Anda di halaman 1dari 10

BINCANGKAN SEJAUH MANAKAH PERANCANGAN DIRI SEORANG GURU

DAPAT MENINGKATKAN TAHAP PROFESIONALISME KEGURUAN.


Peranan guru sebagai penyampai ilmu dan kemahiran kepada pelajar-
pelajar dan mencorak mereka. Guru boleh diibaratkan sebagai lilin yang
menyinarkan hidup pelajar. Namun, sebagai guru, kita harus peka terhadap
perubahan yang berlaku dalam pendidikan. Guru merupakan pemangkin wadah
perjuangan untuk pelajar membina daya pemikiran yang analitikal, kritis dan
kreatif bagi membentuk individu-individu yang boleh menyesuaikan diri dengan
perubahan-perubahan yang berlaku di sekeliling mereka. Oleh yang demikian,
guru itu sendiri harus menguasai kemahiran dan pengetahuan yang terkini untuk
menjalankan tugas mereka. usteru, guru harus meningkatkan profesionalisme
diri masing-masing. Profesionalisme diri merupakan hasil daripada suatu proses
pemikiran profesional dan tindakan dalam pembelajaran sepanjang hayat. !a
suatu proses di mana guru menyemak semula, membaharui dan melanjutkan
komitmen mereka sebagai agen perubahan terhadap tujuan pengajaran" mereka
menguasai dan memperkembangkan secara kritikal pengetahuan, kemahiran
serta kecerdasan pelbagai yang diperlukan dalam pengajaran #$ay,%&&&'.
Peranan guru masa kini semakin mencabar. (aka guru perlu sentiasa
menjunjung etika perguruan dan menjadi model akhlak yang baik kepada anak
didiknya. (enurut amiah et al.#)**+',dalam konteks pendidikan bersepadu,
guru harus mempunyai daya jihad yang mantap untuk menangani cabaran di
dalam organisasi sekolah khususnya. Guru merupakan tonggak asas dalam
menjalankan sebuah pendidikan, mereka bukan hanya sekedar alat pendidikan
akan tetapi juga sebagai pemangkin murid dalam merubah tingkah laku serta
pemberi keahlian bagi murid dalam mempersiapkan kehidupannya. ,emua
kualiti ini perlu ada di kalangan pendukung utama dalam organisasi sekolah iaitu
para guru sendiri. kualiti ini amat penting untuk membantu dalam membina daya
pemikiran yang analitik, kritikal dan kreatif bagi membentuk pelajar yang boleh
menyesuaikan diri dengan perubahan yang berlaku di sekeliling mereka selaras
dengan hala tuju sistem pendidikan. -agi mempertingkatkan tahap
profesionalisme seseorang guru berberapa perkara perlu dititik beratkan oleh
seorang guru bagi mencapai matlamat profesiolisma guru tersebut.
Perkara yang pertama yang perlu diberi perhatian oleh seorang guru ialah
berkaitan dengan penambahan ilmu pengetahuan atau lebih tepat lagi
pembelajaran sepanjang hayat. Guru merupakan individu yang mengajar tetapi
pada masa yang sama mereka juga perlu belajar. (engapa. awapannya
mudah, tetapi amat mendalam maksudnya, iaitu seseorang guru harus terus
belajar kerana guru merupakan rol model. /ndainya guru sendiri tidak berminat
dan tidak bermotivasi untuk belajar, murid juga akan hilang minat untuk
mempelajari sesuatu yang baharu. Pembelajaran sepanjang hayat bukan
bermaksud melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi di universiti,
walaupun ini merupakan salah satu daripada cara pembelajaran sepanjang
hayat. $engan meletakkan diri sendiri dalam keadaan sentiasa belajar, guru
mampu melihat sesuatu perkara dari sudut dan perspektif yang berlainan.
