum.
Keamanan dan kedamaian ini dapat dikekalkan kerana toleransi antara kaum utama di negara kita iaitu
Melayu, Cina dan India. Justeru itu, kita seharusnya bersyukur dengan keamanan dan keharmonian yang
membolehkan kita duduk bersama serta berbincang tanpa ada rasa perbezaan antara satu sama lain.
Persefahaman yang telah berjaya dicapai ini perlu dikekalkan supaya tiada perasaan curiga antara kaum
kerana ia akan menjejaskan serta merosakkan semangat perpaduan yang telah terjalin sejak sekian
lama.

Dipetik dan diubahsuai daripada : http://pmr.penerangan.gov.my

Berdasarkan petikan tersebut, buat kajian dan hasilkan sebuah rencana berkaitan dengan perpaduan
kaum di Malaysia.
Panjang rencana anda hendaklah tidak kurang daripada 300 patah perkataan.
Tugasan anda hendaklah mengandungi aspek berikut:

--------------------------------
Draf awal nak buat ..............

1. Tajuk rencana (contoh - Perpaduan kaum di Malaysia/ apa sahaja yang sesuai daripada petikan di atas
dianggap betul contohnya Perpaduan Teras kejayaan negara , bersatu teguh bercerai roboh , perpaduan
rakyat di negara ini, dll )

2. Nama penulis Nama kita

3. Isi kandungan: bahagikan isi kandungan berdasarkan konstruk yang dikehendaki

(a) Pengenalan menjelaskan tentang isu-isu perpaduan kaum secara umum ( cadangan )
[[ Klik - Contoh untuk tajuk ini. ]]
Dasar pecah dan perintah British
Sistem pendidikan zaman British
Pendudukan Jepun
Peristiwa 13 Mei
Isu agama dan budaya- trend terkini

(b) Kepentingan perpaduan kaum ( cadangan )
[[ Klik - Contoh untuk tajuk ini. ]]
mewujudkan masyarakat harmoni dan aman
memelihara kedaulatan Negara
mewujudkan perasaan cinta kepada Negara/ patriotisme
meningkatkan imej Negara di mata dunia
membangunkan ekonomi negara
mengekalkan kestabilan politik
membina masyarakat yang saling menghormati

(c) Faktor yang menyumbang kepada pengukuhan perpaduan kaum ( cadangan )
[[ Klik - Contoh untuk tajuk ini. ]]
Peristiwa 13 mei
Sistem pendidikan penjajah/ sekolah vernakular
Penubuhan parti politik
Isu perkauman ( bahasa , budaya , pendidikan , agama , kerakyatan
Dasar pebdidikan kebangsaan

(d) Cabaran untuk mengekalkan perpaduan kaum ( cadangan )
[[ Klik - Contoh untuk tajuk ini. ]]
kewujudan pelbagai aliran sekolah
parti politik berasaskan kaum
kesan dasar penjajahan british
Sikap individulistik dalam masyarakat
Penyalahgunaan media sosial menimbulkan isu sensitif
Campurtangan kuasa luar

(e) Langkah-langkah untuk mengekal dan memantapkan perpaduan kaum di Malaysia ( cadangan )
[[ Klik - Contoh untuk tajuk ini. ]]

Kempen kerajaan
Program RIMUP
Gotong royong
Rumah terbuka
Sambutan perayaan
Program sukan
Slogan I Malaysia
Aktiviti kokurikulum

(f) Membuat rumusan ( cadangan )
[[ Klik - Contoh Rumusan ]]
Pengetahuan
Keamanan dan kesejahteraan negara sentiasa terjamin
Berdasarkan peristiwa sejarah lama ( apa peristiwanya ) kita wajar ........
Memahami dan menghayati peristiwa sejarah negara

Iktibar
Bersatu padu , bertolak ansur, hormat menghormati antara sesama angota masyarakat

Harapan ( saya berharap agar )
Sentiasa mematuhi undang-undang/ peraturan
Tidak terpengaruh dengan anasir luar
Menghargai jasa tokoh

(g) Menyenaraikan sumber rujukan- buku/ internet/ akhbar/ majalah/
[[ Klik - Contoh Rujukan ]]

Sejarah PT3 2014: Kepentingan Perpaduan Kaum Di Malaysia.
Negara Malaysia adalah sebuah negara yang aman dan damai walau pun penduduknya berbilang kaum.
Keamanan dan kedamaian ini dapat dikekalkan kerana toleransi antara kaum utama di negara kita iaitu
Melayu, Cina dan India. Justeru itu, kita seharusnya bersyukur dengan keamanan dan keharmonian yang
membolehkan kita duduk bersama serta berbincang tanpa ada rasa perbezaan antara satu sama lain.
Persefahaman yang telah berjaya dicapai ini perlu dikekalkan supaya tiada perasaan curiga antara kaum
kerana ia akan menjejaskan serta merosakkan semangat perpaduan yang telah terjalin sejak sekian
lama.
Sejarah PT3 2014: Kepentingan Perpaduan Kaum Di Malaysia

Berdasarkan petikan tersebut, buat kajian dan hasilkan sebuah rencana berkaitan dengan perpaduan
kaum di Malaysia.

Panjang rencana anda hendaklah tidak kurang daripada 300 patah perkataan.

Tugasan anda hendaklah mengandungi aspek berikut:

(b) Kepentingan perpaduan kaum (cadangan)

Umum mengetahui bahawa Malaysia merupakan sebuah negara yang unit lantaran rakyatnya terdiri
daripada pelbagai kaum. Ramai penduduk dunia tertanya-tanya apakah formula ampuh yang telah
digunakan oleh pemimpin-pemimpin berwibawa di Malaysia sehingga rakyatnya dapat hidup bersatu-
padu dan aman damai tanpa sebarang pertelingkahan. Namum, persoalan sedemikian hanya dapat
dijawab apabila semangat perpaduan itu tersemat di dalam diri setiap anak watan yang akan mewarisi
tampuk pentadbiran Malaysia. Tambah pula, aspek perpaduan telah dianggap sebagai tulang belakang
kepada kegemilangan Malaysia. Oleh sebab itu, setiap rakyat Malaysia perlu sedar akan kepentingan
perpaduan kaum kerana aspek perpaduan ini memberi impak yang besar kepada seluruh rakyat
Malaysia.


IKLAN
Dalam hal ini, perpaduan kaum amat penting untuk mengekalkan kestabilan politik. Kestabilan politik
dalam setiap jabatan amat perlu bagi menjamin keutuhan struktur pentadbiran Malaysia. Fungsi
pentadbiran Negara pula perlu dilaksanakan secara sistematik kerana banyak negara luar yang gemar
berurusan dengan pemimpin Malaysia. Impak positif yang berlaku ialah Negara Malaysia dapat
melebarkan ruang lingkup jalinan persahabatan dan perdagangan bagi mencakupi arena global.
Umpamanya, kestabilan politik di Johor telah memberi keyakinan kepada pelabur-pelabur asing untuk
melabur di Malaysia bagi membangunkan Wilayah Pembangunan Iskandar (WPI). Oleh itu, perpaduan
kaum yang telah menyumbang ke arah kestabilan politik memberi pulangan yang lumayan kepada
Malaysia bak kata pepatah Melayu pucuk dicta, ulam mendatang kerana kedua-duanya memberikan
faedah kepada Malaysia.

