Anda di halaman 1dari 18

PRINSIP ASAS IKTIAR HIDUP DALAM HUTAN

Adakalanya, seseorang pengakap atau sekumpulan pengakap menghadapi


dirinya atau kumpulannya didalam suatu situasi semasa megembara didalam
hutan dimana makanan yang dibawa telah kehabisan atau kurang. Adalah
sangat penting didalam keadaan sebegini apakah makanan yang terdapat
didalam hutan yang boleh di makan.

Situasi yang lebih teruk boleh berlaku dimana seseorang Pengakap atau
Kumpulan Pengakap itu sesat latihan semasa membuat latihan mejelajah atau
exipedisi dalam hutan.

Dalam keadaan sebegini, seseorang Pengakap yang terlatih harus tahu
bagaimana hendak hidup diatas bumi hutan kita dan bagimana hendak bergerak
dengan tepat didalam hutan berkenaan. Dia kemungkinan perlu melakukan ini
dalam satu jangka masa yang lama dan perlu menunjukan disiplin diri dan
inisiatif yang paling tinggi jika dia mahu terus hidup dan keluar dengan selamat
dari hutan tersebut.

Apabila kita sesat dalam hutan, factor yang paling penting ialah melawan untuk
terus hidup dan kemahuan untuk beriktiar. Tidak ramai dari kita yang tahu
apakah kemampuan kita sebenarnya sebab jarang sekali diri kita di letakkan
dalam suatu keadaan yang melampaui had maxima kemampuan pisikal dan
mental kita. Keperluan pertama untuk ikhtiar hidup adalah dari kemampuan
mental. Daya pengerak dalam ikhtiar hidup adalah ketahanan mental ia itu
kemahuan untuk terus hidup.

Persiapan mental adalah juga penting. Kita selalu ingat sesuatu malapetaka itu
tidak mungkin akan terjadi pada diri kita kita kata ianya hanya akan terjadi
pada orang lain. Cuba Tanya orang yang mendapat kemalangan kereta
adakah pernah mereka terfikir yang ianya akan terjadi pada mereka?
Kebanyakkan akan kata ianya akan berlaku pada orang lain dan tidak terfikir
yang ianya akan berlaku kepadanya. Kita perlu sedar, keperluan untuk berikhtiar
hidup didalam hutan semasa membuat latihan atau semasa pengembaraan
mungkin akan berlaku pada diri kita. Oleh itu kita hendaklah SENTIASA
BERSEDIA untuk menghadapinya. Anda boleh bersedia untuknya dengan
menyedari tentang masaalah mental yang perlu diatasi, dengan memahami
undang asas untuk berikhtiar hidup, dan setiasa membawa kit ikhtiar hidup
semasa membuat latihan di pedalaman hutan, atau semasa menaiki pesawat
terbang atau kapal di laut.

KETAKUTAN

Antara kebanyakkan kepayahan-kepayahan yang anda akan hadapi, perasaan
takut adalah halangan yang paling tinggi. Ketakutan kita akan berkurangan
apabila keadaan yang mencemaskan itu telah menjadi normal. Ada berbagai
cara yang boleh kita lakukan untuk mengatasi perasaan takut ini. Ketakutan yang
paling penting adalah seperti berikut:

a. Takut terhadap perkara-perkara yang tidak di ketahui,
b. Takut disebabkan ketidak selesaan,
c. Takut disebabkan kelemahan diri sendiri.

Ketakutan terhadap perkara-perkara yang tidak di ketahui boleh diatasi dengan
mudah anda ikuti latihan ikhtiar hidup dengan sepenuhnya dan membiasakan diri
didalam hutan.

Ketakutan yang disebabkan oleh tidak selesa juga boleh diatasi dengan cara
yang sama. Mempelajari cara-cara membuat perlindungan dan pondok rehat dari
bahan-bahan asli akan memastikan anda dapat tidur malam dengan selesa.

