Anda di halaman 1dari 26

1

1.0 PENDAHULUAN
Bola sepak ialah sejenis sukan berpasukan yang paling diminati dan digemari di seluruh
dunia. Permainan juga dikenali sebagai soccer di Amerika Syarikat. Dalam permainan
bola sepak, ia dimainkan di antara dua pasukan yang mengandungi 11 orang pemain
yang masing-masing cuba memenangi perlawanan dengan menjaringkan lebih gol
daripada pasukan lawannya. Bola sepak diaminkan dengan menggunakan kedua-dua
belah kaki, tetapi para pemain dibenarkan menggunakan semua bahagian badannya
kecuali tangan. Penjaga gol yang bertugas mengelakkan bola daripada merentasi
garisan gol pula dibenarkan menggunakan tangannya untuk menangkap bola di dalam
kawasan penalti.
Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa atau FIFA adalah satu badan
pentadbiran yang ditubuhkan untuk menguruskan bola sepak. FIFA telah merangka
undang-undang permainan bola sepak bagi menyeragamkan cara permainan dan
memudahkan para pemain memahami undang-undang sebenar dalam bermain bola
sepak. Dalam permainan bola sepak, undang-undang permainan adalah sangat
dititikberatkan untuk melancarkan proses sesuatu perlawanan yang dijalankan
disamping membentuk disiplin antara para pemain dan pihak lain yang terlibat secara
langsung mahupun tidak langsung.
Setiap pemain bola sepak hendaklah menguasai kemahiran-kemahiran asas
dalam permainan bola sepak antanya kemahiran menghantar, menendang, menanduk,
mendada dan sebagainya. Setiap pemain yang dapat menguasai kemahiran asas
seumpama ini dengan baik akan mempunyai kelebihan dalam sesuatu permainan di
samping semangat berpasukan yang amat diperlukan dalam memenangi sesuatu
perlawanan.




2

2.0 SEJARAH BOLA SEPAK
Permainan bola sepak dikatakan merupakan sukan pertama yang dibawa dari negara
luar ke Malaya ketika pendudukan British pada sekitar 1825. Beberapa kelab
kemudiannya ditubuhkan di kawasan yang mempunyai ramai rakyat British seperti di
Selangor, Kuala Lumpur, Perak, Johor dan Negeri Sembilan.
Seterusnya, pasukan bola sepak Malaysia yang terbentuk pada ketika itu
merupakan pasukan bola sepak Malaya yang amat digeruni oleh pasukan-pasukan lain
khususnya di Asia. Bagaimanapun pada tahun 1926, asas penubuhan Persatuan Bola
Sepak Malaya (FAM) dilakukan sebelum ia menjadi rasmi sebagai badan induk pada
1933. Pada 1956, FAM menjadi ahli gabungan Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa
atau FIFA, selain menganggotai Persekutuan Bola Sepak Asia (AFC) sejak tahun 1954.
Perdana Menteri Malaysia yang pertama, Tunku Abdul Rahman adalah presiden FAM
yang pertama bermula dari tahun 1951 sebelum Tun Abdul Razak Hussein mengambil
alih untuk tempoh setahun pada 1975. FAM kemudiannya diterajui oleh bekas Menteri
Perdagangan dan Perindustrian, Tan Sri Hamzah Abu Samah pada tahun 1976 hingga
1983 dan bermula tahun 1984, Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah mengambil alih
kepimpinan badan induk itu dan kekal sehingga kini.
Pasukan Malaya meruapakan pasukan terkuat di Asia pada awal 1950-an
sehingaa 1960-an kecuai pasukan bola sepak kebangsaan Korea Selatan. Pencapaian
terbaik yang pernah dicapai oleh pasukan Malaya ialah berjaya memenangi pingat
gangsa Sukan Asia 1962 di Jakarta setelah menewaskan Vietnam Selatan dengan 4-1.
Ramai pemain-pemain Malaya yang berbakat ketika itu dapat dimasyhurkan semasa
zaman kegemilangan bola sepak Malaya antaranya Abdul Ghani Minhat yang digelar
Raja Bola, Arthur Koh, G.Govindaraju, Robert Choe, Edwin Dutton dan Stanley
Gabriel.
Selepas pembentukan Malaysia mulai 16 September 1963, pasukan bola sepak
Malaya mulai dikenali sebagai pasukan bola sepak Malaysia. Kegemilangan pasukan
Malaysia berterusan dengan para pemain ternama seperti adik beradik, Namat dan
Shahrudin Abdullah, Wong Fook Chuan, Wong Chun Wah, Zulkifli Norbit, M.Chandran
3