Seperkara lagi, perpaduan kaum dapat menjamin Negara Malaysia. Amnya mengetahui bahawa
Malaysia terdiri daripada berbilang bangsa di mana majoriti rakyatnya terdiri daripada bangsa Melayu,
Cina dan India yang mempunyai pelbagai adat resam, agama dan kepercayaan sejak lima dekad yang
lalu. Pemimpin-pemimpin yang lalu seperti Tunku Abdul Rahman, Tun Tan Cheng Lock, Tun Sambathan
serta ramai pemimpin berwibawa yang lain telah berunding dan bertolak ansur untuk mencapai
perpaduan demi sebuah negara yang tercinta. Kini, sudah menjadi tanggungjawab kita untuk terus
memelihara perpaduan yang telah kita warisi sejak zaman-berzaman lagi. Melalui perpaduan dan
keharmonian, Malaysia telah mengorak langkah serta melalui satu fasa perubahan yang drastik sehingga
kita standing dengan negara-negara maju yang lain dan dikagumi oleh seluruh pelusok dunia. Tambahan
pula, ada segelintir pemimpin dunia yang menjadikan Malaysia sebagai suri teladan untuk membentuk
perpaduan rakyat mereka seterusnya mencetuskan keharmonian negara,

Dalam nada yang sama, perpaduan kaum amat penting bagi merapatkan jurang perbezaan ekonomi
pelbagai kaum di Malaysia. Melalui penemuan satu formulasi ekonomi iaitu Dasar Ekonomi Baru (DEB)
yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri Malaysia ke- 2, Allahyarham Tun Abdul Razak pada tahun
1970, beliau berjaya merungakai satu masalah yang membelenggu rakyat Malaysia yang mana, pada
masa itu satu kaum telah memusuhi kaum yang lain dalam peristiwa berdarah 13 Mei 1969. Impak
positif daripada formulasi ini, wujud semangat bertolak-ansur dalam kalangan rakyat dalam usaha
membasmi kemiskinan. Tindakan ini juga jelas dapat dilihat apabila pihak kerajaan sendiri berusaha
meningkatkan taraf kehidupan golongan miskin melaui proses memodenkan kawasan luar bandar.
Intihanya, usaha merapatkan jurang ekonomi antara kaum amat penting dalam usaha memupuk
perpaduan kaum.

Akhirulkalam, tanggungjawab menyemai benih perpaduan dalam diri setiap individu menjadi tugas
rakyat Malaysia bersama-sama. Moga-moga usaha yang telah dilakukan oleh pemimpin-pemimpin
terdahulu dihargai oleh kita dengan terus memupuk sikap bersatu-padu tanpa mengira latar belakang
agama, bangsa, maupun budaya. Oleh itu marilah sama-sama kita menghayati cogan kata bersatu
teguh, bercerai roboh dalam usaha meningkatkan lagi kesedaran kita tentang peri penting hidup
bersatu-padu.


Malaysia merupakan sebuah negara yang unik kerana terdiri daripada masyarakat berbilang kaum.
Kaum-kaum utama seperti Melayu, Cina, India, Kadazan, Iban dan sebagainya dapat hidup dalam
keadaan harmoni. Banyak negara di dunia menjadikan Malaysia sebagai negara yang patut dicontohi
kerana masyarakat dapat hidup dalam keadaan aman walaupun berbilang bangsa, agama dan budaya.
Hal ini demikian kerana kebijaksanaan pemimpin kita yang menjadikan perpaduan kaum sebagai
keutamaan bagi membina sebuah negara bangsa yang maju menjelang tahun 2020 nanti. Pada
pendapat saya, banyak kepentingan yang dapat diperoleh jika perpaduan kaum dapat dikukuhkan dalam
kalangan masyarakat.

Masyarakat yang harmoni dapat dilahirkan jika kaum-kaum di Malaysia dapat menerima antara satu
sama lain tanpa wujud prasangka dan pergeseran sehingga boleh menimbulkan konflik antara kaum.
Pengalaman 13 Mei 1969 suatu ketika dahulu banyak mengajar kita supaya menjadikan perpaduan kaum
sebagai keutamaan. Kini, masyarakat pelbagai kaum di Malaysia sudah hidup bersatu padu dan saling
memerlukan antara satu sama lain. Mereka saling bekerjasama, menghormati dan bertolak ansur antara
satu sama lain kerana tidak mahu pisang berbuah dua kali. Keterbukaan pemimpin negara dalam bidang
pendidikan banyak menyumbang ke arah perpaduan kaum. Sebagai buktinya, di Malaysia wujud
Sekolah Kebangsaan, Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil
(SJKT) yang masing-masing menggunakan bahasa ibunda, tetapi pada masa yang sama bahasa lain
boleh dipelajari. Hal inilah yang menyebabkan semua kaum di Malaysia dapat hidup dalam keadaan
harmoni kerana perasaan prejudis kepada kaum lain tidak wujud. Jelas menunjukkan bahawa
masyarakat yang harmoni mampu diwujudkan jika perpaduan antara kaum dapat dikukuhkan.

Selain itu, ramai pelancong luar negara berkunjung ke Malaysia kerana tertarik dengan budaya
masyarakat berbilang kaum yang terdapat di Malaysia. Banyak keunikan cara hidup masyarakat pelbagai
kaum dapat ditonjolkan seperti kepelbagaian makanan, pakaian, rumah ibadat, kesenian dan sebagainya
kepada pelancong asing. Keunikan inilah yang menyebabkan pelancong dari Eropah, Timur Tengah dan
Asia Timur datang ke Malaysia untuk melihat dengan lebih dekat kebudayaan pelbagai kaum. Sebagai
buktinya, pada tahun lalu seramai 25 juta orang pelancong asing datang ke negara kita hasil daripada
usaha kerajaan yang bersungguh-sungguh mempromosikan keunikan yang terdapat di Malaysia
khususnya kebudayaan pelbagai kaum yang terdapat di sini. Menteri pelancongan, Datuk Seri Ng Yen
Yen menjelaskan bahawa usaha untuk menarik 30 juta pelancong asing ke Malaysia pada tahun 2012
sedang digiatkan dan fokus kementerian adalah menganjurkan festival kebudayaan pelbagai kaum yang
terdapat di negara kita. Jadi, perpaduan kaum yang kukuh di negara kita mampu menarik pelancong
asing datang ke sini.

