Anda di halaman 1dari 7

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

Mata pelajaran : Bahasa Malaysia


Tahun : 1 Bendahara
Masa : 10.45 hingga 11.45 pagi (60 minit)
Bilangan murid : 24 orang
Umur : 7 tahun
Tema : Keselamatan
Tajuk : Keselamatan diutamakan, hidup sejahtera

Standard Kandungan :
3.1 Asas menulis dengan cara yang betul.

Standard Pembelajaran :
3.1.1 Melakar pelbagai bentuk atau corak dengan kemas dan jelas.

Objektif : Pada akhir proses pengajaran dan pembelajaran, murid dapat :
i. Menyebut sekurang-kurangnya dua punca kemalangan dan dua cara mengatasi
kemalangan.
ii. Menyebut sekurang-kurangnya tiga jenis papan tanda yang dipelajari.
ii. Menghasilkan karya papan tanda yang menarik dengan menggunakan teknik-teknik
yang dipamerkan.



Sistem Bahasa : Kosa kata

Pengisian Kurikulum/Elemen Merentas Kurikulum (EMK) :
Ilmu : Pendidikan Seni, Pendidikan Muzik, Pendidikan Jasmani dan
Kesihatan
Nilai : Kerjasama, hormat-meghormati, rasional
EMK : Didik hibur

Kepelbagaian Kaedah dan Teknik (KKT) :
Kemahiran Berfikir (KB) : Menghubungkait, kritis
Kecerdasan Pelbagai (KP) : Muzik, kinestatik, verbal linguistik, interpersonal
Pembelajaran koperatif
Pembelajaran kontekstual

Bahan Bantu Mengajar (BBM) :
Video, keratan akhbar, gambar papan tanda, papan tanda menggunakan teknik
kolaj, papan tanda menggunakan teknik cetakan, papan tanda menggunakan teknik
renjisan dan lembaran kerja

Pengetahuan Sedia Ada :
Murid pernah melihat papan tanda yang diletakkan di tepi jalan.







Langkah
dan Masa

Isi Pelajaran

Aktiviti Pengajaran Dan
Pembelajaran

Catatan










Set Induksi
(5 minit)


1. Tajuk lagu : Lagu
Cermat Tiba Selamat.

2. Tajuk lagu : Lagu
Cermat Tiba Selamat.



3. Apakah mesej yang
dapat kamu faham
berkaitan lagu yang
kamu nyanyikan
sebentar tadi?

4. Mesej di dalam lagu :
i. Melintas dengan
selamat.
ii. Ikut laluan jika
berjalan kaki.
iii. Pakai topi keledar
apabila membonceng
motosikal.
iv. Ikut peraturan dan
berhati-hati di jalan
raya.
v. Jaga keselamatan
tanggungjawab
bersama.


1. Murid ditunjukkan dengan sebuah
video nyanyian.




2. Murid perlu meniru pergerakan yang
dilakukan oleh guru ketika
menyanyikan lagu tersebut secara
beramai-ramai.

3. Beberapa orang murid dipilih untuk
berkongsi pendapat mereka
berkaitan lagu yang telah mereka
nyanyikan sebentar tadi.


4. Murid mendengar penerangan
daripada guru berkaitan pengajaran
yang terdapat di dalam lagu yang
dinyanyikan dan seterusnya guru
mengaitkannya dengan tajuk
pembelajaran pada hari tersebut.

Ilmu :
Pendidikan Muzik,
Pendidikan Jasmani
dan Kesihatan

Nilai :
Kerjasama, hormat-
menghormati

EMK : Didik hibur

KB :
Menghubungkait

KP :
Muzik, kinestatik

Media :
Video















Langkah 1
(13 minit)


1. Keratan akhbar
bertajuk : Maut kereta
rempuh pokok, tiang
elektrik.

2. Pada pendapat kamu,
apakah kemungkinan
yang menyebabkan
kemalangan ini
berlaku?

3. Punca-punca :
i. Jalan raya licin
disebabkan hujan.
ii. Memandu dengan
berbahaya.
iii. Tidak mematuhi had
kelajuan.
iv. Tidak memakai tali
pinggang
keselamatan.
v. Tidak mematuhi
peraturan jalan raya.

Cara mengatasi :
i. Mematuhi peraturan
jalan raya.
ii. Tidak terburu-buru
ketika memandu.
iii. Memakai tali
pinggang
keselamatan.
iv. Mematuhi had laju.
v. Memandu dengan
berhemah

1. Murid ditunjukkan dengan sekeping
keratan akhbar.


2. Murid disoal oleh guru berkaitan
kemungkinan yang menyebabkan
kemalangan tersebut berlaku.


3. Murid dan guru saling berkongsi
pendapat berkaitan punca-punca
sesuatu kemalangan itu berlaku dan
seterusnya bersama-sama
memikirkan cara yang sepatutnya
dalam memastikan keselamatan di
jalan raya terjamin.