yang berjaya ke Olimpik 1972 di Munich. Dua tahun kemudian, Malaysia mengulangi
pencapaian pada 1962 apabila sekali lagi memenangi pingat gangsa Sukan Asia 1974
di Teheran. Kejayaan pasukan Malaysia berterusan apabila layak berturut-turut ke Piala
Asia pada tahun 1976 dan 1980.
Pada zaman kegemilangan bola sepak Malaysia ketika itu, pasukan bola sepak
Malaysia memperlihatkan peningkatan satu generasi pemain muda yang boleh
dikategorikan sebagai lagenda bola sepak Malaysia iaitu satu gabungan kental yang
diketuai oleh penyerang serba boleh, Mokhtar Dahari yang lebih dikenali sebagai Super
Mokh, pasangan pertahanan kebal, Santokh Singh dan Soh Chin Aun serta penjaga
gawang gol yang tangkas, R.Arumugan yang dikenali sebagai spiderman Malaysia.
Semasa Sukan Olimpik di Moscow pada tahun 1980, Pasukan bola sepak
Malaysia melayakkan diri tetapi malangnya pasukan bola sepak Malaysia tidak dapat
beraksi pada kejohanan tersebut kerana pemboikotan Malaysia terhadap Sukan
Olimpik 1980 kerana membantah pencerobohan USSR ke Afghanistan. Walau
bagaimanapun, pasukan kebangsaan masih terus menghasilkan pemain berkualiti
seperti "pemain pertama menjadi pemain pertahanan "overlapping" di dunia, Serbegeth
Singgh (Shebby), Zainal Abidin Hassan Ali, Dollah Saleh, Bakri Ibni, Isa Bakar,
Vithialingam, Lim Tiong Kim dan Shukor Saleh (Kapten).
Pada tahun 1994, zaman kegemilangan pasukan Malaysia mulai runtuh apabila
berlakunya rasuah terbesar yang melanda bola sepak di Malaysia. Ramai tonggak
utama pasukan Malaysia yang terlibat di dalam skandal rasuah seperti Matlan Marjan
dan Azizol Abu Hanipah yang sekaligus menghancurkan bola sepak Malaysia.
Walaupun Malaysia masih mampu melahirkan pemain berprofil tinggi seperti Azman
Adnan dan Khairul Azman Mohamed namun mereka gagal memulihkan imej pasukan
bola sepak negara. Antara jurulatih yang pernah terlibat dalam melatih pasukan
kebangsaan ialah Ken Worden, Claude Le Roy, Wan Jamak Wan Hasan, Hatem Souisi,
Abdul Rahman Ibrahim, Alan Haris, K.Rajagopal, Bertalan Bicskei, Norizan Bakar dan
B.Sathianathan. Kini, pasukan kebangsaan masih berusaha bagi mengembalikan
zaman kegemilangan bola sepak Malaysia.
4

