Anda di halaman 1dari 4

9/16/13 Galaksi Ilmu 89: Teori Huraian Bahasa

galaksiilmu89.blogspot.com/2012/06/teori-huraian-bahasa_05.html 1/4
Tuesday, 5 June 2012
Teori Huraian Bahasa
Teori Huraian Bahasa
Teori huraian bahasa dapat dibahagikan kepada empat aliran pemikiran iaitu teori tradisional,
teori struktural, teori transformasi generatif dan teori fungsional.
Teori Tradisional
Teori ini telah dipelopori oleh Panini pada abad ke-15. Kajian bahasa dalam teori ini adalah
dibuat terhadap bentuk-bentuk tulisan. Kajian yang dilakukan oleh ahli bahasa Arab ialah terhadap
tulisan Al-Quran manakala orang Hindu pula mengkaji tulisan Sankrit. Menutur pandangan teori ini,
bahasa boleh berkembang. Setiap bahasa mempunyai hubungan dengan bahasa induk.
Teori ini juga berpendapat bahawa tatabahasa bersifat sejagat dan berasaskan tatabahasa
Yunani dan Latin. Bahasa merupakan cabang ilmu falsafah yang menyelidik tabii alam. Kajian yang
dilakukan terhadap bahasa bersifat deduktif iaitu mementingkan hukum-hukum sesuatu bahasa.
Pengkaji teori ini juga menetapkan golongan kata kepada kata nama, kata sifat dan kata kerja.
Pengajaran dan pembelajaran yang menggunakan kaedah tradisional adalah lebih kepada
aktiviti terjemahan. Unsur penting ketika mengaplikasikan teori ini ialah kemahiran menulis
diutamakan. Hal ini kerana kajian yang dilakukan adalah berdasarkan bahan tulisan. Aktiviti
terjemahan ditekankan kerana sifat bahasa yang sejagat. Selain itu, makna sesuatu perkataan juga
ditekankan kerana makna perlu difahami ketika pertuturan. Kesilapan umum yang dilakukan perlu
dibetulkan kerana akan menjadi masalah yang utama. Teori ini juga menyatakan kekecualian hukum
dalam bahasa. Hal ini kerana setiap hukum tidak dapat dielak dari kekecualiannya. Manakala
penyampaian pengajaran adalah secara deduktif yang mementingkan penghafalan hukum.
Teori Struktural
Teori ini dipelopori oleh Bloomfield pada abad ke-20. Kajian yang dilakukan adalah mengenai
fonem dan morfem serta kaitan fonem, morfem dan ayat. Menurut teori ini, ciri-ciri bahasanya bersifat
pertuturan, bersistem, arbitrari dan untuk perhubungan. Ahli-ahli bahasa ini banyak mengumpulkan
bahan pertuturan dan mementingkan fakta-fakta yang dilihat dan ditemui.
Dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa pula, teori ini menggunakan kaedah terus,
fonetik, linguistik dan audiolingual. Unsur penting dalam teori ini ialah hafalan struktur ayat yang
betul. Lisan juga merupakan salah satu unsur pening di dalam teori ini. Pengetahuan tentang fonetik,
morfologi dan sintaksis diperolehi daripada contoh-contoh ayat. Selain itu, teori ini tidak
mementingkan makna perkataan dan pembelajaran bahasa adalah bersifat mekanis.
Teori Transformasi Generatif
Teori Transformasi Generatif bermula pada tahun 50-an dan dipelopori oleh Noam Chomsky.
Berdasarkan teori ini, bahasa ialah aktiviti mental yang mempunyai sistem tentang rumus-rumus yang
abstrak dan bersifat sejagat. Semua kanak-kanak normal mampu menguasainya. Bahasa terdiri
daripada bunyi (surface structure) dan makna (deep structure).
Setiap ayat mempunyai struktur dalaman (makna) dan struktur permukaan (fonetik) yang
menghasilkan pertuturan. Setiap bahasa perlu mempunyai satu set rumus fonetik, morfologi,
sintaksis dan perbendaharaan kata. Selain itu, bahasa mempunyai rumus-rumus dasar dan rumus-
rumus transformasi. Bahasa adalah kreatif dan penutur yang natif boleh menghasilkan ayat-ayat
Harap maklum. Semua nota yang
dimuatnaik pada laman ini merupakan
koleksi nota peribadi, nota kuliah, nota
peperiksaan yang diterima sepanjang
pengajian pemilik. Kebarangkalian nota
yang dilamperkan di sini terdapat pada
mana-mana laman sesawang yang
dikunjungi kalian.
Jika terdapat sebarang kesilapan dan
kesalahan ejaan, diharap kalian dapat
membetulkannya. Moga perkongsian ini
dapat membantu kalian. -"Galaksi Ilmu 89"
Nota Pemilik
Jam Murah or Jam Mahal?
Tonton Derhaka Seorang Madu, Bikin Emo
Pernah Anda Terfikir? 1 Minit Untuk Baca
Ni
Anak Muridku Berpakaian Baju Melayu
Seni dengan Tanah Liat
Santai Leeza
2012 (35)
June (32)
Ulangkaji BMM3114: Kebudayaan
Melayu #1
Ulangkaji BMM3114: Kebudayaan
Melayu #2
BMM3114 Kebudayaan Melayu:
Ringkasan Konsep Budaya...
BMM 3114 Kebudayaan Melayu :
Sistem Politik, Daula...
BMM3114 Kebudayaan Melayu :
Kebudayaan Kebangsaaan...
BMM3114: Konsep Budaya (nota
kuliah)
BMM3114: Perbandaran Melayu
(nota kuliah)
BMM3114 Kebudayaan Melayu :
Peranan Sultan
Porforma EDU 3101-3109
BMM3114 Kebudayaan Melayu:
Latihan Esei
BMM3114 Kebudayaan Melayu:
Tarian Melayu
Blog Archive
0 Share
More

