Anda di halaman 1dari 4

Lampiran

Komunikasi melalui Interaksi Sosial - Membina dan memperkembangkan


Pengetahuan Matematik
Komunikasi melalui interaksi sosial berperanan penting dalam membina
pengetahuan matematik dalam minda pelajar. Interaksi sosial sebenarnya
merupakan salah satu ciri persekitaran semula jadi yang dialami oleh individu-
individu yang normal. Bermula dari peringkat awal persekolahan lagi, guru harus
mewujudkan komunikasi yang berbentuk interaksi sosial dalama kalangan
pelajar dengan pelajar, pelajar dengan guru dalam proses pengajaran dan
pembelajaran matematik. Dengan berbuat sedemikian guru dapat membantu
kanak-kanak yang mulai mengikuti pendidikan formal ini memperlengkapkan serta
memperbaiki pengetahuan matematik yang tidak formal yang telah terbina sebelum
ini.
Mengikut Ginsburg & Baron (1993), satu pendekatan yang dikatakan berguna
haruslah yang boleh merangsangkan, secara spontan, minat dan penglibatan kanak-
kanak dalam persekitaran yang semula jadi dan menolong mereka
memperkembangkan dan melengkapi pengetahuan matematik tidak formal itu.
Koehler & Prior (1993: 281-282) menegaskan bahawa interaksi guru dan pelajar
adalah penting dengan mengatakan,
"Most would agree that teaching and learning could occur without texts,
blackboards, or manipulative, but we maintain that the learning process
would exist for only a very few students if classroom interaction with
teachers and peers were eliminated. Teacher-student interactions are
indeed the heartbeat of the teaching-learning process."
Petikan di atas menyatakan ramai orang yang setuju bahawa pengajaran dan
pembelajaran boleh berlaku tanpa buku teks, papan tulis, atau bahan manipulatif,
tetapi proses pembelajaran hanya akan wujud bagi beberapa orang pelajar sahaja
sekiranya interaksi pelajar dengan guru dan rakannya dihapuskan. Interaksi pelajar
dengan guru dan rakan sebayanya merupakan denyutan nadi proses
pengajaran dan pembelajaran.
Oleh yang demikian, interaksi sosial di antara guru dan pelajar, pelajar dan pelajar,
secara individu atau berkumpulan kecil merupakan salah satu proses komunikasi
yang harus diwujudkan dalam bilik darjah bagi pengajaran dan pembelajaran
matematik.
Dalam pembelajaran matematik, cara-cara untuk berkomunikasi idea-idea
matematik melalui interaksi sosial ialah melukis atau menulis perwakilan, bercakap,
menanya, memberi komen, mengkritik, membukti, memberi penjelasan, memberi
pendapat, mendengar dan sebagainya.
Mengikut NCTM (1989), perwakilan melibatkan perterjemahan satu masalah atau
idea kepada satu bentuk yang baru, yang selalunya melibatkan gambarajah, simbol,
tatatanda. Manakala apabila kanak-kanak dalam kumpulan kecil berbincang dan
menyelesaikan masalah, mereka boleh mengaitkan bahan yang mereka tahu
dengan istilah matematik yang mungkin mereka tidak biasa lihat atau dengar.
Mengikut teori psikologi, kanak-kanak mempunyai sifat yang aktif dan suka bergaul,
yang mana mendorong kanak-kanak berkomunikasi dengan orang lain. Dengan
berkomunikasi, kanak-kanak berpeluang menjelaskan pemikiran dan
mempertajamkan pemikiran mereka. Aktiviti seperti menerokai, menyiasat,
menghuraikan dan menerangkan idea matematik mempromosikan
komunikasi. Soalan berbentuk penyiasatan dan bimbingan boleh menggalakkan
kanak-kanak berfikir dan menerangkan pemikiran mereka secara lisan atau bertulis,
membolehkan mereka lebih memahami idea-idea yang mereka sampaikan, seperti
yang dikemukakan oleh NCTM (1989:24),
"Interacting with classmates helps children construct knowledge, learn
other ways to think about ideas, and clarify their own thinking. Writing
about mathematics, such as describing how a problem was solved,
also helps clarify their thinking and develop deeper understanding.
Reading children's literature about mathematics, and eventually text
material, also is an important aspect of communication that needs
more emphasis in the K-4 curriculum."

Dicetak daripada : http://www.my-rummy.com/Komunikasi_kanak-
kanak_Melalui_Interaksi_Sosial.html Pada 15/07/2013