Anda di halaman 1dari 1

Fokus Utama Tugasan

Berdasarkan tugasan yang diberi, kami perlu ke sekolah untuk melihat


keadaan persekitaran sekolah dan juga persekitaran dan iklim bilik darjah. Selain itu,
kami juga perlu menemu bual atau mengadakan perbincangan dengan pihak
pengurusan sekolah, guru-guru, kakitangan sekolah dan juga murid-murid. Kami
perlu melihat bagaimana seorang guru dapat melaksanakan proses pengajaran dan
pembelajaran dalam kelas.

Sepanjang tempoh perlaksanaan aktiviti PBS, kami dikehendaki menfokuskan
persekitaran dan iklim bilik darjah sama ada kondusif atau tidak untuk pelajar
membelajari serta memerhatikan proses pengajaran dan pembelajaran yang
melibatkan aktiviti di dalam dan di luar bilik darjah, strategi pengajaran dan
pembelajaran serta sumber pengajaran dan pembelajaran. Program ini
sememangnya memberi peluang kepada pelajar untuk memahami sekolah sebagai
sebuah institusi pendidikan dan peranan guru di dalam bilik darjah melalui proses
pemerhartian, penelitian dokumen, refleksi dan interaksi dengan guru dan warga
sekolah tersebut.

Secara ringkasnya, melalui PBS kami lebih memahami proses pengajaran
dan pembelajaran guru, bagaimana interaksi antara guru dengan murid serta
operasi pengurusan dan pentadbiran secara licin. Pengalaman dan maklumat-
maklumat ini amat penting sebagai asas ilmu pengetahuan seseorang guru pada
masa kelak.