Di samping itu, perpaduan kaum juga secara tidak langsung mampu mengukuhkan ekonomi negara.
Tidak dapat dinafikan bahawa antara sebab utama pelabur asing berani menanam modal di sesebuah
negara adalah kerana kestabilan politik dan perancangan kerajaan yang mesra pelabur. Hal ini kerana
mereka tidak mahu modal yang dilaburkan di sesebuah negara akan rugi akibat pergolakan yang berlaku
di sesebuah negara. Malaysia bertuah kerana menjadi destinasi pelabur asing dari Amerika, Eropah,
Jepun, China dan India. Baru-baru ini, pelabur dari China membawa modal sebanyak RM1.5 bilion untuk
dilaburkan dalam bidang teknologi maklumat dan komunikasi di Cyberjaya kerana yakin dengan usaha
kerajaan yang bersungguh-sungguh untuk memacu negara menjadi sebuah negara maju berpendapatan
tinggi pada tahun 2020 nanti. Sudah tentu modal yang dilaburkan itu mampu menjana pendapatan
kepada negara sekali gus menyediakan peluang pekerjaan kepada penduduk setempat. Pelabur ini
berani menanam modal di sini adalah tidak lain dan tidak bukan kerana kestabilan politik negara ekoran
daripada masyarakat yang hidup bersatu padu tanpa sebarang perbalahan. Jadi, sudah terang lagi
bersuluh bahawa perpaduan kaum mampu mengukuhkan ekonomi negara.

Akhir sekali, perpaduan kaum dalam kalangan masyarakat Malaysia juga mampu meningkatkan imej
negara di mata dunia. Memang tidak dapat dinafikan bahawa negara pada masa kini sudah berada di
peta masyarakat antarabangsa ekoran daripada usaha kerajaan yang berterusan membina negara yang
disegani di peringkat dunia. Kepimpinan yang ada pada mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir
Mohamed menjadi perintis untuk meletakkan Malaysia sebaris dengan negara-negara maju yang lain.
Ketokohan yang ada pada beliau telah menjadikan negara-negara dunia ketiga sebagai model dan orang
yang boleh bersuara untuk membela nasib mereka di pentas dunia. Selain kepimpinan negara, Malaysia
juga dikenali di pentas antarabangsa adalah kerana kestabilan masyarakat yang wujud di negara kita.
Sebagai buktinya, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) telah mengiktiraf Malaysia sebagai negara
yang ke-9 paling aman di dunia berdasarkan kajian yang dilakukan oleh sebuah badan bebas yang
berpengkalan di Amerika Syarikat. Hal ini sangat jelas menunjukkan bahawa pengiktirafan sedemikian
adalah kerana masyarakat Malaysia hidup bersatu padu sehingga keadaan menjadi aman dan harmoni.

Kesimpulannya, perpaduan merupakan anugerah yang tidak ternilai harganya. Banyak negara di
dunia menghadapi konflik atau perang saudara kerana wujud prejudis antara masyarakat. Kita sering kali
melihat atau mendengar melalui media massa sama ada media cetak atau media elektronik mengenai
pertempuran yang berlaku sehingga mengorbankan banyak nyawa yang tidak berdosa seperti warga tua
dan kanak-kanak. Keadaan ini tidak berlaku di Malaysia kerana masyarakat kita saling menghormati
antara satu sama lain. Oleh itu, saya menyeru supaya kekalkanlah perpaduan yang telah kita bina ini
agar aspirasi kepimpinan negara untuk menjadi negara maju dapat direalisasikan.

Draf awal huraian - jangan salin bulat-bulat. ini cadangan saya sahaja

1. Tajuk rencana - Perpaduan kaum di Malaysia

2. Nama penulis Nama kita

3. Isi kandungan: bahagikan isi kandungan berdasarkan konstruk yang dikehendaki

(a) Pengenalan

Perpaduan boleh ditakrifkan sebagai satu proses yang menyatupadukan anggota masyarakat
dan negara seluruhnya melalui ideologi negara supaya tiap-tiap anggota masyarakat dapat
membentuk satu identiti dan nilai bersama serta satu perasaan kebangsaan dalam kalangan
mereka. Perpaduan masyarakat merupakan antara aspek yang penting dalam
membentuk perpaduan negara. Malaysia kini dihuni oleh beberapa kaum dan etnik yang bersifat
majmuk yang membawa kepada wujudnya jurang perpisahan .


Pada zaman pemerintahan British di negara ini , mereka mengamalkan dasar pecah dan
perintah terutama membiarkan penduduk negara ini mengamalkan kegiatan ekonomi masing-
masing mengikut komposisinya. Orang Melayu dibiarkan berada di kampung yang terlibat dalam
bidang pertanian dan penanaman padi serta menangkap ikan manakala tenaga buruh di ladang
diambil dari negara India dan di kawasan lombong bijih timah tenaga imigran dari China
diambil. Kesannya jurang perpaduan mula timbul disebabkan kegiatan ekonomi yang diusahakan
di samping tempat tinggal yang berbeza . Keadaan ini mengurangkan kebarangkalian penduduk
Melayu , Cina dan India bersama-sama dalam satu lokaliti.Kesan jangka panjang keadaan ini
ialah wujudnya jurang pemisahan antara kaum.

Bersama-sama dengan kedatangan imigran ini ialah sistem pendidikan mereka yang dibawa
ke negara ini. Orang Cina dan India memiliki sistem sekolah vernakular sendiri yang membawa
masuk guru, buku dan sukatan pelajaran dari negara mereka. Kesannya di negara ini telah wujud
satu sistem pendidikan yang di dalamnya terdapat sekolah aliran agama , Inggeris, Cina , Tamil
dan aliran Melayu. Kesan langsung wujudnya sistem pendidikan zaman British ini
menyebabkan terhalangnya proses asimilasi yang boleh memungkinkan pergaulan kaum dapat
dilakukan dengan sempurna.

Penaklukan Jepun di Tanah Melayu pada Perang Dunia Kedua iaitu pada 1941-1945 juga
tak kurang mendatangkan kesan yang hebat ke atas hubungan integrasi kaum di negara ini. Pihak
Jepun pula mengamalkan dasar anti-Cina dan pro-Melayu yang ternyata mengeruhkan lagi
keadaan semasa dengan menyebabkan timbulnya perasaan benci dan prasangka buruk
masyarakat Cina terhadap orang Melayu. Orang Cina bertindak mengambil kesempatan utuk
membalas dendam dengan menganggotai Bintang Tiga atau lebih dikenali sebagai Parti Komunis
Malaya (PKM) dalam tempoh masa Jepun menyerah kalah dan sebelum kedatangan kembali
pihak British. Ketika inilah berlakunya keganasan 14 hari seperti membunuh, menculik,
membakar masjid dan bangunan sebagai cara membalas dendam . Keadaan ini menyebabkan
berlakunya persengketaan kaum antara orang Melayu dan orang Cina. Lebih memburukkan lagi
keadaan adalah apabila kebanyakan orang Cina terlibat dalam pergerakan PKM manakala orang
Melayu kebanyakannya merupakan anggota pasukan keselamatan ketika zaman darurat pada
1948-1960.