,eorang guru yang baharu tidak terikat atau berpegang hanya kepada satu
pendekatan, kaedah atau tekffik pfir0janan. Perubahan dunia menuntut kepada
perubahan gaya pengajaran guru. ,etiap masa akan ada sahaja cara baharu
yang perlu dilihat dan dicipta untuk menarik perhatian murid di dalam bilik darjah
dan memantapkan pengajaran guru. Guru tidak seharusnya memikirkan bahawa
dirinya sudah cukup baik hingga hanya perlu kekal statik dan tidak perlu untuk
berubah. tidak formal. Guru perlu meletakkan dirinya dalam keadaan sentiasa
belajar untuk mendapatkan pengetahuan dan kemahiran baharu, khususnya
berkaitan pengajaran dan pembelajaran. Guru perlu terus belajar atas empat
sebab berikut1
%. menambahbaik cara pengajaran.
). memastikan diri mempunyai pengetahuan dan kern, kemas kini.
2. mengekalkan keghairahan mengajar.
3. menyumbang semula kepada masyarakat.
Perkara kedua yang perlu diambil perhatian oleh seorang guru yang ingin
meningkatkan profesiolismanya ialah sentiasa menambah baik teknik
pengajaranya. ,eorang guru perlu mahir melaksanakan pelbagai strategi
pengajaran semasa melaksanakan pengakaran dan pembelajaran di bilik darjah.
Profesionalisme seseorang guru boleh diukur daripada kemahiran beliau
menggunakan pelbagai strategi pengajaran semasa melakukan pengajaran.
,emasa latihan perguruan #pra perkhidmatan' di institusi latihan perguruan,
semua bakal guru telah didedahkan kepada ilmu pedagogi dan andragogi.
4epelbagaian strategi pengajaran Pembelajaran perlu dilakukan oleh guru untuk
menjadikan proses pengajaran pembelajaran menarik dan efektif. guru untuk
mempelbagaikan strategi pengajaran dan pembelajaran. $engan itu, suasana
dan persekitaran pembelajaran dalam bilik darjah menjadi lebih dinamik dan
ceria. ,ebagai seorang pengamal kerjaya profesional, kita akan dipandang lebih
tinggi dalam kalangan warga kerja dan bidang profesional lain.
Perkara yang seterusnya yang perlu dilaksanakan untuk meningkatkan
profesiolisma seorang guru ialah, memastikan guru mempunyai pengetahuan
dan kemahiran yang sentiasa dikemas kini. 4onteks pembelajaran akan
sentiasa berubah mengikut peredaran 5aman walaupun aspek utama
pembelajaran terus tetap dan kekal. 6ntuk itu, guru perlu memastikan mereka
sentiasa mengemaskini ilmu pengetahuan dan kemahiran, teknik serta kaedah
pengajaran selain daripada membiasakan diri dengan konteks budaya murid.
,atu perkara yang perlu sentiasa dikemaskinikan ialah pengetahuan dan
kemahiran teknologi pendidikan. ,eperti yang dibincangkan dalam contoh
terdahulu dalam bab ini, seorang guru tidak semestinya mengikuti kursus yang
menawarkan sijil untuk memperoleh pengetahuan tetapi memadai apabila
dilakukan sendiri bersama rakan-rakan. 7ara ini juga membolehkan guru
mengemas kini pengetahuan dan kemahiran diri. /pa yang penting ialah
sentiasa memastikan diri untuk mengikuti perkembangan semasa dunia
pendidikan.
Guru juga perlu mengekalkan keghairahan mengajar bagi meningkatkan
keseronokkan semasa mengajar. (engajar tidak seharusnya menjadi kerja yang
membosankan. /ndainya guru mula berasa bosan, kebosanan tersebut akan
menjejaskan kerjayanya sendiri di samping meninggalkan kesan yang turut
membosankan kepada murid. /pabila murid dapat merasakan kebosanan proses
pengajaran dan pembelajaran, mereka tidak akan belajar dan impaknya adalah
sangat buruk untuk generasi akan datang. 4erjaya sebagai guru pernah dilabel
sebagai salah satu kerjaya yang paling sukar di dunia. Perubahan kurikulum dan
teknologi serta kepelbagaian latar belakang murid, m8rupakan cabaran dan
kesukaran untuk para guru melaksanakan tugas dengan sempurna. 9alau
bagaimanapun pasti akan terdapat cara untuk menambah baik pembelajaran
yang belum diketahui dan dikuasai oleh guru. 4esemuanya ini akan
menyukarkan guru untuk mengekalkan keghairahan mengajar apabila guru
meletakkan syarat :kesempurnaan: mengajar di tempat paling utama. 4esukaran
ini dapat diatasi apabila guru sentiasa mengikuti perkembangan pendidikan serta
mengamaskini pengetahuan dan kemahiran diri sendiri demi mengekalkan
tenaga untuk terus mengajar.