Ketakutan disebabkan kelemahan diri sendiri berpunca dari kurangnya
keyakinan terhadap pengetahuan kita dan ianya lebih sukar diatasi dari kedua-
dua jenis ketakutan diatas. Sebagai seorang Pengakap kita harus mengambil
kesempatan untuk mempelajari apa sahaja yang boleh tentang alam sekitar kita
terutamanya tentang hutan kita. Kita juga akan mempunyai keyakinan yang tak
ternilai tentang diri kita jika kita cergas secara pisikal setiap masa. Adalah
objektif kedua Pengakap untuk sentiasa berkaadan cergas dari segi kesihatan
dan pisikal setiap masa. Kita juga mesti sentiasa memberitahu diri kita bahawa
apa orang lain telah lakukan saya juga boleh

Semasa saya dalam tentera, saya sentiasa menasihati anggota-anggota saya
tentang KEBERANIAN. Pada saya keberanian itu adalah kemampuan
melawani ketakutan. Tetapi orang yang tidak takut adalah orang bodoh dan tidak
berakal. Jika kita tidak takut dan berani membabi buta atas semua perkara,
pasti kita akan membuat kesilapan. Perasaan ketakutan itu baik sebab ianya
memberi ruang untuk kita fikir untuk mengatasinya dengan baik dan selamat.



UNDANG UNDANG ASAS IKHTIAR HIDUP

Berikut adalah undang-undang asas yang harus di ikuti jika anda hendak
memberi peluang kepada diri anda untuk berikhtiar hidup:

a. Simpan Tenaga anda. Semasa bergerak rehat sepuluh minit setiap sejam
perjalanan. Jangan membuat perkara yang memenatkan kecuali anda terpaksa
melakukannya.
b. Elakkan keletihan. Orang kata, Rom tidak di bina dalam sehari. Jangan cuba
berjalan sepanjang malam dan siang. Jangan memikul barang yang berat jika
boleh dielakkan.
c. Dapatkan tidur yang cukup. Walaupun jika anda tidak boleh tidur pada
mulanya, cuba baring dan rehat, tenangkan diri dan lapangkan fikiran.
d. Elakkan dari merasa risau. Adalah biasa untuk risau; tetapi ianya tidak
mendatangkan apa-apa kebaikan langsong. Kerisauan hanya menolong
merendahkan semagatkita sahaja. Fikirkan apakah masaalah anda, cari jalan
yang terbaik yang anda mampu lakukan, fikirkan langkah keselamatan yang
terbaik dari segala bahaya yang mungkin dihadapi dan hentikan kerisauan.
Tumpukan tenaga anda kepada perkara-perkara lain.
e. Berhenti awal disiang hari untuk membuat khemah anda. Anda memerlukan
masa untuk memilih tapak perkhemahan yang selamat. Ianya juga mengambil
masa yang lama untuk memburu atau mencari makanan, maka berilah masa ini
untuk anda.

KIT IKHTIAR HIDUP (SURVIVAL KIT)

Masa saya didalam tentera dulu, setiap kali saya masuk hutan atau menaiki
pesawat terbang, saya sentiasa satu kotak atau bukusan kecil yang saya
namakan Kit Ikhtiar hidup. Oleh yang demikian saya mencadangkan supaya
setiap Pengakap harus membawa Kit Ikhtiar Hidup ini setiap kali membuat
latihan di hutan. Kit ini sangat mudah hendak di buat dan benda-benda yang
diperlukan adalah muruh untuk di perolehi. Sesuatu Kit Ikhtiar Hidup hendak lah
kecil dan ringgan. Kit ini bukan untuk kegunaan harian tetapi untuk kegunaan
kecemasan sahaja. Kit ini harus di ikat terus kepada tali pinggang dan di pakai
setiap masa semasa dalam latihan hutan. Bawa dia dimana sahaja anda pergi
walau pun anda hendak pergi mandi disungai.