3.0 NOTA MENGGELECEK BOLA
Kemahiran mengelecek sebenarnya amat penting dalam permainan bola sepak.
Hal ini kerana ia dapat mengucar-kacirkan pertahan pihak lawan apabila dapat
dilakukan dengan menggunkan teknik yang baik dan bagus. Menggelecek dalam bola
sepak sebenarnya agak sama dengan kemahiran menggelecek dalam bola keranjang.
Kelebihan apabila dalam meggelecek ialah kita dapat melepasi pihak lawan dan berada
dalam kawasan yang tebuka searta memudahkan kita untuk menajringkan gol. Semasa
menggelecek bola, pemain bolah meggunakan kesemua dan pelbagai permukaan kaki
contohnya seperti dalam, luar, kekura dan tapak dengan tujuan mengawal bola.
Perlu ditegaskan bahawa menggelecek dengan keterlaluan tidak mendatangkan
sebarang manfaat. Perlu dielakan juga meggelecek pemain lawan dan cuba
menewaskan mereka apabila berada stu pertiga daripada kawasan yang hampir
dengan pintu gol sendiri. Ini kerana jika kita hilang bola semasa menggelecek bola,
risiko untung pihak lawan membuat tendangan adalah tinggi. Dua teknik menggelecek
dengan kawalan bola rapat apabila berada dalam runag yang sempit dan meggelecek
dengan kelajuan apabila permain mara ke dalam runag yang terbuka-kedua-duanya
adalah penting dalam situasi permainan.
Kemampuan seseorang pemain meggelecek dan menewaskan pasukan lawan
dalam situasi satu lawan satu, terutamanya dalam kawasan satu pertiga pihak lawan
dapat membuahkan kejayaan yang bernilai untuk menjaringkan gol. Secara umumnya
teknik kelecek bola yang berjaya berpandukan beberapa elemen yang sama. Ini
melibatkan perubahan kelajuan dan arah pergerakan secera mendadak, gerak yang
mengelirukan menggunakan pergerakan badan, kaki serta kawalan kaki yang mantap
dan kemas.

5

ANTARA CONTOH TEKNIK MENGGELECEK YANG PALING ASAS
1) TEKNIK MENGGELECEK MENGGUNAKAN SEBELAH KAKI.

Kemahiran ini melibatkan kebolehan berlari sambil mengawal bola ke kiri,ke kanan, ke
hadapan atau berpusing ke belakang. Kebolehan melakukankemahiran ini dengan baik sangat
penting untuk mengatasi pemain lawan.Menggelecek boleh dilakukan dengan sebelah
kaki. Biasanya, bahagiandalam dan bahagian luar kaki digunakn untuk menggelecek.

a) Berada dalam kedudukan bersedia.

b) Berdiri di belakang bola.

c) Mata memandang bola.




d) Dengan menggunakan bahagian dalam kaki kanan, gerakkan bolake kiri.

e) Badan condong ke kiri dan tangan dibuka di sisi denganlutut kiri
dibengkokkan sedikit.

f) Tolak bola ke kanan menggunakan bahagian luar kaki yang samadan badan
condong ke kanan.
6

2) MENGGELECEK UNTUK KAWALAN RAPAT

Kita mesti sentiasa mengawal bola rapat terutama dalam situasi di mana pemain
lawan yang agak ramai berada di sekeliling kita dan ingin merebut bola yang ada di
kaki kita.


PERSEDIAAN PERLAKSANAAN IKUT LAJAK
Lutut bongkok Tumpuan penuh pada bola Kekalkan kawalan rapat
Kedudukan badan
sedikit bongkok
Gunakan acahan badan
dan gerakan kaki yang
mengelirukan
Memecutr jauh daripada
pemain lawan
Rendahkan pusat graviti Kawalan bola dengan
permukaan kaki yang
sesuai
Pandang atas dan lihat
sekitar padang
Badan di depan bola Tukar kelajuan,arah atau
kedua-duanya







7

3) MENGGELECEK UNTUK KELAJUAN
Dalam beberapa situasi, kita tidak perlu menngelecek dengan jarak yang dekat dan
terlalu rapat. Sebagai contoh apabila kita menerima bola hantaran daripada ruang yang
terbuka atara pemain tengan dengan pertahan pihak lawan. Dalam situsi ini kita perlu
menggelecek bola dengan pantas. Tolak bola beberapa kai ke depan dalam ruang yang
terbuka, memecut ke arahnya dan kemudian tolak semula bola. Gunakan sepenuhnya
kekura kaki atau permukaan bahagian luar kekura kaki untuk menolak bola ke hadapan.