Perkara yang berikutnya berkenaan penyelidikan dan penulisan.
Penyelidikan dan penulisan dalam pendidikan antaranya bertujuan untuk
mencari kelemahan-kelemahan atau masalah yang terdapat dalam sistem
pendidikan atau pengajaran seseorang guru. 7ontoh permasalahan yang boleh
dikenalpasti dalam proses penyelidikan ialah, penggunaan bahan bantu
pelajaran, strategi dan kaedah mengajar, pengurusan aktiviti berkumpulan,
perancangan aktiviti pemulihan dalam pendidikan dan penyediaan lembaran
kerja sebagai penilaian. 6ntuk meningkatkan profesionalisme diri, guru wajar
menjadikan profesion keguruan a research-based profesion iaitu profesion yang
berasaskan kajian dan amalan pengajaran perlu berasaskan kajian saintifik dan
bukan pendapat.
,eorang guru yang sentiasa ingin memajukan diri perlu mengamalkan
Penulisan ;eflektif. /malan refleksi dapat memperkaya diri dan merangsang
amalan professional. ;efleksi yang dikemukakan oleh $ewey #%&22' menjadi
batu asas dalam mengkaji proses kognitif guru semasa membuat keputusan
tentang pengajaran dan pembelajaran. ;efleksi memberi peluang guru
menganalisis diri serta menyedari tentang kekuatan dan kelemahan diri. $engan
ini, guru dapat membuat pengubahsuaian serta membaiki proses pembelajaran
mereka dengan efektif. $alam penulisan reflektif, ,chon #%&<2, %&<+'
membe5akan proses pemikiran kepada refleksi semasa tindakan di mana
seseorang melihat semula dan memikirkan permasalahan yang wujud untuk
memahami situasi manakala refleksi ke atas tindakan di mana guru merenung
kembali proses pemikirannya dan menganalisis situasi sebelum merancang
tindakan susulan. 4edua-dua refleksi semasa tindakan dan refleksi ke atas
tindakan dapat membantu guru berkembang diri dalam bidang profesionalnya.
Peka terhadap perkembangan pendidikan dan teknologi terkini Guru yang
baik perlu melengkapkan diri dengan pelbagai ilmu pengetahuan dan kemahiran
serta peka terhadap perkembangan pendidikan terkini. (ereka harus sentiasa
memperkembangkan ilmu pengetahuan dari semasa ke semasa mengikut
perkembangan 5aman. ,etiap guru juga perlu bersedia menerima sebarang
perubahan sistem pendidikan agar pengetahuannya selari dengan keperluan
masa kini. Guru perlu mengambil peluang untuk meningkatkan diri dengan
menerima lebih banyak pendedahan kepada perkembangan terkini dalam bidang
pendidikan melalui latihan supaya maklumat yang diperolehi boleh disampaikan
kepada lebih ramai guru yang lain. !ni adalah kerana tanggungjawab sebagai
seorang guru adalah kompleks, iaitu guru bukan sahaja perlu mempertingkatkan
pencapaian akademik murid tetapi juga perlu menaikkan martabat profesion
perguruan.
KESIMPULAN
4ualiti guru adalah asas kecemerlangan pelajar dan sekolah. 4ewibawaan
guru merupakan tunggak kepada profesionalisme guru. Guru sentiasa perlu
membuat refleksi mendalam tentang diri sendiri dan amalan pengajaran dan
pembelajaran. 6saha guru untuk meningkatkan profesionalisme diri dari segi
keilmuan, ketrampilan dan kemahiran serta pembentukan sahsiah yang
berakhlak mulia. $engan ini, guru dapat bergerak seiring dengan arus
perubahan dalam era teknologi dan globalisasi. 9arga pendidik yang kehidupan
kerjayanya adalah dalam dunia pendidikan. (odal insan yang cemerlang adalah
hasil didikan daripada pendidik yang cemerlang dengan ciri-ciri profesionalisme
guru yang cemerlang. =tika keguruan yang tinggi, akauntabiliti, integriti dan
sebagainya. Profesion keguruan yang baik akan mampu meningkatkan sistem
pendidikan negara.