Kit Ikhtiar Hidup ini mengandongi tiga bahagian asas: Bahagian ubatan,
bahagian makanan dan bahagian kegunaan am. Saya mencadangkan pengisian
setiap Kit Ikhtiar hidup hendaklah mengandungi barang-barang berikut:

a. Ubat-Ubatan

(i). 1 X Peket Tablet Piriton (Ubat gatal dan kesakitan dari gigitan serangga)

(ii). 1 X peket Tablet Anti Malaria (untuk di makan sebiji seminggu sekali )

(iii). 1 X Peket Codeine (1-2 biji di makan untuk sakit/pening kepala)

(iv). 1 X Peket Ubat Cirit birit

(v). 1 X Tiub krem luka

(vi). Flavin

(vii). 1 X Gulung pembalut luka.

( Masukan ubat-ubatan ini didalam satu beg plastic yang berasingan)


b. Makanan.

(i). 1 X Peket Holicks talets

(ii) 1 X Peket Gula Gula Glucose.

(iii). Beberapa peket perencah sup atau kuib sup ayam atau daging.


c. Barangan Kegunaan Am.

(i). 5 meter tali

(ii). 5 ela Tali pancing

(iii). 3 mata kail saiz yang berbeza (di masukan dalam kota mancis yang berisi
mancis)

(iv). 1 X pemetik api.

(v). 1 X Batang lilin kecil

(vi). 1 X Kit penapisan air

(vii) 1 X Cermin Kecil

(viii). 1 X pisau kecil yang tajam besarung.

(ix). 1 X compass kecil

(x). 1 X gergaji dawai

(xi) 1 X mata Gergaji Besi yang pendek

(xii). Beberapa beg plastic sederhana tebal yang boleh simpan air/ buat
pelampong/ balut luka/ buat bumbung kecil masa hujan jika hendak menyalakan
api.

PERHUBUNGAN DENGAN ORANG ASLI

Apabila bertembung denga orang asli, kita haru berhati-hati. Sekiranya anda
boleh berh ubung dengan mereka, maka peluang untuk anda terus hidup adalah
cerah. Mereka boleh membantu anda dengan makanan, tempat berteduh,
ubatan tempatan, petunjuk jalan dan keselamatan. Walaubagaimanapun, anda
mesti faham bahawa adapt mereka berbeza dari adat anda. Bagi Orang Asli
yang hidup di pendalaman hutan, mereka mempunyai pengetahuan yang sedikit
tentang kehidupan di luar hutan. Pantang larang memainkan peranan yang
penting dalam kehidupan mereka.

Berikut adalah perkara-perkara Yang Harus Di Buat dan Yang Tidak Harus
dibuat dalam keadaan yan biasa apabila berhubung dengan orang asli. Terdapat
70,000 Orang Asli di Semenanjung Malaysia dan pantang larang mereka adalah
seperti berikut:

a. Yang Harus Di Buat

(i). Sentiasa membalas hadiah yang di beri.

(ii). Sentiasa becakap dengan cara bersahabat yang baik.

(iii). Sentiasa berhubung dengan Orang Asli melalui Ketua nya (Penghulu/Tok
Batin)

(iv). Sentiasa beri upah sebaik saja kerja telah selesai di buat.

(v). Sentiasa minta izin jika hendak mengunakan sampan,rakit, pondok atau apa-
apa barang kepunyaan Orang Asli.

b. Yang Tidak Harus Di Buat

(i) Jangan ketawa atau memperolok olokkan adat atau tabiat mereka walaupun
ianya Nampak macam ganjil.

(ii) Jangan mengambil buah-buahan, atau apa-apa tanaman mereka tanpa izin.

(iii) Jangan tenong kepada kaum perempuan mereka atau pergi berdekatan
tempat mereka mandi.

(iv) Jangan masuk dalam rumah mereka tanpa izin mereka terlebih dahulu.

(v) Jangan menolak makanan yang di beri oleh orang Asli melainkan Agama
anda tidak benarkannya.

