Anda di halaman 1dari 3

Skrip Sketsa Terima Kasih Cikgu

6/12/12

Saya ingin berkongsi hasil idea kreatif anak-anak didik saya. Dengan bimbingan dan dorongan
yang kuat kepada murid-murid ini maka terhasillah sketsa ini sempena Sambutan Hari Guru
tahun ini.


TAJUK :______________________________________________
PENCERITA A :
PENCERITA B :
MURID 1 :
MURID 2 :
MURID 3 :
MURID 4 :
MURID 5 :
WATAK SAMPINGAN i)GURU :

Situasi di dalam kelas 5 Dedikasi.

Sedang guru mengajar di hadapan, anak-anak didiknya yang lain sibuk membuat kerja
masing-masing. Ada yang berkhayal, bercakap, melukis, dan tidak ketinggalan juga yang sedang
enak dibuai mimpi.

B Berkat kesabaran guru ini, beliau tetap meneruskan tanggungjawabnya mengajar dan memberi
nasihat kepada anak muridnya supaya menjadi orang yang berguna.

Kriinngggggggggggg..loceng berbunyi menandakan sesi pembelajaran ketika itu sudah
tamat.

GURU : Terima kasih murid-murid kerana memberi sepenuhhhh perhatian.Tahniah!

SEMUA MURID : Terima kasih cikgu

Murid 1 : Kenapa plak cikgu nih cakap camtuh.pelik betul.lantak laaa



Murid 1 :Petang ni aku nak gi cc. Dah lama aku tak online Sape nak join
aku?
Murid 2 :Ko boleh la banyak duit.Mak Aku bagi duit Rm2 Je.Mane cukup.
Ko blanje aku bole.heheh
Murid 3 :Weh..malam nih start EURO 2012 kan? Francis lawan Jerman. Tak
tido la aku malam nih..


Murid 4 :Wei..ko dah siap ke karangan yang cikgu bagi semalam. Aku tak
reti nak buat la..Tengok jap buku ko.
Murid 5 :Aku siap dah tapi hentam jela..Janji xkena denda..hehe
Murid 4 :Ko tulis camne? Aku nak pinjam jap..
Murid 5 :Ko jangan tiru semua. Nanti cikgu taumati aku..


*Begitulah situasi muird-murid kelas 5 Dedikasi ketika ketiadaan guru di dalam kelas. Perbualan
kosong, tiru-meniru, kenakalan semuanya menyerlah terserlah bedebomMereka tidak
menggunakan masa dengan sebaik-baiknya..manakala wang yang diberikan oleh ibu bapa
dibazirkan dengan aktiviti yang tidak berfaedah.

*Mana pengorbanan ibu bapa yang korang nampak?

*Tidakkah korang rasa bersalah?

*Renung-renungkanlah masa depan sendiri


Tidak lama kemudian guru masuk ke kelas 5 Dedikasi .Ketika itu suasana kelas sangat bising.
Cikgu ____ masuk dalam keadaan marah.

Guru: Ya Allahkelas nih bisingnya.macam di pasar borongAstagrfirullah
halazimmm kotornya kelas nih..awak semua nih duduk kawasan
pembuangan sampah ke?Sakit mata saya tengok keadaan kelas
nihcepat..kutip sampah sekarang..
Semua murid diam apabila dimarahi oleh guru.(sambil mengutip sampah)

Guru: Saya tak tahu la apa nak jadi dengan kamu semua nisaya kesian kepada
ibu bapa kamu..penat bekerja seharian cari duit nak hantar kamu semua ke
sekolah bagi pula duit belanja..tak cukup dengan itu..penuhi permintaan
kamu nak macam2 lagi.

Guru : Cikgu-cikgu yang mengajar ni tak rugi apa-apa tapi kamu semua yang akan
rugi...jika tak beri tumpuan dan tak berubah sikap. Jika berterusan
seperti ini kamu akan menyesal suatu hari nanti.


Tayangan slide ( pengorbanan kasi ibu )


15 tahun kemudian

Murid-murid yang nakal tadi
Murid 1 :Menjadi seorang doktor
Murid 2: Menjadi seorang ustaz
Murid 3: Pemain bola sepak negara
Murid 4: Menjadi guru
Murid 5: Menjadi Chef
Murid 6:

*Akhirnya mereka sedar akan tanggungjawab untuk mencapai hasrat menggembirakan hati ibu
bapa dan berjaya menjadi insan yang berguna kepada masyarakat, bangsa dan negara.

KAMI MENGUCAPKAN SELAMAT HARI GURU (TERIMA KASIH CIKGU )

Anda mungkin juga menyukai