Semasa kempen Pilihan Raya 1969, calon-calon pilihan raya serta ahli-ahli politik dari kalangan
parti pembangkang, telah membangkitkan soal-soal Bangsa Malaysia berkaitan dengan Bahasa
Kebangsaan (Bahasa Melayu), kedudukan istimewa orang Melayusebagai (Bumiputera) dan hak
kerakyatan orang bukan Melayu. Hal ini telah memberi kesempatan kepada ahli-ahli politik yang ingin
mendapatkan faedah dalam pilihanraya.
Pada pilihanraya umum 1969 Parti Perikatan yang dianggotai oleh (UMNO-MCA-MIC) telah
gagal memperolehi majoriti 2/3 diparlimen, walaupun masih berjaya membentuk kerajaan persekutuan.
Hal ini disifatkan oleh parti pembangkang sebagai satu kemenangan yang besar buat mereka. Jumlah
kerusi yang dimenanginya dalam Dewan Rakyat (Parlimen) telah menurun daripada 89 kerusi pada
tahun 1964 kepada 66 kerusi pada tahun 1969.Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan), Parti
Tindakan Demokratik (DAP) dan Parti Progresif Rakyat (PPP) menang 25 buah kerusi
dalam Dewan Rakyat manakala PAS menang 12 kerusi.
Pihak pembangkang yang memperoleh pencapaian gemilang dalam pilihanraya telah
meraikan kemenangan mereka pada 11 Mei 1969. Perarakan tersebut sebenarnya tidak bermotif
untuk menimbulkan isu perkauman. Malah terdapat segelintir pengikut perarakan telah
mengeluarkan slogan-slogan sensitif berkenaan isu perkauman semasa mengadakan perarakan di
jalan-jalan raya di sekitar Kuala Lumpur. Perarakan turut dijalankan pada 12 Mei 1969 di mana
kaum Cina berarak menerusi kawasan Melayu, melontar penghinaan sehingga mendorong
kepada kejadian tersebut. Pihak pembangkang yang sebahagian besar darinya kaum Cina
dari Democratic Action Party dan Gerakanyang menang, mendapatkan permit polis bagi
perarakan kemenangan melalui jalan yang ditetapkan di Kuala Lumpur. Bagaimanapun
perarakan melencong dari laluan yang ditetapkan dan melalui kawasan Melayu Kampung Baru,
menyorak penduduk di situ. Sesetengah penunjuk perasaan membawa penyapu, kemudiannya
dikatakan sebagai simbol menyapu keluar orang Melayu dari Kuala Lumpur, sementara yang
lain meneriak slogan mengenai tengelamnya kapal Perikatan . Orang Melayu memandang
perisitiwa ini sebagai kaduk naik junjung. Natijahnya berlaku kemarahan yang meluap-luap
dalam kalangan orang Melayu sehingga menumpahkan darah .Maka berlakulah kejadian yang
dinamakan Tragedi 13 Mei 1969. Kepanasan isu ini cepat menular sehingga ke seluruh negara
dalam masa yang begitu singkat sahaja.

Perpaduan negara ini juga diuji dengan pelbagai isu berkaitan dengan agama dan soal hak
kerakyatan dan beberapa isu sensitif lain yang mampu menjejaskan perpaduan kaum di negara
ini . Ianya dibawa dan dimainkan oleh beberapa badan bukan kerajaan yang cuba mendapatkan
nama dalam usaha mendapatkan sokongan berterusan sehingga ke tarikh pilihanraya akan
datang. Jika dibiarkan begitu sahaja tanpa diselesaikan atau dirungkai terlebih awal hal ini
mampu merobek perpaduan kaum sedia ada pada masa sekarang.

(b) Kepentingan perpaduan kaum

Perpaduan dalam kalangan pelbagai etnik di negara kita haruslah dikekalkan
untuk menjamin keselamatan negara agar kemerdekaan yang kita kecapi sekarang ini berkekalan
.Hal ini adalah untuk mengelakkan berulangnya perkara yang tidak diingini seperti rusuhan
kaum pada 13 mei 1969 yang telah berlaku di negara kita. Kesan daripada rusuhan ini kita dapat
lihat betapa ramai masyarakat negara kita yang mati dalam peristiwa berdarah ini. Oleh
itu, perpaduan penting agar kejadian yang sama tidak akan berulang. Dalam nada yang sama
kita akan dapat mengekalkan kestabilan politik jika kejadian rusuhan kaum ini dapat dielakkan
oleh semua anggota masyarakat yang memiliki semangat nasionalisme dan patriotik yang tinggi.

Selain itu, keharmonian ini juga mestilah dikekalkan untuk melahirkan perasaan cintakan
tanah air dan sanggup berkorban untuk negara kita. Perpaduan dalam kalangan etnik di negara
ini juga akan dapat mengukuhkan lagi keselamatan negara daripada ancaman luar dan dalam
negara. Warganegara yang memiliki semangat nasionalisme akan melahirkan kekuatan dalam
mempertahankan negara ini daripada campurtangan kuasa luar seterusnya memelihara
kedaulatan negara ini dan mengekalkan kemerdekaan negara ini seterusnya.

Perpaduan negara yang jitu juga dapat membina sebuah masyarakat yang saling
menghormati antara satu sama lain disebabkan faktor rasa bersama dan kekitaan yang lahir
dalam jiwa seluruh anggota masyarakat. Sifat dengki dan khianat akan terlebur begitu
sahaja jika semua anggota masyarakat memiliki sifat saling menghormati yang dipupuk sejak
kita kecil lagi.


(c) Faktor yang menyumbang kepada pengukuhan perpaduan kaum ( pilih 3 sahaja )

Peristiwa 13 Mei telah menjadi catatan sejarah yang suram di negara ini. Hal ini demikian
kerana peristiwa ini memperlihatkan bahawa hubungan kaum akan menjadi rapuh jika
ada tindakan luar batasan dilakukan dan tindakan mencegah tidak dilakukan dengan
secukupnya. Peristiwa berdarah ini menjadi iktibar bahawa perpaduan kaum boleh menjadi bom
jangka yang boleh meletup pada bila-bila masa memandangkan terdapat sebahagian anggota
masyarakat yang gemar menjaja isu sensitif bagi meraih sokongan politik mudah untuk bangsa
mereka. Selepas kejadian ini lahir kesedaran untuk menyatupadukan kaum di negara ini dengan
terbentuknya Rukun Negara yang menjadi satu identiti bagi semua anggota masyarakat. Dalam
masa yang sama kekurangan orang Melayu dalam bidang ekonomi cuba diselesaikan dengan
pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru yang dilancarkan pada 1970.