(vi) Jangan munkir janji kerana Orang Asli mempunyai ingatan yang kuat dan
perjanjian adalah penting.

(vii) Jangan menjerit atau hilang kesabaran dengan Orang Asli. Anda tidak akan
dapat bantuan dari mereka. Kesemua Orang Asli itu akan meninggalkan anda
dan menghilangkan diri.

(viii) Jangan sesekali sebut Orang Asli sebagai Sakai.

(ix) Jangan tanya nama seorang Orang Asli terus kepadanya. Sentiasa melalui
pihak ketiga.

(x) Jangan mengubati Orang Asli yang sakit sebelum menanya dia tentang
Pantang nya. Jika dia ada patang, minta izin dari Tok Batin/Penghulunya terlebih
dahulu.

(xi) Jangan mengunakan cermin muka ditepi sungai.

(xii) Jangan Buang air atau kencing di tiang rumah.

(xiii) Jangan sentuh orang asli di kepala mereka.

(xiv) Jangan sebut-sebut harimau dan gajah semasa berjalan dalam hutan
dengan Orang Asli.

(xv) Jangan ketawakan rama-rama, cakcibau dan beberapa jenis serangga dan
burung kerana orang asli percaya ianya akan akibat berlakunya ribu taufan yang
buruk.

Banyak lagi pantang larang dari suku kaum ke suku kaum. Anda hendak lah
sentiasa berwaspada dan cari apakah yang boleh dan tidak boleh di lakukan
bersama mereka.

TENTANG MAKANAN

Berikhtiar hidup biasanya melibatkan perjalan yang jauh tanpa mempunyai
makan yang mencukupi. Biasanya dilam hutan Malaysia terdapat makanan
dengan banyak sekali tetapi adalah penting dalam memilihnya. Jika anda hendak
berikhtiar hidup, anda harus tidak boleh mengikut selera makan biasa tetapi
harus terima sahaja makan dari segalajenis, rupa dan keadaan.

Kebanyakan makanan di dalam hutan agak ganjil dan harus dimakan dengan
cara sedikit-sedikit buat beberapa hari yang pertama kerana ketidaksesuaiannya
pada perut kita yang mungkin akan mengakibatkan cirit-berit dan muntah-
muntah.

Makanan dari Haiwan

Semua makanan dari haiwan seperti burung-bururng dan telur nya, katak, ular,
cicak, tikus, anak serangga, belalang, cengkerik, anai-anai dan juga kucing
adalah hawain-haiwan yang boleh dimakan. Begitu juga beberapa jenia ikan dan
siput air tawar dan masin termasuk ketam, udang galah, udang dan lain yang
hidup dia air dan pantai boleh di makan.


Makanan dari Tumbuh-Tumbuhan

Di Hutan Malaysia, setiap 50 ela sekeliling terdapat makanan, ubatan dan racun
dari tumbuh-tumbuhan yang hidup liar. Oleh yang demikian kita harus tahu
mengenal tumbuh-tumbuhan ini dan sentiasa berhati-hati apabila memakan nya.
Satu pentunjuk yang jelas adalah, jika moyet/kera/beruk boleh makan pasti
manusia boleh memakannya, tetapi apa yang burung boleh makan tidak semesti
manusia boleh makan. Walau bagimana pon untuk membuat permerhatian in
agak susah kerana selalunya binatang di hutan akan lari dari bau manusia.
Antara makanan dari tumbuhan adalah dari jenis ubi, bawang, daun, bunga,
buah dan juga umbut.





