Anda di halaman 1dari 3

KATA ADJEKTIF

Maksud
Kata adjektif ialah perkataan yang
menerangkan sifat sesuatu benda,
keadaan, atau perbuatan. Ada sembilan
jenis kata adjektif.
Jenis Kata Adjektif
1. Kata adjektif sifatan / keadaan
Contoh: baik, tegak, gopoh, pandai,
takut, sihat, lemah, kasar, jahat, licin,
garang, buas, condong
2. Kata Adjektif Warna
Contoh: hitam, putih, biru, jingga,
merah, ungu
3. Kata Adjektif Ukuran
Contoh: nipis, besar, pendek, tinggi,
rendah, kerdil, tebal, panjang, kecil
4. Kata Adjektif Bentuk
Contoh: kemik, leper, bujur, buncit,
lurus, bulat, lekuk, bengkok

5. Kata Adjektif Jarak
Contoh: jauh, hampir, dekat, sebelah,
rapat, nyaris
6. Kata Adjektif Waktu
Contoh: cepat, lambat, silam, segera,
baharu,
7. Kata AdjektifPerasaan
Contoh: sayang, ragu, kecewa,
gembira, rindu, marah, sayu, sedih, pilu
8. Kata Adjektif Cara
Contoh: perlahan, segera, deras, laju,
lincah, sering
9. Kata Adjektif Pancaindera
Contoh: pahit, manis, busuk, tampan,
merdu, payau, kelat, masin, masam,
nyaring, gemersik

Isikan Tempat Kosong Dengan Kata Adjektif Yang Sesuai.
1 Kaki Pak Senin digigit pacat, darah
__________ meleleh di kakinya.
A cair B putih
C pekat D merah
2 Semua seluarnya sudah menjadi
__________ kerana badannya sudah
berisi.
A ketat B besar
C singkat D longgar
3 Buah-buahan tempatan sungguh
______________ dan berpatutan
pula harganya.
A kelat B enak
C manis D masam
4 Abdul Halim sedang mengasah sabit
kelapa sawit itu kerana sudah
__________.
A tajam B kasar
C kesat D tumpul
5 Air sungai itu __________ kerana
sampah sarap dibuang ke dalamnya.
A jernih B hitam
C kotor D bersih
6 Pengawas lelaki itu sering membawa
buku __________ di dalam poket
bajunya.
A kecil B tebal
C besar D panjang
7 Cuaca malam ini __________
kerana petang tadi hujan turun dengan
lebatnya.
A sejuk B damai
C panas D nyaman
8 Udara di Calet Air Panas, Pengkalan
Hulu itu sungguh __________.
A baik B cergas
C nyaman D indah
9 __________ sungguh pemandangan
hutan di kawasan Air Terjun Kuala
Wah itu.
A Indah B Muram
C Kelam D Sayup
10 Pelajar Tahun Enam Waja sangat
__________ dan hormat kepada
guru-guru mereka.
A baik B malu
C takut D patuh
11 Marsya berasa ______________
semasa meraikan hari jadinya.
A pilu B mahu
C cemas D gembira
12 Samad menjolok buah mangga itu
dengan menggunakan sebatang galah
yang ________.
A tinggi B besar
C kontot D panjang
13 Asam jawa selalu digunakan oleh
emak untuk menghilangkan bau
___________ikan air tawar.
A hapak B hanyir
C tengik D hancing
14 Penyanyi yang mempunyai suara
_______________itu mendapat
tepukan gemuruh daripada penonton.
A serak B garau
C merdu D nyaring
15 Roziah yang ringan mulut itu
sungguh _____________ dengan
semua orang walaupun dengan orang
yang baru dikenalinya.
A sombong B senang
C ramah D kasar
16 Para pendaki Gunung Kinabalu
meneruskan pendakian dalam
_________ pagi tanpa berputus asa.
A kegelapan B kedinginan

C kemalapan D kepanasan
17 Dahi adik kelihatan ___________
kerana terhantuk pada tianggol di
sekolah.
A bengkok B bengkak
C botak D lekuk
18 Jalan di Bandaraya Kuala Lumpur
menjadi_____________ apabila
menjelang Har iRaya AidilFitri.
A lengang B senyap
C muram D suram
19 Mata Aminah ____________
kerana terkena air sabun.
A pedas B lebam
C pedih D panas
20 Jambatan yang _____________
itu akan dilebarkan untuk kemudahan
penduduk KampungSemangat.
A luas B sempit
C senang D besar