Rentetan peristiwa tersebut juga telah terbentuknya MAGERAN pada 17 Mei 1969 yang
berfungsi sebagai pengembali keamanan dan undang-undang negara; penentu pentadbiran yang
licin dan sempurna; dan pengembali keharmonian dan kepercayaan antara kaum. MAGERAN
didapati berjaya mengembalikan keamanan kepada negara selepas dua tahun ditubuhkan.
Seterusnya, pada tahun 1969 juga, Jabatan Perpaduan Negara(JPN) dan Majlis Muhibah
Negara(MMN) telah dibentuk. JPN yang diketuai Tan Sri Mohd Ghazali Shafie telah ditubuhkan
untuk membantu kerajaan menggerakkan dan membimbing rakyat ke arah perpaduan negara.
MMN pula ditubuhkan pada 18 Julai 1969 bertujuan memulihkan kepercayaan dan keyakinan
antara kaum, mengkaji dan mengatasi masalah untuk menghapuskan perselisihan faham,
membantu dan menyusun kerja-kerja sukarela. MMN dan JPN telah digabungkan pada 1Januari
1972 menjadi Kementerian Perpaduan Negara yang kini bergelar Kementerian Perpaduan
Negara dan Pembangunan Masyarakat yang ditugaskan untuk mengendalikan aktiviti-aktiviti
bercorak muhibah untuk masyarakat yang berbilang kaum


Penubuhan parti politik di negara kita sebenarnya bermula pada 1940 apabila kesedaran
politik mula melonjak hasil pengenalan Malayan Union oleh Inggeris di negara ini. Penubuhan
UMNO , MCA dan MIC pada awalnya bermaksud untuk membela masyarakat atau kaum
masing-masing dalam bidang politik, ekonomi dan sosial. Perpaduan kaum mula dibentuk
apabila Parti Perikatan mula ditubuhkan hasil gabungan UMNO,MCA dan MIC yang
merapatkan hubungan antara orang Melayu, Cina dan India dalam bidang politik dalam usaha
memuju kerjasama kaum ke arah mencapai kemerdekaan. Proses ini dilakkukan mulai 1948
hinggalah 1956 . Dapat dilihat pada masa ini kesedaran pentingnya perpaduan kaum dibentuk
bagi menjamin keadaan negara yang aman dan damai dengan penduduknya dapat bekerjasama
antara satu sama lain.


Kerajaan telah merangka Dasar Pendidikan Kebangsaansebagai landasan mewujudkan
masyarakat yang bersatu padu. Penyata Razak dan Ordinan Pelajaran yang telah termaktub
sebelum merdeka telah disemak semula menghasilkan Laporan Rahman Talib dan seterusnya
dimaktubkan dalam Akta Pelajaran, 1961 merupakan antara usaha awal kerajaan dalam sektor
Pendidikan. Matlamat Dasar Pendidikan Kebangsaan diharapkan dapat memenuhi keperluan
tenaga rakyat negara ini dalam jangka pendek dan panjang demi melahirkan masyarakat yang
bersatu padu, berdisiplin dan terlatih. Antara strategi yang dirancang untuk mencapai matlamat
Dasar Pendidikan Kebangsaan ialah menjadikan Bahasa Kebangsaan bahasa pengantar yang
utama, mengadakan kurikulum yang sama dan berorientasikan Malaysia bagi semua jenis
sekolah, mewujudkan sistem peperiksaan yang sama dan sebagainya.

(d) Cabaran untuk mengekalkan perpaduan kaum ( pilih 3 sahaja )

Cabaran kepentingan etnik dari aspek politik iaitu politik perkauman boleh menimbulkan
perasaan kurang senang hati dan mengukuhkan semangat perkauman jika sesuatu tindakan
diambil tanpa mendapat kata sepakat oleh semua pihak. Isu-isu perkauman seperti bahasa,
kebudayaan, pendidikan, agama, kerakyatan, dan ekonomi jika dipergunakan untuk tujuan
berpolitik, pastinya, ia tidak akan menyumbang ke arah masyarakat yang bersatu padu.Ianya
ditambah lagi dengan usaha parti tertentu yang mengemukakan ideologi Malaysian Malaysia
bagi mendapatkan hak yang sama rata dalam kalangan penduduk di negara ini.Sekali pandang
ianya merupakan suatu isu yang kecil tetapi sebenarnya isu ini berlawanan dengan kontrak sosial
yang dibuat sebelum negara ini mencapai kemerdekaan.


Sejak zaman penjajahan lagi, masalah integrasi telah wujud terutamanya semasa
penjajahan British. Mereka menjalankan dasar divide and rule iatu dasar pecah dan
perintah agar dapat memerintah dan mengeksploitasi ekonomi negara. Dasar ini jugalah yang
memisahkan kaum-kaum utama negara ini mengikut bidang ekonomi yang dijalankan.
Masyarakat melayu mengendalikan pertanian dan ditempatkan di kawasan luar Bandar iaitu di
kampong-kampung. Masyarakat Cina ditempatkan dilombong-lombong bijih timah dan bandar-
bandar kerana aktiviti perlombongan dan perdagangan yang dijalankan mereka. Manakala
masyarakat India pula ditempatkan di lading-ladang getah. Perubahan fungsi ini telah
menyebabkan ketiga-tiga kaum ini terpisah dan hubungan semakin terhada dan menjadi
bertambah renggang.

Cabaran dari segi ekonomi yang paling nyata ialah perbezaan dari segi pekerjaan di mana
perbezaan ini diwujudkan oleh pihak British melalui pecah dan perintah sepertimana dinyatakan
sebelum ini. Masalah ini telah mewujudkan perasaan curiga dan telah mewujudkan jurang
ekonomi antara kaum-kaum terbabit. Akibat daripada dasar yang dicipta oleh British itu,
kesannya masih lagi dapat dilihat sampailah sekarang di mana sektor perniagaan masih lagi
didominasi oleh orang Cina dan kebanyakkan orang India masih lagi tinggal di lading-ladang.
Perbezaan pekerjaan ini telah membataskan interaksi sosial antara mereka kerana masa banyak
diluangkan ditempat kerja dan sekiranya rakan sekerja terdiri daripada kaum atau etnik yang
sama maka interaksi dan komunikasi hanya berlaku dan berada dalam lingkungan kaum yang
sama sahaja. Kesannya adalah di mana perasaan prasangka dan perkauman akan menjadi
semakin kuat dan menebal di antara sesama kaum terbabit.


Sistem persekolahan yang wujud di negara ini, pada dasarnya berpandukan sistem Barat yang
diperkenalkan oleh pentadbiran British mulai abad ke 19, Pelajaran Cina telah memberi
kesedaran kebangaaan pemuda pemuda Cina. Sekolah Cina bukan hanya menggunakah bahasa
Cina sebagai bahasa pengantar, gurunya datang dari negara China, buku teks diimport dari
negara China dan berkiblatkan China.
Sekolah Tamil pula menggunakan bahasa Tamil sebagai bahasa pengantar yang tunggal.
Kebanyakan sekolah Tamil terletak di kawasan ladang dan sebahagian besarnya dibiayai oleh
syarikat-syarikat yang memiliki ladang-ladang berkenaan. Kerajaan sebelum merdeka
menganggap sekolah Inggeris sebagai sistem persekolahan yang unggul. Kelulusan sekolah
Inggeris terdedah kepada pemikiran Barat. Perbezaan di antara sekolah Inggeris dengan sekolah-
sekolah lain bukan dari segi bahasa pengantar sahaja, sukatan pelajaran juga tidak sama dan
sekolah Inggeris juga memberi kesan kepada perpecahan yang berlaku di dalam masyarakat.
Jelas sekali, sistem persekolahan sebelum merdeka memainkan peranan penting mengekalkan
keperibadian satu-satu golongan etnik dan, di samping itu, mewujudkan dua golongan terdidik
berpelajaran Inggeris dan berpelajaran vernakular yang tidak mempunyai pandangan dunia
(world view) yang sama. Pihak Inggeris tidak memberatkan objektif perpaduan dalam sistem
pelajarannya. Tidak ada satu dasar pendidikan kebangsaan sepertimana yang kita lihat hari ini.
Yang penting bagi mereka ialah memberi pelajaran kepada segolongan rakyat untuk
membolehkan sebahagian mereka memenuhi keperluan tenaga dan ekonomi.

