Anda di halaman 1dari 1

TOPIK 2 KONSEP MALAYSIA MAJU DAN SEJAHTERA

DARI KUMPULAN HANIF, AFIF, KHAIRUN (PRA-U 2 SEJARAH)


PENGENALAN
Kerajaan telah menumpukan segala usaha untuk
Meningkatkan taraf hidup golongan miskin
Menyediakan peluang untuk meningkatkan
pendapatan
Menyediakan kemudahan pendidikan,
kesihatan, perumahan dan kemudahan asas
yang lain

PETUNJUK NEGARA MAJU DAN SEJAHTERA
Pendidikan
Merupakan alat utama untuk menyampaikan
pengetahuan dari satu generasi ke satu
generasi yang lain.
Pengangkutan dan komunikasi
Merupakan faktor penting dalam menilai
kemajuan dan pembangunan
Perumahan
Rumah merupakan keperluan asas sosial untuk
kehidupan yang sempurna
Kebudayaan dan liburan
Kebudayaan digambarkan melalui kelakuan
dan pemikiran manusia, yang mempengaruhi
cara percakapan dan amalan sosial serta
keagamaan suatu masyarakat
Pendapatan dan pengagihan
Pendapatan membolehkan individu
menampung perbelanjaan untuk diri dan
keluarga mereka dan agihan pendapatan pula
menggambarkan kesaksamaan dan
pengagihan sumber ekonomi
Keselamatan awam
Keselamatan awam penting untuk menjamin
keamanan dan kestabilan sosial yang
menyumbang kepada kehidupan yang lebih
berkualiti
Kesihatan
Kesihatan yang baik membolehkan manusia
bekerja dengan produktif
Penyertaan sosial
Menggambarkan komitmen dan kesediaan
orang ramai untuk terlibat dalam aktiviti
sosial, politik, keagamaan dan aktiviti
Kemasyarakatan


Alam Sekitar
Alam sekitar mempunyai kesan langsung
terhadap kesejahteraan penduduk.
Kehidupan Keluarga
Unit keluarga mewakili institusi utama dalam
struktur sosial
Persekitaran kerja
Produktiviti yang tinggi dapat menjamin
pendapatan yang lebih baik dan seterusnya
meningkatkan taraf ekonomi dan kualiti hidup

LANGKAH-LANGKAH UNTUK MEMBINA
NEGARA MAJU DAN SEJAHTERA
Mengamalkan budaya inovasi dan kreatif
1. Rakyat Malaysia perlu bersedia untuk
mencuba perkara baharu dan berinovasi
dalam apa-apa lapangan yang diceburi
Menyuburkan budaya ilmu
1. Sesebuah negara hanya akan benar- benar
maju dan berjaya apabila rakyatnya memiliki
ilmu yang tinggi
Mentransformasikan pendidikan
1. Pendidikan di Malaysia harus melalui
transformasi yang terancang untuk mencapai
status negara maju dan sejahtera
Mengamalkan budaya berprestasi tinggi
1. Budaya berprestasi tinggi bermaksud
mempunyai sifat untuk memastikan bahawa
setiap perkara yang dilakukan mencapai tahap
yang terbaik
Mengamalkan pengurusan berintegriti
1. Dalam pengurusan negara, kepimpinan
negara harus mengamalkan pengurusan
berintegriti dalam melaksanakan sebarang
tugas
Mempererat perpaduan kaum
1. Perpaduan kaum amat penting untuk
keharmonian dan kesejahteraan negara
Menjamin keadilan sosial
1. Keadilan sosial hanya wujud sekiranya setiap
individu mendapat hak-haknya sebagai rakyat
Malaysia
Mengamalkan budaya ketepatan
1. Perkhidmatan yang dilakukan mestilah
berdasarkan kualiti yang bagus dan perlu
dijalankan dengan berterusan