8

4.0 PERANCANGAN PROGRAM LATIHAN UNTUK KEMAHIRAN MENGGELECEK
Untuk program latihan ini, kemahiran ini dilaksanakan dalam sehari sahaja, tetapi
berbeza masa bagi setiap aras.
SENANG (5 MINIT) SEDERHANA (10 MINIT) SUKAR (20 MINIT)
Pengawalan bola guna
bahagian luar kaki

Latihan zig-zag

Timang bola

Pengawalan bola guna
bahagian dalam kaki

Ulang-alik

Berhenti seketika

Latihan dalam bulatan

Hujung kaki

Latihan dalam petak

Latihan mengiring

Kesinambungan kiri dan
kanan

Menukar arah dengan
pantas

Tolak dan tarik

Acah

Latihan L

9

5.0 LATIHAN ANSUR MAJU MENGIKUT ARAS (MUDAH, SEDERHANA,SUKAR)
MUDAH
Pengawalan bola guna bahagian luar kaki

Pelajar diberi bola dan diminta untuk mengawal bola menggunakan bahagian
luar kaki
Dalam satu jarak tertentu, di antara kon, pelajar diminta untuk menolak bola
dalam dua set. (bahagian luar kaki)
Latihan dilakukan selama 5 minit.
Latihan ini penting untuk menggelecek dengan pantas.

Pengawalan bola guna bahagian dalam kaki

10

Sama seperti latihan luar kaki, pelajar mengawal bola menggunakn bahagian
dalam kaki.
Di antara dua kon, pelajar tersebut mengawal ataupun menolak bola
menggunakan bahagian dalam kaki.
Latihan ini dijalankan selama 5 minit.

Latihan dalam bulatan

Pemain diarahkan agar menolak ataupun mengawal bola dalam satu bulatan.
Dalam masa lebih kurang 5 minit, berhenti untuk latihan seterusnya.
Latihan ini mampu melatih pemain menggelecek bola dengan arah yang
berlainan.






11

Latihan mengiring

Secara mengiring, pemain diminta menggelecek bola.
Latihan ini dibuat selama 5 minit.
Latihan ini mampu memberi kesan ketika pemain menarik bola dengan pantas
dan kemas.

Tolak dan tarik

Latihan ini dilakukan selama 5 minit.
Bola hendaklah ditolak tidak jauh dari kaki dan ditarik semula.
latihan ini dilakukan secara setempat.
12

SEDERHANA
Latihan zig-zag

Para pelajar diminta untuk mengawal bola melepasi kon secara zig-zag.
Kebiasaannya latihan ini akan dilakukan selama 10 minit.
Latihan ini melatih agar pemain boleh menggelecek dengan pantas.

Ulang-alik

Bola di bawa ke hadapan, kemudian undur kembali bersama bola tersebut.
Latihan ini dilakukan selama 10 minit.
Latihan ulang alik ini mampu memberi kesan kepada pemain ketika menarik bola
dengan kemas semasa menggelecek.


13

Hujung kaki

Latihan ini dijalankan selama 10 minit sehari.
Menggunakan hujung kaki, pelajar diminta untuk menarik dan menolak bola
tersebut.
Latihan ini mempengaruhi sejauh mana pemain mampu mengubah arah dengan
pantas semasa menggelecek.

Kesinambungan kiri dan kanan

Latihan ini dijalankan selama 10 minit sehari.
Pelajar diminta untuk berlari pantas menuju kon.
14

Kemudian, dengan pantas mereka diminta untuk mengubah arah ke kiri ataupun
ke kanan.
Jika pemain mampu membuat latihan ini dengan baik, mereka mampu
menggelecek dengan baik.