PENGENALAN

1. Ikhtiar Hidup bukan hanya berusaha untuk terus hidup sahaja, namun
berusaha untuk keluar dari keadaan tersebut. Di dalam menjalankan aktiviti
pengembaraan di hutan sekiranya tersesat ilmu iktiar hidup adalah perlu
digunakan.
2. Ilmu ikhtar hidup perlu dipelajari disebabkan perkara-perkara berikut:-
a. Sesat di dalam hutan atau terpisah dari kumpulan.
b. Rintangan cuaca yang tidak mengizinkan pulang mengikut jadual.
c. Terselamat dalam nahas udara atau laut.
3. Kawasan hutan tropika adalah kawasan yang senang untuk ikhtiar hidup.
Latihan untuk berikhtiar hidup akan memberi pendedahan, pengetahuan dan
keyakinan untuk kita mengatasi keadaan berikhtiar hidup jika keadaan
memerlukan berbuat demikian.
4. Dalam kontak Pendidikan Ikhtiar Hidup deertikan sebagai usaha yang harus
dilakukan oleh seseorang supaya boleh terus hidup ketika menghadapi sesuatu
ancaman atau masalah kehabisan bekalan makanan.

DEFINISI
Berikhtiar hidup adalah kemampuan seseorang atau kumpulan mengatasi
sesuatu keadaan ikhtiar hidup di dalam atau luar kawasan musuh.

OBJEKTIF
Kognitif
Memperolehi pengetahuan tentang asas-asas untuk ikhtiar hidup semasa di
laut, di hutan, di bukit, di gunung-ganang atau sebagainya.
Memperolehi pengetahuan melalui alam semulajadi untuk mencari sumber
makanan, tempat perlindungan dan punca-punca air.
Mempelajari pengetahuan asas dan langkah-langkah keselamatan semasa
menjalani ikhtiar hidup.

Psikomotor
Dapat membina tempat perlindungan rekaganti untuk mengelakkan dqari
bahaya.
Mencari dan menggunakan sumber alam semulajadi sebagai sumber makanan
untuk terus hidup.
Dapat bertindak dengan cepat dan tepat apabila menghadapi sesuatu situasi
yang kurang baik.



Afektif
Membina keyakinan diri untuk terus hidup.
Memupuk nilai-nilai murni seperti berkerjasama dan bertanggung jawab.
Memperkembangkan minat terhadap alam semulajadi dan adapt menimati
keindahannya.

TEKANAN KEADAAN IKHTIAR HIDUP
Dalam keadaan ikhtiar hidup, beberapa tekanan akan dihadapi oleh seseorang
atau kumpulan. Tekanan-tekanan ini jika tidak diatasi boleh melemahkan
semangat mereka untuk terus berusaha untuk hidup dan keluar dari keadaan
tersebut. Tekanan-tekanan yang perlu diatasi ialah:-
a. Kelaparan
b. Kehausan
c. Kesakitan
d. Kesejukan dan kepanasan
e. Keletihan
f. Kesepian dan ketakutan