Penyalahgunaan media sosial telah mula menular sejak akhir-akhir ini. Media sosial seperti
web dan blog serta face book menyebabkan timbulnya kerenggangan kaum kerana banyak
menimbulkan isu sensitif . Beberapa laman web yang bebas bergerak telah memperkatakan
begitu banyak isu bersifat sensiti di samping menaburkan fitnah serta berita palsu menyebabkan
wujudnya keresahan dalam masyarakat di negara ini. Beberapa kenyataan bersifat rasis dan
berunsur perkauman begitu berleluasa pada masa sekarang. Keadaan ini pula tidak diambil
tindakan oleh pihak berkuasa kerana pertindihan tugas dan bidang kuasa antara badan
penguatkuasa dan badan pengawal komunikasi. Penyebaran berita palsu dan tohmahan juga
menjadi punca perbalahan dan persengketaan terhadap anggota masyarakat di negara ini. Isu
kalimah Allah dalam bible yang diterbitkan dalam Bahasa Melayu contohnya menyebabkan
berlaku pertentangan pendapat dalam kalangan rakyat di negara ini. Ianya bakal menyebabkan
wujudnya rasa benci dan dendam dalam masyarakat yang mampu mengguggat keamanan negara.

Campurtangan kuasa luar juga boleh menlunturkan perpaduan di negara ini.Beberapa
individu yang dikenalpasti sedang berusaha mendapatkan kerjasama daripada Amerika Syarikat
dan Australia dalam usaha mendapatkan sokongan dan dokongan terhadap permasalahan yang
mereka hadapi. Kehadiran beberapa pemimpin dari luar ini boleh dianggap cuba mencampuri
urusan negara ini kerana cuba mempertikaikan isu hubungan sesama jenis dan hak
golongan lesbian, gay dan transgender di negara ini.Segelintir anggota masyarakat juga
mengaitkan isu di atas sebagai isu hak asasi manusia di negara ini. Dengan menjadikan isu ini
sebagai isu hak asasi maka ianya mendapat sokongan sebahagian daripada anggota masyarakat.

(e) langkah-langkah untuk mengekal dan memantapkan perpaduan kaum di Malaysia ( pilih 3
sahaja )

Beberapa kempen dan program yang dilaksanakan oleh pihak kerajaan mampu mengekal dan
memantapkan perpaduan kaum di negara ini. Pelan Tindakan Perpaduan & Integrasi Nasional
telah dirancang oleh Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional. Ia merupakan rancangan
lima tahun iaitu dari 2005-2010 yang merancang pelbagai usaha untuk memupuk dan
mempertingkatkan perpaduan dan integrasi nasional. Pelan ini mengandungi pelbagai strategi
yang dirancang dari pelabagai aspek seperti strategi politik, ekonomi, pendidikan, penggunaan
Bahasa Kebangsaan, Agama, Kebudayaan, Integrasi Wilayah, Keselamatan, Pembangunan
Kawasan, Penggunaan Tenaga Manusia, Media Massa, Kesukanan, Pemasyarakatan Perpaduan,
Pertubuhan Sukarela, Penyelidikan Dan Penerbitan Bahan Bacaan, Pemantauan Isu-isu Semasa
dan Konflik, Penubuhan Panel Penasihat Perpaduan Negara (PANEL) dan Jawatankuasa
Penasihat Perpaduan Peringkat Negeri (JKPPN), program dan aktiviti perpaduan, Sekolah
Wawasan dan Program Latihan Khidmat Negara. Kesemua program, pelan dan aktiviti yang
dirancang telah dijalankan dengan bertujuan supaya masyarakat dapat melibatkan diri dan
memupuk hubungan etnik yang erat antara rakyat di negara ini.
Kerajaan melalui Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memperkenalkan program
Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan (RIMUP) sejak tahun 1986. Program ini pada
awalnya telah dilaksanakan di peringkat sekolah rendah dan kini diperluaskan ke semua sekolah
rendah dan menengah pada tahun 2005. KPM memandang berat akan pentingnya dijalin
hubungan yang rapat antara murid pelbagai kaum di sekolah supaya wujud kesefahaman dan
perpaduan antara mereka. Dengan adanya persefahaman dan berbaik sangka maka akan timbul
suasana hormat-menghormati terhadap agama, budaya dan adapt resam sesuatu kaum dengan
kaum yang lain. KPM menyediakan peluang kepada murid pelbagai kaum untuk bergaul mesra
secara sedar dan terancang. Proses perpaduan ini dapat dipupuk dan dibina agar semangat
tersebut dapat diamalkan dalam masyarakat. Usaha ini dijana semula kea rah merealisasikan
hasrat kerajaan untuk menjadikan rakyat Malaysia hidup bersatu padu dan harmoni.Antara
aktiviti yang dilaksanakan ialah lawatan sambil belajar, kursus motivasi, kem perpaduan ,
sambutan hari perayaan , pameran kebudyaan dan persembahan pentas.


Sekiranya isu ini diperinci secara mendalam, kerajaan telah mewajibkan remaja yang
berumur 17 tahun ke atas menyertai Program Latihan Khidmat Negara (PLKN). Modul
kenegaraan PLKN sememangnya bertujuan untuk melahirkan semangat perpaduan dalam
sanubari remaja daripada masyarakat majmuk yang merupakan bakal pemimpin negara. Selaras
dengan modul kenegaraan, para remaja berbilang kaum berpeluang untuk bekerjasama bagai aur
dengan tebing dan seterusnya perpaduan dapat disemai melalui aktiviti-aktiviti berkumpulan
yang dilaksanakan dalam PLKN. Sesungguhnya, tidak dapat disangkal bahawa PLKN turut
memainkan peranan dominan dalam iltizam membentuk perpaduan kaum.