Next Blog Create Blog

Sign In
9/16/13 Galaksi Ilmu 89: Teori Huraian Bahasa
galaksiilmu89.blogspot.com/2012/06/teori-huraian-bahasa_05.html 2/4
Newer Post Older Post Home
Subscribe to: Post Comments (Atom)
Posted by Liza Izsan at 21:33
Labels: Teori
yang belum pernah didengari. Misalnya, hasilan sajak dan puisi yang menggunaka bahasa yang
kreatif. Bahasa juga adalah sejagat. Setiap kanak-kanak dapat menguasai bahasa ibunda mereka
masing-masing.
Pada pandangan ahli bahasa teori ini, pengajaran dan pembelajaran bahasa adalah
membentuk kecekapan bukan kebiasaan. Selain itu, bahasa ialah aktiviti mental. Oleh sebab itu,
guru perlu mengambil kira kebolehan sejadi murid-murid. Pada masa yang sama, guru perlulah
menggalakkan murid membentuk pertuturan baharu secara kreatif berdasarkan pengetahuan
tentang rumus-rumus bahasa yang diberi bukanlah menghafal ayat-ayat yang diberi semata-mata.
Guru juga boleh mengajar murid-murid bentuk-bentuk dasar terlebih dahulu diikuti dengan bentuk-
bentuk transformasi mengikut senang kepada sukar. Apabila murid melakukan kesilapan, guru boleh
menggunakan kesilapan murid-murid sebagai asas membaikinya kerana kesilapan bukan satu
kesalahan tetapi satu proses pembelajaran. Teori ini juga mementingkan penulisan kecekapan.
Teori Fungsional
Teori ini bermula pada tahun 60-an sehingga 70-an dan dipelopori oleh Haliday dan Wilkins.
Berdasarkan teori ini, bahasa mempunyai struktur tertentu untuk menggambarkan fungsinya sebagai
idealisme (penyampaian idea) interpersonal dan pengucapan umum. Fungsi sosialnya penting untuk
membentuk sistem bahasa.
Teori fungsional menganggap sistem bahasa adalah terbuka dan dinamik. Bahasa terdiri
daripada satu struktur yang mempunyai fungsi tertentu sebagai alat berfikir (idealisme), alat
perhubungan dengan orang lain (komunikasi interpersonal) dan alat pengucapan umum. Bahasa
juga terdiri daripada variasi-variasi iaitu pelbagai dan berubah-ubah untuk menentukan fungsinya.
Misalnya, laras bahasa mengikut situasi, tempat, bidang dan sebagainya. Selain itu, bahasa
merupakan alat perhubungan menggambarkan pemikiran penuturnya. Manakala semantik pula
merupakan elemen penting bahasa. Asas kajian bahasa ialah makna bukan sintaksis.
Pengimplikasian teori ini dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa adalah menggunakan
pendekatan komunikatif. Murid harus diajar menguasai sistem bahasa dan menggunakannya dalam
situasi sosial secara fleksibel dan spontan. Seseorang murid itu perlu memahami maksud sosial
bahasa yang dipelajari. Guru juga perlu memastikan sistem bahasa yang dipelajari oleh murid,
mestilah difahami sebagai sebahagian daripada sistem bersifat komunikatif. Seterusnya, murid
sepatutnya boleh menggunakan pelbagai strategi berbahasa untuk menyampaikan makna, unsur-
unsur para linguistik dan unsur-unsur supra segimental atau prosodi. Dari aspek membaiki kesilapan
murid bahasa pula, guru perlu membaiki bahasa dengan bentuk-bentuk bahasa yang lain.
Seseorang murid hanya dianggap cekap berbahasa jika dia menguasai sistem atau hukum