Acah

Pemain perlu menolak bola(separa bulatan) kemudian menariknya untuk
menukar arah.
Latihan ini dijalankan selama 10 minit.







15

SUKAR
Timang bola

Dalam sehari, latihan ini dijalankan selama 20 minit
Pelajar diminta untuk menimang bola dalam masa yang paling lama mampu
dilakukan.
Jika pemain mampu menimang bola dengan baik, secara automatic mereka pasti
mampu menggelecek dengan baik.

Berhenti seketika

16

Dalam satu susunan kon, pelajar diarahkan agar menggelecek mnerusi kon dan
berhenti seketika kemudian menolak bola kembali(secara pantas).
Latihan ini dilakukan selama 20 minit.

Latihan dalam petak

Latihan ini boleh dijalankan berpasangan ataupun beramai-ramai, bergantung
kepada saiz petak.
Para pemain diberi bola sebiji seorang.
Mereka perlu menggelecek bola yang ada pada mereka dan dalam masa yang
sama, mereka berusaha untuk menolak bola pihak lawan keluar dari petak.
Pemain yang tidak mempunyai bola, dikira kalah.
Masa yang diambil untuk latihan ini adalah selama 20 minit.
Latihan ini melatih pemain menggelecek dan berfikir secara pantas.




17

Menukar arah dengan pantas

Latihan ini merupakan latihan individu.
Pemain diminta untuk menggelecek kemudian meukar arah dengan cara
menolak menggunakan bahagian dalam kaki secara silang.
20 minit diperlukan untuk latihan ini selama sehari.
Latihan ini melatih pemain untuk menggelecek dan melepasi pemain dengan
mudah dan pantas.

Latihan L

Latihan ini berkait dengan latihan fasa 2(aras sederhana).
Pemain diminta agar menarik bola menggukan kaki kanan dan menolaknya ke
sisi bahagian kiri secara menyilang kaki.
18

Kemudian, mengawal bola menggunakan kaki kiri.
Latihan ini diselang seli dengan kaki kiri.
Latihan ini juga dilakukan selama 20 minit.



















19

6.0 RUMUSAN
Bagi menguasai kemahiran-kemahiran asas dalam permainan bola sepak, latihan
ansur maju merupakan satu alternatif bagi meningkatkan penguasaan kemahiran
tersebut. Latihan ini hendaklah dimulakan dengan aras mudah diikuti dengan aras
sederhana dan aras tinggi bagi menguasai sesuatu kemahiran bola sepak. Penguasaan
kemahiran asas dalam bola sepak akan memberikan suatu kelebihan kepada
seseorang individu tersebut dalam menguasai sesautu perlawanan bola sepak.
Langkah-langkah keselamatan semasa melakukan latihan dan juga dalam
perlawanan sebenar bola sepak merupakan aspek penting yang perlu dititikberatkan.
Hal ini demikian kerana permainan bola sepak ini merupakan permainan yang bersifat
agresif serta memerlukan kelincahan pemain itu tersebut.
Kemahiran mengelecek merupakan kemahiran yang perlu ada dalam setiap
pemain bagi melepasi kawalan pemain pihak lawan supaya bola dapat dikawal dengan
baik oleh pasukan terseut. Justeru, kemahiran ini hendaklah dilatih awal kepada para
pemain muda bagi meningkatkan kemahiran mereka dalam mengawal bola.
Program latihan ansur maju ini dipilih kerana melalui pengalaman, hasil latihan
dari jurulatih, tiga tahap ini merupakan cara paling berkesan untuk menjadi seorang
pemain bola yang baik dalam konteks menggelecek. Di aras mudah, pergerakan dan
latihannya adalah mudah dipelajari dan mengambil masa yang lebih pendek dari latihan
yang lain. Bagi aras sederhana pula, latihannya mengambil masa lebih sedikit
berbanding aras mudah. Yang terakhir adalah aras yang sukar, latihan ini memerlukan
tempoh masa yang lama kerana terdapat beberapa pergerakan dan latihan yang sukar
serta tidak kesemua pemain mampu melakukan, memahami latihan ini dengan cepat.