PERATURAN ASAS IKHTIAR HIDUP
Faktor paling penting dalam sesuatu keadaan ikhtiar hidup adalah kemahuan
seseorang untuk terus berusaha untuk hidup dan keluar dari keadaan tersebut.
Tanpa kemahuan dan sikap yang positif serta ketahanan mental yang tinggi,
adalah mustahil untuk mereka mengatasi keadaan tersebut. Dalam usaha untuk
mengatasi keadaan ini, peraturan-peratusan asas berikut perlu dipatuhi:-
1. Jimatkan tenaga. Kekurangan makanan atau makanan yang kurang
berkhasiat, kekurangan air minuman serta keadaan medan dan cuaca akan
melemahkan tenaga kita pada kadar yang cepat. Dalam keadaan demikian kita
hendaklah berhati-hari dalam setiap kegiatan kita supaya kita tidak
menggunakan tenaga yang keterlaluan. Perkara-perkara berikut perlu diberi
perhatian dalam usaha menjimatkan tenaga.
a. Pergerakkan dari satu tempat ke tempat yang lain hendaklah dirancang
terlebih dahulu supaya kawasan-kawasan yang paling senang dilalui digunakan.
Semasa berjalan, perlu berhenti untuk berehat setiap jam perjalanan.
b. Elakkan bergerak pada waktu malam, jika keadaan mengizinkan. Jika perlu
bergerak pada waktu malam pilih jalan-jalan yang selamat dan senang untuk
dilalui.
c. Elakkan dari melakukan kerja-kerja yang tidak penting dan bekerja pada waktu
malam.
2. Dapatkan Rehat Yang Cukup. Tenaga manusia akan pulih melalui rehat dan
tidur yang cukup. Tempat perlindungan yang terlindung dari cuaca panas atau
sejuk, hujan serta binatang buas dan serangga perlu di adakan.
3. Jangan Bersusahan. Elakkan dari memikirkan perkara-perkara yang tidak ada
kaitan dengan usaha untuk mengatasi satu keadaan ikhtiar hidup. Perkara-
perkara ini mungkin kan melemahkan semangat atau mengganggu konsentrasi
kita dalam menghadapi keadaan tersebut.
4. Alat-alat Ikhtiar Hidup. Sebagai persiapan untuk menghadapi sebarang ikhtiar
hidup khususunya semasa pengembaraan seseorang itu perlu mengambil
persiapan seperti di bawah:-
a. Perubatan:-
i. Panadol unuk sakit kepala, deman dan lain-lain.
ii. Lomotil untuk cirit birit
iii. Cadusil untuk radang perut.
iv. Antibiotik
v. Ubat gatal
vi. Plaster, pembalut dan ubat luka.
b. Makanan. Jenis makanan yang berkhasiat adalah seperti berikut:-
i. Bungkusan horlick (gandum) atau milo.
ii. Bungkusan glukus
iii. Bungkusan gula
iv. Bungkusan garam
v. Pil-pil vitamin


TUMBUH-TUMBUHAN HUTAN
Dalam hutan tropika banyak tumbuhan yang boleh di makan. Tumbuhan ini
kebanyakkannya tumbuh dikawasan yang rendah dan lembab. Kebanyakkan
tumbuh-tumbuhan hutan tidak enak rasanya tetapi dalam sesuatu keadaan
ikhtiar hidup, tumbuhan ini merupakan bahan makanan yang utama untuk kita
mengatasi kelaparan.

UJIAN TUMBUH-TUMBUHAN
Kebanyakkan dari kita tidak pasti adakah sesuatu tumbuhan itu boleh dimakan
tau tidak. Sebelum kita makan sesuatu tumbuhan yang tidak dikenali, ujian-ujian
perlu dijalankan untuk memastikan adakah tumbuhan itu boleh dimakan atau
beracun. Peringkat-peringkat ujian adalah seperti berikut:-

1. Menghidu. Hancurkan sebahagian dari tumbuhan yang hendak dimakan dan
hidu. Jika tumbuahan itu berbau luar biasa kemungkinan ia tidak boleh di makan.
Walau bagaimana pun tidak semestinya semua tumbuhan yang berbau tidak
boleh di makan. Elakkan tumbuhan yang mengeluarkan getah yang banyak.
2. Gatal-Gatal Kulit. Gosak bahagian tumbuhan yang telah dihancurkan pada
bahagian kulit yang sensetif. Jika terjadi kesan-kesan merah atau gatal-gatal
pada bahagian kulit, bermakna tumbuhantersebut tidak boleh dimakan.
3. Bibir, Lidah dan Mulut. Gosok bahagian tumbuhan yang telah dihancurkan
pada bibir dan mulut. Jika tidak merasa gatal-gatal selama 2 minit, gosok
bahagian tumbuhan itu pada bahagian hujung lidah. Jika tidak merasa gatal-
gatal atau mual masukkan bahagian tumbuhantersebut dan kunyah. Semasa
mengunyah perhatikan reaksi berikut yang menunjukkan bahawa tumbuhan itu
tidak boleh dimakan.
a. rasa kelat dan sepat
b. rasa loya
c. rasa gatal-gatal dedaun mulut.
4. Menelan Sedikit. Jika tiada sebarang reaksi negetif dari ujian peringkat
pertama hingga peringkat ke tiga, kita menelan sebahagian kecil tumbuhan yang
telah diuji dan tunggu selama 2 jam untuk memastikan makanan tersebut boleh
dimakan. Tumbuhan itu tidak boleh dimakan jika terdapat reaksi berikut:-
a. rasa mual
b. sakit perut
c. demam dan sakit sendi tulang
5. Makan sedikit. Jika tidak ada reaksi kesan keracunan semasa ujian peringkat
1, kita boleh teruskan memakan sebahagian kecil tumbuhan yang telah diuji. Jika
tidak ada sebarang reaksi selepas menunggu 2 jam bermakna bahagian
tumbuhan itu boleh dimakan.