REFLEKSI
DALAM PROSES MELAHIRKAN BAKAL PEMIMPIN DI MASA HADAPAN
BANYAK BERGANTUNG KEPADA CORAK KOMPETENSI KEPIMPINAN
GURU DI BILIK DARJAH. BERI PANDANGAN ANDA TERHADAP
KENYATAAN DI ATAS
-agi melahirkan generasi kepimpinan pada satu masa akan datang
adalah menjadi tanggungjawab seorang guru dalam membentuk anak didik
masing- masing. 4epemimpinan guru pada dasarnya merupakan suatu proses
untuk mempengaruhi orang lain yang didalamnya berisi serangkaian tindakan
atau perilaku tertentu terhadap invididu yang dipengaruhinya iaitu anak murid
masing- masing. ,ebagai seorang guru saya berpendapat bahawa untuk
melahirkan murid yang mempunyai ciri- ciri kepimpinan bukan lah satu usaha
yang mudah. Guru perlu merancang satu pendekatan atau strategi yang
bersesuaian bagi melahirkan bakal pemimpin pada masa akan datang. 9illiam .
,iegel berkata, Manusia tidak meracang untuk gagal tetapi mereka gagal
merancang. $alam memastikan guru dapat melahirkan pelajar bakal pemimpin
masa hadapan seorang guru perlu banyak terlibat dalam aktiviti bersama-sama
pelajar kerana usaha murni itu tidak akan dicapai jika hanya diaplikasikan di
dalam bilik darjah. Guru perlu mempekasakan diri terlebih dahulu dalam proses
melahirkan seorang pemimpin pada masa akan datang. -agai mana ingin
melahirkan murid yang bakal menjadi pemimpin pada masa akan datang jika
guru itu sendiri masi gagal membentuk diri sendiri sebagai seorang pemimpin.
(enurut >ook dan ?ass #)***', kepimpinan bilik darjah merupakan satu set
kemahiran di mana guru menggunakan kepimpinannya untuk mengurus dirinya
sendiri dan berkomunikasi dengan yang lain. 4emahiran ini juga merupakan satu
kebolehan untuk mengaitkan perkara yang berlaku seharian dengan interaksi
dua pihak.
Guru merupakan seorang yang mempunyai pengaruh yang kuat kepada
murid- muridnya. adi segala gerak geri guru menjadi perhatian dan akan di ikuti
oleh murid- murid. Guru perlu memikirkan suatu tindakan yang bersungguh-
sungguh untuk membawa perubahan yang positif kepada masyarakatnya dan
murid pada masa depan. ,aya mengandaikan jika seorang guru mampu
membentuk jati diri murid ketahap yang terbaik, maka Negara melalui proses
pendidikan ini akan melahirkan bakal pemimpin yang bertanggungjawab pada
masa akan datang.
BIBLIOGRAFI
(ok ,oon ,ang #)**+'. Ilmu pendidikan untuk KPLI sekolah rendah. 4umpulan
-udiman ,dn. -hd subang jaya.
(ok ,oon ,ang, %&&@. Pendidikan di Malaysia. 4uala Aumpur 1 4umpulan
-udiman.
>amid Bahmy Carkasyi. #%&&*'. Pemikiran Al Ghazali tentang pendidikan. 4uala
Aumpur1 $ewan -ahasa dan Pustaka.
=e /h (eng, %&&3. Perkembangan dan pelaksanaan kurikulum. 4uala Aumpur 1
Bajar -akti.
,ufean >ussin, %&&2. Pendidikan di Malaysia : searah! sistem dan "alsa"ah.
4uala Aumpur 1 $ewan -ahasa dan Pustaka.