Anda di halaman 1dari 2

Seminar Antarabangsa Pensejarahan Patani di Chulalongkorn University, Bangkok

Satu seminar antarabangsa atau konfren tentang sejarah Patani akan diadakan pada 11-12
Disember 2009 ini bertempat di Universiti Chulalongkorn, Bangkok. Seminar ini dianjurkan
bersama oleh empat agensi utama iaitu Universiti Chulalongkorn, Regional Studies Southeast
Asia; Universiti Walailak (Legor), Museum Siam atau (so.po.ro) dan Pejabat Pemodalan
Pembantu Penyelidikan atau (so.ko.wo).

Secara jujurnya saya mengucapkan “tahniah” kepada sumua mereka yang telah
berusaha dan terlibat dalam menjayakan seminar seumpama ini. Seperti mana kita maklum
bahawa selama ini perbincangan dan perbicaraan terhadap isu sejarah Patani di Thailand
adalah sangat terbatas dan tidak diberi tempat dalam masyarakat Thai secara umumnya dan
masyarakat melayu Patani khususnya. Thailand sentiasa bekerja keras supaya sejarah Patani
tidak didedahkan, dibicarakan dan tidak diketahui umum, bahkan kalau boleh hendak
“hilangkan” terus dari ingatan orang melayu Patani dan dunia luar. Ini adalah “fakta” yang tidak
dapat dinafikan.

Kenyataan diatas bukan niat saya hendak “menuduh” dan “memburukkan” Thailand
tetapi ia berdasarkan kepada “bukti nyata” bahawa memang Thailand tidak suka kepada
“Sejarah Patani” diketahui umum. Hal ini dapat dilihat bahawa sejak dahulu lagi Thailand telah
berusaha “menyekat” sejarah ini dengan berbagai cara, seperti mengharamkan keluaran dan
edaran buku-buku sejarah, contohnya; buku Tuan Guru Haji Sulong (Gugusan Cahaya
Keselamatan 1958) dan buku Ibrahim Syukri (Sejarah Kerajaan Melayu Patani 1958) dan lain-
lain buku sejarah yang ditulis oleh orang-orang melayu tentang sejarah Patani. Selain
mengharamkan buku, Thailand juga bertindak merampas dan setengahnya dibakar atau
“melenyapkan” fakta-fakta sejarah yang sangat bernilai dan penting. Tidak cukup dengan itu,
Thailand juga sering “bertindak” seperti menahan, mengugut terhadap sesiapa yang memiliki
bahan-bahan atau buku-buku sejarah terutama dikalangan orang melayu Patani. Banyak kes-
kes yang sering kita dengar dalam masyarakat Patani bahawa ramai “orang-orang kampong”
ditangkap kerana hanya memiliki buku sejarah, sehingga tidak ada yang berani untuk

menyimpan bahan-bahan sejarah ini.

Ini adalah “fakta” yang boleh dirasa dan dilihat sendiri didepan mata kita, atau ada yang
hendak menyangkal bahawa perkara ini tidak betul??? Jadi apa yang menghairankan dan
menimbulkan tanda Tanya pada saya disini ialah; Thailand yang sejak berzaman-zaman
berusaha “menyekat” dan “menghapuskan” sejarah ini, namun dalam keadaan kacau bilau dan
tidak menentu yang sedang berlaku di Patani sekarang, tiba-tiba muncul satu kumpulan yang
diketuai oleh ahli-ahli akademik Siam di universiti terkemuka Thai “membangkitkan” dan cuba
membincangkan perkara ini ditengah-tengah masyarakat Thai (yang sebenarnya ia sudah jelas
dan terang seperti mana yang telah dibincangkan dalam pelbagai buku sejarah yang tersedia
ada). Dan seperti yang dipaparkan dalam iklan dan laman sesawang seminar ini bahawa, punca
yang menjadi masalah di Patani sejak dari dahulu sampai sekarang ia bukan berpunca dari
masalah agama, tetapi masalah sejarahnya. Berdasarkan kepada tema Ini, jelas bahawa
kumpulan ini telah melihat “sejarah Patani” mempunyai “masalah” (mungkin hanya pada
Thailand) yang harus di “perbetulkan” dan dikaji semula.

Tulisan ini bukan berniat menuduh atau buruk sangka kepada kerja-kerja yang
diusahakan , bahkan saya berterima kasih dan mengalu-alukan, cuma apa yang saya ingin
kemukakan disini ialah; apakah usaha ini benar-benar untuk mencari kebenaran sejarah serta
membenarkannya atau ia ada “agenda” lain disebalik seminar tersebut??

Bukan berniat saya juga mahu menghukum mereka itu berniat ikhlas atau pun tidak
dalam perkara ini, kerana ia masih terlalu awal dan belum ada bukti yang nyata, oleh itu kita
tunggu dan lihat nanti, apakah keputusan dan resolusinya seminar ini terhadap isu sejarah
Patani, samada ia akan “membenarkan” sejarah Patani yang sedia ada, atau “menafikan”
sejarah Patani yang sedia ada kemudian mencipta semula mengikut selera mereka, atau
“menyelewengkan” fakta-fakta sejarah Patani untuk kepentingan tertentu mereka !!!.

Apa yang saya bimbangkan disini ialah; seminar ini hanya akan dijadikan satu “alat”
untuk “menafikan” serta menyelewengkan sejarah yang sedia ada untuk disebarkan dan di war-
warkan kepada orang Thai umumnya dan Melayu khususnya bahawa inilah “sejarah Patani yang
sebenarnya” yang harus difahami dan dipercayai, kerana ia telah dibenarkan kononnya oleh
ahli-ahli sejarah di seluruh dunia dalam seminar antarabangsa kali ini.

Bagi saya ia tidak adil dan masuk akal jika sejarah sesuatu bangsa ditulis dan dikarang
oleh bangsa lain, umpama; adakan mungkin latarbelakang atau biodata diri kita ditulis dan
cerita oleh orang lain, kerana tidak ada yang lebih arif tentang diri seseorang melainkan dialah
yang lebih arif tentang dirinya sendiri. Sama juga dengan Thailand, relakah dan boleh terimakah
bangsa itu jika sejarahnya ditulis dan cerita oleh bangsa Burma umpamanya atau bangsa-
bangsa lain yang bukan dari bangsa Thai??

Perihatin Melayu

*Untuk keterangan lanjut tentang seminar ini boleh layari di website www.patani-
conference.net

Anda mungkin juga menyukai