Anda di halaman 1dari 5

GURU PENYAYANG & MENTOR MENTEE

PANDUAN
PELAKSANAAN GURU PENYAYANG
TUJUAN
1. Pelaksanaan Guru Penyayang adalah bertujuan agar guru mengamal dan membudayakan sikap kasih sayang di
SMK TUN MUTAHIR
KONSEP
2. Penyayang membawa maksud perbuatan atau perlakuan menyayangi, mengasihi, dan bersifat belas kasihan serta
menghormati orang lain. Ini bermakna Guru Penyayang adalah seorang yang memiliki sifat kepedulian (concern)
terhadap setiap perkara yang berkaitan dengan muridnya (every child matters) dengan cara mengamalkan nilai kasih
sayang, bersikap mesra, mengambil berat, berbudi bahasa, saling menghormati, sentiasa ceria, prihatin dan sabar.
3. Guru penyayang menjiwai bahawa murid mereka merupakan aset penting yang perlu diberi perhatian, dijaga,
dibimbing, dihargai kewujudannya dan disayangi setiap masa.
4. Membudayakan amalan penyayang merupakan sifat profesional guru dalam perhubungannya dengan murid, ibu
bapa, komuniti dan masyarakat.
OBJEKTIF
5. Objektif Guru Penyayang;
5.1 Menjiwai amalan penyayang adalah budaya guru.
5.2 Menginsafi bahawa kehadiran murid merupakan rahmat kepada sekolah.
5.3 Menyedari bahawa setiap murid adalah aset kepada sekolah.
5.4 Menghargai sumbangan murid, ibu bapa, komuniti dan masyarakat kepada sekolah.
AKTIVITI
6. Pelaksanaan Guru Penyayang hendaklah berterusan serta merupakan budaya guru. Ia akan dilaksanakan
berdasarkan pelan jangka pendek dan jangka panjang secara berfasa. Bagi fasa pertama pelaksanaannya, guru-guru
hendaklah melaksanakan tiga aktiviti berikut;
6.1 Mengalu-alukan kehadiran murid
6.2 Pelaksanaan Program Mentor Mentee
6.3 Memberi penghargaan kepada murid
7. Jawatankuasa Program Sekolah Penyayang
7.1. Pengerusi : Pengetua
7.2. Timbalan Pengerusi : PK HEM
7.3. Naib Pengerusi : PK Pentadbiran
PK KO KU
7.4. Setiausaha : En Khairuddin b Hj Ahmad
7.5 Pen Setiausaha : Pn Siti Mariam bt Hussin
7.6. Bendahari : Pn Abby Lim Sze Chia
Ahli Jawatankuasa :
7.7. Semua Guru Kanan
7.8. Ketua Guru Disiplin
7.9. Ketua Guru Pengawas
7.10. KP Pendidikan Agama Islam
7.11 Penyelaras 3K
7.12 Setiausaha JK Kebajikan Murid
7.13 Setiausaha JK Kantin
7.14 Setiausaha JK Biasiswa
7.15 Penyelaras Tingkatan
8. Aktiviti dan kaedah pelaksanaan adalah seperti di LAMPIRAN A.
9. Mentor adalah terdiri daripada guru tingkatan dan seorang guru pembantu
10. Jadual Perlaksanaan Program
Bulan Januari 2013 hingga Oktober 2013



LAMPIRAN A
PANDUAN AKTIVITI GURU PENYAYANG
Aktiviti Guru Penyayang dilaksanakan seperti berikut;
BIL PROGRAM AKTIVITI KAEDAH PERSONALIA
1. MENGALU-
ALUKAN
KEHADIRAN
MURID
a. Guru mengalu-alukan
murid di pintu pagar
sekolah
i. Semasa murid memulakan
sesi persekolahan baru
ii. Semasa murid datang ke
sekolah
iii. Semasa murid pulang dari
sekolah
i. Menyambut kedatangan
murid;
a. Penampilan guru yang kemas
dan ceria
b. Bersikap mesra, berbudi bahasa
dan menghormati murid
c. Ambil berat, prihatin dan sabar
menyambut murid
ii. Membuat sapaan
a. Memberi salam dan menyambut
salam semasa datang sekolah
Contoh: selamat pagi selamat
datang jemput masuk
b. Lambaian pulang
Contoh: selamat pulang jaga
diri baik-baik jumpa lagi
c. Bertanya khabar
Contoh: apa khabar hari ini?
dah makan ke belum?
Barisan kepimpinan
sekolah dan guru bertugas
mingguan




iii. Memberi bimbingan dan
tunjuk ajar secara berhemah
Contoh
a. Membetulkan tali leher
b. Mengenakan butang baju dll
iv. Membuat publisiti/promosi
mengalu-alukan kehadiran
murid ke sekolah dengan
menyediakan kain rentang
Contoh:
Kehadiran Anda Impian Kami
Semua guru


b. Guru mengambil peduli
terhadap murid semasa di
sekolah
i. Semasa di bilik darjah
ii. Semasa di
kantin/dewan makan
iii.Semasa aktiviti
kokurikulum
iv. Semasa perhimpunan









