Anda di halaman 1dari 21

PERINGKAT SERANTAU

PERSATUAN NEGARA-
NEGARA ASIA TENGARA
(ASEAN)
SEJARAH PENUBUHAN ASEAN
ASEAN (Association of South-East Asia Nation) ditubuhkan
pada 8 Ogos 1967 setelah lima menteri menandatangani
Deklarasi Bangkok.
Brunei menyertai ASEAN pada tahun 1984.
Pertubuhan lain sebelum ASEAN adalah:



SAMBUNGAN SEJARAH PENUBUHAN ASEAN
i. Pertubuhan Asia Tengara (ASA)
31 Julai 1961 gabungan antara Filipina dan Malaysia.
Gagal kerana Filipina menuntut Sabah.
ii. MAPHILINDO
Ogos 1963 gabungan Malaysia, Filipina dan Indonesia
tetapi gagal kerana konfrontasi Indonesia terhadap
Malaysia.


MATLAMAT ASEAN
Matlamat :
i. Mempercepatkan pertumbuhan ekonomi, sosial dan
kebudayaan di Asia Tenggara
ii. Mengekal keamanan dan kestabilan kawasan serantau
dengan menghormati dan mematuhi peraturan,
undang-undang dan keadilan negara serantau serta
mematuhi prinsip Carter Bangsa-Bangsa Bersatu.


SAMBUNGAN MATLAMAT ASEAN
Matlamat :
iii. Memupuk kerjasama yang aktif dan mengembangkan
kepentingan bersama dalam ekonomi, sosial dan
kebudayaan, teknikal, saintifik dan pentadbiran.
iv. Membekalkan bantuan dan latihan, penyelidikan dan
pembangunan dalam kalangan negara anggota.


SAMBUNGAN MATLAMAT ASEAN
Matlamat :
v. Mewujudkan kerjasama lebih berkesan dalam
penggunaan sumber yang lebih banyak dalam industri
pertanian.
vi. Memperluaskan perdagangan dan kajian masalah
perdagangan komoditi antarabangsa.
vii. Meningkatkan bidang pengajian dan pendidikan yang
lebih maju di Asia Tenggara.
viii. Mengekalkan kerjasama erat dan berfaedah menerusi
pertubuhan antarabangsa yang telah wujud dan
matlamat yang sama
ix. ASEAN bukan pakatan tentera


Kerjasama ASEAN dalam bidang Politik &
Keselamatan ( ZOPFAN)
Diumumkan melalui Deklarasi Kuala Lumpur pada 27 Nov
1971
Untuk menjamin keamanan dan kestabilan politik di Asia
Tenggara
Pertikaian hendaklah diselesaikan secara aman dan bukan
kekerasan, dan tidak harus melibatkan diri dalam pertikaian
antara kuasa-kuasa besar
ZOPFAN (Kawasan Aman Bebas dan Berkecuali).
Pengisytiharan Kuala Lumpur 1971.
Menjamin keamanan serantau melalui dasar perkecualian
serantau.
Wujudnya Zon Bebas senjata Nuklear (SEANWFZ) dan
Forum Serantau ASEAN (ARF)

KERJASAMA EKONOMI
1. Projek Perindustrian ASEAN
Projek Baja Urea Malaysia dan Indonesia
Projek Fabrikasi Tembaga Filipina
Projek Garam Baja Soda Thailand
Projek Vaksin Hepatitis B Singapura

2. EAEC ( Perundingan Ekonomi Asia Timur )
Dicadangkan oleh Malaysia di Singapura 1992
Menyediakan forum ekonomi
Memperjuangkan sistem perdagangan dunia yang
bebas dan terbuka
Gagasan gagal tetapi satu bentuk kerjasama telah
diadakan iaitu ASEAN +3 ( Jepun, China, Korea)


SAMBUNGAN KERJASAMA EKONOMI
3. Kawasan Perdagangan Bebas ASEAN (AFTA)
Dimeterai melalui Perjanjian Skim Tarif Keutamaan
Sama Rata (CEPT) yang dimeterai pada 1992.
Untuk meningkatkan daya saing ASEAN sebagai pusat
perkilangan dalam pasaran dunia
Untuk menghapuskan sekatan perdagangan dua hala
Menggalakkan kerjasama perdagangan
Meluaskan dan meningkatkan pasaran negara serantau
Dilaksanakan pada 2003
4. Skim Tarif Keistimewaan Sama Rata (CEPT)
Mengurangkan tarif antara wilayah terhadap semua
barang kilang, barangan modal dan produk pertanian.

SAMBUNGAN KERJASAMA EKONOMI
5. Peraturan Perdagangan Istimewa (PTA )
Ditandatangani pada 24 Februari 1992 untuk
menggalakkan perdangaran intra-ASEAN
Merangkumi kontrak kuantiti jangka panjang, peroleh
istimewa oleh entiti kerajaan, pelonggaran langkah-
langkah bukan tarif dan perluasan tarif istimewa
Kurang berkesan kerana mementingkan kepentingan
domestik.

