Anda di halaman 1dari 8

SEKOLAH KEBANGSAAN PAUH, 02600 ARAU PERLIS

KERTAS KERJA
PROGRAM KECERIAAN BILIK PENDIDIKAN SENI VISUAL
SEKOLAH KEBANGSAAN PAUH



TARIKH : 5 OGOS 2014

HARI : SELASA

TEMPAT : SEKOLAH KEBANGSAAN PAUH, 02600 ARAU PERLIS








KERTAS KERJA
PROGRAM KECERIAAN BILIK PENDIDIKAN SENI VISUAL
SEKOLAH KEBANGSAAN PAUH
2014


1.0 PENGENALAN

Institusi pendidikan membantu membangunkan minda komuniti warga
sekolah melalui persekitaran yang kondusif. Persekitaran kawasan di sekolah
adalah sebagai wahana untuk merealisasikan pengajaran dan pembelajaran
yang cemerlang bermula dari persekitaran sekolah yang kondusif. Projek ini
adalah salah satu aktiviti yang dirancang bersama oleh guru-guru pelatih dari
IPG Kampus Darulaman dengan Panitia Seni Visual Sekolah Kebangsaan Pauh,
Perlis dengan sokongan pihak sekolah. Dalam masa yang sama, semangat
kecintaan terhadap sekolah dapat dipupuk dengan meletakkannya sebagai
matlamat yang utama di samping dapat menceriakan lagi keadaan dalam bilik
serta persekitaran sekolah.










2.0 RASIONAL

Prasarana dan pengurusan dalam bilik pendidikan seni visual yang kondusif
menjadi agenda penting kepada guru-guru bagi memastikan murid dapat belajar
dalam suasana yang kondusif semasa aktiviti pengajaran dan pembelajaran seni
visual berlangsung. Persekitaran yang diwujudkan mestilah menepati cita rasa
pelanggannya yakni guru, kakitangan sekolah dan murid-murid. Justeru, sebagai
tempat yang menjadi tempat belajar bagi mata pelajaran khususnya seni visual,
suasana dalam bilik seni itu mestilah teratur dan menarik perhatian, supaya
perkhidmatannya digunapakai secara optimum demi keselesaan dan kepuasan
hati penggunanya.

3.0 OBJEKTIF

Objektif program ini adalah untuk :

3.1 Mencapai cita-cita sebagai suatu tempat belajar yang kondusif terutama
murid yang menjalani sesi PdP Pendidikan Seni Visual.
3.2 Menjadikan kawasan persekitaran sekolah terutamanya bilik Seni Visual
sebagai kawasan yang cantik dan indah.
3.3 Menunjukkan komitmen yang tinggi ke arah kecemerlangan, akauntabiliti
dan integriti dalam melaksanakan tugas.
3.4 Menyumbang tenaga dan buah fikiran guru pelatih sebagai sumbangan
terhadap sekolah.
3.5 Menunjukkan inisiatif ke arah meningkatkan nilai profesionalisme
keguruan secara berterusan.
4.0 KUMPULAN SASARAN

Kumpulan sasaran untuk program ini ialah
4.1 Guru-guru pelatih IPG Kampus Darulaman
4.2 Guru-guru Seni Visual

5.0 TEMPAT

Bilik Seni Visual Sekolah Kebangsaan Pauh

6.0 CADANGAN PROGRAM KECERIAAN BENGKEL

6.1 Melukis dan mewarna mural
6.2 Menyusun atur bilik.
6.3 Menghasilkan sudut hasil kerja murid.

7.0 TARIKH CADANGAN

Bermula pada 5 Ogos 2014 hingga 8 Ogos 2014 ( Minggu ke-4 )


8.0 AHLI JAWATANKUASA PENGELOLA
( Lihat Lampiran A )

9.0 JADUAL PROGRAM
( Lihat Lampiran B )

10.0 SUMBER KEWANGAN
( Lihat Lampiran C )
LAMPIRAN A

JAWATANKUASA PENGELOLA
PROGRAM KECERIAAN BILIK PENDIDIKAN SENI VISUAL
SEKOLAH KEBANGSAAN PAUH
2014

Pengerusi : Encik Sazali Bin Abdullah (Guru Besar)
Penasihat : Puan Salmiah Bt Mohd Ali (PK Ko Kurikulum)
Pengarah projek : Puan Rosnawati binti Baharom
Setiausaha : En. Mohamad Zaim Faishal bin Mohd. Ramawi
Bendahari : Awangku Mohd. Azrie bin Awangku Suhaili













LAMPIRAN B

JADUAL PROGRAM
PROGRAM KECERIAAN BILIK PENDIDIKAN SENI VISUAL
SEKOLAH KEBANGSAAN PAUH
2014

BIL. TARIKH CADANGAN AKTIVITI
1. 5 Ogos 2014 ( Selasa ) Mewarnakan mural yang telah dilakar.
Memulakan aktiviti lakaran mural.
2. 6 Ogos 2014 ( Rabu ) Mengemas,menyusun atur dan membersihkan
Bilik Pendidikan Seni Visual.
3. 7 Ogos 2014 ( Khamis ) Melabel alat dan perkakasan dalam bilik.
4. 8 Ogos 2014 ( Jumaat ) Membersihkan bilik, menceria dan
mendokumentasi projek.











LAMPIRAN C

ANGGARAN KOS PERBELANJAAN
PROGRAM KECERIAAN BILIK PENDIDIKAN SENI VISUAL
SEKOLAH KEBANGSAAN PAUH
2014

BIL. BAHAN DAN ALATAN KUANTITI ANGGARAN
PERBELANJAAN
1. Berus lukisan kecil RM 1.00 X 5 RM 5.00
2. Cat mural RM 5.00 X 6 RM 30.00
3. Kertas warna A4 RM 5.00 X 1 RM 5.00
4. Plastik laminate RM 1.00 X 10 RM 10.00
JUMLAH RM 50.00














10.0 PENUTUP

Pihak jawatankuasa amat mengharapkan semoga program ini dilaksanakan
dengan jayanya dan mencapai objektif yang digariskan serta akan lebih
memantapkan suasana kondusif bilik Pendidikan Seni Visual Sekolah
Kebangsaan Pauh. Perancangan perlaksanaan projek dalam kertas kerja ini
adalah bertujuan memudahkan pengurusan yang melibatkan semua ahli
jawatankuasa. Program ini merupakan salah satu platform guru pelatih untuk
mencari pengalaman secara terus daripada sekolah. Semoga apa jua
sumbangan dan bantuan yang diberikan mendapat keberkatan dari Ilahi. Segala
perancangan, pengurusan dan pentadbiran yang teliti menjadikan pelaksanaan
yang dibuat berjalan dengan lancar berserta hidayah dan pertolongan Allah
SWT.

Disediakan oleh : Disahkan oleh :

......................................... ..........................................
(Mohamad Zaim Faishal bin Mohd. Ramawi) (Encik Sazali B. Abdullah)
Setiausaha Guru Besar
Guru Pelatih IPG Kampus Darulaman Sekolah Kebangsaan Pauh
Sekolah Kebangsaan Pauh

Disokong oleh :

.........................................
(Puan Rosnawati binti Baharom)
Ketua Panitia Pendidikan Seni Visual

Anda mungkin juga menyukai