Anda di halaman 1dari 11

Model Reka Bentuk instruksional ASSURE, (Heinich,

1982) bertujuan menyediakan panduan merancang


dan mengendalikan pengajaran yang memerlukan
penggunaan media. Justeru itu penyesuaian ini
dapat dilakukan berasaskan Model Reka Bentuk
tersebut bagi memilih dan menggunakan media
pengajaran secara umum. Terdapat enam komponen
dalam model ini iaitu:

1. A- Analisa Pelajar (Analyze Learners) : Analisis ciri
umum pelajar seperti peringkat umur, tahap
persekolahan, tahap kemahiran intelektual, stail
pembelajaran dan sebagainya sebelum sesuatu media
dipilih dan digunakan.

2. S- Menyatakan Objektif (State Objective) :
Pernyataan objektif prestasi dalam merancang sesuatu
pengajaran untuk menentukan jenis bahan multimedia
yang ingin digunakan iaitu mengenalpasti kebolehan
atau prestasi yang akan dipelajari atau ditunjukkan oleh
pelajar selepas mengikuti pelajaran.

3. S- Memilih Kaedah, Media dan Bahan (Select
Methods, Media and Materials) : Memilih bahan sama
ada menepati kehendak dan keperluan objektif atau
mengubahsuai bahan multimedia agar menepati
objektif, ciri-ciri pelajar dan pendekatan yang akan
digunakan serta kekangan yang mungkin dihadapi
sesuai dengan objektif pembelajaran.

4. U- Menggunakan Media dan Bahan (Utilize
Media and Materials): Guru harus terlebih dahulu
mengadakan pratonton media tersebut sama ada
manual penggunaanya, laporan, lampiran atau melihat
sendiri sama ada melalui paparan komputer atau
mendengar audio atau membaca teksnya supaya
sesuai dengan objektif pembelajaran.

5. R- Memerlukan Penyertaan Pelajar (Require
Learner Participation): Media pengajaran yang baik
membolehkan penyertaan respon pelajar dalam
berinteraksi dengan bahan yang disediakan serta
mendapatkan maklumbalas. Penglibatan pelajar boleh
berlaku secara individu atau berkumpulan.

6. E- Menilai dan Mengulangkaji (Evaluate and
Revise): Penilaian perlu dibuat secara berterusana dan
bersepadu serta menyeluruh disemua peringkat untuk
memberi gambaran sejauhmana keberkesanan media
yang dipilih terhadap prestasi pelajar serta bertepatan
dengan objektif atau hasil pembelajaran yang
dikehendaki (Heinich, 1982)


Peringkat Aktiviti
Analyse
Learners
( Analisis
Pelajar)
i. Murid tahun 4 Cemerlang.
ii. 13 orang murid perempuan , 21 orang murid lelaki.
iii. Umur : 10 tahun
iv. Kelas pertama daripada 3 kelas bagi tahun 4.
v. Pengalaman sedia ada :
Murid pernah menggunakan berus gigi dalam kehidupan
harian.

Peringkat Aktiviti
State Objective
( Nyatakan objektif /
hasil
pembelajaran)
1. Kognitif
- Murid dapat menyatakan 2 cara menjaga kebersihan
pakaian dan diri.
- Murid dapat menyenaraikan barang-barang yang
diperlukan untuk menguruskan diri dengan baik.

2. Afektif
- Murid menunjuk riak muka yang tersenyum semasa
melihat video Bangun Pagi.
- Murid kelihatan seronok dengan mengangkat tangan
dan berdiri untuk memberi jawapan semasa sesi soal
jawab.

3. Psikomotor
- Murid bangun dan menyanyikan sambil menggayakan
perlakuan di dalam video Bangun Pagi .

Peringkat Aktiviti
Select methods,
media and materials
( Pilih kaedah, media
dan bahan sumber)
i. Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran yang
digunakan
- Kaedah perbincangan
- Kaedah aural oral (dengar- tutur)

ii. Media yang digunakan
- Komputer riba
- Tayangan video
- Tayangan slaid

iii. Bahan sumber pengajaran dan pembelajaran yang
digunakan
- Komputer riba
- Tayangan video
- Tayangan slaid
- Bahan 2D dan 3D

peringkat Aktiviti
Utilize media and
materials
(Gunakan media dan
bahan sumber)
i. Tayangan video semasa di set induksi membantu
murid memahami gambaran sepenuhnya mengenai
perlakuan selepas bangun pagi.

ii. Tayangan slaid puisi menggunakan teknik dengar-
tutur diaplikasikan oleh guru.


iii. Aplikasikan kaedah dan media pengajaran semasa
di set induksi, langkah 1 dan langkah 2 dalam
rancangan pengajaran harian sepenuhnya.

Peringkat Aktiviti
Require learner
participation
(Libatkan pelajar
dalam
pembelajaran)
i. Murid terlibat secara aktif sejak dari awal
penglibatan. Set induksi, murid perlu membuat
pergerakan berdasarkan video yang ditayangkan.
Di langkah 2, murid perlu berbincang untuk
menyiapkan carta aliran.
ii. Komunikasi 2 hala dan bekerjasama dalam
kumpulan masing-masing.
iii. Langkah 1 : Pemusatan murid
iv. Langkah 2 : Pemusatan bahan

Evaluate and Revise
( Nilai dan semak
semula)
i. Membuat kesimpulan dan rumusan daripada
keseluruhan pembelajaran pada hari ini.
ii. Membuat penutup sosial.
MODEL ASSURE PERBEZAA
N
MODEL ADDIE
Model ini telah diperkenalkan
oleh Heinich, Molanda,
Russell (1989).

Pengasas Rosset pada tahun
1987.

Untuk menyediakan panduan
merancang dan mengendalikan
pengajaran yang memerlukan
penggunaan media.

Definisi Ada satu model
desain pembelajaran.
Yang lebih sifatnya
lebih generik iaitu
mode.

Model ini berskala kecil dan lebih
tertumpu kepada perancangan
pengajaran bilik darjah dan
boleh dijadikan panduan untuk
merancang penggunaan media
dalam pengajaran.

Fokus Lima komponen
utama yang boleh
digunakan untuk
merancang
pengajaran yang
sistematik.

MODEL ASSURE PERBEZAA
N
MODEL ADDIE
1.Analyse learner (Analisis
pelajar).
2.State learning
objectives (Nyatakan objektif
pembelajaran).
3.Select media and method (Pilih
media dan kaedah).
4.Utilise media and
method (Gunakan media dan
kaedah).
5.Require learner response
(Dapat respons pelajar).
6.Evaluate (Nilai bahan, kaeadah
dan seluruh proses pengajaran).

Jenis
Peringkat
1.Analisis
2.Design (reka
bentuk)
3.Develop
(membangunkan)
4.Implement (melak
sanakan)
5.Evaluation
(penilaian)

Anda mungkin juga menyukai