PERATURAN MELAKSANAKAN UJIAN.
Semasa menguji tumbuhan-tumbuhan perkara-perkara berikut mesti dipatuhi:-
1. Jangan memendekkan ujian.
2. Kalau rasa ragu-ragu jangan makan.
3. Buah-buahan hutan yang dimakan oleh binatang boleh dimakan.
4. Tidak semestinya kalau burung makan kita boleh makan.
5. Tentukan tumbuh-tumbuhan yang sama banyak disekelilingnya.
6. Tidak semestinya satu pokok semua boleh makan.
7. Buah yang manis tidak semestinya semua boleh makan.
8. Buah yang masam semuanya boleh makan.


TINDAKAN JIKA TERMAKAN TUMBUHAN YANG BERACUN
Dalam keadaan ikhtiar hidup, jika kita termakan tumbuhan yang beracun
tindakan kecemasan adalah seperti berikut:-
1. Muntuhkan tumbuhan tersebut dengan cepat.
2. Minum air bersih yang telah dimasak.
3. Makan sedikit arang kayu untuk mengeluarkan keracunan dalam badan.
4. Dapat bantuan perubatan dengan segera.

TEMPAT PERLINDUNGAN
Dalam sesuatu ikhtiar hidup tempat perlindungan adalah penting untuk
melindungi kita dari kepanasan matahari, hujan dan kesejukan. Tempat
perlindungan memberi peluang kepada kita untuk tidur dan rehat. Tanpa
peralatan untuk membuat tempat perlindungan seperti ponco, khemah, kita boleh
improvisasi tempat perlindungan dengan menggunakan sumber-sumber hutan
yang sedia ada.

MEMBINA TEMPAT PERLINDUNGAN
Sebelum kita membina tempat perlindungan perkara-perkara berikut perlu
dipertimbangkan.
1 Bahan-bahan yang digunakan seperti kayu, tali dan daun utuk membuat atap
senang didapati dikawasan tersebut.
2 Selamat dari binatang-binatang liar dan serangga-serangga yang memberhaya.
3 Selamat dari bencana alam seperti tanah runtuh, banjir dan pokok-pokok yang
mati.
4 Berhampiran dengan sumber air dan makanan supaya senang didapati.
5 Selesa untuk kita tidur dan rehat bagi jangka masa yang dirancangkan.



JENIS-JENIS TEMPAT PERLINDUNGAN
Beberapa jenis tempat perlindungan atau pondok hutan boleh dibina dengan
menggunakan bahan-bahan hutan yang sedia ada diesuatu kawasan.

1. Pondok Sementara. Pondok ini merupakan jenis perlindungan yang paling
senang dibina dan untuk kegunaan jangka masa yang pendek. Pondok mesti
dibina di atas tanah yang rata dan kering.



2. Pondok Jangka Panjang. Pondok ini dibina jika ingin berkhemah untuk jangka
waktu yang lama atau keadaan tanahnya sentiasa lembab dan tidak rata.




3. Pondok dalam kawasan Rawang. Pondok ini dibina jika keadaan
berkehendakan kita berlindung dalam kawasan rawang (berpaya). Tempat
perlindungan yang dibina hendaklah selamat dari air pasang.