Perpaduan kaum juga dapat dipupuk melalui aktiviti kemasyarakatan yang memerlukan
setiap kaum mengambil bahagian dalam setiap aktiviti yang dijalankan. Cara ini dapat memupuk
semangat kerjasama dan saling membantu antara satu sama lain dengan menghapuskan sikap
mementingkan diri yang tertanam di dalam jiwa masyarakat kini. Namun, sikap negative
masyarakat terutamanya masyarakat yang duduk di bandar yang hanya bekerja tidak tentu masa
dan melakukan kerja sendiri menyebabkan usaha memupuk semangat perpaduan sukar untuk
diterapkan. Aktiviti memperteguh jalinan kemesraan harus dijalinkan seperti aktiviti gotong
royong yang memerlukan sumbangan setiap pihak untuk menjayakan aktiviti tersebut supaya
perpaduan secara maksimum dapat dilahirkan. Pendek kata, aktiviti kemasyarakatan dapat
menjadi wadah yang terbaik bagi memupuk semangat perpaduan yang perlu ada dalam diri
setiap rakyat seiring dengan hasrat negara untuk mewujudkan masyarakat yang bersatu padu
walaupun berlainan bangsa mahupun agama

Satu daripada cara mencapai perpaduan di antara kaum ialah menjaga budi bahasa serta
akhlak dalam pergaulan. Perbezaan agama serta kepercayaan tidak mengurangkan kepentingan
pemupukan budi bahasa. Adat istiadat adalah peraturan yang sentiasa dlpatuhi dan diamalkan
dalam masyarakat Malaysia terutamanya pada hari perayaan. Adat istiadat ini mencirikan
Kebudayaan Kebangsaan. Antara hari-hari perayaan yang sama-sama dihormati ialah Hari
Kebangsaan Malaysia pada 31 Ogos, Hari Deepavali, Tahun Baru Cina, Hari Raya, Sambutan
Maulud Nabi Muhammad s.a.w,
Slogan 1Malaysia atau 'Satu Malaysia' adalah satu gagasan peribadi yang diperkenalkan
oleh Perdana Menteri Malaysiakeenam, Datuk Seri Najib Tun Razak pada 2 April 2009. Intipati
gagasan ini idea satu bangsa tanpa mengira kepelbagaian etnik, sub-etnik dan kebudayaan. Semua pihak
mestilah bersama-sama menjayakannya. Pelaksanaannya bukan dibuat semalaman tetapi secara
evolusi.Ia adalah ramuan serta formula pentadbiran dalam proses negara menuju Wawasan 2020 serta
menjadi cemerlang, gemilang dan terbilang seperti yang diperjuangkan perdana menteri keempat dan
kelima iaitu Tun Dr Mahathir Mohamad dan TunAbdullah Ahmad Badawi
Aspek utama ialah sikap saling hormat menghormati dan bersikap menerima di antara satu sama
lain.Masyarakat majmuk di Malaysia perlu disatukan melalui '1Malaysia'. Hubungan kaum dipereratkan
bagi jangka masa panjang. Prinsip utama yang mendasari 1Malaysia adalah kebersamaan dan kekitaan
dalam satu keluarga besar. Oleh yang demikian slogan ini sudah tentu menjadi satu pemangkin kepada
perpaduan rakyat di negara ini.

Cara paling penting untuk menyatupadukan masyarakat berbilang kaum di Malaysia ialah
melalui penggunaan bahasa kebangsaan. Penggunaan satu bahasa perhubungan dan
persefahaman di antara satu kaum dengan yang lain dapat diwujudkan tanpa menimbulkan rasa
curiga. Langkah ini mempercepatkan lagi perpaduan dan rasa hormoni antara kaum di negara ini.

Pengenalan Isu-isu Perpaduan Kaum Secara Umum

Perpaduan boleh ditakrifkan sebagai satu proses yang menyatupadukan anggota masyarakat dan negara
seluruhnya melalui ideologi negara supaya tiap-tiap anggota masyarakat dapat membentuk satu identiti
dan nilai bersama serta satu perasaan kebangsaan dalam kalangan mereka. Perpaduan masyarakat
merupakan antara aspek yang penting dalam membentuk perpaduan negara. Malaysia kini dihuni oleh
beberapa kaum dan etnik yang bersifat majmuk yang membawa kepada wujudnya jurang perpisahan .

Pada zaman pemerintahan British di negara ini, mereka mengamalkan dasar pecah dan perintah
terutama membiarkan penduduk negara ini mengamalkan kegiatan ekonomi masing-masing mengikut
komposisinya. Orang Melayu dibiarkan berada di kampung yang terlibat dalam bidang pertanian dan
penanaman padi serta menangkap ikan manakala tenaga buruh di ladang diambil dari negara India dan
di kawasan lombong bijih timah tenaga imigran dari China diambil. Kesannya jurang perpaduan mula
timbul disebabkan kegiatan ekonomi yang diusahakan di samping tempat tinggal yang berbeza. Keadaan
ini mengurangkan kebarangkalian penduduk Melayu , Cina dan India bersama-sama dalam satu
lokaliti.Kesan jangka panjang keadaan ini ialah wujudnya jurang pemisahan antara kaum.

Bersama-sama dengan kedatangan imigran ini ialah sistem pendidikan mereka yang dibawa ke negara
ini. Orang Cina dan India memiliki sistem sekolah vernakular sendiri yang membawa masuk guru, buku
dan sukatan pelajaran dari negara mereka. Kesannya di negara ini telah wujud satu sistem pendidikan
yang di dalamnya terdapat sekolah aliran agama , Inggeris, Cina , Tamil dan aliran Melayu. Kesan
langsung wujudnya sistem pendidikan zaman British ini menyebabkan terhalangnya proses asimilasi
yang boleh memungkinkan pergaulan kaum dapat dilakukan dengan sempurna.

Penaklukan Jepun di Tanah Melayu pada Perang Dunia Kedua iaitu pada 1941-1945 juga tak kurang
mendatangkan kesan yang hebat ke atas hubungan integrasi kaum di negara ini. Pihak Jepun pula
mengamalkan dasar anti-Cina dan pro-Melayu yang ternyata mengeruhkan lagi keadaan semasa dengan
menyebabkan timbulnya perasaan benci dan prasangka buruk masyarakat Cina terhadap orang Melayu.
Orang Cina bertindak mengambil kesempatan utuk membalas dendam dengan menganggotai Bintang
Tiga atau lebih dikenali sebagai Parti Komunis Malaya (PKM) dalam tempoh masa Jepun menyerah
kalah dan sebelum kedatangan kembali pihak British. Ketika inilah berlakunya keganasan 14 hari seperti
membunuh, menculik, membakar masjid dan bangunan sebagai cara membalas dendam . Keadaan ini
menyebabkan berlakunya persengketaan kaum antara orang Melayu dan orang Cina. Lebih
memburukkan lagi keadaan adalah apabila kebanyakan orang Cina terlibat dalam pergerakan PKM
manakala orang Melayu kebanyakannya merupakan anggota pasukan keselamatan ketika zaman darurat
pada 1948-1960.

Semasa kempen Pilihan Raya 1969, calon-calon pilihan raya serta ahli-ahli politik dari kalangan parti
pembangkang, telah membangkitkan soal-soal Bangsa Malaysia berkaitan dengan Bahasa Kebangsaan
(Bahasa Melayu), kedudukan istimewa orang Melayu sebagai (Bumiputera) dan hak kerakyatan orang
bukan Melayu. Hal ini telah memberi kesempatan kepada ahli-ahli politik yang ingin mendapatkan faedah
dalam pilihanraya.

