Anda di halaman 1dari 3

Program Pemulihan Khas disediakan bagi membantu murid-murid di sekolah

rendah yang menghadapi masalah


khusus dalam menguasai kemahiran asas membaca, menulis dan mengira
(3M). Program ini diharapkan dapat
membantu guru pemulihan yang komited, sabar dan berdaya maju bagi
meningkatkan pencapaian murid pemulihan khas
dalam pembelajaran. Selaku agen pelaksana, guru pemulihan perlu
menggunakan strategi-strategi tertentu bagi
membolehkan murid-murid menguasai kemahiran-kemahiran yang telah
dirancang mengikut tahap kebolehan dan
keupayaan mereka.
Justeru itu, bagi membolehkan murid cepat menguasai kemahiran yang diajar,
kaedah dan aktiviti mengajar amat
penting dan perlu dipelbagaikan agar pengajaran guru dapat menarik minat
murid untuk menguasai kemahiran dengan
lebih berkesan. Buku ini dihasilkan sebagai panduan dan cadangan kepada
aktiviti pengajaran dan pembelajaran dalam
bilik darjah.
Adalah diharapkan buku panduan ini akan mampu membantu guru,
khususnya guru-guru pemulihan
mengendalikan pengajaran dan pembelajaran secara lebih berkesan, selaras
dan terarah. Di samping itu, saya juga
berharap agar buku ini bukan sahaja dapat membantu guru-guru malah turut
berguna kepada masyarakat umum
khususnya ibu bapa.
Program Pemulihan Khas merupakan satu program yang disediakan untuk
murid-murid yang mengalami masalah dalam
penguasaan kemahiran asas membaca, menulis dan mengira yang kompleks.
Masalah ini disebabkan beberapa faktor
seperti kesediaan belajar, kaedah belajar, persekitaran, masalah bahasa dan
sosio ekonomi.
Dalam proses melaksanakan pengajaran dan pembelajaran, guru pemulihan
khas sewajarnya memahami dan
mengetahui maklumat berkaitan kemahiran asas matematik yang akan diajar.
Guru yang baik sentiasa berusaha
mempelajari dan menguasai kaedah dan teknik pengajaran yang berkesan
untuk memastikan seseorang murid dapat
menguasai kemahiran asas matematik.
Buku Panduan Pengajaran dan Pembelajaran Matematik Pemulihan Khas ini
diterbitkan sebagai panduan kepada
guru bagi merancang pengajaran dan pembelajaran asas Matematik. Buku
panduan ini mengandungi kemahirankemahiran
asas matematik yang perlu dikuasai setiap murid pemulihan khas. Ia turut
merangkumi objektif yang perlu
dicapai selepas proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Cadangan
aktiviti dalam buku ini boleh dijadikan
panduan kepada guru pemulihan khas dalam mempelbagaikan kaedah
pengajaran dan membantu guru membina
rancangan pengajaran dengan lebih berkesan dan sistematik.
Oleh kerana tahap keupayaan dan kecenderungan setiap murid berbeza,
diharapkan guru-guru pemulihan khas
dapat memanfaatkan buku panduan ini untuk merancang pelbagai strategi,
kaedah dan teknik ke arah pengajaran dan
pembelajaran yang lebih berkesan. Semoga usaha ini dapat merealisasikan
hasrat Kementerian Pelajaran Malaysia
untuk membantu mengatasi masalah penguasaan kemahiran asas matematik.
Buku Panduan Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu Pemulihan
Khas dihasilkan untuk membantu guru-guru
pemulihan khas merancang serta melaksanakan aktiviti pengajaran dan
pembelajaran dengan lebih efisyen. Buku ini juga
boleh digunapakai oleh guru-guru Bahasa Melayu dan Prasekolah dalam
usaha menangani masalah membaca dan
menulis di kalangan murid-murid.
Buku ini mengandungi 32 kemahiran asas Bahasa Melayu Program
Pemulihan Khas dan ditambah satu lagi
kemahiran Prabacaan dan Pratulisan. Ia mengandungi objektif pengajaran,
cadangan aktiviti berdasarkan kemahirankemahiran
tersebut. Objektif pengajaran dinyatakan secara eksplisit agar dapat
memudahkan guru-guru melaksanakan
proses pengajaran dan pembelajaran mereka. Guru-guru boleh menambah
atau mengubah aktiviti berdasarkan
keperluan dan kreativiti mereka.
Buku Panduan Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu Pemulihan
Khas ini, diharapkan dapat memberi
manfaat kepada guru-guru yang terlibat. Semoga masalah pembelajaran
Bahasa Melayu di kalangan murid dapat
dikesan dan ditangani seawal mungkin selaras dengan hasrat kerajaan untuk
melahirkan modal insan yang cemerlang.
Program Pemulihan Khas telah dilaksanakan oleh Kementerian Pelajaran
Malaysia (KPM) semenjak tahun 1960an bagi membantu murid-murid di sekolah
rendah yang menghadapi masalah khusus dalam pembelajaran iaitu menguasai
kemahiran asas membaca, menulis dan mengira ( 3M ).
Pada tahun 1983, sistem pendidikan Malaysia telah memperkenalkan Kurikulum
Baru Sekolah Rendah (KBSR). Kurikulum baru ini merupakan satu usaha untuk
kembali semula kepada asas pendidikan dengan memberi fokus kepada
kemahiran membaca, menulis dan mengira (3M). Murid-murid yang tidak
menguasai 3M dibantu melalui aktiviti pemulihan dalam kelas.
Fokus ke arah membasmi masalah 3M ini turut termaktub di dalam Teras Ketiga :
Memperkasakan Sekolah Kebangsaan dan Teras Keempat : Merapatkan Jurang
Pendidikan; dalam Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) 20062010.
Melalui kedua-dua teras ini, beberapa pelan tindakan dirancang untuk
memastikan murid-murid menguasai kemahiran asas 3M pada tahap 1.
Kementerian Pelajaran Malaysia telah memperkasakan Program Pemulihan
Khas dengan menaik taraf kelas Pemulihan Khas dan menyediakan Guru
Pemulihan terlatih yang mencukupi termasuk di Sekolah Kurang Murid (SKM).
Melalui Transformasi Pendidikan, Program Literasi dan Numerasi (LINUS) telah
diperkenalkan pada bulan Ogos 2009. Program LINUS adalah sebahagian
daripada Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) Pendidikan dalam
Program Transformasi Kerajaan merupakan satu kesinambungan daripada
program yang sedia ada bagi mengatasi masalah penguasaan kemahiran asas
3M dengan lebih sistematik. Pelaksanaan program LINUS mensasarkan 100%
murid tahun 3

GARIS PANDUAN PROGRAM PEMULIHAN KHAS BPKHAS, KPM 3

menguasai kemahiran literasi dan numerasi sebelum ke tahun 4 mulai tahun 2013
kecuali murid berkeperluan khas.

Anda mungkin juga menyukai