Anda di halaman 1dari 1

Kekuatan dan Kelemahan KBSR

Matlamat kurikulum baru Sekolah Rendah adalah untuk memberikan pendidikan yang menyeluruh
kepada murid-murid. Jadi, oleh yang demikian, kejayaan KBSR ini dapat dilihat dari segi aspek
pencapaian 3M - Membaca, Menulis dan Mengira - kemahiran belajar dan perkembangan sahsiah.

Satu kajian tentang penilaian pencapaian KBSR ini yang telah dijalankan oleh Kementerian Pendidikan
dengan Universiti Sains Malaysia pada tahun 1982. Laporan Fasa I (1988) kajian tersebut menunjukkan
bahawa taraf penguasaan murid-murid dalam 3M ini adalah lebih tinggi apabila dibandingkan dengan
murid-murid yang mengikuti kurikulum lama. Murid-murid KBSR berjaya menguasai kemahiran belajar
yang raudah seperti menyoal, berbincang dan mengeluarkan pendapat . Sebilangan besar murid juga telah
menguasai kemahiran belajar yang lebih kompleks lagi seperti mengenal idea-idea utama dan membuat
rumusan Dari segi perkembangan sahsiah, murid-murid KBSR juga didapati lebih berani bercakap dan
yakin-dan menunjukkan minat dalam pembelajaran mereka. Budaya membaca juga memuaskan. Selain
daripada itu mereka boleh berinteraksi sesama sendiri , bekerjasama dan bertolak ansur.

Laporan kajian penilaian pencapaian KBSR, Fasa II telah dibentangkan pada tahun 1990. Jadi, satu lagi
kajian "Projek Inspire" yang menilai tentang pencapaian KBSR bagi murid-murid di luar bandar telah
dijalankan. Projek Inspire ini adalah kajian yang berterusan mengenai penggunaan alat Bantu mengajar .

KBSR telah menimbulkan kesan yang positif terutama dari segi murid. Penekanan KBSR ke atas
pengajaran yang berpusatkan kepada murid, kepelbagaian aktiviti serta penglibatan semua murid dalam
aktiviti yang berkenaan telah menghasilkan muridmurid yang lebih berminat dalam pembelajaran.
Cadangan pengelolaan pengajaran seperti kaedah kelas, kumpulan, rakan sebaya dan individu serta
penggunaan berbagai jenis bahan telah dapat memberi kepelbagaian dalam teknik pengajaran dan
pembelajaran, gerakerja kumpulan khasnya pula dapat menanamkan sifat-sifat kepimpinan dan
bekerjasama di kalangan murid-murid. KBSR juga telah menegaskan bahawa aspek penilaian adalah
sebahagian daripada proses pengajaran dan pembelajaran dan hendaklah dijalankan berterusan. Ini adalah
dengan tujuan supaya kelemahan tidak terkumpul dan langkah-langkah pemulihan dapat dijalankan

Anda mungkin juga menyukai