tatabahasa dengan sempurna dan boleh menggunakan sistem tersebut dalam situasi sosial.
Recommend this on Google
Enter your comment...
Comment as: Google Account
Publish Preview
No comments:
Post a Comment
BMM3114 Kebudayaan Melayu: Nilai
Yang Terdapat Dal...
EDU 3107 Bimbingan Kaunseling:
Penemuan Diaplikasi...
EDU3107: Aktiviti Terapi Bermain
EDU 3107: Sifat Manusia Mengikut
Pandanfan Teori R...
Porforma BMM3114: Kebudayaan
Melayu
Teori Huraian Bahasa
Kekuatan dan Kelemahan Setiap
Pendekatan Pembelaja...
Teori Huraian Bahasa
Teori Pemerolehan Bahasa
Konsep Pendekatan: Induktif,
Deduktif, Elektik, Ko...
Konsep Strategi : Pengabungjalinan
Konsep Strategi: Penyerapan
Konsep Strategi: Pengayaan
Konsep Strategi: Pemulihan
Konsep Strategi: Penilaian
Aplikasi Teknik Dalam Bilik Darjah
BMM3113 Penyelidikan Tindakan:
Konsep
Konsep Pentaksiran dan Pengujian
Konsep Penilaian
Strategi Pendekatan Kaedah Teknik
Nota Kuliah Strategi
November (3)
BMM3113 nota ringkas (1)
BMM3114 (13)
BMM3116 (2)
EDU3107 (2)
Konsep 5P (5)
nota ringkas (14)
Pendekatan (2)
Pentaksiran BM (2)
Porforma (2)
Teknik PnP (1)
Teori (2)
Ulangkaji (3)
Labels
Pemilik Blog Ini
Santai Leeza
Jam Murah or Jam
Mahal?
3 days ago
Followers
9/16/13 Galaksi Ilmu 89: Teori Huraian Bahasa
galaksiilmu89.blogspot.com/2012/06/teori-huraian-bahasa_05.html 3/4
Join this site
with Google Friend Connect
Members (6)
Already a member? Sign in
Show Al l
Mr Bloglist
Zamani 84
Tayangan Semua Saluran Astro Hari
Ini
2 hours ago
So Full of Myself
Selamat Hari Malaysia
9 hours ago
Daku Amat Menyintai Mu
VIKINGDOM : The Blood Eclipse
17 hours ago
Hanif Bin Idrus Blog
Selamat Hari Malaysia Ke 50
1 day ago
! ! Nick Nashram ! !
Jenis-Jenis Blog Yang Ada
1 day ago
Ms & Mrs BlogList
Nabila Medan
Tonton Online Drama Cinta Jannah
Episod 19
23 minutes ago
AKAK DIBALIK PINTU
Dalam 5 Minit Budak Kecil Ini
Berubah Menjadi Wanita Tua
26 minutes ago
PERLING PUTIH
Contoh Soalan Dan Jawapan
Kertas 3 Sejarah SPM 2013
5 hours ago
My Life As It Is
Memancing Aktiviti Terbaru
Aeysha
5 hours ago
Nur Farahuda's blog
cerita di petang Isnin
5 hours ago
labyRinth
T-SHIRT I BLOGGING
GIVEAWAY
My Blog List 2
9/16/13 Galaksi Ilmu 89: Teori Huraian Bahasa
galaksiilmu89.blogspot.com/2012/06/teori-huraian-bahasa_05.html 4/4
DayangDeno
Segmen 1st Mama
4 hours ago
-iv Sigaret Perisa Kafein vi-
Bila Heroin Seven Serabut.
11 hours ago
Travelog Ateh
We Do Together in Weekend
12 hours ago
Daku Amat Menyintai Mu
VIKINGDOM : The Blood Eclipse
17 hours ago
Hootoh Blog
Sedarkah Kita Sebagai Manusia
21 hours ago
! Love Is Cinta !
Promosi tambang murah AirAsia
6 days ago

Fishtail yang SANGAT MURAH
+CANTIK.
Teori Pemerolehan Bahasa
Kekuatan dan Kelemahan Setiap Pendekatan Pembelajaran
Konsep Pendekatan: Induktif, Deduktif, Elektik, Komunikatif
Teori Huraian Bahasa
Sastera Kanak-kanak (BMM3116)
Popular Post
Search
Search This Blog
Ampang 1
Kota Kinabalu 1
Malaysia City 1
Seremban 1
Surakarta 1
Kuantan 1
Kota Bharu 1
Today
Total
Online
51
9639
1
Stats $$$ Get widget
Terima Kasih Semua
Watermark template. Powered by Blogger.

Anda mungkin juga menyukai