Anda di halaman 1dari 3

Refleksi

Saya Ainin Sofia Binti Ahmad Sukri dari unit PISMP semester tiga telah
Berjaya menyiapkan kerja kursus WAJ 3106 Hubungan Etnik di Malaysia. Pertama
kali ingin saya panjatkan rasa syukur ke hadrat Illahi kerana telah memberi
kesihatan yang sempurna untuk menyiapkan kerja kursus ini. Tidak lupa juga kepada
pensyarah yang telah banyak memberi tunjuk ajar serta rakan sepasukan yang
banyak memberi kerjasama sepanjang proses menyiapkan tugas yang telah
diberikan.

Semasa saya menyiapkan kerja kursus ini pelbagai input yang baru mengenai
proses alkuturasi yang berlaku di negara kita telah saya temui melalui bahan bacaan,
internet, jurnal dan sebagainya. Maklumat maklumat ini amat berguna kepada saya
kerana dapat membantu saya menjadi lebih matang dan berilmu dalam menghadapi
perubahan dan cabaran alaf baru pada masa akan datang. Selain itu, saya juga
dapat meningkatkan kemahiran komunikasi dan sosial melalui kerja ini kerana saya
perlu bertanya untuk mendapatkan penerangan yang jelas mahupun maklumat
maklumat terkini melalui pensyarah ataupun guru pelatih yang lain. Kemahiran ini
sememangnya sukar untuk diperolehi kecuali dipraktikkan selalu dan memberi ruang
kepada saya untuk menambah baik diri saya menjadi lebih cemerlang dari segi
interpersonal. Selain itu, saya lebih memahami erti kerjasama dan toleransi apabila
berada dalam kumpulan. Melalui kerja kursus ini , saya menjadi lebih sabar dan
prihatin dalam mengeluarkan sebarang idea ataupun mempertikaikan sesuatu
maklumat yang diragui ketika berkolaborasi bersama rakan pelatih yang lain.

Kekuatan yang terpapar jelas melalui pelaksanaan kerja kursus ini ialah
daripada faedah yang telah saya peroleh terutamanya ketika membuat analisis serta
huraian mengenai proses alkuturasi yang berlaku di Malaysia. Hal ini adalah kerana,
setelah mendalami proses tersebut saya mula memahami bahawa untuk melahirkan
sebuah masyarakay yang bersatu padu, semua kaum haruslah saling memahami
antara satu sama lain dan menghormati kepercayaan masing masing. Kefahaman
terhadap proses alkuturasi ini memberi satu ilmu baru kepada saya untuk menjadi
rakyat yang tahu tentang sejarah, berpegang teguh kepada asal usul dan dapat
menerima budaya yang pelbagai.
Selain itu,kekuatan yang saya peroleh dalam tugasan ini ialah cetusan idea
dan buah fikiran untuk mempelbagaikan cadangan pengajaran semasa di sekolah
nanti. Penyerapan nilai murni dan budaya yang baik boleh dipupuk semasa
menjalankan pengajaran dan pembelajaran sama ada di dalam atau di luar bilik
darjah. Pada pendapat saya, guru yang bertanggungjawab akan selalu peka
terhadap segala keadaan atau situasi yang berlaku disekitarnya. Murid-murid
merupakan peniru yang terbaik, maka dengan adanya contoh atau teladan yang
boleh diikut sudah pastinya sikap untuk bersatu-padu itu akan menjelma.

Di samping itu, melalui kajian ini saya lebih menghayati bahawa alkuturasi
terjadi apabila satu kelompok manusia dengan suatu kebudayaan tertentu
dihadapkan dengan unsur dari suatu kebudayaan asing yang berbeza sehingga
unsur kebudayaan asing itu akhirnya diterima dan diolah dalam kebudayaan sendiri.
Oleh itu, saya lebih memahami apabila rakyat malaysia dapat menerima pelbagai
aspek budaya dari segi makanan, pakaian , ekonomi dan perkahwinan ini
menunjukkan wujudnya perpaduan antara anggota masyarakat yang mempunyai
identiti dan nilai, serta perasaan kebangsaan. Sebagai seorang bakal guru, saya
perlulah sentiasa berusaha untuk meningkatkan kemajuan dan mendalami seberapa
banyak ilmu agar tidak ketinggalan dalam arus permodenan. Ini adalah kerana, ia
dapat membantu saya untuk menerapkan nilai-nilai murni dalam diri murid-murid
saya kelak seperti mewujudkan semangat patriotisme iaitu semangat cinta akan
negara. Saya juga boleh menerapkan unsur-unsur sikap toleransi dan sikap saling
bantu-membantu tanpa mengira kaum dan agama.
Selain itu, dalam menyiapkan kerja kursus saya menggunakan borang
kolaborasi supaya membahagikan masa saya dengan betul serta perjalanan kerja
kursus saya berjalan dengan lancar. Tambahan pula, saya juga lebih berhati hati
dalam menaip penulisan saya supaya tidak mempunyai salah ejaan ataupun
sebarang kesilapan format. Ini meningkatkan kemahiran ICT saya kerana semua
kerja kursus saya dibuat menggunakan komputer. Di samping itu juga saya dapat
mempelajari kaedah kaedah penulisan kerja kursus dengan cara yang betul seperti
penulisan rujukan , petikan daripada mana mana buku dan sebagainya.
Akhir sekali, saya berharap kerja kursus ini memberi seribu manfaat dan
faedah dalam meneruskan kerjaya sebagai seorang guru kepada saya dan juga
rakan rakan seperjuangan yang lain.

Disediakan oleh,

AININ SOFIA BINTI AHMAD SUKRI
PISMP SN/PJ/BI SEM 3

Anda mungkin juga menyukai