20

REFLEKSI (SAYED AMIRUL HAFIZ BIN SAYED HASSEN)
Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana kami telah berjaya menyiapkan kerja
khusus kokurikulum Permainan bola sepak dengan jayanya. Kami telah menghantar
tugasan ini tepat pada masanya tanpa sebarang masalah. Kami berasa amat gembira
kerana ditugaskan oleh pensyarah kami untuk menyiapkan kerja khusus ini.
Melalui kerja khusus ini, kami telah mendapat sedikit sebanyak pendedahan dan
pengetahuan. Dengan kata lain, tugasan ini telah memantapkan pemahaman kami
dalam hal berkaitan bola sepak. Kami dapat berfikir dengan lebih kreatif dan kritis
sekaligus dapat memahirkan diri dengan kemahiran asas yang kami pilih iaitu
kemahiran menggelecek bola. Kami telah membuat dan mencari bahan rujukan di
perpustakaan Institut Perguruan Kota Bharu. Selain itu , kami juga mencari info tentang
kemahiran menggelecek melalui internet. Ini semua telah memudahkan kami untuk
menyempurnakan tugasan ini.
Walaupun begitu, kami tidak dapat lari daripada masalah. Kami menghadapi
sedikit masalah pada permulaan tugasan ini. Kami agak tidak faham akan cara cara
untuk melakukan tugasan ini. Hal ini telah menyukarkan kami. Syukurlah kami
mempunyai rakan sekelas yang begitu ambil berat dan tidak mementingkan diri. Mereka
banyak membantu kami dalam proses menyudahkan kerja khusus ini. Kami juga berasa
untung kerana pensyarah kami sudi menerangkan dengan lebih terperinci bagaimana
untuk menyiapkan tugasan ini terutama dalam bahagian yang perlu ada seperti gambar
dan video kemahiran menggelecek mengikut aras rendah, sederhana dan tinggi. Ramai
pelajar keliru dan tidak faham akan sesetengah kehendak tajuk ini.
Walaubagaimanapun, setelah mendapat penerangan yang mendalam daripada
pensyarah, kami semua dapat menyelesaikan tugasan ini dengan baik dan dalam
jangka masa yang telah ditetapkan.
Semasa kami membuat video kemahiran menggelecek ini, banyak yang saya
dapat belajar dan faham akan bola sepak. Sebelum ini kami hanya tahu menonton
perlawanan tanpa mengetahui kemahiran yang perlu ada. Sebenarnya kemahiran ini
21

amat penting ketika kita ini membawa bola ke bahagian pihak lawan. kemahiran
menggelecek yang baik dapat memudahkan kita untuk menguasai permainan.
Kami berasa amat berpuas hati kerana mampu menyiapkan kerja khusus yang
mencabar ini dengan sempurna. Kami berharap akan mendapat tugasan seperti ini lagi
di masa akan datang kerana tugasan seperti ini banyak membantu kami untuk
meningkatkan lagi kefahaman kami dalam subjek ini. Sesiapa yang tidak menyiapkan
tugasan patut berasa rugi kerana tidak mendapat pelbagai faedah untuk diri mereka
sendiri.