Pada pilihanraya umum 1969 Parti Perikatan yang dianggotai oleh (UMNO-MCA-MIC) telah gagal
memperolehi majoriti 2/3 diparlimen, walaupun masih berjaya membentuk kerajaan persekutuan. Hal ini
disifatkan oleh parti pembangkang sebagai satu kemenangan yang besar buat mereka. Jumlah kerusi
yang dimenanginya dalam Dewan Rakyat (Parlimen) telah menurun daripada 89 kerusi pada tahun 1964
kepada 66 kerusi pada tahun 1969.Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan), Parti Tindakan Demokratik
(DAP) dan Parti Progresif Rakyat (PPP) menang 25 buah kerusi dalam Dewan Rakyat manakala PAS
menang 12 kerusi.

Pihak pembangkang yang memperoleh pencapaian gemilang dalam pilihanraya telah meraikan
kemenangan mereka pada 11 Mei 1969. Perarakan tersebut sebenarnya tidak bermotif untuk
menimbulkan isu perkauman. Malah terdapat segelintir pengikut perarakan telah mengeluarkan slogan-
slogan sensitif berkenaan isu perkauman semasa mengadakan perarakan di jalan-jalan raya di sekitar
Kuala Lumpur. Perarakan turut dijalankan pada 12 Mei 1969 di mana kaum Cina berarak menerusi
kawasan Melayu, melontar penghinaan sehingga mendorong kepada kejadian tersebut. Pihak
pembangkang yang sebahagian besar darinya kaum Cina dari Democratic Action Party dan Gerakan
yang menang, mendapatkan permit polis bagi perarakan kemenangan melalui jalan yang ditetapkan di
Kuala Lumpur. Bagaimanapun perarakan melencong dari laluan yang ditetapkan dan melalui kawasan
Melayu Kampung Baru, menyorak penduduk di situ. Sesetengah penunjuk perasaan membawa penyapu,
kemudiannya dikatakan sebagai simbol menyapu keluar orang Melayu dari Kuala Lumpur, sementara
yang lain meneriak slogan mengenai tengelamnya kapal Perikatan. Orang Melayu memandang
perisitiwa ini sebagai kaduk naik junjung. Natijahnya berlaku kemarahan yang meluap-luap dalam
kalangan orang Melayu sehingga menumpahkan darah .Maka berlakulah kejadian yang dinamakan
Tragedi 13 Mei 1969. Kepanasan isu ini cepat menular sehingga ke seluruh negara dalam masa yang
begitu singkat sahaja.

Perpaduan negara ini juga diuji dengan pelbagai isu berkaitan dengan agama dan soal hak kerakyatan
dan beberapa isu sensitif lain yang mampu menjejaskan perpaduan kaum di negara ini . Ianya dibawa
dan dimainkan oleh beberapa badan bukan kerajaan yang cuba mendapatkan nama dalam usaha
mendapatkan sokongan berterusan sehingga ke tarikh pilihanraya akan datang. Jika dibiarkan begitu
sahaja tanpa diselesaikan atau dirungkai terlebih awal hal ini mampu merobek perpaduan kaum sedia
ada pada masa sekarang.

Bahasa Melayu mampu mantapkan perpaduan
kaum
SERDANG 28 Julai - Kerajaan perlu melakukan beberapa perubahan terhadap sistem pengajaran dan pembelajaran
bahasa Melayu sebagai usaha mewujudkan perpaduan kaum di negara ini.
Cendekiawan negara, Profesor Diraja Ungku Aziz berkata, keunikan bahasa Melayu boleh menjadi alat komunikasi
bagi memantapkan lagi perpaduan kaum yang telah lama wujud.
Menurut beliau, pada masa ini usaha menggunakan bahasa Melayu untuk mewujudkan perpaduan kaum masih
belum berjaya sepenuhnya.
"Kebanyakan pelajar di institusi pengajian tinggi awam dan swasta masih belum menggunakan sepenuhnya dan
menguasai bahasa Melayu dengan baik," katanya.
Beliau berkata demikian sewaktu menyampaikan ucaptama pada Seminar Permuafakatan Kementerian Pengajian
Tinggi Bersama Kementerian Pelajaran di Universiti Putra Malaysia (UPM) di sini hari ini.
Turut hadir Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Alimuddin Mohd. Dom.
Ungku Aziz menegaskan, sistem pembelajaran amat penting untuk mewujudkan perpaduan negara agar lebih mantap
dan ampuh.
Menurutnya, Laporan Abdul Razak 1956 juga menekankan kepada matlamat pendidikan adalah untuk menyatukan
dan menekankan kepada perpaduan.
Sehubungan itu, kata Ungku Aziz, perubahan yang dirancang perlu merangkumi semua peringkat persekolahan
termasuk di sekolah rendah, sekolah menengah dan institusi pengajian tinggi (IPT).
Beliau menambah, Kementerian Pengajian Tinggi perlu menyediakan satu agihan sistem pelajaran paling mudah
supaya pelajar dapat mempelajari bahasa Melayu dengan senang dari peringkat rendah hingga ke IPT.
"Kalau kita ada sistem pembelajaran dan pengajaran bahasa Melayu yang mudah tidak mustahil kita dapat lahirkan
pelajar berwawasan bagi mewujudkan perpaduan kaum," katanya.
Sementara itu Alimudin berkata, beliau tertarik dengan cadangan yang diberikan oleh Ungku Aziz yang mahukan
beberapa perubahan perlu dilakukan terhadap sistem pengajaran dan pembelajaran agar bahasa Melayu menjadi
agen mewujudkan perpaduan kaum.
"Cadangan ini amat menarik dan pihak kami akan membuat pertimbangan wajar," katanya.
Beliau tidak menafikan bahawa bahasa Melayu dapat menjadi agen untuk mengeratkan lagi perpaduan kaum di
negara ini.
Menurutnya, rakyat seharusnya dapat menguasai bahasa Melayu dengan baik kerana ia boleh menyatukan
masyarakat melalui komunikasi.
"Selain menguasai bahasa Melayu, kita tidak boleh mengabaikan bahasa Inggeris yang sering digunakan dalam
sebarang urusan di peringkat antarabangsa khususnya dalam bidang ekonomi," katanya lagi.
Alimudin berkata, seminar yang diadakan itu bertujuan memberi pendedahan kepada pelajar mengenai perancangan
kedua-dua kementerian memberi penekanan kepada aspek kemahiran asas.
Selain ilmu pengetahuan, beliau berkata, pelajar perlu dilengkapi dengan kemahiran berkomunikasi, kemahiran
teknologi maklumat, kemahiran membuat keputusan, berfikir secara kreatif dan inovatif.


Artikel
Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0729&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_04.htm#ixzz39
LS0qome
Utusan Melayu (M) Bhd