BAHAN-BAHAN PEMBINAAN.
1. Atap . salah satu bahagian tempat perlindungan yang penting adalah atap.
Dalam hutan atap boleh diperolehi dari pokok-pokok berikut:-
a. Daun palas gajah dan palas biasa.
b. Daun rumbia atau nipah.
c. Daun bertam
d. Daun pokok kabung dan enau.
e. Daun mengkuang.
f. Buluh dan kulit kayu
g. Daun-daun lain atau bahan-bahan yang sesuai.

2. Tiang dan Alang. Bagi mengukuhkan struktur binaan pondok. Kayu-kayu yang
terdapat di dalam hutan boleh dijadikan tiang dan alang. Kayu-kayu tersebut
hendaklah dari saiz yang bersesuaian supaya dapat menampung berat badan
dan tahan untuk jangka masa yang diperlukan. Jenis-jenis kayu yang beracun
seperti rengas hendaklah dielakkan. Rangka kayu hendaklah sesuai dengan
bahan-bahan untuk membuat atap.
3. Tali. Tali-tali digunakan untuk mengikat dan memperkukuhkan tiang-tiang,
alang dan atap. Tali-tali yang digunakan boleh diperolehi dari kulit kayu, roran
dan akar-akar yang boleh diperolehi dari hutan.

Masakan Rimba

Apabila berbicara tentang masakan rimba, seringkali kita akan melihat Pengakap
sebagai panduan. Roti Lilit adalah sinonim dengan masakan rimba. Saya
merasakan bahawa masakan rimba mempunyai ertikata yang luas. Bukan
sekadar menghasilkan Roti Lilit tetapi kaedah masakan yang dihasilkan adalah
perlu diterapkan kepada pelajar.

Secara umumnya ada beberapa cara masakan rimba boleh dihasilkan.
Antaranya adalah dengan kaedah merebus, memanggang atau membakar
makanan terus ke dalam api. Kaedah-kaedah ini boleh digunakan untuk jenis
makanan yang bersesuaian. Seperti ubi kayu. Juadah ini boleh disediakan
dengan dua cara iaitu merebus atau membakar. Ubi kayu yang telah dibersihkan
dari kotoran seperti tanah dan sebagainya boleh dimasukkan ke dalam api atau
bara api. Setelah beberapa ketika anda boleh keluarkan dan kikis bahagian
luarnya dan kemudian patahkan. Hasilnya ubi kayu yang sudah boleh dimakan
dengan rasa yang lebih enak.

Penyediaan makanan secara masakan rimba
Bagi jenis makanan yang boleh direbus seperti ubi, telur ataupun beras, buluh
yang sesuai boleh digunakan untuk menggantikan periuk. kekuatan api yang
sesuai boleh menentukan kadar masa masakan tersebut masak dengan baik.

Kreativiti dalam aktiviti ini harus ada. Jangan terlalu mengikut apa yang orang
lain buat tetapi cipta sesuatu yang baru, selamat dan boleh diguna pakai oleh
orang lain. Selamat beraktiviti.

Membuat Perangkap
Sebelum memasang jerat beberapa perkara perlu diberi perhatian. Antaranya
ialah:-
Jenis binatang yang hendak dijerat
Kawasan laluan binatang tersebut.
Habitat binatang tersebut.


Jenis Jerat

Jerat bidas.



1. Ikat tali jerat pada hujung joran, kemudian buatkan running
bowline dihujung tali tersebut.

2. Ikat kayu pembingkas pa tali joran tersebut.

3. Pasangkan kayu lengkung atas denai (laluan) binatang
dengan mencacak kedua-dua hujung di atas tanah.

4. Cacak joran. Lenturkan joran. Bakakan kayu pembimkas
kepada kayu lengkung dan dikunci dengan kayu palang.
Aturkan kayu para di atas palang dan bukankan gelung tali
seluas yang mungkin di atas para. Jerat akan bingkas apabila
para dipijak oleh binatang tersebut.

-KURUNGAN














PELANTAK MONYET

Anda mungkin juga menyukai