22

REFLEKSI (MOHAMAD NASRIQ ZAKARIA)
Syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan bantuan-Nya, saya dapat menyiapkan tugasan ini
dengan jayanya. Tajuk tugasan yang telah diberikan adalah berkaitan dengan
kemahiran asas dalam permainan bola sepak. Hal ini telah memberi sedikit kelebihan
kepada diri saya dan ahli kumpulan kerana kami telah mempunyai sedikit pengetahuan
asas mengenai permainan bola sepak.
Dalam proses untuk menyiapkan tugasan ini, perkongsian dan perbincangan antara
rakan-rakan merupakan elemen penting selain bantuan daripada nota-nota dan
panduan yang diberikan oleh pensyarah pembimbing kami iaitu Encik Mohd Noor bin
Awang. Kesemua sumber tersebut banyak membantu saya untuk memahami dengan
lebih mendalam tentang tajuk tugasan ini. Selain itu juga, saya dengan sedaya upaya
saya mencari maklumat dan sumber-sumber daripada laman sesawang internet. Hal ini
juga banyak membantu saya untuk mengkaji dengan lebih mendalam mengenai
pergerakan asas. Saya telah mencari bahan-bahan tugasan daripada pelbagai sumber
iaitu seperti internet dan buku-buku di pusat sumber.
Sepanjang proses untuk mecari bahan-bahan tersebut, saya telah mengalami
beberapa kesulitan. Namun begitu, saya telah mampu menangani setiap masalah itu
dengan bantuan dari sahabat-sahabat saya. Antara masalah yang saya hadapi adalah
masalah capaian internet yang terlalu lambat dan kurang efektif. Tambah
mengecewakan apabila tautan laman web yang saya kehendaki seperti bahan untuk
menyiapkan tugasan ini tidak dapat diakses menggunakan talian internet institut kerana
disekat. Sesungguhnya, perkara ini menyulitkan dan melambatkan proses saya untuk
menyiapkan tugasan ini. Masalah tersebut telah dapat saya atasi dengan pelbagai
alternatif lain.
Setelah menyiapkan tugasan ini, saya telah mendapat pelbagai input baru bagi
memantapkan pengetahuan saya tentang kemahiran asas dalam bermain bola sepak.
Saya juga telah dapat merancang latihan untuk menguasai sesuatu kemahiran
berdasarkan kemampuan seseorang individu disamping dapat meningkatkan
kemahiran saya dalam kemahiran bermain bola sepak. Semangat kerjasama antara
23

saya dan rakan-rakan yang lain dapat dieratkan lagi semasa menyiapkan tugasan ini.
Tuntasnya, saya akan sentiasa mengkaji dan menambah pengetahuan saya dalam
permainan bola sepak supaya saya selaras dengan peredaran zaman. Saya akan
sentiasa memajukan diri saya dalam pelbagai aspek selaras dengan visi dan misi
Institut Pendidikan Guru.

















24

REFLEKSI (MOHD KHAIRUDIN BIN MOHD DALAN)
Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Ilahi, akhirnya saya berjaya menyiapkan
tugasan ini dengan jayanya. Terima kasih kepada pensyarah pembimbing saya, Encik
Mohd Noor Awang yang banyak membimbing saya sepanjang pelaksanaan tugasan ini
sama ada didalam kelas ataupun diluar kelas. Tidak lupa kepada rakan sekumpulan
saya yang bersama-sama bertungkus lumus menyiapkan kerja yang telah diberikan.
Terima kasih juga saya ucapkan kepada rakan-rakan yang membantu saya secara
langsung ataupun tidak langsung dalam menyiapkan tugasan yang diberi ini.
Saya berasa amat bertuah kerana berpeluang menjalankan kerja kursus yang
cukup menarik untuk dilaksanakan kerana tugasan pada kali ini agak berbeza dengan
tugasan-tugasan yang pernah saya laksanakan iaitu merancang dan membuat satu
program latihan secara ansur maju. Oleh itu, kami sekumpulan telah membuat program
latihan bola sepak, menggelecek. Kami memilih latihan menggelecek kerana ia lebih
mencabar dari latihan lain. Melalui cabaran ini, kami akan mempelajari satu benda baru.
Di samping itu, tugasan ini secara tidak langsung membantu saya untuk mengulang kaji
sukatan pelajaran yang saya pelajari terutamanya dalam mata bola sepak dan
mengaplikasikan pengetahuan yang diperolehi melalui tugasan dalam melatih pemain
bola sepak kelak. Tugasan ini turut membantu mengeratkan hubungan persaudaraan
antara pelajar dan pensyarah melalui sesi kolaborasi yang dijalankan sepanjang proses
mendapatkan maklumat dan menyiapkan tugasan ini. Secara tidak langsung, saya telah
belajar untuk menerima kritikan dan komen yang membina daripada rakan-rakan
mahupun pensyarah. Saya juga berasa bahawa kritikan dan komen yang membina ini
yang dapat memberikan saya peluang untuk memperbaiki kesilapan yang dilakukan
terutamanya semasa melaksanakan tugasan dan seterusnya memajukan diri pada
masa yang akan datang.
Dalam sesebuah kekuatan sewaktu melaksanakan tugasan, terdapat juga
kelemahan yang saya hadapi semasa melaksanakan tugasan ini iaitu saya mengalami
masalah dari segi kekurangan bahan rujukan untuk membantu kami sekumpulan
merancang dan membina satu program latihan dalam bola sepak secara ansur maju.
25