Interaksi Guru (rapport)
i. Penampilan guru kemas dan
ceria sepanjang masa
ii. Bersikap mesra dan
menunjukkan rasa hormat
kepada murid
iii. Membuat sapaan
iv. Mengambil berat dan prihatin
terhadap murid










Semua guru
















BIL PROGRAM AKTIVITI KAEDAH PERSONALIA
2. MENTOR
MENTEE
1. Pelaksanaannya bertujuan
untuk;
i. Membangunkan sahsiah diri
murid
ii. Membina jati diri murid
iii. Mentor sebagai orang yang
boleh membantu menyelesaikan
masalah murid
2. Antara aktiviti yang
dicadangkan adalah
seperti berikut;
i. Sesi ramah mesra
ii. Sesi makan bersama
iii. Meraikan hari lahir
iv. Bimbingan hala tuju
hidup
v. Lawatan/ziarah
keluarga
vi. Sesi perkongsian
masalah
1. Guru dengan penuh rasa
kekeluargaan melaksanakan
aktiviti mentor mentee.
2. Strategi pelaksanaannya;
i. Seorang atau dua mentor bagi
setiap kelas mengikut kesesuaian
sekolah
ii. Perjumpaan diadakan sekurang-
kurangnya satu kali sebulan dan
diselaraskan dalam jadual waktu
harian.
3. Pengisian semasa perjumpaan;
i. Membuat sapaan
ii. Menyemak dan prihatin
latar belakang mentee
iii. Membimbing mentee
mengatasi masalah
iv. Membimbing mentee
membina hala tuju dan
kerjaya
v. Membimbing mentee
membentuk jati diri dan
sahsiah diri
MENTOR
Guru terpilih
MENTEE
Semua murid

4. Tugas guru yang dipilih
sebagai mentor hendaklah
disenaraikan sebagai salah satu
tugasnya di sekolah
5. Aktiviti didokumentasikan
6. Menyediakan profile setiap
mentee

BIL PROGRAM AKTIVITI KAEDAH PERSONALIA
3 PENG
HARGAAN
MURID
Memberi penghargaan dan
pengiktirafan kepada murid
melalui;
Aktiviti meraikan murid;
i. Hari lahir murid
ii. Sambutan hari kanak-
kanak
iii. Perayaan-perayaan
utama mengikut kaum
seperti Hari Raya, Tahun
Baru Cina, Deepavali,
Krismas termasuk
perayaan utama di Sabah
dan Sarawak
i. Guru meraikan murid dalam
suasana gembira, rasa hormat,
rasa dihargai dengan penuh kasih
sayang
ii. Antara kaedah yang boleh
digunakan;
a. Mengumumkan ucapan
selamat melalui pembesar
suara sekolah
b. Menyanyikan lagu
bersesuaian dengan tema
sambutan
Contoh:
Lagu Hari Lahir
Lagu Perayaan Utama
c. Menghantar kad ucapan
Contoh:
Kad Hari Lahir
Kad Hari Perayaan
Semua guru termasuk
pentadbir sekolah

iii. Aktiviti meraikan murid boleh
dilaksanakan semasa
perhimpunan atau di dalam bilik
darjah.


LAPORAN AKTIVITI
PROGRAM GURU PENYAYANG & MENTOR MENTEE
SMK TUN MUTAHIR

LAPORAN PERTEMUAN BULAN ___________________

Bahagian A : Jenis Aktiviti

Tandakan Yang Berkaitan

Bil Aktiviti
1 Sesi ramah mesra
2 Sesi makan bersama
3 Meraikan hari lahir
4 Lawatan / zaiarah keluarga
5 Sesi perkongsian masalah
6 Lain : Nyatakan :
8 Lain : Nyatakan :

Bahagian B : Pengisian Semasa Perjumpaan

Tandakan Yang Berkaitan

Bil Pengisian
1 Membuat sapaan
2 Menyemak dan prihatin latar belakang
3 Membimbing mentee mengatasi masalah
4 Membimbing mentee membina hala tuju dan kerjaya
5 Membimbing mentee membentuk jati diri dan sahsiah
6 Akhlak dan moral
7 Lain : Nyatakan :
8 Lain : Nyatakan :

Ulasan:

___________________________________________________________________________________________________

___________________________________________________________________________________________________

Tanda Tangan Ketua Mentee Tanda Tangan Mentor


( ) ( )

Tarikh ..........................................

Borang ini perlu diserahkan kepada PKHEM/KAUNSELOR setiap hujung bulan selepas aktiviti dijalankan sepanjang
bulan tersebut. Terima kasih.

Disemak oleh,




Tn Hj Ismail b Abdullah
GPK HEM
SMK Tun Mutahir,
Batu Berendam,
75350 Melaka

Anda mungkin juga menyukai