SAMBUNGAN KERJASAMA EKONOMI
Rancangan pembangunan ekonomi Segi Tiga
Pertumbuhan meliputi :
Pembangunan sektor pelancongan
Pembangunan sektor pengangkutan pembangunan dan
sektor telekomunikasi
Pembangunan sektor pertanian dan perikanan
Pembangunan sektor perindustrian
Kerjasama sektor perhutanan
Kerjasama infrastruktur fizikal
Rancangan Pembangunan Ekonomi Maklumat
SAMBUNGAN KERJASAMA EKONOMI
6. Konsep Segi Tiga Pertumbuhan
Melibatkan tiga atau empat buah negaara yang berjiran
Kawasan-kawasan:
I. IMS-GT (Selatan)
II. IMT-GT (Utara)
III. EAGA-BIMP = East Asia Growth Area (Brunei,
Indonesia, Malaysia, Filipina)
Tujuan :
Mempercepatkan pembangunan sumber alam di
kawasan terbabit
Perluasan kawasan pasaran dan perdagangan
Perkongsian pelaburan modal
Perkongsian teknologi, R & D, dan inovasi baru
Pengaliran buruh dan tenaga pakar


SAMBUNGAN KERJASAMA EKONOMI
Masalah-masalah dalam kerjasama Segi Tiga Pertumbuhan
ASEAN :
Kegawatan ekonomi serantau menjejaskan
pelaksanaan projek yang dirancang
Masalah-masalah fizikal-bentuk muka bumi
bergunung ganang, berpulau dan sukar dimajukan
Masalah teknologi dan kepakaran rendah
Masalah politik tuntutan bertindih, ancaman lanun
Masalah pasaran terhad jumlah penduduk,
kemiskinan menyebabkan kuasa beli rendah


SAMBUNGAN KERJASAMA EKONOMI
7. Kerjasama dalam sektor kewangan :
Majlis Perbankan ASEAN telah ditubuhkan
untuk menyelaras kegiatan bank-bank
perdagangan di rantau ASEAN
Syarikat Kewangan ASEAN ditubuhkan untuk
memberi kemudahan kewangan kepada
projek-projek usaha sama ASEAN.

Masalah Ekonomi
Kerjasama ekonomi kurang memuaskan kerana masing-
masing mementingkan ekonomi negara sendiri
Wujud persaingan dalam pengeluaran dan pemasaran
barangan
Masih bergantung kepada negara-negara maju
Pengalaman dasar perlindungan oleh negara-negara maju
menyekat eksport


KERJASAMA SOSIAL&KEBUDAYAAN
1. MBBIM (Majlis Bahasa Brunei-Indonesia-Malaysia)
Meningkatkan mutu dan penggunaan bahasa Melayu sebagai
lingua franca
SEAMEO (Pertubuhan Meneteri-menteri Pendidikan Asia
Tenggara)
Ditubuhkan di Bangkok pada 1965
Menggalakkan kerjasama dalam bidang pendidikan, budaya dan
sains
Projek yang telah dijalankan:
a. RELC (Pusat Kajian Bahasa Inggeris) Singapura
b. INNOTECH (Inovasi dan teknologi) Filipina
c. RECSAM (Pusat Pendidikan Rantau bagi Sains dan Matematik)
Malaysia

SAMBUNGAN KERJASAMA
SOSIAL&KEBUDAYAAN
Isu-isu terkini ASEAN :
1. ASEAN +3
Merupakan pakatan kerjasama antara negara anggota ASEAN dan
tiga negara di Asia Timur Laut (Jepun, Korea, China)
Berasal daripada EAEC dan berubah nama atas cadangan bekas
Perdana Menteri ke-4 (Tun Dr. Mahathir Mohamad)
Dibentuk pada Disember 1997 di Malaysia
Meningkatkan kerjasama dalam :
a. Ekonomi (termasuk pembentukan kawasan pembangunan
ekonomi Asia Timur
b. Kewangan
c. Pembangunan sosial dan sumber manusia
d. Pembangunan saintifik dan teknikal, budaya dan informasi dan
infrastruktur


SAMBUNGAN KERJASAMA
SOSIAL&KEBUDAYAAN
Isu-isu terkini ASEAN :
2. Piagam ASEAN
10 negara menyertai selepas Sidang Kemuncak ASEAN ke-13
di Singapura
Membentuk satu landasan perundangan dan mengubah
wajahnya daripada satu himpunan longgar negara serantau
kepada yang terikat dengan peraturan
Menjadikan ASEAN lebih relevan dan kuat
Menggariskan prinsip pegangan ASEAN selain menubuhkan
sebuah badan hak asasi manusia di negara serantau
Mengukuhkan Sekretariat ASEAN di Jakarta

SAMBUNGAN KERJASAMA
SOSIAL&KEBUDAYAAN
Matlamat:
Menghormati kemerdekaan, kedaulatan dan keutuhan
wilayah negara-negara anggota
Penyelesaian masalah secara aman
Tidak campur tangan dalam hal ehwal negara anggota
Hak untuk hidup tanpa gangguan luar
3. Komuniti Ekonomi ASEAN (AEC)
Mewujudkan pasaran tunggal negara anggota
Menarik minat pelabur dari luar
Mengurangkan dan merapatkan jurang kemiskinan
Meningkatkan taraf hidup serantau



Halangan dalam Kerjasama ASEAN
Persaingan sesama negara pengeluar barangan yang sama
Kejatuhan nilai mata wang
Kuasa beli pasaran yang tidak sama
Fahaman politik yang berbeza



ASEAN berjaya dalam mengeratkan hubungan persahabatan
dan menunjukkan kata sepakat dalam menghadapi isu-isu
politik dan ekonomi antarabangsa
MABBIM (Malaysia, Brunei dan Indonesia) 4 November
1985 bertujuan untuk mengembangkan bahasa kebangsaan
negara, meningkatkan semangat persaudaraan negara
anggota dan meningkatkan peranan bahasa dalam
perhubungan yang lebih luas antara negara.

Anda mungkin juga menyukai