Tidak dinafikan bahawa terdapat banyak buku dan sumber rujukan di perpustakaan,
tetapi kebanyakannya tidak berkaitan dengan kerja kursus ini. Jadi saya dan ahli
kumpulan telah bercadang untuk menetapkan setiap ahli kumpulan mencari maklumat
dari sumber yang berlainan. Terlalu banyak maklumat juga menyukarkan kami untuk
memilih maklumat yang betul-betul mengikut kehendak kerja kursus. Oleh itu.kami
berbincang sesama sendiri untuk mendapatkan penjelasan yang lebih mendalam
mengenai kerja kursus.

Sewaktu melaksanakan tugasan ini juga, saya mengalami banyak masalah
terutamanya dari segi masa kerana saya juga terpaksa bertungkus lumus untuk
menyiapkan tugasan ini. Walhal pada masa yang sama, saya juga mempunyai banyak
tugasan yang perlu dilaksanakan juga. Tugasan-tugasan tersebut juga perlu dihantar
dalam jangka masa yang terdekat. Namun, saya mampu mengatasi masalah ini dengan
membahagikan masa dengan sebaiknya bagi menyiapkan kerja kursus ini dengan
jayanya. Dari segi penambahbaikan, kerja kursus ini perlu ditambahkan lagi masa
penyiapannya agar tugasan ini menjadi lebih terperinci dari segi maklumat yang boleh
diberikan dan mampu menghasilkan penulisan yang lebih bermutu oleh pelajar. Selain
itu, jangka masa yang sesuai juga membolehkan pelajar berpeluang untuk berinteraksi
bersama pensyarah bukan sahaja terhad kepada pensyarah-pensyarah pembimbing
malah bersama dengan pensyarah-pensyarah lain khususnya di Jabatan Gerko. Di
samping itu, saya dan ahli kumpulan saya juga berpeluang berinteraksi dengan senior-
senior kami khususnya pelajar-pelajar yang biasa bermain bola sepak. Oleh kerana
saya merupakan pemain bola IPGKKB, saya mudah untuk mendapatkan pendapat dan
bantuan dari pelajar senoir.
Di akhir coretan, saya menyusun sepuluh jari memohon maaf kiranya terdapat salah
dan silap dalam proses membuat tugasan ini. Sesungguhnya segala kesilapan dan
kekurangan itu adalah kelemahan diri kami dan segala kebaikan itu datang daripada
Allah SWT. Saya juga berharap agar tugasan sedemikian dapat diteruskan pada masa
akan datang dan pendedahan yang lebih mendalam tentang aspek-aspek yang perlu
ditekankan dalam merancang dan membina satu program latihan dalam bola sepak.
26

Saya juga merasa amat gembira kerana saya telah mempelajari banyak perkara sama
ada daripada, pensyarah, rakan dan sumber-sumber yang lain. Sekian. Wabillahi Taufiq
Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Anda mungkin juga menyukai