Nilai :
Rasional

KB :
Kritis

KP :
Verbal linguistik

Media :
Keratan akhbar
(Lampiran 1)











Langkah 2

1. Pernahkah kamu
menjumpai papan
tanda tertentu yang
terdapat di jalan raya
atau di kawasa-
kawasan tertentu?

2 & 3. Papan tanda :
i. Dilarang memotong


ii. Berhenti

iii. Lampu isyarat


iv. Had laju


v. Dilarang membuat
pusingan U



1. Murid disoal oleh guru berkenaan
papan tanda yang terdapat di jalan
raya yang pernah mereka lihat.




2. Selepas itu, murid diperkenalkan
dengan lima jenis papan tanda yang
terdapat di jalan raya.

3. Beberapa orang murid diminta oleh
guru untuk berkongsi pendapat
mereka berkenaan tanda isyarat
tersebut dan kemudian dijelaskan
dengan lebih lanjut oleh guru.




















KB :
Kritis,
menghubungkait

KP :
Verbal linguistik,
interpersonal

Pembelajaran
kontekstual

Media :
Gambar papan
tanda (Lampiran 2)


4. Kepentingan mematuhi
peraturan :
i. Mengelakkan
kemalangan yang
merugikan diri sendiri
dan orang lain.
ii. Bertimbang rasa
terhadap pengguna
jalan raya yang lain.
iii. Membolehkan semua
pengguna jalan raya
sampai ke destinasi
dengan selamat.


4. Selepas itu, murid mendengar
penjelasan daripada guru berkaitan
kepentingan mematuhi peraturan
yang ditetapkan oleh kerajaan.
















Langkah 3
(12 minit)


1. Papan tanda :
i. Dilarang memotong
ii. Lampu isyarat
iii. Had laju



2. Penghasilan karya
papan tanda yang
menarik dengan
menggunakan teknik :
i. Kolaj
ii. Cetakan
iii. Renjisan

4. Antara semua hasil
karya yang terdapat di
papan tulis ini yang
manakah yang paling
cantik?

1. Murid ditunjukkan dengan tiga jenis
papan tanda yang sama seperti
gambar sebelumnya tetapi gambar
tiga jenis papan tanda ini telah
diubah suai dengan memasukkan
unsur seni dalam gambar tersebut.

2. Dengan berpandukan tiga jenis
papan tanda tersebut, secara
berpasangan murid dikehendaki
menghasilkan sebuah karya papan
tanda yang diedarkan dalam saiz A4
dengan menggunakan teknik yang
dipamerkan.

4. Setelah selesai, setiap pasangan
akan melekatkan hasil karya mereka
pada papan tulis untuk menilai hasil
karya manakah yang paling terbaik.


Ilmu :
Pendidikan Seni

Nilai :
Kejujuran

KB :
Kritis

Pembelajaran
koperatif

Media :
Papan tanda
menggunakan teknik
kolaj, cetakan dan
renjisan
(Lampiran 3)



Langkah 4
(10 minit)



1. Kepentingan mematuhi
peraturan di jalan raya.




1. Papan tanda :
i. Dilarang memotong
ii. Berhenti
iii. Lampu isyarat
iv. Had laju
v. Dilarang membuat
pusingan U


1. Warna papan tanda :


Penilaian
1. Secara rawak, murid disoal
berkaitan kepentingan mematuhi
peraturan yang terdapat di jalan
raya.

Pemulihan
1. Murid dikehendaki mengenalpasti
lima jenis papan tanda dengan cara
membulatkan gambar papan tanda
tersebut dalam lembaran kerja yang
diedarkan.



Pengayaan
1. Murid dikehendaki mewarna dua
jenis gambar papan tanda dengan
menggunakan warna papan tanda
yang sebenarnya.


Ilmu :
Pendidikan Seni

KB :
Kritis,
menghubungkait,
menyelesaikan
masalah

KP :
Kinestetik

Media :
- Pemulihan :
Lembaran kerja 1
(Lampiran 4)

- Pengayaan :
Lembaran kerja 2
(Lampiran 5)





Penutup
(5 minit)


1. Penutup kognitif



2. Penutup sosial

1. Murid disoal kembali berkaitan apa
yang mereka pelajari pada hari
tersebut.

2. Murid dan guru bersama-sama
menyanyikan Lagu Cermat Tiba
Selamat sekali lagi dengan penuh
bersemangat.


Ilmu :
Pendidikan Muzik

KB : Menghubung
kait

KP : Muzik

Media : Video


Refleksi :