Anda di halaman 1dari 4

Guru dan cabaran semasa

Oleh DR. AMINUDIN MANSOR


DENGAN memperkasakan peranan guru akan melahirkan modal insan berkualiti. Itu-lah
adalah antara tujuan terpenting dalam usaha memberikan insentif kepada bidang
pendidikan di negara ini.

Oleh itu, dalam melahirkan modal insan peranan kerajaan dan guru adalah menjadi tonggak
utama ke arah kejayaannya.

Dalam era globalisasi guru perlu meng-hadapi cabaran semasa dalam proses pen-di-dikan
antaranya berkaitan integrasi nasio-nal, pendemokrasian pendidikan, tonggak pendidikan,
globalisasi dalam pendidikan, kepelbagaian budaya, penga-ruh perkembangan teknologi
maklumat dan komunikasi serta gejala sosial dalam kalangan pelajar merupakan antara
cabaran terbesar yang dilalui dan diuruskan oleh pihak guru.

Justeru, kerajaan tidak mengambil mudah dan memandang ringan usaha memperkasa
peranan guru dengan memberikan latihan, kursus, ceramah dan juga motivasi supaya dapat
memberikan kesan kepada pelajar melalui pengajaran dan pembelajaran (P&P) di sekolah.

Usaha mentransformasikan profesion keguruan menjadi profesion pilihan sedang
dilaksanakan dengan mengetatkan syarat kemasukan guru mulai 2013 supaya terdiri
daripada kalangan graduan 30 peratus teratas.

Kajian pada 2011 menunjukkan bahawa Malaysia disenaraikan di tempat ke-11 oleh
Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu
(UNESCO) sebagai negara paling menarik dari segi perkhidmatan pendidikan.

Seterusnya, kajian itu juga mendapati kira-kira 90,000 pelajar daripada 130 negara yang
sedang menyambung pengajian di negara ini. Sebahagian besar pelajar asing ini berasal
dari China, Indonesia, Iran dan Nigeria. Ini membuktikan Malaysia tempat paling menarik
dan sesuai untuk menyambung pengajian di peringkat tinggi.

Bagi memperkasa pendidikan negara, Melalui Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia
(PPPM) 2013-2025 sebanyak RM500 juta peruntukan diluluskan meliputi program
meningkatkan kemahiran guru Bahasa Kebangsaan, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains
dan penubuhan Education Delivery Unit (EDU).

Sebagai guru pemahaman terhadap hasrat dan tujuan PPPM sangat penting bagi
merealisasikan dan mewujudkan kecemerlangan dalam sistem pendidikan negara.

Ibu bapa meletakkan harapan tinggi dan majikan menyuarakan kebimbangan atas
keupayaan sistem pendidikan melengkap-kan generasi muda dengan persediaan
secukupnya bagi menghadapi cabaran abad ke-21. Menyedari hakikat bahawa sistem
pendidikan adalah kompleks dan rencam, tempoh yang panjang diperlukan untuk melihat
impak transformasi yang dilaksana-kan.

Ini juga memastikan setiap murid dan pelajar menguasai kemahiran dalam Bahasa Malaysia
dan Bahasa Inggeris dan digalakkan mempelajari bahasa tambahan. Di samping itu
mentransformasikan profesion keguruan menjadi profesion pilihan. Ini antara dua daripada
11 anjakan untuk transformasi sistem.

Kejayaan dan kecemerlangan murid dan pelajar banyak bergantung pada kehebatan P&P
guru di dalam kelas. Jika guru dapat menyampaikan isi pengajaran dengan baik dan
berkesan murid dan pelajar mudah memahaminya serta dapat menjawab soalan dalam
peperiksaan dengan cemerlang.

Sebanyak 11 anjakan utama untuk mentransformasikan sistem pendidikan negara dalam
PPPM dan juga teras dan dasar pembangunan insan mestilah difahami oleh semua
terutama guru sebagai pelaksana dalam pendidikan anak bangsa bagi memperkasa
generasi muda pada masa depan.

* Melaksanakan penambahbaikan terhadap sistem penyampaian pendidikan dan latihan
supaya ia berkualiti dan re-levan dengan keperluan semasa;

* Memperkasakan sekolah kebangsaan sebagai sekolah pilihan utama rakyat Malaysia yang
berbilang kaum bagi mening-katkan perpaduan negara

* Melaksana langkah bagi merapatkan jurang prestasi antara sekolah luar bandar dan
bandar, termasuk mempertingkatkan kualiti pengajaran, prasarana dan kemudahan serta
menempatkan guru berpengalaman di sekolah luar bandar;

* Membangunkan universiti bertaraf antarabangsa dan memastikan pendidikan dan latihan
di peringkat tertinggi memenuhi keperluan pasaran;

* Menyediakan lebih banyak peluang dan akses kepada pendidikan latihan dan
pembelajaran sepanjang hayat yang berkualiti di semua peringkat;

* Membangunkan masyarakat inovatif dan kreatif, yang mempunyai pengetahuan dan
keupayaan sains dan teknologi yang kukuh serta memiliki kemampuan memperoleh dan
menggunakan penge-tahuan;

* Memperkukuhkan perpaduan nasional dan membangunkan masyarakat yang mempunyai
perspektif progresif, budaya prestasi tinggi, sistem nilai-nilai murni serta menghargai tradisi
dan warisan; dan

* Memperluaskan dan memperkemaskan forum perbincangan dan perundingan antara
kerajaan, sektor swasta, ibu bapa dan masyarakat dalam pembangunan modal insan.

Oleh itu, pihak kerajaan sebagai badan perancang utama menyediakan bajet dan
peruntukan untuk membangunkan modal insan. Manakala para guru adalah pihak yang
akan melaksanakan tujuan ke arah membangunkan modal insan yang berkua-liti untuk
pemimpin negara pada masa akan datang.

Ingatlah bahawa guru yang paling baik adalah guru yang paling banyak belajar daripada
muridnya. Tujuan tertinggi perguruan bukanlah semata-mata untuk mencari ilmu
pengetahuan, tetapi mendidik muridnya de---ngan perbuatan yang baik dalam kehidupan.

PENULIS ialah Pengamal media, berkelulusan PhD Persuratan Melayu, Universiti
Kebangsaan Malaysia.



Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Rencana/20140514/re_07/Guru-dan-
cabaran-semasa#ixzz3CYMXMQSG
Utusan Melayu (M) Bhd
http://www.utusan.com.my/utusan/Rencana/20140514/re_07/Guru-dan-cabaran-semasa